KD Laksamana Tan Pusmah

KD Laksamana Tan Pusmah Official Page
KD LAKSAMANA TAN PUSMAH
137
24 Corvette squadron
“Valore et vincere”
STAND AND SUPPORT

Another Step Towards ExcellenceTahniah dan syabas kepada tiga Anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) atas kenaikan pangkat.- P/...
17/08/2023

Another Step Towards Excellence

Tahniah dan syabas kepada tiga Anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) atas kenaikan pangkat.

- P/PW I TMK Mohd Firdaus bin Mohd Mazlan
- P/PW II TLS Mansor bin Ab Wahab
- P/BM BDI Mohd Shahidan bin Abdul Ghani

Majlis Pemakaian Pangkat telah dilaksanakan di geladak haluan kapal dan disempurnakan oleh Pegawai Memerintah. Semoga dengan kenaikan pangkat ini dapat menjadi pemangkin dan pendorong kepada semua warga untuk terus maju dalam perkhidmatan.

‘Pantai Kita Cerminan Wajah Kita’  melaksanakan Program JIWA MURNI dengan membersihkan persisir Pantai Teluk Batik. Tuju...
30/06/2023

‘Pantai Kita Cerminan Wajah Kita’

melaksanakan Program JIWA MURNI dengan membersihkan persisir Pantai Teluk Batik.

Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi kesedaran mengenai kepentingan alam sekitar di samping bertujuan mengeratkan lagi hubungan di antara warga bersama masyarakat setempat.

Syabas diucapkan kepada semua yang terlibat dan diharapkan keindahan dan kebersihan Pantai Teluk Batik dapat dikekalkan pada sebilang masa.

Pegawai Memerintah dan seluruh warga mengucapkan Tahniah kepada Panglima Armada Barat, Yang Berbahagia Laksamana Madya D...
08/06/2023

Pegawai Memerintah dan seluruh warga mengucapkan Tahniah kepada Panglima Armada Barat, Yang Berbahagia Laksamana Madya Datuk Abu Bakar bin Md Ajis di atas pengurniaan darjah Panglima Jasa Negara yang membawa gelaran Datuk sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XVI.

Pegawai Memerintah dan seluruh warga mengucapkan Tahniah YBhg Panglima Tentera Laut atas pengurniaan darjah Panglima Set...
08/06/2023

Pegawai Memerintah dan seluruh warga mengucapkan Tahniah YBhg Panglima Tentera Laut atas pengurniaan darjah Panglima Setia Mahkota (PSM) yang membawa gelaran Tan Sri bersempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan KBDYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-pertuan Agong.

Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada Lt Muhammad Firdaus bin Mohd Ali TLDM N/404925 selaku Pegawai Peperan...
11/06/2021

Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada Lt Muhammad Firdaus bin Mohd Ali TLDM N/404925 selaku Pegawai Peperangan Elektronik dan Pemangku Pegawai Navigasi di atas segala sumbangan dan bakti sepanjang perkhidmatan beliau di KD LAKSAMANA TAN PUSMAH.

Kami warga KD LAKSAMANA TAN PUSMAH mengucapkan selamat maju jaya ke atas perjawatan beliau di MK ATM(Bahagian Perkhidmatan Anggota-Cawangan Tenaga Kerja) sebagai Pegawai Staf 3 Pengambilan.

Fair wind and following seas.


1 Syawal 1442H. “Solat sunat Hari Raya Aidilfitri, Majlis Penyerahan Cenderahati kepada warga kapal dan Sambutan Hari Ra...
13/05/2021

1 Syawal 1442H.

“Solat sunat Hari Raya Aidilfitri, Majlis Penyerahan Cenderahati kepada warga kapal dan Sambutan Hari Raya Aidilfitri 1442H.”

Kemeriahan Hari Raya Aidilfitri diraikan bersama warga kapal KD LTP di perairan Selat Melaka. Lupakan segala sengketa, bersama-sama kita maafkan segala salah dan silap sesama manusia. Ayuh kita jernihkan hati sempena hari yang mulia ini.






12/05/2021

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1442H DIUCAPKAN KEPADA WARGA KAPAL DIRAJA LAKSAMANA TAN PUSMAH!!


Address

Pangkalan TLDM LUMUT
Perak

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when KD Laksamana Tan Pusmah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share