23/08/2026
PERSEDIAAN AWAL MENGHADAPI MONSUN TIMUR LAUT (MTL) 2026/2027
Sebagai salah satu langkah persediaan awal menghadapi bencana banjir yang dijangka berlaku akibat MTL pada penghujung 2026, Pihak JKM Pasir Mas telah melaksanakan operasi membersih stor, menyusun atur semula & mengemaskini rekod stok sedia ada di 45 buah pengkalan hadapan Jajahan Pasir Mas.
Operasi ini bermula pada 5 Ogos 2026 dan telah diselesaikan pada 13 Ogos 2026. Operasi ini dilaksanakan untuk memastikan keadaan stor pengkalan hadapan berada dalam keadaan baik & bersedia untuk digunakan apabila berlakunya bencana.
Operasi ini juga telah mendapat kerjasama yang baik daripada sukarelawan JKM, pihak sekolah dan para penghulu yang terlibat.
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat KPWKM
Jabatan Kebajikan Masyarakat
Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Kelantan
less