Perhebat Negeri Kelantan

Perhebat Negeri Kelantan Entrepreneurship Training and
Agro-Entrepreneurship Training

LAWATAN SAMBIL BELAJAR DI HL AGROFARM KB, GUNUNG1. Tarikh: 26 Januari 2025 (Ahad)2. Masa: 10.00 pagi3. Lokasi: HL Agro F...
26/01/2025

LAWATAN SAMBIL BELAJAR DI HL AGROFARM KB, GUNUNG

1. Tarikh: 26 Januari 2025 (Ahad)
2. Masa: 10.00 pagi
3. Lokasi: HL Agro Farm KB, Gunung https://g.co/kgs/Y3Z69kJ
4. Penglibatan:
a) Pihak HL Agrofarm
b)Semua pelatih PKS Agrotani Siri 1/2025
c)Seorang tenaga pengajar
d)Seorang penyelaras latihan

5. Tujuan Lawatan:
a. Memberikan pendedahan awal kepada pelatih mengenai bidang penternakan, pertanian, dan pembuatan makanan haiwan.
b. Mengadakan perbincangan mengenai prospek kerjaya kedua bagi bakal pesara.

6. Laporan Aktiviti:
Lawatan dimulakan dengan sesi taklimat oleh wakil HL Agro Farm KB yang memberi penerangan tentang operasi ladang serta peluang dalam industri. Para pelatih turut dibawa melawat fasiliti termasuk kawasan pemprosesan makanan haiwan dan sistem penternakan moden.

Sesi perbincangan diadakan untuk membincangkan kerjaya kedua bagi pelatih selepas tamat latihan. Kehadiran delegasi PERHEBAT disambut mesra oleh pihak HL Agro Farm, yang menunjukkan minat tinggi untuk bekerjasama dalam melatih pelatih dalam bidang berkaitan.

Program ini diakhiri dengan sesi Makan tengahari dan bergambar kenangan bersama wakil HL Agro Farm KB.

7. Kesimpulan:
Lawatan ini memberi manfaat besar kepada pelatih PKS Agrotani dalam menyediakan mereka untuk menceburi bidang berkaitan. Pendedahan langsung di lapangan memberi inspirasi serta gambaran realistik terhadap peluang dan cabaran dalam industri agro.

8. Disertakan gambar untuk makluman.

Sekian, terima kasih.

MUHAMMAD SYAFIQ BIN MOHD YUNUS
Pengajar Keusahawan Agrotani
PERHEBAT Negeri Kelantan

Kepada sesiapa yang berminat untuk peningkatan diri & ekonomi...jommm
20/01/2025

Kepada sesiapa yang berminat untuk peningkatan diri & ekonomi...jommm

Jom sertai kami !!

Latihan Sangkut Teknologi Pemprosesan Hasil Fermentasi (Yogurt dan Susu Kultur)

TERHAD KEPADA 20 PESERTA SAHAJA ❗️

Untuk keterangan lanjut layari :

https://elatihansangkut.mardi.gov.my/










TAKLIMAT MARA KOTA BHARU BERSAMA  PELATIH PERHEBAT KOTA BHARU SIRI 1/2025 KOTA BHARU - Taklimat ini bertujuan untuk berk...
20/01/2025

TAKLIMAT MARA KOTA BHARU BERSAMA PELATIH PERHEBAT KOTA BHARU SIRI 1/2025

KOTA BHARU - Taklimat ini bertujuan untuk berkongsi maklumat mengenai kemudahan pembiayaan dan peluang penjanaan ekonomi yang ditawarkan oleh pihak MARA kepada pelatih PERHEBAT Siri 1/2025 ( Kesuhawanan UMUM & Elektrik ), bagi membantu mereka memulakan dan mengembangkan perniagaan selepas tamat latihan.

Kemudahan Pembiayaan yang ditawarkan oleh pihak MARA adalah seperti berikut:

1) Skim Pembiayaan Ekonomi Desa Nano (SPED Nano): Skim ini disediakan khas untuk usahawan desa, termasuk pelatih PERHEBAT, bagi membantu mereka memulakan perniagaan kecil-kecilan dengan modal yang minimum.

2) Skim Pembiayaan Perniagaan: MARA menawarkan pelbagai skim pembiayaan perniagaan dengan kadar faedah yang kompetitif untuk membantu usahawan Bumiputera mengembangkan perniagaan mereka.

Antara Peluang Penjanaan Ekonomi yang boleh diceburi adalah seperti :
i) Latihan Keusahawanan: MARA menyediakan program latihan dan kursus keusahawanan untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan pelatih dalam bidang perniagaan.
ii)Bimbingan dan Khidmat Nasihat: Usahawan akan mendapat bimbingan berterusan daripada MARA dalam aspek pengurusan perniagaan, pemasaran, dan kewangan.
iii) Peluang Jaringan Perniagaan: MARA membantu usahawan menjalin hubungan dengan pihak industri dan agensi berkaitan untuk memperluaskan rangkaian perniagaan mereka.

Diharapkan sesi perkongsian yang sangat bermanfaat ini dapat dikongsi bersama pelatih-pelatih selepas daripada ini untuk membantu dalam meneruskan kerjaya kedua selepas bersara dari ketenteraan nanti.

TAKLIMAT PERNIAGAAN & PERUNDANGAN SYARIKAT OLEH SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA (SSM) KOTA BHARU - Taklimat ini telah disa...
14/01/2025

TAKLIMAT PERNIAGAAN & PERUNDANGAN SYARIKAT OLEH SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA (SSM)

KOTA BHARU - Taklimat ini telah disampaikan oleh pihak Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) di Bilik Kuliah 1, PERHEBAT Negeri Kelantan pada 14 hb Jan 2025 (Selasa). Taklimat ini dihadiri oleh kesemua pelatih dari PKS Umum, PKS Agrotani dan Pendawaian Elektrik Kediaman.

Tujuan utama taklimat ini disampaikan adalah untuk memberikan pencerahan kepada para pelatih mengenai aspek permulaan perniagaan dan perundangan syarikat.

Sesi taklimat ini diakhiri dengan pendaftaran lesen SSM secara terus di kaunter yang telah disediakan.

SESI PENDAFTARAN LATIHAN PERALIHAN PELATIH BAHARU PKS PERHEBAT KELANTAN SIRI 1/2025  Sesi pendaftaran pelatih baharu PKS...
07/01/2025

SESI PENDAFTARAN LATIHAN PERALIHAN PELATIH BAHARU PKS PERHEBAT KELANTAN SIRI 1/2025

Sesi pendaftaran pelatih baharu PKS PERHEBAT kelantan Siri 1/2025 telah diadakan pada 7 Januari 2025 di PLBV-ATM Perhebat Kelantan, Taman Merbau Utama, Pasir Puteh Kelantan. Jumlah pelatih baharu yang hadir mendaftar adalah seramai 50 orang dari perkhidmatan Tentera Darat Malaysia (TDM), Tentera Udara Di Raja Malaysia (TUDM) dan Tentera Laut Di Raja Malaysia (TLDM).

Pecahan jantina adalah seperti berikut:
Lelaki : 49
Wanita : 1

Pecahan Bidang adalah seperti berikut:
PKS Umum : 17
PKS Agrotani : 13
Elektrik Kediaman : 15 (+ 5 siri 3/2024)

Selamat datang pelatih baharu siri 1/2025 ke PKS PERHEBAT Kelantan


MAJLIS JAMUAN AKHIR TAHUN STAF PERHEBAT NEGERI KELANTAN 2024Tarikh: 18 Disember 2024 (Rabu)Masa: 1:00 petang – 2:00 peta...
19/12/2024

MAJLIS JAMUAN AKHIR TAHUN STAF PERHEBAT NEGERI KELANTAN 2024

Tarikh: 18 Disember 2024 (Rabu)
Masa: 1:00 petang – 2:00 petang
Tempat: Restoran New Horizon, Tunjong Kota Bharu
Kehadiran: 8 orang staf

Majlis Jamuan Akhir Tahun Staf PERHEBAT Negeri Kelantan 2024 telah dianjurkan bertujuan untuk merapatkan hubungan silaturrahim antara staf serta menghargai kerjasama dan usaha yang telah diberikan sepanjang tahun 2024. Aktiviti ini diharapkan dapat meningkatkan semangat kekitaan dan keharmonian dalam kalangan staf.

Majlis bermula pada jam 1:00 petang dengan ucapan aluan oleh Mejar Sharulanuar bin Baharom (BERSARA), Pengarah PERHEBAT Negeri Kelantan, diikuti dengan jamuan makan tengah hari. Aktiviti berlangsung dalam suasana yang ceria dan harmoni, diiringi perbualan santai dan sesi bergambar bagi mengabadikan kenangan.

Seramai 8 orang staf telah hadir memeriahkan majlis ini. Kehadiran penuh ini mencerminkan komitmen dan semangat kebersamaan staf PERHEBAT Negeri Kelantan.

Majlis Jamuan Akhir Tahun ini telah berjalan dengan lancar sebagaimana yang dirancang. Semua yang hadir memberikan maklum balas positif terhadap penganjuran majlis ini. Diharapkan aktiviti seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang untuk mengekalkan hubungan yang erat dalam kalangan staf.

*BERITA DARI PANTAI TIMUR*Assalamualaikum W.B.TPROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT (CSR) PELATIH SIRI 4/2024: SANTUNI WARGA RANTA...
05/12/2024

*BERITA DARI PANTAI TIMUR*

Assalamualaikum W.B.T

PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT (CSR) PELATIH SIRI 4/2024: SANTUNI WARGA RANTAU PANJANG TERKESAN DENGAN BANJIR

1. Tarikh: 05 DISEMBER 2024 (KHAMIS)

2. ⁠Tempat Pembersihan yang dijalankan :
i) SEK REN UGAMA (A)
TARBIAH ISLAMIAH
KG. LUBOK GONG
17200 RANTAU
PANJANG KELANTAN.

ii) SMU (A) SYUKURIAH
KAMPUNG BARU
LUBOK SETOL 17200
RANTAU PANJANG
KELANTAN.

iii) RUMAH OKU SARAF
LORONG CIKGU, KG.
BAGUS 17200 RANTAU
PANJANG KELANTAN.

iv) 3 BUAH RUMAH OKU
ISSEY
KUALA ITIK, 17200
RANTAU PANJANG
KELANTAN.

3. Pihak PERHEBAT yang terlibat:
- ⁠Pengarah Negeri : Mejar Sharulanuar Bin Baharom (Bersara)
- Pengajar 2 orang & Staf PERHEBAT 3 orang
- Pelatih : 150 orang pelatih UMUM & AGROTANI siri 4/2024

4. Sumbangan disampaikan berbentuk barang-barang keperluan harian kepada penduduk Rantau Panjang yang terjejas banjir dan water pump engine kepada sekolah terlibat.

Sekian, Terima Kasih.




Pada : 4/12/2024 (RABU)PROGRAM MISI BANTUAN BANJIR Rumah Mangsa Banjir Pelatih PERHEBAT Siri 2/2024. Seramai 9 orang pel...
05/12/2024

Pada : 4/12/2024 (RABU)

PROGRAM MISI BANTUAN BANJIR Rumah Mangsa Banjir Pelatih PERHEBAT Siri 2/2024.

Seramai 9 orang pelatih PERHEBAT KELANTAN siri 2/2024 telah mewakili dalam Misi membantu seramai 14 orang Alumni Pelatih PERHEBAT Kelantan
Siri 2/2024 terjejas dalam bencana banjir di sekitar Tumpat dan Pasir Mas.

Sumbangan daripada pelatih PKS AGROTANI DAN SELURUH PELATIH PERHEBAT KELANTAN SIRI 2/2024

Senarai alumni PERHEBAT KELANTAN seperti berikut:

1.1 dr Alumni PERHEBAT Sg Buloh
2. 1 lg dr Istana Negeri Kelantan
3. 2 bekas tentera tidak bersara
4. VETERAN tentera KPA bk
5. En. Norna Fadhlie - Tumpat
6. En. Mohd Faezol - Tumpat
7. En. Zamri - Tumpat
8. En. Nik Mansor - Tumpat
9. En. Saidi - Tumpat
10. En. Bahaduan - Tumpat
11. En. Afendy - Tumpat
12. En. Syakeeb - Pasir Mas
13. En. Yakob - Pasir Mas





04/12/2024
PENDAFTARAN PELATIH BARU SIRI 2/2024.TARIKH : 2/4/2024KEHADIRAN : 164 JARUM HILANG DI TENGAH JERAMI,KAIN KEBAYA DI DALAM...
04/04/2024

PENDAFTARAN PELATIH BARU SIRI 2/2024.
TARIKH : 2/4/2024
KEHADIRAN : 164
JARUM HILANG DI TENGAH JERAMI,
KAIN KEBAYA DI DALAM PETI;
SELAMAT DATANG DITEMPAT KAMI,
SEMOGA BAHAGIA MELEKAT DI HATI.
KAMI WARGA PERHEBAT NEGERI KELANTAN MENGUCAPKAN SELAMAT DATANG KEPADA PELATIH-PELATIH BARU☺️

20/03/2024
PROGRAM CSR PELATIH SIRI 1/2024 PADA 11 MAC 2024
20/03/2024

PROGRAM CSR PELATIH SIRI 1/2024 PADA 11 MAC 2024

Address

PT2217 Dan PT2218
Pasir Puteh
16810

Opening Hours

Monday 08:00 - 05:00
Tuesday 08:00 - 05:00
Wednesday 08:00 - 05:00
Thursday 08:00 - 05:00
Sunday 08:00 - 05:00

Telephone

+6097889511

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Perhebat Negeri Kelantan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Perhebat Negeri Kelantan:

Share