Jabatan AMAL DUN PAKA

Jabatan AMAL DUN PAKA Merupakan sebuah badan bantuan kemanusiaan kepada semua insan tanpa mengira agama, bangsa & politik. JABATAN AMAL MALAYSIA DPPP

Dalam keseronokkan melihat lambakan RXZ,ada insan yang sanggup korbankan masa dan tenaga bagi memastikan keselamatan ora...
31/07/2026

Dalam keseronokkan melihat lambakan RXZ,ada insan yang sanggup korbankan masa dan tenaga bagi memastikan keselamatan orang awam dan kelancaran lalu lintas berjalan dengan lancar.

Terima Kasih Jabatan Amal Paka Terima Kasih Anggota Polis dan Semua yang terlibat.

🌙 SERUAN INFAK JUMAAT 🌙Jumaat, penghulu segala hari, adalah waktu yang penuh keberkatan untuk melipatgandakan amal kebaj...
31/07/2026

🌙 SERUAN INFAK JUMAAT 🌙

Jumaat, penghulu segala hari, adalah waktu yang penuh keberkatan untuk melipatgandakan amal kebajikan. Antara amalan yang paling dianjurkan ialah bersedekah, lebih-lebih lagi pada waktu Subuh.

Rasulullah SAW bersabda:
"Apabila mati seorang anak Adam, terputuslah amalannya kecuali tiga perkara: sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat, dan doa anak yang soleh."
(Riwayat Muslim, Abu Dawud & At-Tirmidzi)

Semoga infak Jumaat yang diberikan Tuan/Puan menjadi amal jariah yang terus mengalir pahalanya di dunia dan akhirat.




ALHAMDULILLAH | MANGSA HILANG TELAH DIJUMPAIAlhamdulillah, ketiga-tiga mangsa yang dilaporkan hilang telah berjaya ditem...
28/07/2026

ALHAMDULILLAH | MANGSA HILANG TELAH DIJUMPAI

Alhamdulillah, ketiga-tiga mangsa yang dilaporkan hilang telah berjaya ditemui.

Mangsa terdiri daripada seorang berumur 23 tahun dan dua orang lagi berumur 10 tahun. Mereka telah ditemui di sekitar kawasan Air Terjun Atas, Panchor Batu 5 pada jam 2.38 pagi.

Syukur ke hadrat Allah SWT, kesemua mangsa telah berjaya dipulangkan ke pangkuan ibu bapa masing-masing dalam keadaan selamat.

Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat serta kepada orang ramai yang turut membantu dan mendoakan agar segala urusan dipermudahkan.

Alhamdulillah, jenazah mangsa yang dilaporkan hilang telah berjaya ditemui sekitar 100 meter dari lokasi parkir motosika...
05/07/2026

Alhamdulillah, jenazah mangsa yang dilaporkan hilang telah berjaya ditemui sekitar 100 meter dari lokasi parkir motosikal beliau.

Difahamkan, mangsa dipercayai turun ke kawasan tersebut untuk menahan bento ketam sekitar jam 10.00 pagi sebelum dilaporkan hilang.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang melibatkan pihak Bomba, PDRM, Jabatan Amal serta penduduk kampung telah membuahkan hasil dengan penemuan jenazah mangsa.

Marilah kita bersama-sama menghadiahkan bacaan Al-Fatihah buat arwah. Semoga Allah SWT mengampunkan segala dosanya, melimpahkan rahmat-Nya serta menempatkan arwah dalam kalangan orang-orang yang beriman.

Al-Fatihah. 🤲

ALHAMDULILLAHDimaklumkan bahawa mayat mangsa lemas di Sungai Hulu Paka telah berjaya ditemui sekitar 100 meter dari loka...
04/07/2026

ALHAMDULILLAH

Dimaklumkan bahawa mayat mangsa lemas di Sungai Hulu Paka telah berjaya ditemui sekitar 100 meter dari lokasi mangsa dilaporkan lemas.

Dengan penemuan tersebut, Operasi Mencari dan Menyelamat (Search and Rescue - SAR) secara rasminya telah ditamatkan melibatkan semua agensi yang bertugas iaitu Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Unit K9, Jabatan Amal Malaysia Kawasan Dungun (JAMKD), serta bantuan daripada penduduk kampung.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada semua anggota dan sukarelawan yang telah bertungkus-lumus sepanjang operasi dijalankan.

Marilah kita bersama-sama menghadiahkan bacaan Surah Al-Fatihah dan mendoakan agar Allah SWT mengampunkan segala dosa arwah, melimpahkan rahmat-Nya, serta menempatkannya dalam kalangan orang-orang yang beriman.

Al-Fatihah.




SELAMAT MENYAMBUT AWAL MUHARRAM 1448H17 JUN 2026Dengan penuh rasa syukur, marilah kita menyambut kedatangan Tahun Baharu...
16/06/2026

SELAMAT MENYAMBUT AWAL MUHARRAM 1448H
17 JUN 2026

Dengan penuh rasa syukur, marilah kita menyambut kedatangan Tahun Baharu Hijrah 1448H sebagai lembaran baharu untuk memperkukuhkan keimanan, memperbaiki diri serta meningkatkan amal kebajikan demi mendapat keredaan Allah SWT.

Semoga tahun ini membawa keberkatan, kesejahteraan, kesatuan ummah dan kekuatan untuk terus berkhidmat kepada masyarakat dengan penuh keikhlasan dan amanah.

“Sesungguhnya bilangan bulan di sisi Allah ialah dua belas bulan dalam ketetapan Allah ketika Dia menciptakan langit dan bumi…”
(Surah At-Taubah : 36)

Salam Maal Hijrah 1448H
“Hijrah Membina Ummah, Amal Memperkasa Masyarakat”

Ikhlas daripada
Jabatan Amal Malaysia DUN Paka
“Memperkasa Ummah, Menyahut Amanah”

JAM Paka bersama Khidmat Malaysia Kawasan Dungun turun menyertai operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa bot karam y...
13/06/2026

JAM Paka bersama Khidmat Malaysia Kawasan Dungun turun menyertai operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa bot karam yang dilaporkan berlaku di perairan berhampiran Pulau Tenggol.

Semoga urusan pencarian dipermudahkan dan mangsa segera ditemukan. Doa serta sokongan masyarakat amat dihargai buat semua petugas yang sedang bertungkus-lumus menjalankan operasi ini.

Address

Paka
23100

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan AMAL DUN PAKA posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share