Polis Daerah Pengkalan Hulu

Polis Daerah Pengkalan Hulu IBU PEJABAT POLIS DAERAH PENGKALAN HULU PERAK Kampung Tasek merupakan pusat Pentadbiran Kerajaan pada ketika itu.

Balai Polis Pengkalan Hulu ini pada asalnya merupakan sebuah rumah pasong (Balai Polis) yang terletak di Kampung Tasek, Kroh di sekitar tahun 1909. Keanggotaan Balai seramai 12 orang bagi menjaga keamanan di seluruh kawasan Kroh. Pada tahun 1914 pusat Pentadbiran Awam dan Balai Polis dipindahkan dari Kampung Tasek ke Pekan Kroh. Pada tahun 1918 Balai polis ini dipindahkan ke tapak yang sedia ada

sekarang. Keanggotaannya ditambah menjadi 24 orang dan dinaik taraf kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Kroh. Pada awal tahun 1978 di bawah RM Ke3,bangunan-bangunan kayu Ibu Pejabat Polis Daerah lama telah dirobohkan dan didirikan bangunan baru. Pada tahun 1984 Daerah Kroh telah ditukarkan nama kepada Daerah Pengkalan Hulu yang diisytiharkan oleh Almarhum DYMM Sultan Idris Shah, sultan Perak pada ketika itu. Dengan perubahan itu IPD Kroh menjadi IPD Pengkalan Hulu. Pada tahun 1992 satu lagi projek pembangunan telah dilaksanakan di IPD Pengkalan Hulu iaitu projek tambahan rumah-rumah pegawai dan anggota (kelamin) iaitu 1 buah rumah kelas C, 4 kelas E dan 48 kelas G termasuk sebuah rumah Perkep di Block A bagi menampung penempatan pegawai-pegawai dan anggota-anggota.

22/08/2026
KAWAD BULANAN KETUA POLIS DAERAH PENGKALAN HULUPengkalan Hulu, 20 Ogos 2026 – Bahagian Pengurusan, Ibu Pejabat Polis Dae...
20/08/2026

KAWAD BULANAN KETUA POLIS DAERAH PENGKALAN HULU

Pengkalan Hulu, 20 Ogos 2026 – Bahagian Pengurusan, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pengkalan Hulu telah melaksanakan Kawad Bulanan Ketua Polis Daerah bertempat di Dataran Kawad, IPD Pengkalan Hulu.

Kawad bulanan tersebut telah dipimpin oleh YDH Supt. Zulkepli bin Ibrahim, Ketua Polis Daerah Pengkalan Hulu dan turut dihadiri YDH DSP Tengku Mozib Nasrul bin Tengku Mahassan, Timbalan Ketua Polis Daerah, ketua-ketua bahagian serta ketua-ketua polis balai.

Antara aktiviti yang dijalankan adalah panggil nama serta latihan kawad senjata M16 bagi meningkatkan tahap pengetahuan, kemahiran, keterampilan dan ketepatan pergerakan kawad dalam kalangan warga IPD Pengkalan Hulu.

Program telah berjalan dengan lancar dan jayanya.

19/08/2026
15/08/2026
KUNJUNGAN HORMAT DARI MAJLIS KESELAMATAN NEGARA (MKN) KE ATAS YDH KETUA POLIS DAERAH PENGKALAN HULUPengkalan Hulu, 13 Og...
13/08/2026

KUNJUNGAN HORMAT DARI MAJLIS KESELAMATAN NEGARA (MKN) KE ATAS YDH KETUA POLIS DAERAH PENGKALAN HULU

Pengkalan Hulu, 13 Ogos 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Putrajaya telah mengadakan kunjungan hormat ke atas YDH Supt. Zulkepli bin Ibrahim, Ketua Polis Daerah Pengkalan Hulu, bertempat di Pejabat Ketua Polis Daerah Pengkalan Hulu.

Kunjungan hormat tersebut diketuai oleh Supt. Azizi bin Ahmad, Penolong Pengarah Kanan, MKN Putrajaya dan turut disertai oleh Hafizul bin Ismail, Ketua Sekretariat JWG-PDP, MKN Putrajaya.

Pertemuan ini menjadi platform dalam memperkukuhkan hubungan silaturahim serta kerjasama antara Majlis Keselamatan Negara dan Polis Diraja Malaysia, khususnya IPD Pengkalan Hulu.

Turut hadir YDH DSP Tengku Mozib Nasrul bin Tengku Mahassan, Timbalan Ketua Polis Daerah Pengkalan Hulu, serta ASP Su Shart a/l Ai Chuan, KCKD Pengkalan Hulu.

Kunjungan hormat berlangsung dalam suasana yang baik dan lancar serta mencerminkan komitmen berterusan dalam memperkukuhkan jalinan kerjasama antara agensi.



13/08/2026
11/08/2026
KEJOHANAN TENPIN BOWLING PIALA KETUA POLIS DAERAH IPD PENGKALAN HULU TAHUN 2026Pengkalan Hulu, 9 Ogos 2026 – Kejohanan T...
09/08/2026

KEJOHANAN TENPIN BOWLING PIALA KETUA POLIS DAERAH IPD PENGKALAN HULU TAHUN 2026

Pengkalan Hulu, 9 Ogos 2026 – Kejohanan Tenpin Bowling Piala Ketua Polis Daerah IPD Pengkalan Hulu Tahun 2026 bertempat di Ole Ole Superbowl Kulim, Kulim Landmark Central, Kedah.

Kejohanan ini telah disertai oleh YDH Supt. Zulkepli bin Ibrahim, Ketua Polis Daerah Pengkalan Hulu, YDH DSP Tengku Mozib Nasrul bin Tengku Mahassan, Timbalan Ketua Polis Daerah Pengkalan Hulu, YBhg. Puan Suhaida binti Hasan, Pengerusi PERKEP Daerah Pengkalan Hulu, YBhg. Puan Fauziyah Hanum binti Ab Hamid, Naib Pengerusi PERKEP Daerah Pengkalan Hulu, serta Pegawai Kanan Polis, Pegawai Rendah Polis, Pegawai Awam, PERKEP dan warga IPD Pengkalan Hulu.

Penganjuran kejohanan ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim, memupuk semangat kekitaan serta meningkatkan semangat kerjasama dan kerja berpasukan dalam kalangan warga IPD Pengkalan Hulu. Program ini turut memberi ruang kepada warga IPD untuk beriadah secara sihat di samping mencungkil bakat dalam bidang sukan khususnya tenpin bowling.

🏆 KEPUTUSAN KEJOHANAN:

🥇 Johan: Balai Polis Ayer Panas
🥈 Naib Johan: Bahagian Logistik dan Teknologi
🥉 Tempat Ketiga: Bahagian Siasatan Jenayah

Kejohanan telah berlangsung dalam suasana meriah, penuh semangat kesukanan serta berjalan dengan baik, lancar dan teratur.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua peserta yang telah mengambil bahagian serta khususnya kepada pasukan yang berjaya meraih kemenangan. Semoga penganjuran program sebegini dapat diteruskan pada masa akan datang dalam usaha memperkukuhkan semangat kekitaan, ukhuwah dan kerjasama dalam kalangan warga IPD Pengkalan Hulu.

“Sukan Memupuk Perpaduan, Ukhuwah Mengukuhkan Pasukan.”





SIARAN MEDIA KETUA POLIS DAERAH PENGKALAN HULU : BERKENAAN KEJAYAAN TANGKAPAN (2) PEREMPUAN DAN (1) LELAKI WARGANEGARA T...
07/08/2026

SIARAN MEDIA KETUA POLIS DAERAH PENGKALAN HULU : BERKENAAN KEJAYAAN TANGKAPAN (2) PEREMPUAN DAN (1) LELAKI WARGANEGARA TEMPATAN SERTA RAMPASAN ARAK DAN ROKOK TANPA CUKAI KASTAM DI KAWASAN DAERAH PENGKALAN HULU.

Address

IBU PEJABAT POLIS DAERAH PENGKALAN HULU
Pengkalan Hulu
33100

Telephone

044778222

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Polis Daerah Pengkalan Hulu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share