06/08/2026
๐๐๐ก๐๐๐๐ ๐๐๐ฃ๐๐ฅ๐๐๐๐๐๐๐ก ๐ ๐จ๐๐๐ ๐ฃ๐๐ฅ๐๐๐ฆ๐ ๐ฆ๐๐๐ฆ๐๐๐ ๐๐๐ก ๐ฃ๐ฅ๐ข๐๐๐ฆ๐๐ข๐ก๐๐๐๐ฆ๐ ๐ ๐ช๐๐ฅ๐๐ ๐๐๐ฅ๐๐ ๐๐๐ ๐ก๐๐๐๐ฅ๐ ๐๐๐๐๐
๐๐ก๐๐ ๐๐จ๐๐๐ง, ๐ฒ ๐ข๐ด๐ผ๐ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ โ Unit Latihan, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Kedah telah menganjurkan Bengkel Keperibadian Mulia bertempat di Dewan Serbaguna Imigresen, Tingkat 2, Bangunan Kementerian Dalam Negeri (KDN) Anak Bukit yang disertai oleh 47 orang peserta yang terdiri daripada Pegawai Imigresen pelbagai gred Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Kedah serta pegawai-pegawai yang bertugas di Bangunan Kementerian Dalam Negeri Anak Bukit.
Penganjuran bengkel ini bertujuan membentuk sahsiah dan keperibadian yang unggul dalam kalangan warga kerja, meningkatkan keyakinan diri melalui penampilan yang kemas, sopan dan profesional serta memperkukuhkan kemahiran komunikasi yang berhemah, berkesan dan beretika dalam melaksanakan tugas serta penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan.
Sepanjang bengkel berlangsung, para peserta telah mengikuti sesi ceramah yang disampaikan oleh Tuan Mohd Noor Azmin bin Marzuki daripada Pesona Karisma. Pelbagai pengisian telah diketengahkan, antaranya pembentukan imej profesional, etika dan adab dalam perkhidmatan awam, teknik komunikasi yang efektif serta pengukuhan nilai-nilai murni sebagai asas kepada penyampaian perkhidmatan yang cemerlang.
Program ini turut memberi penekanan kepada kepentingan penampilan diri, bahasa tubuh, etika berkomunikasi serta pembinaan keyakinan diri dalam berinteraksi dengan pelanggan, rakan sekerja dan pihak berkepentingan. Penghayatan terhadap aspek keperibadian dan nilai integriti diharapkan dapat melahirkan warga kerja yang berdisiplin, berwibawa serta sentiasa mengamalkan budaya kerja berprestasi tinggi.
Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Kedah komited untuk terus memperkasa pembangunan modal insan melalui pelaksanaan program latihan yang berkualiti dan berimpak tinggi. Usaha ini selaras dengan aspirasi jabatan untuk melahirkan warga kerja yang kompeten, berintegriti, profesional serta sentiasa mengutamakan kecemerlangan dalam penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.
Jangan lupa layari Media Sosial dan Portal Rasmi JIM, klik โLike, Follow, Subscribe & Shareโ untuk mendapatkan pelbagai informasi terkini daripada kami di;
https://linktr.ee/jimkedah
Sebarang pertanyaan sila layari Sistem Pertanyaan Online (SPO) melalui pautan
http://eapp.imi.my/spo
@ 2026 | Bahagian Perancangan Strategik & Khidmat Korporat
Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Kedah