Perpustakaan Desa Runchang, Pekan, Pahang

Perpustakaan Desa Runchang, Pekan, Pahang Menyediakan pelbagai ilmu untuk bangsa minat membaca dan terus berjaya

30/07/2026

πŸ“’ 𝐇𝐄𝐁𝐀𝐇𝐀𝐍 πŠπ€π‰πˆπ€π 𝐀𝐖𝐀𝐋 πˆππƒπ„πŠπ’ πŒπ„πŒππ€π‚π€ πŠπ„ππ€ππ†π’π€π€π (𝐈𝐌𝐊) πŸπŸŽπŸπŸ”

Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) sedang menjalankan Kajian Awal Indeks Membaca Kebangsaan (IMK) 2026 bagi mengukur tahap, corak dan faktor yang mempengaruhi amalan membaca rakyat Malaysia.

Sehubungan itu, warga kementerian, jabatan dan agensi dijemput untuk melengkapkan soal selidik kajian melalui pautan berikut:

πŸ”— https://forms.gle/Hbu4LHCcQQXGr1TS7

Kerjasama dan penyertaan semua amat dihargai bagi membantu penyediaan data asas IMK 2026 dan memperkukuh usaha membudayakan amalan membaca dalam kalangan rakyat Malaysia.

21/07/2026
11/06/2026

Bagi sesetengah graduan, menjadi guru dianggap sebagai pilihan yang stabil, mempunyai laluan pekerjaan yang jelas dan menawarkan keselamatan kerjaya dalam jangka panjang.

Namun, di sebalik peningkatan minat terhadap bidang pendidikan, satu persoalan besar perlu direnungkan.

Adakah profesion guru dipilih kerana benar-benar ingin mendidik, atau sekadar kerana kerjaya ini dilihat lebih selamat?

Persoalan ini penting kerana menjadi guru bukan sekadar memenuhi kekosongan jawatan.

Guru bukan hanya pekerja dalam sistem pendidikan. Guru sebenarnya adalah merupakan insan yang membentuk pemikiran, sikap, nilai, akhlak dan masa depan generasi.

Berita penuh: https://www.bernama.com/bm/tintaminda/news.php?id=2566384


02/06/2026

ILMU HUTAN YANG TIDAK ADA DALAM GPS

Tapah: Dalam operasi mencari dan menyelamat pendaki wanita yang hilang di Gunung Batu Putih, bantuan komuniti Orang Asli terus mencuri perhatian apabila dua kumpulan tampil membantu dari arah berbeza.

Satu kumpulan dari Kampung Woh, Tapah membuat persiapan untuk menyertai operasi, manakala satu lagi dari Pos Titom, Hulu Jelai, Pahang dilaporkan sudah beberapa hari membantu pencarian di sekitar laluan Gunung Rayu.

Mereka bukan masuk hutan dengan semangat semata-mata. Mereka masuk dengan ilmu yang diwarisi turun-temurun. Ilmu membaca laluan, kesan jejak, perubahan tanah, bentuk muka bumi, bunyi alam dan kawasan yang mungkin terlepas pandang oleh mata biasa.

Dalam dunia moden, kita ada GPS, drone, peta digital dan komunikasi satelit. Tetapi dalam hutan tebal, semua itu kadang-kadang ada batasnya.

Sebab itu pengetahuan komuniti Orang Asli sangat bernilai, terutama apabila pencarian perlu diperluaskan ke kawasan luar laluan utama antara Kem Sukaneka dan Gunung Rayu.

Kisah ini bukan sekadar tentang misi mencari seorang pendaki. Ia juga tentang penghargaan kepada komuniti yang sering hidup dekat dengan hutan, memahami hutan, dan masih sudi menggunakan pengetahuan mereka untuk menyelamatkan nyawa orang lain.

Doa kita untuk Jaslinda Saludin, 49, agar ditemui dengan segera. Doa juga untuk semua anggota penyelamat, malim gunung, sukarelawan dan komuniti Orang Asli yang sedang berjuang dalam diam.

Dalam saat begini, yang kita perlukan ialah empati, doa dan rasa hormat kepada semua yang sedang berusaha.




28/05/2026

🚫 π—Ÿπ—”π—₯π—”π—‘π—šπ—”π—‘ π—£π—˜π—‘π—šπ—šπ—¨π—‘π—”π—”π—‘ 𝗙𝗒𝗧𝗒 π——π—œπ—π—”π—‘π—” 𝗔𝗧𝗔𝗨 π——π—œπ—¨π—•π—”π—› π—¦π—¨π—”π—œ π——π—˜π—‘π—šπ—”π—‘ π—”π—œ

Jabatan Imigresen Malaysia ingin menegaskan bahawa penggunaan foto dijana, diubah suai menggunakan Artificial Intelligence (AI) atau pengemukaan maklumat palsu bagi permohonan Pasport Malaysia adalah satu kesalahan serius.

Pemohon hendaklah memastikan foto yang dikemukakan adalah foto asli, jelas serta mematuhi spesifikasi yang telah ditetapkan.

Sebarang foto atau maklumat palsu yang dikemukakan boleh menyebabkan permohonan ditolak dan pemohon boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Pasport 1966 (Akta 150).

Pastikan foto anda:
βœ… Asli dan tidak diubah suai
βœ… Pencahayaan sekata
βœ… Wajah jelas tanpa bayang
βœ… Mematuhi spesifikasi ditetapkan

Gunakan foto sebenar. Elakkan manipulasi AI.

08/05/2026

MyKad baharu yang dijangka mula diperkenalkan bulan depan akan dilengkapi dengan 53 ciri keselamatan berbanding 23 ciri pada MyKad sedia ada.

Ketua Pengarah Pendaftaran Negara Datuk Badrul Hisham Alias berkata antara ciri keselamatan baharu yang diperkenalkan ialah turihan laser, ultraungu, hologram, guilloche, teks mikro, kod respons pantas (QR) bagi tujuan penguatkuasaan dan cip dengan tahap enkripsi yang dipertingkatkan.

Berita penuh https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=2554256

04/04/2026

"Kerajaan dah tak percaya staf ke sampai nak kena 'track' lokasi bagai masa BDR? Rimas betul!

Tunggu sekejap. Mari kita pusing sudut pandang kita.

Sistem pemantauan geolokasi seperti SPOT-Me BUKAN tanda kerajaan tak percaya kepada pegawai. Ia adalah tanda bahawa bila kerja dibuat dari rumah, kita tetap perlu ada satu sistem yang jelas supaya amanah itu boleh dipantau, direkod, dan DIPERTAHANKAN.

BDR BUKAN CUTI.
BDR juga bukan lesen untuk keberadaan kita jadi samar-samar waktu waktu pejabat

Bila wujudnya rekod masuk berkala dan geolokasi, ia membantu memastikan pegawai benar-benar berada di tempat kerja yang didaftarkan, mudah dihubungi, dan sentiasa bersedia menjalankan tugas.

Dalam perkhidmatan awam, 'kepercayaan' di mulut sahaja tidak cukup. Mesti ada BUKTI.
Mesti ada REKOD.
Mesti ada AKAUNTABILITI.

Kenapa ia sangat penting?

Bukan sebab ketua jabatan anggap semua orang culas. TAPI sebab sistem yang baik perlu MELINDUNGI PEGAWAI YANG RAJIN daripada dipandang sama seperti segelintir mereka yang mengambil mudah (pergi shopping atau lepak kedai kopi waktu BDR)

Bila ada rekod yang kemas

βœ… Ketua jabatan lebih mudah memantau kelancaran operasi.
βœ… Lebih mudah untuk mempertahankan pelaksanaan dasar BDR di masa depan.
βœ… Memastikan perkhidmatan kepada rakyat tidak terjejas atau tertangguh.

Kalau kita mahu BDR terus diyakini sebagai kaedah kerja yang sah, profesional, dan berkesan, maka pemantauan seperti ini wajar disokong. Bila melibatkan amanah dan duit cukai rakyat, disiplin bukan satu pilihan. Ia adalah kewajipan.

Terima kasih kepada semua penjawat awam dan pekerja swasta yang terus jujur dan berintegriti walaupun bekerja tanpa pantauan mata bos di rumah

03/04/2026

Address

Pekan

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Perpustakaan Desa Runchang, Pekan, Pahang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category