Pelabuhan Perikanan LKIM Tok Bali

Pelabuhan Perikanan LKIM Tok Bali Pelabuhan LKIM Tok Bali merupakan pusat pendaratan ikan terbesar di Kelantan

Pejabat LKIM Daerah Kelantan Selatan adalah pejabat pengurusan kepada Pelabuhan LKIM Tok Bali (PPLTB), Perumahan Nelayan Tok Bali (PSNTB), Taman Perikanan Bersepadu Tok Bali (TBIFP) selain menyelia pembangunan Persatuan Nelayan Kawasan Bachok dan Semerak.

24 Februari 2026 | Selasa | Penempatan Semula Nelayan Tok Bali (PSNTB) πŸ“Œ 24 Februari 2026, Selasa - LAWATAN TAPAK PROJEK...
24/02/2026

24 Februari 2026 | Selasa | Penempatan Semula Nelayan Tok Bali (PSNTB)

πŸ“Œ 24 Februari 2026, Selasa - LAWATAN TAPAK PROJEK MENAIK TARAF PAIP KOMUNIKASI SERTA KERJA-KERJA YANG BERKAITAN DI PENEMPATAN SEMULA NELAYAN TOK BALI (PSNTB) OLEH BAHAGIAN KEJUTERAAN IBU PEJABAT LKIM TURUT HADIR PIHAK AIR KELANTAN SDN BHD(AKSB) DAN PEGAWAI DAERAH LKIM KELANTAN SELATAN.




15 Februari 2026 (Ahad) | 2.30 Petang πŸ“Œ Pihak pengurusan LKIM Negeri Kelantan telah mengadakan majlis bacaan Yassin & ce...
15/02/2026

15 Februari 2026 (Ahad) | 2.30 Petang

πŸ“Œ Pihak pengurusan LKIM Negeri Kelantan telah mengadakan majlis bacaan Yassin & ceramah bulanan bersempena menyambut Bulan Ramadan tahun 2026. Warga kakitangan di Pejabat LKIM Daerah Kelantan Selatan telah menyertai majlis tersebut secara atas talian untuk bersama-sama dalam majlis ilmu.





01 Februari 2025 (Ahad) | 10.00 Pagi | Pelabuhan Perikanan LKIM Tok Bali πŸ“Œ 01 Februari 2026, Ahad - Pihak pejabat LKIM D...
01/02/2026

01 Februari 2025 (Ahad) | 10.00 Pagi | Pelabuhan Perikanan LKIM Tok Bali

πŸ“Œ 01 Februari 2026, Ahad - Pihak pejabat LKIM Daerah Kelantan Selatan dengan kerjasama PENEKA Tok Bali dan Pusat Pengisytiharan Tok Bali telah mengadakan satu aktiviti gotong royong membersihkan kawasan Pelabuhan Perikanan LKIM Tok Bali (Jeti A) untuk memudahkan urusan pendaratan di jeti tersebut.





29 Januari 2026 (Khamis) | 10.00 Pagi | Bilik Mesyuarat, LKIM Tok BaliπŸ“Œ 29 Januari 2026 - Satu sesi libat urus (SLU) ber...
29/01/2026

29 Januari 2026 (Khamis) | 10.00 Pagi | Bilik Mesyuarat, LKIM Tok Bali

πŸ“Œ 29 Januari 2026 - Satu sesi libat urus (SLU) bersama pengusaha vessel dan pihak pengurusan LKIM Daerah Kelantan Selatan telah diadakan untuk melancarkan pengoperasi di Pelabuhan Perikanan LKIM Tok Bali (PPLTB).

Ybrs En Muhammad Faris Bin Mohd Ruslim, Pegawai LKIM Daerah Kelantan Selatan telah mempengerusikan sesi perbincangan libat urus tersebut. Turut hadir bersama, Pn Siti Nurazan Bt Ruzuan (Pen. Pegawai LKIM Daerah Kelantan Selatan), En Fahimi Bin Ismail, En Hussin Bin Mohd Yasin, En Zurita Bin Mat Suta dan En Abdul Aziz Bin Osman mewakili unit penguatkuasaan di PPLTB.





21 Januari 2026 | Rabu | 9.30 pagiLKIM Ibu Pejabat telah mengadakan mesyuarat bagi penyelarasan penyerahan sebahagian ta...
22/01/2026

21 Januari 2026 | Rabu | 9.30 pagi

LKIM Ibu Pejabat telah mengadakan mesyuarat bagi penyelarasan penyerahan sebahagian tanah milik persekutuan PT4302 Mukim Gong Kulim, Jajahan Pasir Puteh kepada Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) bagi tujuan fasiliti bekalan air.

Mesyuarat ini juga telah dipengerusikan oleh YBrs. Puan Rashima binti Baharuddin, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) LKIM. Dan turut dihadiri Puan Khuzaimah binti Husain, Pengarah Bahagian Infrastruktur, Encik Muhammad Faris bin Mohd Ruslim, Pegawai LKIM Daerah Kelantan Selatan serta pegawai daripada bahagian infrastruktur LKIM Ibu Pejabat.





TOK BALI, 21 JANUARI 2026 – Satu sesi libat urus telah diadakan hari ini bersama 12 usahawan berpotensi tinggi dari daer...
22/01/2026

TOK BALI, 21 JANUARI 2026 – Satu sesi libat urus telah diadakan hari ini bersama 12 usahawan berpotensi tinggi dari daerah Pasir Puteh, Besut, dan Setiu. Fokus utama sesi ini adalah untuk membentangkan peluang keemasan bagi para usahawan melabur dan menempatkan operasi mereka di Taman Perikanan Bersepadu Tok Bali (TBIFP).

Dalam sesi ini, para usahawan diberi pendedahan mengenai insentif pelaburan, kemudahan tapak kilang, serta sokongan teknikal yang disediakan bagi memastikan perniagaan mereka mampu bersaing di peringkat global.

Kehadiran usahawan dari Pasir Puteh, Besut, dan Setiu ini membuktikan keinginan tinggi pemain industri tempatan untuk berkembang daripada skala kecil kepada pengeluaran berskala industri di Tok Bali dengan sokongan premis/fasiliti bersesuaian.

Program SLU ini telah dipengerusikan oleh YBrs. Puan Rashima binti Baharuddin, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) LKIM. Turut hadir Puan Khuzaimah binti Husain, Pengarah Bahagian Infrastruktur, Encik Mohamad Alias bin Mohd Fauzy, Timbalan Pengarah LKIM Kelantan serta pegawai daripada Bahagian IAT, Infrastruktur dan LKIM Kelantan.

Kami mengalu-alukan kedatangan para usahawan untuk menyertai kami sebagai rakan strategik dalam memacu TBIFP sebagai pusat pertumbuhan ekonomi Pantai Timur dan sektor perikanan negara!





LKIM ingin memaklumkan kepada semua pihak yang berminat mengenai ketersediaan plot tanah kosong untuk tujuan sewaan di T...
25/11/2025

LKIM ingin memaklumkan kepada semua pihak yang berminat mengenai ketersediaan plot tanah kosong untuk tujuan sewaan di Taman Perikanan Bersepadu Tok Bali (TBIFP), Pasir Puteh, Kelantan.

Plot tanah kosong ini amat sesuai untuk pembangunan berkaitan industri perikanan, pemprosesan, agribisnes, atau aktiviti hiliran yang disokong oleh ekosistem perikanan di TBIFP.

Pihak yang berminat diminta untuk mengemukakan Cadangan Pembangunan (Proposal) dan menyatakan hasrat mereka secara rasmi kepada kami melalui:
β€’ Email: [email protected]; atau
β€’ Alamat: Taman Perikanan Bersepadu Tok Bali (TBIFP), Pelabuhan Perikanan LKIM Tok Bali, 16700 Pasir Puteh, Kelantan

Sebarang pertanyaan lanjut atau untuk temujanji melihat tapak, sila hubungi:
Encik Muhammad Faris bin Mohd Ruslim
Pengurus TBIFP
09-7788600





21 Ogos 2025 (Khamis) | Pelabuhan LKIM Tok Bali, Pasir Puteh Kelantan. 21 Ogos 2025, Khamis - Pihak pasukan Projek TBJE ...
21/08/2025

21 Ogos 2025 (Khamis) | Pelabuhan LKIM Tok Bali, Pasir Puteh Kelantan.

21 Ogos 2025, Khamis - Pihak pasukan Projek TBJE dengan kerjasama pihak pengurusan LKIM Tok Bali telah mengadakan Kempen Pengumpulan Sisa Plastik Dan Kitar Semula bagi memupuk kesedaran tentang kepentingan menjaga alam sekitar dan mengurangkan pencemaran setempat.

Kerjasama ini disambut baik oleh semua pihak dan mengalakkan pengguna untuk turut terlibat sama.





21/08/2025
21/08/2025
19 September 2025 (Selasa) | Pelabuhan Perikanan LKIM Tok Bali, Pasir Puteh Kelantan. *PENYERAHAN BANTUAN  DI BAWAH SKIM...
20/08/2025

19 September 2025 (Selasa) | Pelabuhan Perikanan LKIM Tok Bali, Pasir Puteh Kelantan.

*PENYERAHAN BANTUAN DI BAWAH SKIM TABUNG BANTUAN BENCANA ALAM DAN KEBAJIKAN NELAYAN*

Turut hadir Ybrs Encik Sobri Bin Ibrahim, Pengarah LKIM Negeri Kelantan untuk menyerahkan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir yang terlibat di Penempatan Semula Nelayan Tok Bali (PSNTB).





πŸ“05 Jun 2025 (Khamis) | 10.00 Pagi | Pelabuhan Perikanan LKIM Tok Bali, Pasir Puteh KelantanPihak pengurusan Pelabuhan P...
05/06/2025

πŸ“05 Jun 2025 (Khamis) | 10.00 Pagi | Pelabuhan Perikanan LKIM Tok Bali, Pasir Puteh Kelantan

Pihak pengurusan Pelabuhan Perikanan LKIM Tok Bali telah menerima kunjungan dari LTH Group Asia bagi sesi taklimat Kelestarian Pengurusan Kewangan Dan Harta Pusaka kepada semua kakitangan.

Sesi taklimat ini juga bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan bagi pengurusan kewangan oleh Prudential BSN Takaful.






Address

Pelabuhan Perikanan LKIM Tok Bali
Pasir Puteh
16700

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pelabuhan Perikanan LKIM Tok Bali posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share