30/07/2026
Lindungi diri daripada gigitan nyamuk Aedes
Gunakan aerosol di dalam rumah bagi membantu membunuh nyamuk dewasa. Pastikan penggunaan dibuat mengikut arahan pada label produk.
Sebelum semburan, tutup makanan dan minuman.
Semasa semburan, sembur di kawasan gelap dan redup yang menjadi tempat nyamuk bersembunyi.
Selepas semburan, pastikan ruang mempunyai pengudaraan yang baik.
*Ingat! Aerosol bukan pengganti aktiviti cari dan musnah. Hapuskan air bertakung untuk putuskan kitaran pembiakan Aedes.*
AMBIL PEDULI, CEGAH DENGGI.