Parti Sarawak Bersatu - HQ

Parti Sarawak Bersatu - HQ The United Sarawak Party known in Malay as Parti Sarawak Bersatu (PSB) is a major multi racial political party based in Sarawak, East Malaysia.

03/12/2022

Inilah Menteri Pelancongan Malaysia yang juga Ahli Parlimen Bintulu dan Presiden PDP/GPS.

Dah boleh 'ah'

Rakyat Sarawak gembira s*k? Ada Timbalan Perdana Menteri dari Sarawak kinek tok.
03/12/2022

Rakyat Sarawak gembira s*k? Ada Timbalan Perdana Menteri dari Sarawak kinek tok.

Premier Sarawak memang utamakan Sarawak dan menjadi ulun Malaya.Tahniah!
20/11/2022

Premier Sarawak memang utamakan Sarawak dan menjadi ulun Malaya.

Tahniah!

Yeah! Tahniah anak Sarawak. Premier Sarawak berjumpa dengan Presiden PAS dan Presiden Abah untuk bincangkan pembentukkan...
20/11/2022

Yeah! Tahniah anak Sarawak.
Premier Sarawak berjumpa dengan Presiden PAS dan Presiden Abah untuk bincangkan pembentukkan Kerajaan Persekutuan.

Kingmaker?

SALURAN PAIP GAS PETRONAS SABAH-SARAWAK BAHAYA KEPADA RAKYATPetang tadi, kerisauan penduduk yang tinggal dan bekerja ber...
17/11/2022

SALURAN PAIP GAS PETRONAS SABAH-SARAWAK BAHAYA KEPADA RAKYAT

Petang tadi, kerisauan penduduk yang tinggal dan bekerja berhampiran saluran paip Gas Sabah-Sarawak menjadi kenyataan apabila ianya meletup dan meragut satu nyawa.

Sejak tahun 2014, saya telah beberapa kali memberi peringatan kepada Petronas untuk mempertingkatkan aspek keselamatan saluran paip gas tersebut, kerana terdapat sekurang-kurangnya 5 kejadian kebocoran dan letupan berlaku, yang terakhir adalah pada September tahun ini. Semasa saya menjadi Menteri Kerja Raya, sepasukan pegawai dari Petronas telah memberi taklimat kepada saya mengenai protokol keselamatan mereka dan memberi jaminan bahawa mereka akan memantau dan menyelenggara saluran paip tersebut bagi mengelak kejadian itu berulang.

Saya dimaklumkan oleh sumber awal bahawa kebocoran yang membawa kepada letupan itu mungkin disebabkan oleh pergerakan tanah. Sebab ini adalah alasan yang sering diberikan Petronas sejak kejadian-kejadian lepas. Walau apa pun puncanya, kita tidak boleh membiarkan rakyat kita terdedah dengan ris*ko kematian dan kecederaan akibat letupan yang berlaku apabila terdapat pergerakan tanah. Pergerakan tanah tidak boleh dicegah terutamanya dalam iklim khatulistiwa kita yang panas, kering, dan kemudian musim tengkujuh. Persoalannya ialah, apa yang perlu dilakukan oleh Petronas untuk mengelakkan lebih banyak insiden seperti ini berlaku?

Selepas kebocoran September yang berlaku di sepanjang Saluran Paip Gas Sabah-Sarawak berhampiran dengan kampung saya Pa' Berunut, saya telah mempersoalkan mengapa saluran paip itu tidak boleh ditutup sama sekali untuk kebaikan untuk semua, supaya penduduk yang tinggal di sana boleh hidup dengan tenang.

Selepas letupan maut hari ini, saya telah hilang keyakinan terhadap Petronas. Selepas semua jaminan yang mereka berikan, kebocoran dan letupan masih berlaku. Saya tidak percaya bahawa saluran paip itu selamat sama sekali, dan saya meragui bahawa ia dibina mengikut piawaian keselamatan yang ketat.

Satu keluarga bersedih kehilangan suami/anak/bapa dan sekurang-kurangnya tiga pekerja lain mengalami kecederaan. Saluran paip gas ini yang membantu Petronas untuk meraih keuntungan berjuta-juta atau berbilion-bilion tidak memberi manfaat kepada rakyat Lawas yang tinggal dan bekerja di sekitarnya. Malahan, ia membahayakan nyawa dan keselamatan mereka. Saya menuntut agar saluran paip gas ini ditutup secara kekal dan pakar bebas antarabangsa yang berkelayakan dibawa masuk untuk membuat pemeriksaan menyeluruh terhadap keseluruhan saluran paip, dan menuntut agar laporan itu didedahkan kepada umum.

16/11/2022

Bersama kita menukar regim GPS/UMNO. Kita harus memilih siapa yang mampu mempertahankan hak anak Sarawak.


Apu.. kemaluan besar pada Premier Sarawak. Di tekan umum cuti.Mula-mula cakap tak payah cuti. Sehari selepas cakap cuti ...
15/11/2022

Apu.. kemaluan besar pada Premier Sarawak. Di tekan umum cuti.

Mula-mula cakap tak payah cuti. Sehari selepas cakap cuti 18/11. Sekarang ditekan supaya cuti 18/11 dan 19/11.

Cuti pun kena ikut. Apa lagi kalau hak rakyat Sarawak?
Ayuh! Bangkit. Kembalikan MARUAH kita.

15/11/2022

Hantar YB Baru ke Parlimen untuk menyuarakan suara anak Lawas.
Pembangunan bergantung pada keberkesanan seseorang Ahli Parlimen.


Premier kita berkata rakyat Sarawak tidak perlu cuti untuk balik kampung untuk mengundi. Konon rakyat Sarawak bukan oran...
15/11/2022

Premier kita berkata rakyat Sarawak tidak perlu cuti untuk balik kampung untuk mengundi. Konon rakyat Sarawak bukan orang malas.

Sehari kemudian, atas desakan dari abang long (UMNO) buat U-turn p**a... inikah pemimpin yang kata mampu mengembalikan hak Sarawak?

Bangkitlah! Kembalikan MARUAH kita!
Undilah calon PSB

15/11/2022

Tahukah anda? BN (UMNO) telah terang mengatakan akan bekerjasama dengan GPS.

Patutlah banyak orang boikot calon Willie Mongin. Tak sedar kedudukan dan hubungan akrab GPS dengan UMNO.

Kita hantar calon PSB - IANA ANAK AKAM ke Parlimen!


15/11/2022

FORMULA KEJAYAAN GPS/UMNO
Satu-satunya formula untuk kejayaan GPS setelah hampir 60 tahun menjaga Sarawak adalah kekal memperbodohkan rakyat dengan kualiti pendidikan yang rendah dan akses kepada maklumat supaya mereka masih dapat buat s*kit, riuh satu kampung.

Ini sudah 2022. Rakyat Sarawak sudah tahu banyak HAK mereka dirampas! Kembalikan MARUAH kita.


15/11/2022

Sekiranya kita betul-betul sayang Sarawak, kita pastikan kemenangan untuk calon PSB untuk suara lantang dalam Parlimen.


Address

Pending

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Parti Sarawak Bersatu - HQ posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share