Lajnah Dakwah PAS Padang Rengas

Lajnah Dakwah PAS Padang Rengas Beriltizam menyusuri jalan dakwah junjungan tercinta Nabi Muhammad SAW. Menggerakkan aktiviti mendekati masyarakat melalui saluran maklumat dan sebagainya.

PAS Padang Rengas mengucapkan Selamat Hari Doktor Terima Kasih atas segala jasa dan pengorbanan memberikhidmat yang terb...
30/03/2022

PAS Padang Rengas mengucapkan Selamat Hari Doktor

Terima Kasih atas segala jasa dan pengorbanan memberikhidmat yang terbaik.

Jasamu Dikenang.


"SEMARAK DAKWAH UMMAH"🖼️ TARIKH  : 27 MAC 2022 (AHAD)⏲️ MASA    : 8.00 PAGI - 6.00 PETANG🏞️ TEMPAT : SEKITAR DUN LUBOK M...
26/03/2022

"SEMARAK DAKWAH UMMAH"

🖼️ TARIKH : 27 MAC 2022 (AHAD)
⏲️ MASA : 8.00 PAGI - 6.00 PETANG
🏞️ TEMPAT : SEKITAR DUN LUBOK MERBAU

PELBAGAI AKTIVITI MENARIK !!!

❇️ ORANG MUDA
▶️ Minyak Motosikal Percuma (Us.Husaini -01162206835)
▶️ Konvoi Berbasikal (Us. Iqwan-0197371446)
▶️ Dakwah Gelanggang Permainan
(Us. Saufi- 01113125809)

❇️ MUSLIMAT
▶️ Cantiknya Bertudung
(Hjh Husna-0135137422)

❇️ KANAK-KANAK
▶️ Pertandingan Mewarna
(Us. Idris-0108976761)
▶️ Kuiz Ibadah
(Us. Idris-0108976761)

❇️ UMUM
▶️ Ziarah Dakwah
(En. Karim-0164692250)
▶️ Perubatan Darussyifa'
(Us.Fakhruddin-0136081517)

"Solat Anugerah Terindah & Teragung"

Anjuran : LAJNAH DAKWAH PAS NEGERI PERAK

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=135027469047838&id=100076217566499

Minda Presiden PASPOLITIK WANG MENGUNDANG RASUAHAl-Quran membawakan cerita yang benar, bahawa politik wang menjadi amala...
19/02/2022

Minda Presiden PAS

POLITIK WANG MENGUNDANG RASUAH

Al-Quran membawakan cerita yang benar, bahawa politik wang menjadi amalan bangsa Yahudi dan salah satu sebab yang menjadikan mereka kump**an paling dimurkai oleh Allah SWT. Akibatnya, mereka juga pelaku dan penggalak kepada amalan rasuah yang paling aktif kerana kuatnya aqidah kebendaan mereka, sehingga melampau tanpa mengira hukum agamanya dari sudut halal mahupun haram yang ada persamaan dengan ajaran Islam.

Setiap Muslim diwajibkan berdoa pada setiap rakaat solat yang ditunaikan agar Allah SWT tidak menjadikan mereka sepertimana bangsa Yahudi itu. Antara amalan bangsa tersebut ialah amalan politik wang, khususnya apabila mereka ingin melantik ketua negara. Hal ini dijelaskan oleh firman Allah SWT:

﴿وَقَالَ لَهُمۡ نَبِيُّهُمۡ إِنَّ ٱللَّهَ قَدۡ بَعَثَ لَكُمۡ طَالُوتَ مَلِكٗاۚ قَالُوٓاْ أَنَّىٰ يَكُونُ لَهُ ٱلۡمُلۡكُ عَلَيۡنَا وَنَحۡنُ أَحَقُّ بِٱلۡمُلۡكِ مِنۡهُ وَلَمۡ يُؤۡتَ سَعَةٗ مِّنَ ٱلۡمَالِۚ قَالَ إِنَّ ٱللَّهَ ٱصۡطَفَىٰهُ عَلَيۡكُمۡ وَزَادَهُۥ بَسۡطَةٗ فِي ٱلۡعِلۡمِ وَٱلۡجِسۡمِۖ وَٱللَّهُ يُؤۡتِي مُلۡكَهُۥ مَن يَشَآءُۚ وَٱللَّهُ وَٰسِعٌ عَلِيمٞ٢٤٧﴾

“Dan Nabi mereka p**a berkata kepada mereka: ‘Bahawasanya Allah telah melantik Talut menjadi raja bagi kalian.’ Mereka menjawab: ‘Bagaimana dia mendapat kuasa untuk memerintah kami, sedang kami lebih berhak dengan kuasa pemerintahan itu daripadanya, dan dia p**a tidak diberikan keluasan harta kekayaan?’ Nabi mereka berkata: ‘Sesungguhnya Allah telah memilihnya (Talut) menjadi raja kalian, dan telah mengurniakan kepadanya kelebihan dalam lapangan ilmu pengetahuan dan kegagahan tubuh badan.’ Dan (ingatlah), Allah jualah yang memberikan kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya; dan Allah Maha Luas (rahmat-Nya dan pengurniaan-Nya), lagi meliputi ilmu-Nya.” (Surah al-Baqarah: 247)

Aspek kebendaan dan harta dijadikan dasar dan matlamat kehidupan mereka tanpa sempadan agama. Ternyata perkara tersebut juga menjadi kepercayaan mereka, apabila mereka meminta Nabi pada zamannya untuk memohon kepada Allah SWT agar melantik seorang raja yang memimpin bagi mengembalikan kedaulatan bangsanya yang telah dijajah dengan hina.

Namun, mereka menolak calon yang ditunjukkan oleh Allah SWT secara wahyu kepada Nabi-Nya yang wajib bersifat benar, amanah lagi bijaksana. Hal ini disebabkan Allah SWT telah menentukan seorang individu yang bernama Talut dengan kelebihan ilmu agama dan dunia, serta keberanian. Sekali gus menunjukkan Talut ialah seorang yang berilmu dan berintegriti, suatu sifat yang melayakkan dirinya menjadi pemimpin.

Walau bagaimanapun, kalangan bangsa Yahudi tetap menolak pelantikan Talut sebagai raja kerana dirinya tidak mempunyai harta kekayaan. Mereka menetapkan kekayaan harta sebagai syarat pertama kerana harta dianggap menjadi rukun pertama bagi kehidupan manusia.

Tanpa mengira bahawa harta juga adalah suatu aspek yang penting, tetapi bukanlah untuk didahulukan, kerana aspek-aspek ketokohan bagi mengurus dan mentadbir wajib didahulukan. Antaranya, seseorang pemimpin itu diwajibkan beriman, berakhlak, berilmu dan bersifat gagah berani, sifat-sifat yang lebih penting bagi mengurus dan mentadbir.

Penyakit memuja kebendaan juga mempengaruhi kalangan agamawan (ulama’). Hal ini ada dinyatakan oleh firman Allah SWT:

﴿وَٱتۡلُ عَلَيۡهِمۡ نَبَأَ ٱلَّذِيٓ ءَاتَيۡنَٰهُ ءَايَٰتِنَا فَٱنسَلَخَ مِنۡهَا فَأَتۡبَعَهُ ٱلشَّيۡطَٰنُ فَكَانَ مِنَ ٱلۡغَاوِينَ١٧٥ وَلَوۡ شِئۡنَالَرَفَعۡنَٰهُ بِهَا وَلَٰكِنَّهُۥٓ أَخۡلَدَ إِلَى ٱلۡأَرۡضِ وَٱتَّبَعَ هَوَىٰهُۚ فَمَثَلُهُۥ كَمَثَلِ ٱلۡكَلۡبِ إِن تَحۡمِلۡ عَلَيۡهِ يَلۡهَثۡ أَوۡ تَتۡرُكۡهُ يَلۡهَثۚ ذَّٰلِكَ مَثَلُ ٱلۡقَوۡمِ ٱلَّذِينَ كَذَّبُواْ بِ‍َٔايَٰتِنَاۚ فَٱقۡصُصِ ٱلۡقَصَصَ لَعَلَّهُمۡ يَتَفَكَّرُونَ١٧٦﴾

“Dan bacakanlah kepada mereka (wahai Muhammad), khabar berita seorang (alim) yang kami berikan kepadanya (pengetahuan mengenai) ayat-ayat (Kitab) Kami. Kemudian, dia menjadikan dirinya melepaskan dirinya daripada mematuhinya, lalu dia diikuti oleh syaitan (dengan godaannya), maka mereka termasuk daripada kalangan orang-orang yang sesat. (175); Dan kalau Kami menghendaki, nescaya Kami meninggikan pangkatnya dengan (sebab mengamalkan) ayat-ayat itu. Akan tetapi, dia bermati-mati cenderung kepada dunia dan menuruti hawa nafsunya; maka bandingannya adalah sepertimana anjing. Jika engkau menghalaunya, maka ia menghulurkan lidahnya termengah-mengah. Dan jika engkau membiarkannya, maka ia juga menghulurkan lidahnya termengah-mengah. Demikianlah, bandingan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami. Maka, ceritakanlah kisah-kisah itu supaya mereka berfikir. (176)” (Surah al-A‘raf: 175-176)

Akhirnya, rasuah menjadi amalan biasa dalam kehidupan mereka, sehingga perbuatan itu merosakkan masyarakat dan negara.

Firman Allah SWT:

﴿وَتَرَىٰ كَثِيرٗا مِّنۡهُمۡ يُسَٰرِعُونَ فِي ٱلۡإِثۡمِ وَٱلۡعُدۡوَٰنِ وَأَكۡلِهِمُ ٱلسُّحۡتَۚ لَبِئۡسَ مَا كَانُواْ يَعۡمَلُونَ٦٢ لَوۡلَا يَنۡهَىٰهُمُ ٱلرَّبَّٰنِيُّونَ وَٱلۡأَحۡبَارُ عَن قَوۡلِهِمُ ٱلۡإِثۡمَ وَأَكۡلِهِمُ ٱلسُّحۡتَۚ لَبِئۡسَ مَا كَانُواْ يَصۡنَعُونَ٦٣﴾

“Dan kamu akan melihat kebanyakan daripada mereka (orang Yahudi) berlumba-lumba dalam melakukan dosa dan pencerobohan (melampau) serta memakan daripada perkara yang haram (riba dan rasuah). Demi sesungguhnya! Amatlah buruk apa yang mereka telah lakukan. (62); Alangkah baiknya, jika ketua-ketua agama dan pendeta-pendeta mereka, melarang mereka daripada mengeluarkan perkataan-perkataan yang dusta dan daripada memakan daripada perkara yang haram? Sesungguhnya amatlah buruk apa yang mereka telah kerjakan. (63)” (Surah al-Ma’idah: 62-63)

Bencana yang diikuti dengan penyakit rasuah menjadi suatu wabak, bermula daripada golongan atasan sehinggalah kelompok paling bawah. Kemudiannya, datang penyakit kemungkaran yang lebih parah.

Datangnya bertalu-talu, apabila pagarnya memakan padi serta apabila rakyat dibeli dan pemimpin juga dapat dibeli. Seterusnya, diikuti dengan penyakit masyarakat yang datang secara bertalu-talu dan bertali arus, sehingga memusnahkan semuanya, khususnya apabila ia turut merosakkan pembangunan termasuk alam sekitar.

Adalah mustahil negara yang masih mengamalkan politik wang dapat menghapuskan rasuah, kerana wabaknya menjadi payung negara. Pencegahannya sekadar laksana menampar nyamuk di kawasan yang dibiarkan longkangnya terdedah sehingga membiakkan nyamuk berkali ganda banyaknya.

Maka, rakyat yang memilih pemimpin kerana politik wang yang berkonsepkan kebendaan pasti akan menempah kemusnahannya. Hal ini berlaku setelah urusan mereka dijual beli dengan rasuah dan penipuan, semata-mata untuk mengejar kemewahan yang melampau kerana sudah tidak bermoral lagi.

Bahkan, mereka juga sekadar bergembira pada masa kehidupan dunia yang pendek, tetapi berdukacita dalam tempoh masa yang panjang. Begitu juga, mendapat kecelakaan buat selama-lamanya sekiranya tidak bertaubat dengan kembali kepada petunjuk Allah SWT.

Maka, Allah SWT melaknat pelaku, penerima, pemberi dan semua yang terlibat dengan rasuah, termasuklah rakyat yang melantik atau mengundi pemimpin dengan rasuah dan memilih yang mengamalkan rasuah.

Islam menunjukkan pendekatan politiknya dengan meletakkan rukun kehidupan manusia itu mengikut tertib maqasid al-syari‘ah ialah memelihara agama, akal, keturunan, maruah dan harta. Pada masa yang sama, meletakkan syarat integriti syakhsiah berprinsipkan aqidah agama, akhlak dan ilmu bermanfaat menjadi konsep tanpa mendahului harta.

Hal ini demikian kerana, harta tanpa syakhsiah yang berintegriti tidak akan mampu menguruskan harta dan masyarakatnya. Akan tetapi, harta boleh dihasilkan dengan kemampuan ilmu dan syakhsiah yang berintegriti.

Harta kekayaan sahaja tanpa integriti boleh merosakkan dan menghabiskan harta dengan sia-sia. Ilmu tanpa integriti menjadikan seseorang itu penipu, semuanya akan merosakkan diri, masyarakat dan negara.

Allah SWT menyebutkan asas pemilihan Makkah yang tidak mempunyai sumber harta sebagai tempat bermulanya Islam melalui firman-Nya:

﴿لِإِيلَٰفِ قُرَيۡشٍ١ إِۦلَٰفِهِمۡ رِحۡلَةَ ٱلشِّتَآءِ وَٱلصَّيۡفِ٢ فَلۡيَعۡبُدُواْ رَبَّ هَٰذَا ٱلۡبَيۡتِ٣ ٱلَّذِيٓ أَطۡعَمَهُم مِّن جُوعٖ وَءَامَنَهُم مِّنۡ خَوۡفِۢ٤﴾

“Kerana kebiasaan aman tenteram kaum Quraisy (penduduk Makkah). (1); (laitu) kebiasaan aman tenteram perjalanan mereka (menjalankan perniagaan) pada musim sejuk (ke Negeri Yaman), dan pada musim panas (ke Negeri Syam). (2); Maka, hendaklah mereka menyembah Tuhan yang menguasai rumah (Kaabah) ini. (3); Tuhan yang telah memberikan makanan kepada mereka yang menyelamatkan mereka daripada kelaparan, dan mengamankan mereka daripada ketakutan. (4).” (Surah Quraisy: 1-4)

Prinsip ibadat yang menghasilkan taqwa diletakkan di tempat pertama, kerana daripada situ akan melahirkan sifat integriti yang sebenar, kemudiannya diikuti dengan konsep kehidupan dan keamanan. Prinsip ibadat adalah bagi melahirkan syakhsiah dan membina insan bertaqwa yang berintegriti serta menjadi asas kepada aspek yang lain supaya manusia itu beristiqamah.

Al-Quran menyatakan secara tegas dan nyata berkenaan konsep menegakkan negara berdaulat yang membawa kemajuan yang penuh dengan keberkatan, sebagaimana firman Allah SWT:

﴿ٱلَّذِينَ إِن مَّكَّنَّٰهُمۡ فِي ٱلۡأَرۡضِ أَقَامُواْ ٱلصَّلَوٰةَ وَءَاتَوُاْ ٱلزَّكَوٰةَ وَأَمَرُواْ بِٱلۡمَعۡرُوفِ وَنَهَوۡاْ عَنِ ٱلۡمُنكَرِۗ وَلِلَّهِ عَٰقِبَةُ ٱلۡأُمُورِ٤١﴾

“(Iaitu) orang-orang yang jika Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, menyuruh berbuat ma‘ruf dan mencegah daripada perbuatan mungkar; dan kepada Allah jualah dikembalikan segala urusan.” (Surah al-Hajj: 40-41)

Ayat di atas mewajibkan ibadat sehingga setiap pemimpin itu bertaqwa, seterusnya melahirkan integriti yang tulen berasaskan iman yang melahirkan p**a sifat adil dan istiqamah. Integriti tanpa iman dan taqwa hanyalah satu bentuk kepura-puraan sahaja.

Allah SWT menjanjikan keberkatan dengan iman dan taqwa, seiring dengan itu turut memberikan amaran sekiranya sifat-sifat tersebut tiada pada seseorang pemimpin. Perkara tersebut dihuraikan melalui firman-Nya:

﴿وَلَوۡ أَنَّ أَهۡلَ ٱلۡقُرَىٰٓ ءَامَنُواْ وَٱتَّقَوۡاْ لَفَتَحۡنَا عَلَيۡهِم بَرَكَٰتٖ مِّنَ ٱلسَّمَآءِ وَٱلۡأَرۡضِ وَلَٰكِن كَذَّبُواْ فَأَخَذۡنَٰهُم بِمَا كَانُواْ يَكۡسِبُونَ٩٦ أَفَأَمِنَ أَهۡلُ ٱلۡقُرَىٰٓ أَن يَأۡتِيَهُم بَأۡسُنَا بَيَٰتٗا وَهُمۡ نَآئِمُونَ٩٧ أَوَ أَمِنَ أَهۡلُ ٱلۡقُرَىٰٓ أَن يَأۡتِيَهُم بَأۡسُنَا ضُحٗى وَهُمۡ يَلۡعَبُونَ٩٨ أَفَأَمِنُواْ مَكۡرَ ٱللَّهِۚ فَلَا يَأۡمَنُ مَكۡرَ ٱللَّهِ إِلَّا ٱلۡقَوۡمُ ٱلۡخَٰسِرُونَ٩٩﴾

“Dan (Tuhan berfirman lagi): Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. Akan tetapi, mereka mendustakan (Rasul Kami), lalu Kami timpakan ke atas mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan. (96); Patutkah penduduk negeri-negeri itu (bersedap hati) serta merasa aman daripada kedatangan azab Kami kepada mereka pada malam hari, semasa mereka sedang tidur? (97); Atau patutkah penduduk negeri-negeri itu (bersedap hati) serta merasa aman daripada kedatangan azab Kami kepada mereka pada siang hari, semasa mereka sedang leka bermain-main? (98); Patutkah mereka (bersuka ria) sehingga mereka merasa aman akan rancangan buruk (balasan azab) yang diaturkan oleh Allah? Kerana sebenarnya tiada yang merasa aman daripada rancangan buruk (balasan azab) yang diaturkan oleh Allah itu melainkan orang-orang yang rugi. (99)” (Surah al-A‘raf: 96-99)

Maksud berkat ialah menguruskan hal ehwal dunia daripada harta dan kedudukan yang mendatangkan faedah untuk dunia dan akhirat. Perkataan berkat merupakan istilah Islam yang tidak terdapat dalam mana-mana ideologi dan teori ciptaan manusia. Apabila pangkat dan harta tidak mendatangkan sebarang faedah, hal tersebut bermakna tiada keberkatan.

Kita juga menyaksikan betapa negara yang ditegakkan dengan kebendaan tanpa iman dan taqwa, serta melahirkan integriti yang palsu adalah terlalu rapuh, tidak boleh bertahan lama dan akan mengalami keruntuhan bila-bila masa sahaja. Sebenarnya, kita telah menyaksikan keruntuhan kuasa besar dahulu kala dan terkini keruntuhan sosialisme dan komunisme.

Kini p**a terserlah tanda-tanda keruntuhan ideologi liberal kapitalisme. Semua ideologi dan teori ciptaan manusia adalah berkonsepkan duniawi dan kebendaan yang tiada wawasan akhirat.

Islam bukan sahaja mencegah rasuah melalui tindakan undang-undang negara dengan dikenakan hukuman ta‘zir, bahkan mengharamkannya dengan amaran dosa yang akan dihukum selepas mati kepada semua yang terlibat dengan amalan tersebut dan menjadi penyebabnya.

Allah SWT membawakan suatu cerita benar yang berlaku pada Hari Kiamat nanti kepada mereka yang menyesal tiada berguna kerana bersekongkol bersama pemimpin yang salah. Termasuklah juga pemimpin yang diikuti kerana mengamalkan politik wang. Perkara ini dinyatakan oleh firman Allah SWT:

﴿إِذۡ تَبَرَّأَ ٱلَّذِينَ ٱتُّبِعُواْ مِنَ ٱلَّذِينَ ٱتَّبَعُواْ وَرَأَوُاْ ٱلۡعَذَابَ وَتَقَطَّعَتۡ بِهِمُ ٱلۡأَسۡبَابُ١٦٦ وَقَالَ ٱلَّذِينَ ٱتَّبَعُواْ لَوۡ أَنَّ لَنَا كَرَّةٗ فَنَتَبَرَّأَ مِنۡهُمۡ كَمَا تَبَرَّءُواْ مِنَّاۗ كَذَٰلِكَ يُرِيهِمُ ٱللَّهُ أَعۡمَٰلَهُمۡ حَسَرَٰتٍ عَلَيۡهِمۡۖ وَمَا هُم بِخَٰرِجِينَ مِنَ ٱلنَّارِ١٦٧﴾

“(Iaitu) ketika pemimpin yang menjadi ikutan itu berlepas diri daripada orang-orang yang mengikutinya, sedang kedua-dua pihak melihat betapa ngerinya azab seksa itu, dan (ketika) segala hubungan antara mereka terputus. (166); Dan orang-orang yang menjadi pengikut itu berkata: ‘Sekiranya kami mendapat kesempatan (untuk kembali ke dunia), tentu kami akan berlepas diri daripada mereka, sebagaimana mereka berlepas diri daripada kami.’ Demikianlah Allah memperlihatkan kepada mereka amal perbuatan mereka yang menjadi penyesalan mereka, dan mereka p**a tidak akan keluar daripada neraka. (167)” (Surah al-Baqarah: 166-167)

Dan juga firman Allah SWT:

﴿يَوۡمَ تُقَلَّبُ وُجُوهُهُمۡ فِي ٱلنَّارِ يَقُولُونَ يَٰلَيۡتَنَآ أَطَعۡنَا ٱللَّهَ وَأَطَعۡنَا ٱلرَّسُولَا۠٦٦ وَقَالُواْ رَبَّنَآ إِنَّآ أَطَعۡنَا سَادَتَنَا وَكُبَرَآءَنَا فَأَضَلُّونَا ٱلسَّبِيلَا۠٦٧ رَبَّنَآ ءَاتِهِمۡ ضِعۡفَيۡنِ مِنَ ٱلۡعَذَابِ وَٱلۡعَنۡهُمۡ لَعۡنٗا كَبِيرٗا٦٨﴾

“Pada masa muka mereka dibalik-balikkan dalam neraka, mereka berkata (dengan sesalnya): ‘Alangkah baiknya kalau kami dahulu (semasa di dunia) taat kepada Allah dan juga kepada Rasul-Nya.’ (66); Dan mereka berkata lagi: ‘Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya kami telah mematuhi kehendak ketua-ketua dan orang-orang besar (pemimpin) kami, lalu mereka menyesatkan kami daripada jalan yang benar. (67); Wahai Tuhan kami! Berikanlah mereka azab sengsara dua kali ganda lebih berat, dan laknatkanlah mereka dengan laknat yang sebesar-besarnya!’ (68)” (Surah al-Ahzab: 66-68)

Lebih malang lagi, apabila mereka sudah tiada kesedaran atau keinsafan, sehingga mereka tidak merasai kemungkaran yang telah dilakukan. Bahkan, perbuatan mereka itu p**a dianggap sebagai suatu pekerjaan yang baik dan bijak.

Firman Allah SWT:

﴿قُلۡ هَلۡ نُنَبِّئُكُم بِٱلۡأَخۡسَرِينَ أَعۡمَٰلًا١٠٣ ٱلَّذِينَ ضَلَّ سَعۡيُهُمۡ فِي ٱلۡحَيَوٰةِ ٱلدُّنۡيَا وَهُمۡ يَحۡسَبُونَ أَنَّهُمۡ يُحۡسِنُونَ صُنۡعًا١٠٤ أُوْلَٰٓئِكَ ٱلَّذِينَ كَفَرُواْ بِ‍َٔايَٰتِ رَبِّهِمۡ وَلِقَآئِهِۦ فَحَبِطَتۡ أَعۡمَٰلُهُمۡ فَلَا نُقِيمُ لَهُمۡ يَوۡمَ ٱلۡقِيَٰمَةِ وَزۡنٗا١٠٥ ذَٰلِكَ جَزَآؤُهُمۡ جَهَنَّمُ بِمَا كَفَرُواْ وَٱتَّخَذُوٓاْ ءَايَٰتِي وَرُسُلِي هُزُوًا١٠٦﴾

“Katakanlah (wahai Muhammad): ‘Mahukah Kami khabarkan kepada kalian akan orang-orang yang paling rugi amal perbuatannya? (103); (Iaitu) orang-orang yang telah sia-sia amal usahanya dalam kehidupan dunia ini, sedang mereka menyangka bahawa mereka sentiasa betul dan baik pada apa sahaja yang mereka lakukan.’ (104); Merekalah orang-orang yang mengingkari ayat-ayat Tuhan mereka dan (tidak percaya) akan pertemuan dengan-Nya; oleh itu gugurlah (sia-sia) amal perbuatan mereka; maka akibatnya Kami tidak akan memberikan sebarang timbangan untuk menilai amal mereka pada Hari Kiamat kelak. (105); (Mereka yang bersifat) demikian, balasannya adalah dimasukkan ke dalam neraka Jahannam, disebabkan mereka kufur ingkar, dan mereka p**a menjadikan ayat-ayat-Ku dan Rasul-rasul-Ku sebagai ejek-ejekan. (106)” (Surah al-Kahf: 103-106)

Ketahuilah bahawa urusan politik juga akan dihisab pada Hari Kiamat kelak kerana kuasa politik itu adalah menaungi kehidupan manusia. Firman Allah SWT:

﴿يَوۡمَ نَدۡعُواْ كُلَّ أُنَاسِۢ بِإِمَٰمِهِمۡۖ فَمَنۡ أُوتِيَ كِتَٰبَهُۥ بِيَمِينِهِۦ فَأُوْلَٰٓئِكَ يَقۡرَءُونَ كِتَٰبَهُمۡ وَلَا يُظۡلَمُونَ فَتِيلٗا٧١ وَمَن كَانَ فِي هَٰذِهِۦٓ أَعۡمَىٰ فَهُوَ فِي ٱلۡأٓخِرَةِ أَعۡمَىٰ وَأَضَلُّ سَبِيلٗا٧٢﴾

“(Ingatlah) pada suatu hari (tatkala pada hari itu) Kami memanggil tiap-tiap umat dengan pemimpinnya; dan sesiapa yang diberikan kitab amalannya pada tangan kanannya, maka mereka ini akan membaca kitabnya itu, dan mereka tidak akan dianiaya sedikit pun. (71); Dan sesiapa yang buta (hatinya) di dunia ini, nescaya di akhirat (nanti) dia akan lebih buta (p**a) dan lebih tersesat daripada jalan (yang benar). (72)” (Surah al-Isra’: 71-72)

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS

Bertarikh: 17 Rajab 1443 / 19 Februari 2022

Minda Presiden PASKONSEP PENDIDIKAN ISLAM YANG SEMPURNAIslam yang berjenama al-din mempunyai kesempurnaan mengikut ketet...
07/02/2022

Minda Presiden PAS

KONSEP PENDIDIKAN ISLAM YANG SEMPURNA

Islam yang berjenama al-din mempunyai kesempurnaan mengikut ketetapan Allah Pencipta alam (Rabb al-‘Alamin) yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana, dan penuh melimpah rahmat-Nya buat seluruh alam. Sesungguhnya Islam itu diimani dan diucapkan oleh setiap Muslim dalam setiap rakaat solatnya.

Oleh itu, pendidikan Islam bagi membangunkan insan adalah mengikut hikmah mereka diciptakan oleh Allah SWT dengan peranan besar di alam dunia. Maka, manusia itu wajib dibentuk syakhsiahnya yang bersifat holistik merangkumi segala aspek kejadiannya dan menyempurnakan seluruh keperluannya.

Allah SWT menetapkannya dalam ayat pertama al-Quran yang telah diwahyukan sebagaimana firman-Nya:

﴿ٱقۡرَأۡ بِٱسۡمِ رَبِّكَ ٱلَّذِي خَلَقَ١ خَلَقَ ٱلۡإِنسَٰنَ مِنۡ عَلَقٍ٢ ٱقۡرَأۡ وَرَبُّكَ ٱلۡأَكۡرَمُ٣ ٱلَّذِي عَلَّمَ بِٱلۡقَلَمِ٤ عَلَّمَ ٱلۡإِنسَٰنَ مَا لَمۡ يَعۡلَمۡ٥﴾

“Bacalah (wahai Muhammad)! Dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk). (1); Dia menciptakan manusia daripada segumpal darah beku. (2); Bacalah! Dan Tuhanmu yang Maha Pemurah. (3); Tuhan yang mengajar manusia melalui perantaraan kalam (pena dan tulisan). (4); Dia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya. (5)” (Surah al-‘Alaq: 1-5)

Makhluk manusia itu diciptakan mengikut fitrahnya tersendiri berperanan sebagaimana penciptaan mereka yang telah ditetapkan oleh Allah SWT sebagai hamba yang wajib beribadat kepada-Nya sahaja dengan mematuhi segala perintah-Nya yang menjadi panduan, serta memakmurkan bumi mengikut petunjuk-Nya yang dinamakan Islam.

Hal ini sekali gus, mewajibkan manusia itu berilmu kerana mereka mempunyai kelemahannya sebagai makhluk, sekalipun mereka berakal. Ilmu tersebut sama ada secara wahyu, ataupun berfikir dengan akal dan pengalaman. Tugas menuntut ilmu itu diwajibkan mengikut kemampuan masing-masing yang berperanan secara individu, kolektif, serta bermasyarakat madani.

Manusia itu diberikan kelebihan berada di alam dunia dengan sifat kejadiannya yang berbeza dengan makhluk yang lain. Hal ini dinyatakan oleh firman Allah SWT:

﴿۞وَلَقَدۡ كَرَّمۡنَا بَنِيٓ ءَادَمَ وَحَمَلۡنَٰهُمۡ فِي ٱلۡبَرِّ وَٱلۡبَحۡرِ وَرَزَقۡنَٰهُم مِّنَ ٱلطَّيِّبَٰتِ وَفَضَّلۡنَٰهُمۡ عَلَىٰ كَثِيرٖ مِّمَّنۡ خَلَقۡنَا تَفۡضِيلٗا٧٠﴾

“Dan sesungguhnya Kami telah memuliakan anak-anak Adam; dan Kami telah berikan kepada mereka menggunakan pelbagai kenderaan di darat dan di laut; dan Kami telah memberikan rezeki kepada mereka daripada benda-benda yang baik-baik serta Kami telah melebihkan mereka dengan kelebihan yang sempurna atas kebanyakan makhluk yang telah Kami ciptakan.” (Surah al-Isra’: 70)

Allah SWT menetapkan ilmu yang menjadi acuan bagi membina insan (manusia) itu bagi memenuhi semua keperluan komponen dirinya yang merangkumi aspek jasad, roh dan akal, serta secara bersendiri, berkeluarga, berkolektif dan bermasyarakat.

Dalam perkara yang tidak mungkin dicapai oleh kemampuan diri manusia, maka Allah SWT memberikan petunjuk ilmu secara wahyu melalui para Rasul yang dilantik daripada kalangan manusia. Adapun, dalam perkara yang boleh dicapai oleh akal dan pengalaman manusia, maka Allah SWT menetapkan dasar dan sempadan.

Perkara ini sangat penting supaya mereka tidak terpesong dan tidak melampaui batas, sehinggakan keluar sempadan kemampuan dan peranan mereka. Lalu, merosakkan diri manusia dan makhluk sekelilingnya, khususnya dalam aspek yang berkaitan dengan peranan untuk memakmurkan bumi.

Setiap makhluk masing-masing mempunyai sempadannya yang tersendiri, apabila terkeluar daripada sempadan tersebut nescaya akan merosakkan perjalanan alam semesta dan segala sistemnya. Firman Allah SWT:

﴿إِنَّ فِي خَلۡقِ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلۡأَرۡضِ وَٱخۡتِلَٰفِ ٱلَّيۡلِ وَٱلنَّهَارِ وَٱلۡفُلۡكِ ٱلَّتِي تَجۡرِي فِي ٱلۡبَحۡرِ بِمَا يَنفَعُ ٱلنَّاسَ وَمَآ أَنزَلَ ٱللَّهُ مِنَ ٱلسَّمَآءِ مِن مَّآءٖ فَأَحۡيَا بِهِ ٱلۡأَرۡضَ بَعۡدَ مَوۡتِهَا وَبَثَّ فِيهَا مِن كُلِّ دَآبَّةٖ وَتَصۡرِيفِ ٱلرِّيَٰحِ وَٱلسَّحَابِ ٱلۡمُسَخَّرِ بَيۡنَ ٱلسَّمَآءِ وَٱلۡأَرۡضِ لَأٓيَٰتٖ لِّقَوۡمٖ يَعۡقِلُونَ١٦٤﴾

“Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi; dan (pada) pertukaran malam dan siang; dan (pada) kapal-kapal yang belayar di laut dengan membawa apa yang bermanfaat kepada manusia; demikian juga (pada) air hujan yang Allah turunkan dari langit, lalu Allah hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya (kekeringan), serta Dia membiakkan padanya daripada pelbagai jenis binatang; demikian juga (pada) peredaran angin dan awan yang tunduk (kepada kuasa Allah) terapung-apung di antara langit dengan bumi; sesungguhnya (pada semuanya itu) ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan Allah kekuasaan-Nya, kebijaksanaan-Nya, dan keluasan rahmat-Nya) bagi kaum yang (mahu) menggunakan akal fikiran.” (Surah al-Baqarah: 164)

Firman Allah SWT:

﴿أَفَغَيۡرَ دِينِ ٱللَّهِ يَبۡغُونَ وَلَهُۥٓ أَسۡلَمَ مَن فِي ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلۡأَرۡضِ طَوۡعٗا وَكَرۡهٗا وَإِلَيۡهِ يُرۡجَعُونَ٨٣﴾

“Patutkah mereka mencari agama selain daripada agama Allah? Padahal kepada-Nya jualah tunduk taat sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi, sama ada secara sukarela ataupun terpaksa, dan kepada-Nya jualah mereka dikembalikan.” (Surah Ali ‘Imran: 83)

Ayat di atas menunjukkan bahawa kepatuhan semua makhluk hanyalah kepada undang-undang Allah Pencipta alam sahaja.

Firman Allah SWT:

﴿وَٱلۡأَرۡضَ مَدَدۡنَٰهَا وَأَلۡقَيۡنَا فِيهَا رَوَٰسِيَ وَأَنۢبَتۡنَا فِيهَا مِن كُلِّ شَيۡءٖ مَّوۡزُونٖ١٩ وَجَعَلۡنَا لَكُمۡ فِيهَا مَعَٰيِشَ وَمَن لَّسۡتُمۡ لَهُۥ بِرَٰزِقِينَ٢٠ وَإِن مِّن شَيۡءٍ إِلَّا عِندَنَا خَزَآئِنُهُۥ وَمَا نُنَزِّلُهُۥٓ إِلَّا بِقَدَرٖ مَّعۡلُومٖ٢١ وَأَرۡسَلۡنَا ٱلرِّيَٰحَ لَوَٰقِحَ فَأَنزَلۡنَا مِنَ ٱلسَّمَآءِ مَآءٗ فَأَسۡقَيۡنَٰكُمُوهُ وَمَآ أَنتُمۡ لَهُۥ بِخَٰزِنِينَ٢٢ وَإِنَّا لَنَحۡنُ نُحۡيِۦ وَنُمِيتُ وَنَحۡنُ ٱلۡوَٰرِثُونَ٢٣ وَلَقَدۡ عَلِمۡنَا ٱلۡمُسۡتَقۡدِمِينَ مِنكُمۡ وَلَقَدۡ عَلِمۡنَا ٱلۡمُسۡتَ‍ٔۡخِرِينَ٢٤﴾

“Dan Kami telah menghamparkan bumi dan menjadikan padanya gunung-ganang dan Kami tumbuhkan padanya segala sesuatu menurut ukuran. (19); Dan Kami telah menjadikan untuk kalian di bumi keperluan-keperluan hidup, dan (Kami menciptakan p**a) makhluk-makhluk yang kalian sekali-kali bukan pemberi rezeki kepadanya. (20); Dan tiada sesuatu pun melainkan pada sisi Kami sahajalah khazanahnya; dan Kami tidak menurunkannya melainkan dengan kadar dan masa yang tertentu. (21); Dan Kami telah meniupkan angin untuk mengahwinkan (tumbuh-tumbuhan) dan Kami menurunkan hujan dari langit, lalu Kami memberi minum kepada kalian dengan air itu, dan sekali-kali bukanlah kalian yang menyimpannya. (22); Dan sesungguhnya benar-benar Kamilah yang menghidupkan dan mematikan serta Kami (p**alah) yang mewarisi. (23); Dan sesungguhnya Kami telah mengetahui orang-orang yang terdahulu daripada kalian dan sesungguhnya Kami mengetahui p**a orang-orang yang terkemudian (daripada kalian). (Surah al-Hijr: 19-24)

Firman Allah SWT:

﴿فَأَقِمۡ وَجۡهَكَ لِلدِّينِ حَنِيفٗاۚ فِطۡرَتَ ٱللَّهِ ٱلَّتِي فَطَرَ ٱلنَّاسَ عَلَيۡهَاۚ لَا تَبۡدِيلَ لِخَلۡقِ ٱللَّهِۚ ذَٰلِكَ ٱلدِّينُ ٱلۡقَيِّمُ وَلَٰكِنَّ أَكۡثَرَ ٱلنَّاسِ لَا يَعۡلَمُونَ٣٠﴾

“Maka, hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada agama Allah; (tetaplah atas) fitrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu. Tiada peubahan pada fitrah penciptaan Allah. (Itulah) agama yang lurus; tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.” (Surah al-Rum: 30)

Imam al-Ghazali RH menjelaskan dalam kitab Ihya’ Ulumuddin yang terkenal, apabila beliau membahagikan ilmu kepada dua bahagian.

Pertama, ilmu yang memberikan manfaat dunia dan akhirat atau hanya manfaat dunia sahaja yang menjadi jambatan menuju ke akhirat. Kedua, ilmu yang tidak memberikan manfaat atau mendatangkan mudarat yang diharamkan.

Semua ilmu yang memberikan manfaat, sama ada manfaat dunia atau akhirat diwajibkan manusia agar mempelajarinya, manakala ilmu yang mendatangkan mudarat p**a diharamkan mempelajarinya.

Ilmu yang berkaitan dengan aspek keagamaan dibahagikan kepada aqidah, syariat dan akhlak. Selain itu, disebutkan juga dengan iman, Islam dan ihsan atau tasawuf. Setiap cabang ilmu tersebut mempunyai kaitan dengan diri manusia dari sudut jasad, roh dan akal.
Aspek keagamaan juga tidak boleh dipisahkan dengan kehidupan dunia dan keperluannya. Malah, urusan dunia juga menjadi keperluan agama, dan dunia ialah tempat untuk manusia beramal mengikut ketetapan Allah SWT itu.

Semua ilmu tersebut adalah memenuhi keperluan jasad, roh, akal, diri, keluarga dan masyarakat. Bahkan, saling berkait dalam semua hubungan manusia dengan Allah Pencipta alam, hubungan manusia dengan dirinya, keluarga dan masyarakat serta makhluk yang lain, khususnya yang berkaitan dengan kewajipan memakmurkan bumi Allah SWT.

Ilmu tersebut juga adalah bagi menyatakan prinsip kepercayaan hati yang benar dan salah, sehingga sifat terpuji bagi dirinya adalah wajib dan sifat yang keji baginya adalah diharamkan. Termasuklah juga diwajibkan memelihara akal yang mulia dan ia haram dirosakkan.

Sehinggakan, keperluan makanan, pakaian mempunyai kaitan dengan aspek halal dan haram, serta pergaulan yang baik dan jahat serta segala amalannya mempunyai perhitungan dosa dan pahala. Segalanya akan dibawa pada Hari Pembalasan, setelah dihisab dan dibicarakan dengan adil pada Hari Akhirat nanti. Hal ini dihuraikan oleh firman Allah SWT:

﴿قَٰلَ إِن لَّبِثۡتُمۡ إِلَّا قَلِيلٗاۖ لَّوۡ أَنَّكُمۡ كُنتُمۡ تَعۡلَمُونَ١١٤ أَفَحَسِبۡتُمۡ أَنَّمَا خَلَقۡنَٰكُمۡ عَبَثٗا وَأَنَّكُمۡ إِلَيۡنَا لَا تُرۡجَعُونَ١١٥﴾

“Allah berfirman: ‘Kalian tidak tinggal (di bumi) melainkan sebentar sahaja, kalau kalian sesungguhnya dahulu mengetahuinya.’ (114); Maka, adakah patut kalian menyangka bahawa sesungguhnya Kami hanya menciptakan kalian secara main-main (sahaja)? Dan kalian menyangka tidak akan dikembalikan kepada Kami? (115)” (Surah al-Mu’minun: 114-115)

Ilmu itu p**a dibahagikan kepada dua pembahagian iaitu ilmu fardu ‘ain yang wajib ke atas tiap-tiap individu yang mukallaf (baligh, berakal dan mampu) iaitu dalam perkara asas bagi jasad, roh dan akal, yang berkait dengan iman, Islam dan ihsan. Selebihnya merupakan ilmu fardu kifayah, yang mewajibkan adanya dalam masyarakat, seperti memahami perkara agama secara mendalam dan terperinci huraiannya.

Termasuk sebahagian daripada ilmu fardu kifayah itu ialah ilmu keduniaan seperti ilmu sains, perubatan, pertanian, kejuruteraan dan semua teknologi dalam segala aspeknya. Begitu juga, ilmu alat seperti matematik dan lain-lain.

Hal ini bukanlah sepertimana kefahaman mereka yang jahil agama yang mengerti bahawa fardu kifayah hanyalah pelaksanaan sembahyang jenazah sahaja. Tidakkah ilmu falak itu diperlukan bagi menetapkan waktu solat, puasa dan haji. Malah, ilmu hisab juga wajib dipelajari bagi mengetahui ilmu faraid (pembahagian harta pusaka) dalam menentukan kadar zakat dan sebagainya.

Dalam pada itu, bagi menutup aurat dengan pakaian p**a berkait dengan ilmu jahitan, penanaman kapas dan sebagainya. Begitulah seterusnya yang menunjukkan betapa ilmu dunia mempunyai kaitan dengan urusan agama dan akhirat.

Aspek fardu kifayah itu p**a menjadi fardu ‘ain bagi setiap individu yang memiliki kemampuan untuk menunaikannya dalam sesebuah masyarakat dan negara.

Segala aspek itu adalah berkonsepkan agama secara sempurna yang dinamakan al-din, ia saling berkait antara satu sama lain laksana mata rantai yang tidak boleh dipisahkan.

Ilmu wahyu dan semua ilmu yang bermanfaat diambil daripada manusia seluruh pelosok dunia yang menerima kedatangan pengaruh Islam. Lalu, ia dibawa ke dalam dunia Islam sehingga berjaya mencipta Hadarah Islamiyyah (Tamadun Islam) yang berkonsepkan hidayah (petunjuk), apabila ia dibaca dan dipelajari dengan nama Allah SWT, Tuhan Pencipta alam.

Kita sedang menyaksikan bagaimana Tamadun Barat yang diambil daripada Tamadun Islam, lalu mencipta ketamadunannya sendiri yang berpisah daripada agama mengikut konsep sekularisme. Kini, mereka telah melampaui batas fitrah manusia dan makhluk yang lain, sehingga membawa kepada kehilangan integriti manusia, sekalipun mereka berakal dan berilmu.

Manusia bersikap melampaui batas dalam semua perkara, sehingga mereka terkeluar daripada sifat tabii manusia yang menjadikannya lebih sesat dan lebih jahat daripada binatang, sekalipun berakal. Hal ini dijelaskan oleh firman Allah SWT:

﴿وَلَقَدۡ ذَرَأۡنَا لِجَهَنَّمَ كَثِيرٗا مِّنَ ٱلۡجِنِّ وَٱلۡإِنسِۖ لَهُمۡ قُلُوبٞ لَّا يَفۡقَهُونَ بِهَا وَلَهُمۡ أَعۡيُنٞ لَّا يُبۡصِرُونَ بِهَا وَلَهُمۡ ءَاذَانٞ لَّا يَسۡمَعُونَ بِهَآۚ أُوْلَٰٓئِكَ كَٱلۡأَنۡعَٰمِ بَلۡ هُمۡ أَضَلُّۚ أُوْلَٰٓئِكَ هُمُ ٱلۡغَٰفِلُونَ١٧٩﴾

“Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka Jahanam kebanyakan daripada kalangan jin dan manusia; mereka mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai.” (Surah al-A‘raf: 179)

Pada masa yang sama, kita juga menyaksikan bagaimana manusia bernafsu untuk berkuasa dan mengejar kepuasan jasadnya, sehingga bersikap melampau dalam semua perkara. Sehinggakan, mereka tidak bermoral lebih teruk daripada binatang, bahkan mencipta senjata pemusnah yang lebih ganas daripada binatang buas apabila berperang.

Selain itu, mereka juga menciptakan makanan dan perubatan yang merosakkan jasad sendiri dan akalnya. Malah, merosakkan institusi berkeluarga dan bermasyarakat, bahkan juga memusnahkan alam sekitar.

Hal ini adalah semata-mata untuk mengejar keuntungan harta tanpa mempedulikan sempadannya, sehingga tidak beristiqamah dengan agama, diri, akal, keluarga, keturunan, maruah dan harta. Segala perkara tersebut menjadi rukun hidup manusia dan menepati kerangka Maqasid al-Syari‘ah yang telah ditetapkan oleh Allah SWT.

Benarlah firman Allah SWT:

﴿وَمِنَ ٱلنَّاسِ مَن يُعۡجِبُكَ قَوۡلُهُۥ فِي ٱلۡحَيَوٰةِ ٱلدُّنۡيَا وَيُشۡهِدُ ٱللَّهَ عَلَىٰ مَا فِي قَلۡبِهِۦ وَهُوَ أَلَدُّ ٱلۡخِصَامِ٢٠٤ وَإِذَا تَوَلَّىٰ سَعَىٰ فِي ٱلۡأَرۡضِ لِيُفۡسِدَ فِيهَا وَيُهۡلِكَ ٱلۡحَرۡثَ وَٱلنَّسۡلَۚ وَٱللَّهُ لَا يُحِبُّ ٱلۡفَسَادَ٢٠٥﴾

“Dan antara manusia ada orang yang tutur katanya mengenai hal kehidupan dunia, menyebabkan kamu tertarik hati (mendengarnya), dan dipersaksikannya kepada Allah atas (kebenaran) isi hatinya, padahal dia adalah orang yang amat keras permusuhannya (kepadamu). (204); Kemudian, apabila dia berpaling (daripadamu), dia berjalan di bumi untuk melakukan kerosakan padanya, dan membinasakan tanaman-tanaman dan keturunan (binatang ternak dan manusia); sedang Allah tidak menyukai akan kerosakan. (205)” (Surah al-Baqarah: 204-205)

Dan juga firman Allah SWT:

﴿ظَهَرَ ٱلۡفَسَادُ فِي ٱلۡبَرِّ وَٱلۡبَحۡرِ بِمَا كَسَبَتۡ أَيۡدِي ٱلنَّاسِ لِيُذِيقَهُم بَعۡضَ ٱلَّذِي عَمِلُواْ لَعَلَّهُمۡ يَرۡجِعُونَ٤١﴾

“Telah timbul pelbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian daripada balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).” (Surah al-Rum: 41)

Kerosakan itu dilakukan oleh manusia sendiri, apabila pembentukan dirinya tidak berdasarkan acuan Allah Pencipta alam semesta, lalu menyebabkan mereka bertindak melampau dalam semua perkara.

Firman Allah SWT:

﴿لَقَدۡ أَرۡسَلۡنَا رُسُلَنَا بِٱلۡبَيِّنَٰتِ وَأَنزَلۡنَا مَعَهُمُ ٱلۡكِتَٰبَ وَٱلۡمِيزَانَ لِيَقُومَ ٱلنَّاسُ بِٱلۡقِسۡطِۖ وَأَنزَلۡنَا ٱلۡحَدِيدَ فِيهِ بَأۡسٞ شَدِيدٞ وَمَنَٰفِعُ لِلنَّاسِ وَلِيَعۡلَمَ ٱللَّهُ مَن يَنصُرُهُۥ وَرُسُلَهُۥ بِٱلۡغَيۡبِۚ إِنَّ ٱللَّهَ قَوِيٌّ عَزِيزٞ٢٥﴾

“Demi sesungguhnya! Kami telah mengutuskan Rasul-rasul Kami dengan membawa bukti-bukti (mukjizat) yang jelas lagi nyata, dan Kami telah menurunkan bersama-sama mereka kitab suci dan keterangan yang menjadi neraca keadilan, supaya manusia dapat menjalankan keadilan dan kami telah menciptakan besi dengan keadaannya mengandungi kekuatan yang handal serta pelbagai faedah lagi bagi manusia. (Dijadikan besi dengan keadaan yang demikian, supaya mereka menggunakan faedah-faedah itu dalam kehidupan mereka sehari-hari) dan supaya ternyata pengetahuan Allah tentang orang yang (menggunakan kekuatan handalnya itu untuk) menegakkan dan mempertahankan agama Allah serta menolong para Rasul-Nya, padahal balasan baiknya tidak kelihatan (kepadanya); sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Perkasa.” (Surah al-Hadid: 25)

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS

Bertarikh: 6 Rajab 1443 / 7 Februari 2022

Address

N19 & N20
Padang Rengas

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Lajnah Dakwah PAS Padang Rengas posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share