Pejabat Sumber Manusia UTHM

Pejabat Sumber Manusia UTHM Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Pejabat Sumber Manusia UTHM, Government Official, UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN, Parit Raja.

Pejabat Sumber Manusia UTHM menerajui pengurusan modal insan universiti secara strategik, profesional dan berintegriti bagi menyokong kecemerlangan serta kelestarian Universiti

Unit Pelantikan Staf, Pejabat Sumber Manusia telah menganjurkan Program My First Day Bil. 2/2026 pada 27 April 2026 hing...
08/05/2026

Unit Pelantikan Staf, Pejabat Sumber Manusia telah menganjurkan Program My First Day Bil. 2/2026 pada 27 April 2026 hingga 28 April 2026 bertempat di Bilik Lestari 1, Aras 3, Perpustakaan Tunku Tun Aminah.

Program ini telah melibatkan seramai 37 orang staf baharu yang melapor diri di UTHM bagi tempoh 16 Januari 2026 hingga 16 April 2026.

Penganjuran program ini bertujuan memberi pendedahan awal berkaitan budaya kerja, tatacara perkhidmatan serta maklumat asas universiti bagi membantu staf baharu menyesuaikan diri dengan persekitaran kerja di UTHM.

Semoga program seperti ini dapat terus memperkukuh semangat kerja berpasukan serta meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan universiti.




4 Mei 2026 | Majlis Penyampaian Watikah Kenaikan Pangkat Bil. 3/2026 bertempat di Bilik Mesyuarat Eksekutif, Aras 5, Ban...
04/05/2026

4 Mei 2026 | Majlis Penyampaian Watikah Kenaikan Pangkat Bil. 3/2026 bertempat di Bilik Mesyuarat Eksekutif, Aras 5, Bangunan Perpustakaan Tunku Tun Aminah UTHM.

Yang Berbahagia Prof. Ts. Dr. Rabiah binti Ahmad, FASc, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UTHM hari ini telah meluangkan masa bagi menyampaikan watikah kepada 16 orang staf akademik.

Majlis anjuran Pejabat Sumber Manusia ini turut dihadiri oleh Pendaftar / Ketua Pegawai Operasi, Tuan Haji Naim bin Maslan dan Pengarah Pejabat Sumber Manusia, Encik Abd Ahmad Farid bin Md Said.

Tahniah diucapkan kepada semua penerima. Semoga kenaikan pangkat ini menjadi suntikan semangat dan motivasi untuk meningkatkan pencapaian dan kecemerlangan Universiti.




4 Mei 2026 I Majlis Penyerahan Sijil Penghargaan PesaraYang Berbahagia Prof. Ts. Dr. Mas Fawzi bin Mohd Ali, Naib Cansel...
04/05/2026

4 Mei 2026 I Majlis Penyerahan Sijil Penghargaan Pesara

Yang Berbahagia Prof. Ts. Dr. Mas Fawzi bin Mohd Ali, Naib Canselor UTHM, hari ini telah meluangkan masa untuk menyempurnakan Majlis Penyerahan Sijil Penghargaan kepada para pesara sebagai tanda penghormatan atas jasa dan sumbangan mereka.

Majlis ini turut diserikan dengan kehadiran Pendaftar merangkap Ketua Pegawai Operasi, Tuan Haji Naim bin Maslan, serta Pengarah Pejabat Sumber Manusia, Encik Ahmad Farid bin Md Said.

Penghargaan ini mencerminkan komitmen universiti dalam menghargai bakti dan sumbangan warga kerja yang telah banyak berjasa sepanjang tempoh perkhidmatan mereka.




UJIAN SARINGAN PENGAMBILAN PEMBANTU KESELAMATAN GRED KP1Telah berlangsung sesi ujian saringan bagi pengambilan Pembantu ...
22/04/2026

UJIAN SARINGAN PENGAMBILAN PEMBANTU KESELAMATAN GRED KP1

Telah berlangsung sesi ujian saringan bagi pengambilan Pembantu Keselamatan Gred KP1 pada 22 April 2026 bertempat di Stadium UTHM.

Seramai 15 orang calon telah hadir bagi menjalani ujian tersebut.

Ujian ini melibatkan kerjasama beberapa PTj iaitu PSM, APSeM, PSKU, PKU serta Suksis UTHM dalam memastikan proses pemilihan berjalan dengan lancar dan teratur.

Semoga semua calon berjaya dan berpotensi menyumbang kepada keselamatan serta kesejahteraan kampus.




Sekitar sesi melapor diri staf baharu Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) pada 16 April 2026.Seramai 8 orang staf...
22/04/2026

Sekitar sesi melapor diri staf baharu Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) pada 16 April 2026.

Seramai 8 orang staf baharu telah melapor diri dalam sesi ini yang diuruskan oleh Unit Pelantikan Staf, Pejabat Sumber Manusia.

Program telah berlangsung di Bilik Mesyuarat Sri Kesidang, Aras 3, Pejabat Pendaftar.

Pihak universiti mengucapkan selamat datang dan tahniah kepada semua staf baharu. Semoga kehadiran anda dapat menjalankan amanah dengan penuh dedikasi serta menyumbang ke arah kecemerlangan UTHM pada masa akan datang.




10/04/2026
6 April 2026 Majlis Penyerahan Sijil Penghargaan PesaraYang Berbahagia Prof. Ts. Dr. Mas Fawzi bin Mohd Ali, Naib Cansel...
06/04/2026

6 April 2026

Majlis Penyerahan Sijil Penghargaan Pesara

Yang Berbahagia Prof. Ts. Dr. Mas Fawzi bin Mohd Ali, Naib Canselor UTHM, hari ini telah meluangkan masa untuk menyempurnakan Majlis Penyerahan Sijil Penghargaan kepada para pesara sebagai tanda penghormatan atas jasa dan sumbangan mereka.

Majlis ini turut diserikan dengan kehadiran Pendaftar merangkap Ketua Pegawai Operasi, Tuan Haji Naim bin Maslan, serta Pengarah Pejabat Sumber Manusia, Encik Ahmad Farid bin Md Said.

Penghargaan ini mencerminkan komitmen universiti dalam menghargai bakti dan sumbangan warga kerja yang telah banyak berjasa sepanjang tempoh perkhidmatan mereka.




Selamat Bersara Ir. Ts. Salman bin Salim & Encik Mhd Nasrudin bin DukotSetinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kas...
06/04/2026

Selamat Bersara Ir. Ts. Salman bin Salim & Encik Mhd Nasrudin bin Dukot

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih dirakamkan atas segala jasa, bakti serta komitmen yang telah dicurahkan sepanjang tempoh perkhidmatan kepada universiti.

Semoga segala sumbangan yang diberikan menjadi kenangan terindah dan inspirasi buat warga kerja yang lain. Didoakan agar kedua-duanya sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, ketenangan jiwa serta kebahagiaan yang berpanjangan dalam meniti fasa baharu kehidupan.

Terima kasih atas segalanya. Jasamu sentiasa dikenang.




03/04/2026
Sekitar sesi melapor diri staf baharu Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) pada 1 April 2026.Seramai 12 orang staf...
02/04/2026

Sekitar sesi melapor diri staf baharu Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) pada 1 April 2026.

Seramai 12 orang staf baharu telah melapor diri dalam sesi ini yang diuruskan oleh Unit Pelantikan Staf, Pejabat Sumber Manusia. Program telah berlangsung di Bilik Mesyuarat Sri Kesidang, Aras 3, Pejabat Pendaftar.

Pihak universiti mengucapkan selamat datang dan tahniah kepada semua staf baharu. Semoga kehadiran anda dapat menjalankan amanah dengan penuh dedikasi serta menyumbang ke arah kecemerlangan UTHM.




Address

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN
Parit Raja
86400

Opening Hours

Monday 07:30 - 05:00
Tuesday 07:30 - 05:00
Wednesday 07:30 - 05:00
Thursday 07:30 - 05:00
Friday 07:30 - 05:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Sumber Manusia UTHM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share