16/07/2026
Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang (PPAPP) mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Tadika WhyteHouse, Bukit Mertajam atas kunjungan ke Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang, Seberang Jaya pada 16 Julai 2026.
Lawatan ini telah melibatkan seramai 59 orang murid bersama 6 orang guru pengiring. Diharapkan lawatan ini dapat memberikan pengalaman yang bermakna serta menyemai minat membaca dan cinta terhadap ilmu dalam kalangan anak-anak sejak usia muda.
Terima kasih atas kunjungan anda. Semoga bertemu lagi pada masa akan datang.