Pemuda Padang Serai

Pemuda Padang Serai Page rasmi Pemuda Padang Serai
“Pemuda Terus Memimpin”

Dewan Pemuda PAS Kawasan Padang Serai atau singkatannya DPPKPS merupakan salah satu sayap Parti Islam Se-Malaysia (PAS) bagi Kawasan Padang Serai, Kedah Darul Aman.

25/08/2026
25/08/2026
25/08/2026

SALAM MAULIDUR RASUL 1448H ﷺ

Sempena memperingati kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW, marilah kita memperbanyakkan selawat serta menghayati sirah, akhlak dan perjuangan Baginda dalam kehidupan seharian.

Semoga kecintaan kita kepada Rasulullah SAW terus subur dalam jiwa dan menjadi pendorong untuk kita memperkukuh ukhuwah, menyebarkan kasih sayang serta membina masyarakat yang sejahtera.

“Menyubur Cinta, Meneladani Rasulullah SAW”

Salam Maulidur Rasul 1448H daripada:
PAS Kawasan Padang Serai
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ﷺ

25/08/2026

Pesanan YDP Kawasan Padang Serai sempena Maulidur Rasul.

Marilah kita menyuburkan cinta kepada Rasulullah SAW dengan memperbanyakkan selawat, mempelajari sirah Baginda serta menjadikan akhlak Rasulullah SAW sebagai pedoman dalam kehidupan.

Marilah kita tingkatkan iltizam dan istiqamah untuk
menyambung risalah perjuangan Islam yang telah diwarlskan oleh Rasulullah SAW, dengan penuh hikmah, amanah dan kesungguhan, sehingga Islam terus dimartabatkan dan didaulatkan di negara kita.

23/08/2026

Pemuda PAS persoal PMX: Siapa sebenarnya lindungi ‘penyakau’ Tabung Haji?

KUALA LUMPUR – Ketua Penerangan Pemuda PAS Malaysia, Khairul Nadzir mempersoalkan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang membidas tulisan Minda Presiden PAS berkaitan isu Tabung Haji.

Menurut Khairul Nadzir, persoalan yang perlu dijawab adalah sama ada Perdana Menteri sedar dengan apa yang diperkatakannya mengenai pihak yang didakwa melindungi ‘penyakau’ dalam Tabung Haji.

“Laporan Tabung Haji diperam selama tiga tahun sehinggalah didedahkan dalam PRN Negeri Sembilan, apakah itu juga bukan langkah beliau melindungi penyakau?” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Beliau turut meminta rakyat menilai sendiri siapa yang sebenarnya melindungi pihak yang didakwa melakukan salah laku ketika Kerajaan Pakatan Harapan (PH) mentadbir negara.

“Tanyakan kepada rakyat, siapa yang melindungi si penyakau selama Kerajaan Pakatan Harapan mentadbir negara? Semua orang tahu jawapannya. Tidak lagi perlu beretorik kosong wahai PMX,” katanya.

Khairul Nadzir turut menegaskan bahawa dalam tulisan Minda Presiden PAS, tidak terdapat kenyataan yang menunjukkan Presiden PAS cuba melindungi pihak yang melakukan perbuatan tersebut.

Sebaliknya, beliau mendakwa isu Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan Tabung Haji diperbesarkan atas kepentingan politik, khususnya bagi membawa imej Islam yang didakwa ditunggang PH untuk meraih kembali sokongan masyarakat Melayu-Islam.

“Hakikatnya tidak,” katanya.

Dalam pada itu, Khairul Nadzir turut membangkitkan isu integriti yang didakwa membabitkan parti dalam PH, termasuk isu terowong, namun mendakwa perkara tersebut sengaja tidak diberikan perhatian dan tumpuan media.

Beliau pada masa sama menyifatkan PH sebagai tidak mempunyai hala tuju dan visi yang jelas dalam menghadapi perkembangan politik semasa negara.

“PH sendiri hakikatnya sesat dalam sepak terajang politik semasa negara. Tiada hala tuju. Tiada visi yang jelas lagi. Hanya sentimen dan retorik menjadi tunggangan,” katanya.

23/08/2026
23/08/2026

TANGAN2 KOTOR PH HAPRAK ROSAKKAN TH.

IMPOSSIBLE IS NOTHING.

TERUSKAN BERDOA.

BISMILLAH.

اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ صَلَاةً تَشْغَلُ الظَّالِمِينَ بِالظَّالِمِينَ وَتُهْلِكُ الْكَافِرِينَ بِالْكَافِرِينَ وَتُخْرِجُ الْمُسْلِمِينَ مِنْ بَيْنِهِمْ سَالِمِينَ

Maksudnya:
“Ya Allah, selawat, salam dan keberkatan ke atas penghulu kami Muhammad dan ke atas keluarganya, selawat yang menyibukkan orang-orang zalim dengan sesama mereka, dan membinasakan orang-orang kafir dengan sesama mereka, serta mengeluarkan orang-orang Islam dari kalangan mereka dalam keadaan selamat.”

YAA QAHAR YAA JABBAR YAA MUNTAQIM YAA ALLAH YAA ALLAH YAA ALLAH.

SEMOGA KAKITANGAN2 AWAM YG RASUAH N KHIANAT PENYOKONG2 PENGKHIANAT ABATA SERTA PEMIMPIN2 YG KHIANAT N RASUAH ALLAH SWT HINA, RUGIKAN N BERI KEMURUNGAN SETIAP SAAT DLM KEHIDUPAN MEREKA. AAMIIN3 YRA.

HASBUNALLAAHU WANI'MALWAKIIL NI'MAL MAULAA WANI'MAN NASIIR.

LAA HAULAA WALAA QUUWATAA ILLAA BILLAAHIL ALIYIL AZIIM.

اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ صَلَاةً تَشْغَلُ الظَّالِمِينَ بِالظَّالِمِينَ وَتُهْلِكُ الْكَافِرِينَ بِالْكَافِرِينَ وَتُخْرِجُ الْمُسْلِمِينَ مِنْ بَيْنِهِمْ سَالِمِينَ

Maksudnya:
“Ya Allah, selawat, salam dan keberkatan ke atas penghulu kami Muhammad dan ke atas keluarganya, selawat yang menyibukkan orang-orang zalim dengan sesama mereka, dan membinasakan orang-orang kafir dengan sesama mereka, serta mengeluarkan orang-orang Islam dari kalangan mereka dalam keadaan selamat.”

23/08/2026

Ini adalah keterangan Hassan Karim ahli Parlimen Pasir Gudang (P159) daripada PKR baru baru ini berhubung RCI.

Address

Padang Serai

Telephone

+60135539677

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pemuda Padang Serai posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share