24/08/2023
24 Ogos 2023 : Sesi Libat Urus Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang Bersama Warga Kerja Lembaga Pertubuhan Peladang Negeri Johor dan Pertubuhan Peladang Negeri Johor.
Program yang diadakan di LPP Negeri Johor dihadiri oleh Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang, YBhg Datoโ Wira Haji Mahfuz bin Haji Omar. Hadir bersama bersama Pengarah LPP Negeri Johor, Encik Amiruddin bin Haji Bahar, Timbalan Pengarah LPP Negeri Johor, Encik Muhamad Sahri bin Mohamad, Pengurus Besar PPNJ, Encik Shahrizan bin Khairudin, semua Ketua Cawangan dan Unit di LPP Negeri Johor, Pegawai Peladang Daerah (PPD) serta Pengurus Besar PPK di LPP Negeri Johor.
Taklimat pengurusan pentadbiran, projek pembangunan serta pencapaian LPP Negeri Johor disampaikan oleh Pengarah LPP Negeri Johor. Jumlah anggota LPP Negeri Johor seramai 242 orang dimana penempatan adalah di LPP Negeri Johor seramai 74 orang anggota dan selebihnya ditempatkan di PPNJ, 4 PPD serta 29 PPK di negeri Johor. Sehingga berakhir 2022 jumlah keahlian Ahli Peladang di 29 PPK seramai 107,719 orang dengan modal saham ahli berjumlah RM38,558,568.00 dan simpanan ahli berjumlah RM103,481,174.00 manakala, isipadu perniagaan 29 PPK berjumlah RM1,051,214,431.00 pada tahun 2022. Pada tahun kewangan berakhir tahun 2022, 9 PPK di negeri Johor telah mencatatkan keuntungan bersih melebihi RM1 juta iaitu PPK Endau, PPK Ayer Baloi, PPK Simpang Lima Batu Pahat, PPK Parit Raja, PPK Sri Medan, PPK Rengit, PPK Pontian Selatan, PPK Kota Tinggi dan PPK Kota Tinggi Timur.
Pengerusi LPP seterusnya beramah mesra dengan warga kerja LPP Negeri Johor dan selepas itu beliau meneruskan lawatan kerja beliau ke pejabat Pertubuhan Peladang Negeri Johor (PPNJ) bagi mengadakan perjumpaan bersama pengurusan tertinggi PPNJ yang melibatkan Pengurus Besar PPNJ serta Pengurus-pengurus Bahagian PPNJ. Taklimat ringkas disampaikan oleh Pengurus Besar PPNJ, Encik Shahrizan bin Khairudin.
โ Sektor pertanian khasnya PPK perlu aktif tarik keahlian dari golongan muda. Adakan kempen utk usahawan menjadi ahli PP. LPP harus ke arah menokhtahkan miskin tegar dikalangan ahli PP. KPI atas peruntukanยฒ yang telah disalurkan perlu fokus agar usahawan/ ahli PP lebih berjaya hingga mampu berdikari dan berjaya. Lahirkan inovasi agar kita mampu menjadi generasi pencipta bukan pengguna semata agar mampu mengubah landskap pertanian khasnya LPP dan PP โ, Dato Wira Haji Mahfuz bin Haji Omar, Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang.
๐๐ ๐
๐๐๐ซ๐ฎ๐๐ซ๐ข ๐๐๐๐
#๐๐๐๐๐๐ญ๐๐ก๐ฎ๐ง
#๐๐๐๐๐๐ฅ๐๐ฒ๐ฌ๐ข๐
#๐๐๐๐๐
๐๐ซ๐ฆ๐๐ซ๐ฌ
#๐๐๐ซ๐ค๐๐ฌ๐๐๐๐ฅ๐๐๐๐ง๐
#๐๐๐ฅ๐ฎ๐๐ซ๐ ๐๐๐๐ฅ๐๐๐๐ง๐
#๐๐๐๐๐๐๐ฅ๐๐ฒ๐ฌ๐ข๐
#๐๐๐๐ฆ๐๐๐๐
#๐๐๐ฅ๐๐ฒ๐ฌ๐ข๐๐๐๐๐๐ง๐ข
#๐๐ฎ๐ค๐ฎ๐ฉ๐๐๐ง๐๐๐ซ๐ฃ๐๐ฆ๐ข๐ง
#๐๐๐ฆ๐ข๐ฉ๐๐ซ๐ญ๐ข๐ฐ๐ข