Pergerakan Pemuda Pasir Mas

Pergerakan Pemuda Pasir Mas Sayap Pemuda UMNO Pasir Mas

22/03/2026
Ziarah Kasih Ramadhan : Menghargai Jasa Bekas Tok Gawo NordinTarikh     : 18 Mac 2026 (Rabu)Masa      : 6.00 petangTempa...
19/03/2026

Ziarah Kasih Ramadhan : Menghargai Jasa Bekas Tok Gawo Nordin

Tarikh : 18 Mac 2026 (Rabu)
Masa : 6.00 petang
Tempat : Kg Slow Machang, Pasir Mas

Alhamdulillah, hari ini Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pasir Mas, LSr Nik Ikhwan Haqim bersama Penyelaras DUN Pengkalan Pasir, Sdr Osmira berkesempatan menyantuni bekas Tok Gawo Nordin di Pengkalan Pasir.

Turut serta dalam kunjungan ini ialah Abe Darus (JKKKP Kg Slow Machang) serta barisan Exco Pemuda UMNO Bahagian Pasir Mas. Program ziarah begini penting untuk kita terus merapatkan ukhuwah dan mendengar khabar mereka yang banyak berjasa kepada masyarakat setempat.

Semoga Tok Gawo Nordin dikurniakan kesihatan yang baik dan sentiasa dalam lindungan Allah SWT. 🤲✨

[SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI – TAKBIR BERGEMA, SYUKUR MENJELMA]🌙 "Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, Walillahil ...
19/03/2026

[SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI – TAKBIR BERGEMA, SYUKUR MENJELMA]

🌙 "Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, Walillahil Hamd."

Gema takbir kini berkumandang, menandakan kemenangan buat umat Islam setelah sebulan menyempurnakan ibadah di bulan Ramadan yang barakah. Detik yang penuh syahdu ini adalah masa untuk kita kembali kepada fitrah, mensyukuri nikmat iman dan ukhuwah yang dikurniakan Allah SWT.

🚗 Kepada Anak Perantau & Warga Pasir Mas yang Pulang ke Kampung Halaman:

Selamat pulang ke pangkuan keluarga! Kami mendoakan agar perjalanan anda diberkati dan dilindungi Allah SWT. Ingatlah insan tersayang yang sedang menanti dengan penuh rindu di rumah.

"Pandu Cermat, Jiwa Selamat." Biarlah biar lambat asalkan selamat sampai. Kesabaran di jalan raya adalah cerminan akhlak peribadi kita.

Andai ada salah dan dosa,
Mohon ampun di hari mulia.
Takbir bergema menggegar jiwa,
Moga Aidilfitri membawa bahagia.

Tulus ikhlas daripada:
LSr Nik Ikhwan Haqim Bin Datuk LSr Dr Hj Hanafi
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pasir Mas dan Barisan Exco

🥤 Program Agihan Minuman Berbuka Puasa Sempena Ramadan di Slow Machang!Tarikh    : 18 Mac 2026 (Ruabu)Masa     : 5.30 pe...
18/03/2026

🥤 Program Agihan Minuman Berbuka Puasa Sempena Ramadan di Slow Machang!

Tarikh : 18 Mac 2026 (Ruabu)
Masa : 5.30 petang
Tempat : Kg Slow Machang, Pasir Mas

Alhamdulillah, petang tadi telah berlangsung dengan jayanya Program Agihan Minuman Berbuka Puasa Sempena Ramadan anjuran Pemuda UMNO Bahagian Mas. 🌙✨

Program yang bermula jam 5.30 petang di Slow Machang ini bertujuan menyantuni penduduk setempat dan berkongsi rezeki dalam bulan yang penuh barakah ini. Keceriaan jelas terpancar pada wajah warga Pasir Mas yang hadir.

Kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada:

LSr Nik Ikhwan Haqim (Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pasir Mas)

Sdr Osmera (Penyelaras UMNO DUN Pengkalan Pasir)

Abe Darus (JPKKP Slow Machang)

Terima kasih kerana sudi turun padang dan bersama-sama dalam menjayakan program kali ini. Kehadiran tuan-tuan memberikan suntikan semangat kepada kami semua.

Penghargaan juga buat Biro Politik dan Barisan Exco Pemuda UMNO Bahagian Pasir Mas yang bertungkus-lumus memeriahkan lagi suasana agihan.

Semoga usaha kecil ini diberkati Allah SWT dan merapatkan lagi ukhuwah antara kita semua. 🤲

Santai Moreh Anak Muda Pasir Mas 2.0
17/03/2026

Santai Moreh Anak Muda Pasir Mas 2.0

62 likes, 9 comments. “Kami teruskan jelajah Santai Moreh Anak Muda Pasir Mas, kali ini di Meranti. Jutaan terima kasih kepada sahabat yang hadir meluangkan masa bersama. Semoga kesatuan kita bertambah teguh, keyakinan kita bertambah kuat. akmalsaleh AWIE Sharizal Semsuddin ...

Santai Moreh Anak Muda Pasir Mas 1.0
17/03/2026

Santai Moreh Anak Muda Pasir Mas 1.0

217 likes, 21 comments. “Kami masih bersama, kami tetap setia Moreh + Anak Muda + Santai 🔥 3 Mac | 10 malam | QM Cottage Terima kasih kepada sahabat-sahabat yang datang. Semoga kita kekal bersatu, kekal berpadu. akmalsaleh kelantan AWIE UMNO Malaysia”

🌙 Moreh Santai Anak Muda 3.0: Edisi Colek Tendong! 🍢Tarikh     : 14 Mac 2026 (Sabtu)Masa      : 10.00 malamTempat  : Bun...
16/03/2026

🌙 Moreh Santai Anak Muda 3.0: Edisi Colek Tendong! 🍢

Tarikh : 14 Mac 2026 (Sabtu)
Masa : 10.00 malam
Tempat : Bunut Susu, Dun Tendong

Meriah sungguh suasana malam tadi di Kedai Kak Nah, Kg Dalam Pator! Program Santai Moreh Anak Muda 3.0 Pasir Mas kali ini singgah ke DUN Tendong untuk sesi ukhuwah sambil menikmati juadah colek yang sememangnya "terangkat".

Program santai ini lebih bermakna dengan kehadiran barisan kepimpinan yang sudi turun padang berkongsi meja dengan anak muda:

YBhg Datuk Noor Hariri Bin Mohamed Noor
(Ketua UMNO Bahagian Pasir Mas)

Biro Politik UMNO Bahagian Pasir Mas

LSr Nik Ikhwan Haqim Bin Datuk LSr Dr Hj Hanafi
(Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pasir Mas)

Biro Politik Pemuda UMNO Bahagian Pasir Mas

Barisan JPKKP & Ketua-Ketua Pemuda UMNO Cawangan DUN Tendong

Platform sebegini bukan sekadar makan-makan, tapi ruang terbaik untuk kita mendengar suara nadi anak muda setempat dalam suasana yang lebih 'relaks' dan tidak formal. Terima kasih kepada semua yang hadir memeriahkan suasana!

Anjuran: Pergerakan Pemuda UMNO Pasir Mas.

12/03/2026

Iftar Jamaie Pemuda UMNO Bahagian Pasir Mas di Ibis Syles Hotel Kota Bharu

Iftar Jamaie Pemuda UMNO Pasir Mas: Eratkan Saf, Mantapkan Perjuangan! 🌙✨Tarikh      : 11 Mac 2026 (Rabu)Masa       : 6....
12/03/2026

Iftar Jamaie Pemuda UMNO Pasir Mas: Eratkan Saf, Mantapkan Perjuangan! 🌙✨

Tarikh : 11 Mac 2026 (Rabu)
Masa : 6.30 petang
Tempat : Ibis Styles, Kota Bharu

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi. Selesai sudah Majlis Iftar Jamaie Pemuda UMNO Bahagian Pasir Mas bertempat di Ibis Hotel, Kota Bharu semalam. Memang meriah dan penuh ukhuwah bila keluarga besar Pemuda dapat berkumpul macam ni. 🏨🤝

Majlis bertambah bermakna dengan kehadiran LSr Nik Ikhwan bin Datuk LSr Dr Hj Hanafi, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pasir Mas, bersama barisan Biro Tertinggi , Penyelaras DUN dan rakan-rakan Exco Pemuda UMNO Pasir Mas.

Sekalung Penghargaan Buat Semua! 🏆

Di kesempatan ini, satu ucapan TAHNIAH dan PENGHARGAAN yang tidak terhingga dirakamkan buat seluruh barisan Exco Pemuda UMNO Pasir Mas.

Terima kasih kerana telah berkhidmat dengan penuh dedikasi dan jayanya sepanjang tahun ini. Segala gerak kerja, pengorbanan masa, dan tenaga setiap orang adalah nadi kekuatan Pemuda Pasir Mas. Memang superb! 💪🔥

Semoga keberkatan Ramadan ini terus menyuntik semangat untuk kita terus berbakti kepada agama, bangsa, dan tanah air, khususnya buat warga Pasir Mas tercinta.

Jumpa lagi di program seterusnya! 🖐️

Mas

🌙 Sembang Santai, Colek Sampai Kenyang! 🍡Malam tadi memang meriah di Dun Meranti! Program Santai Moreh Anak Muda 2.0 Pas...
09/03/2026

🌙 Sembang Santai, Colek Sampai Kenyang! 🍡

Malam tadi memang meriah di Dun Meranti! Program Santai Moreh Anak Muda 2.0 Pasir Mas berjaya menghimpunkan geng-geng anak muda kita untuk duduk semeja, mengeratkan silaturahim sambil menikmati hidangan colek yang padu.

Kami amat berbesar hati dengan kehadiran:
✅LSr Nik Ikhwan Haqim Hanafi (Ketua Pemuda)
✅Biro Politik dan AJK UMNO Bahagian Pasir Mas
✅Biro Politik dan Exco Pemuda UMNO Bahagian
Pasir Mas
✅Ketua-Ketua Pemuda Cawangan dalam DUN
Meranti

Terima kasih kepada semua yang hadir memeriahkan suasana di Kedai Pulut Ayam Jakar, Meranti. Bukan sekadar makan colek, tapi ini masanya kita dengar suara anak muda, berkongsi idea, dan mengukuhkan ukhuwah dalam suasana yang cukup santai.

Gerakan pemuda terus aktif, terus mara! ✊💪

Salam Nuzul Quran 17 Ramadan 1447HMari tingkatkan amalan dan jadikan al-Quran peneman setia.   "
07/03/2026

Salam Nuzul Quran 17 Ramadan 1447H

Mari tingkatkan amalan dan jadikan al-Quran peneman setia.

"

Address

Pasir Mas

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pergerakan Pemuda Pasir Mas posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share