29/05/2026
๐๐๐ก๐๐๐จ๐๐ก ๐ฆ๐๐๐ฆ๐จ๐๐: ๐ฅ๐๐๐ข๐ฅ๐ ๐๐ฆ๐ ๐ ๐๐ก๐ฌ๐๐๐จ๐ฅ๐จ๐ ๐ฆ๐๐ฆ๐ง๐๐ ๐ฃ๐๐ฅ๐๐๐ก๐๐จ๐ก๐๐๐ก, ๐ฃ๐๐ก๐๐๐๐๐๐๐ก ๐๐๐ก ๐๐๐๐๐๐๐๐ก ๐๐๐ฃ๐๐ฅ๐๐จ๐๐๐ก
Kenyataan media | 29 Mei 2026
Parti Sosialis Malaysia (PSM) memandang serius pelbagai kes gangguan seksual dan amang seksual yang mendapat perhatian umum kebelakangan ini, termasuk di institusi pendidikan, tempat kerja, institusi keagamaan, dan ruang digital. [1]
Kes-kes ini menunjukkan gangguan seksual bukan isu terpencil, tetapi masalah struktur yang berkait dengan ketidakseimbangan kuasa serta kelemahan sistem perlindungan sedia ada.
PSM mengeluarkan kenyataan ini susulan beberapa kes yang dilaporkan, termasuk kes seorang guru wanita yang didakwa melakukan amang seksual terhadap pelajar lelaki, [2] kes tiga individu yang ditahan kerana disyaki terbabit dalam jenayah seksual terhadap remaja perempuan 14 tahun, [3] serta kes di Kelantan melibatkan seorang individu bergelar ustaz yang didakwa atas serangan seksual terhadap dua kanak-kanak lelaki dan kesalahan pornografi kanak-kanak. [4]
Gangguan seksual kekal sebagai kes yang banyak tidak dilaporkan (underreported).
Kajian UN Women dan Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) menganggarkan satu daripada tiga wanita pernah mengalami gangguan atau keganasan seksual, namun kebanyakannya tidak dilaporkan akibat ketakutan, stigma, tekanan sosial dan kurang keyakinan terhadap sistem keadilan.
Walaupun Akta Antigangguan Seksual 2022 telah diperkenalkan, pelaksanaannya masih berdepan cabaran seperti proses aduan yang lambat, kurang mesra pemandiri, perlindungan tidak konsisten kepada pengadu dan saksi, risiko tindakan balas di tempat kerja atau institusi, serta kekaburan antara aduan dalaman dan saluran undang-undang.
Dalam beberapa kes, pengurusan aduan di institusi tertentu boleh dipengaruhi pertimbangan reputasi organisasi, sekali gus menjejaskan keyakinan pemandiri untuk melapor.
Justeru, mekanisme pemantauan bebas yang lebih telus dan berkesan diperlukan.
๐๐ฒ๐๐ฎ๐ป ๐ท๐ฎ๐ป๐ด๐ธ๐ฎ ๐ฝ๐ฎ๐ป๐ท๐ฎ๐ป๐ด
Gangguan seksual memberi kesan jangka panjang seperti trauma psikologi, keresahan, kemurungan, gangguan tekanan pasca trauma (PTSD), dan hilang rasa selamat.
Ia sering diburukkan oleh budaya menyalahkan pemandiri serta tekanan sosial untuk berdiam diri demi menjaga reputasi keluarga atau institusi.
Isu ini juga berkait dengan ketidakseimbangan kuasa di pelbagai ruang seperti hubungan majikanโpekerja, guruโpelajar, penyalahgunaan kuasa di ruang digital (sextortion dan cyberstalking), serta gangguan di ruang awam dan pengangkutan.
Golongan rentan seperti wanita, kanak-kanak, pekerja migran dan berpendapatan rendah lebih terdedah.
๐๐ถ๐๐ฎ๐ฟ๐ฎ๐ป ๐ด๐ฎ๐ป๐ด๐ด๐๐ฎ๐ป ๐๐ฒ๐ธ๐๐๐ฎ๐น
Budaya berdiam diri dan sikap tidak campur tangan saksi turut menyumbang kepada kitaran gangguan seksual yang berterusan.
Pendekatan semasa yang terlalu bergantung kepada laporan polis, tribunal dan mekanisme dalaman institusi adalah tidak mencukupi tanpa reformasi struktur menyeluruh.
Penyelesaian perlu merangkumi pencegahan, pendidikan, perlindungan dan pembaharuan institusi secara serentak.
๐ง๐๐ป๐๐๐๐ฎ๐ป
๐ ๐ฒ๐ธ๐ฎ๐ป๐ถ๐๐บ๐ฒ ๐ฎ๐ฑ๐๐ฎ๐ป ๐ฏ๐ฒ๐ฏ๐ฎ๐, ๐๐ฒ๐น๐ฎ๐บ๐ฎ๐ ๐ฑ๐ฎ๐ป ๐บ๐๐ฑ๐ฎ๐ต ๐ฑ๐ถ๐ฎ๐ธ๐๐ฒ๐
Mewujudkan sistem aduan bebas daripada pengaruh institusi, selamat untuk pemandiri, dan mudah diakses di semua tempat kerja serta institusi pendidikan.
๐ฃ๐ฒ๐ฟ๐น๐ถ๐ป๐ฑ๐๐ป๐ด๐ฎ๐ป ๐บ๐ฒ๐ป๐๐ฒ๐น๐๐ฟ๐๐ต ๐ธ๐ฒ๐ฝ๐ฎ๐ฑ๐ฎ ๐ฝ๐ฒ๐บ๐ฎ๐ป๐ฑ๐ถ๐ฟ๐ถ ๐ฑ๐ฎ๐ป ๐ฝ๐ฒ๐บ๐ฏ๐ฒ๐ฟ๐ถ ๐บ๐ฎ๐ธ๐น๐๐บ๐ฎ๐
Menjamin perlindungan daripada tindakan balas, ugutan, diskriminasi atau tekanan terhadap pengadu dan saksi.
๐ฃ๐ฒ๐ป๐ฑ๐ถ๐ฑ๐ถ๐ธ๐ฎ๐ป ๐๐ฎ๐ท๐ถ๐ฏ ๐บ๐ฒ๐ป๐ด๐ฒ๐ป๐ฎ๐ถ ๐ฝ๐ฒ๐ฟ๐๐ฒ๐๐๐ท๐๐ฎ๐ป (๐ฐ๐ผ๐ป๐๐ฒ๐ป๐) ๐ฑ๐ฎ๐ป ๐ธ๐ฒ๐๐ฒ๐น๐ฎ๐บ๐ฎ๐๐ฎ๐ป ๐ฑ๐ถ๐ฟ๐ถ
Melaksanakan pendidikan berkaitan persetujuan, batasan tubuh, hormat dan keselamatan diri di semua peringkat pendidikan.
๐ฆ๐ผ๐ธ๐ผ๐ป๐ด๐ฎ๐ป ๐ฝ๐๐ถ๐ธ๐ผ๐๐ผ๐๐ถ๐ฎ๐น ๐ฑ๐ฎ๐ป ๐ฏ๐ฎ๐ป๐๐๐ฎ๐ป ๐ด๐๐ฎ๐บ๐ฎ๐ป ๐น๐ฒ๐ฏ๐ถ๐ต ๐น๐๐ฎ๐
Memastikan akses kepada kaunseling trauma, sokongan psikologi dan bantuan guaman yang mudah dicapai dan mampu diakses.
๐ฃ๐ฒ๐ป๐ฎ๐บ๐ฏ๐ฎ๐ต๐ฏ๐ฎ๐ถ๐ธ๐ฎ๐ป ๐ฝ๐ฒ๐น๐ฎ๐ธ๐๐ฎ๐ป๐ฎ๐ฎ๐ป ๐๐ธ๐๐ฎ ๐๐ป๐๐ถ๐ด๐ฎ๐ป๐ด๐ด๐๐ฎ๐ป ๐ฆ๐ฒ๐ธ๐๐๐ฎ๐น ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฎ
Memperkukuh pelaksanaan akta supaya lebih cepat, telus, berkesan dan berpusatkan pemandiri, termasuk memperjelas koordinasi antara agensi berkaitan.
Gangguan seksual bukan isu individu semata-mata, tetapi isu struktur kuasa yang memerlukan perubahan menyeluruh dalam sistem, budaya dan dasar negara.
Pendekatan yang hanya menumpukan hukuman tanpa reformasi pencegahan dan perlindungan tidak mencukupi untuk menanganinya secara berkesan.
๐๐ถ๐ฟ๐ถ๐๐ป๐ฎ ๐ฉ๐ฒ๐ป๐ถ ๐ฆ๐ถ๐ป๐ด๐ต๐ฎ๐บ
AJK Pemuda Sosialis
๐ก๐ผ๐๐ฎ
1. โPolis tahan guru disyaki terbabit kes gangguan seksual pelajar.โ Berita RTM. April 22, 2025. https://berita.rtm.gov.my/kes/senarai-berita-kes/senarai-artikel/polis-tahan-guru-disyaki-terbabit-kes-gangguan-seksual-pelajar/; Zuliaty Zulkiffli. โGuru ditahan bantu siasatan 2 laporan gangguan seksual terhadap pelajar.โ Berita Harian. April 22, 2025. https://www.bharian.com.my/berita/kes/2025/04/1387463/guru-ditahan-bantu-siasatan-2-laporan-gangguan-seksual-terhadap-pelajar; Nur Aimi Hazirah. โKes gangguan seksual: UM jalankan siasatan aktif.โ Utusan Malaysia. Disember 21, 2024. https://www.utusan.com.my/terkini/2024/12/kes-gangguan-seksual-um-jalankan-siasatan-aktif/; โUM sahkan terima laporan gangguan seksual libat profesor.โ Kosmo. Disember 18, 2024. https://www.kosmo.com.my/2024/12/18/um-sahkan-terima-laporan-gangguan-seksual-libat-profesor/; โUM, pihak berkuasa siasat dakwaan pensyarah lakukan gangguan seksual โ KPT.โ Sinar Harian. Disember 21, 2024. https://www.sinarharian.com.my/article/703348/berita/semasa/um-pihak-berkuasa-siasat-dakwaan-pensyarah-lakukan-gangguan-seksual---kpt
2. Ahmad Hasbi. โGuru wanita dituduh lakukan amang seksual terhadap pelajar lelaki 14 tahun.โ Harian Metro. Mei 20, 2026. https://www.hmetro.com.my/utama/2026/05/1360111/guru-wanita-dituduh-lakukan-amang-seksual-terhadap-pelajar-lelaki-14-tahun
3. Abdul Rahemang Taiming. โ3 ditahan terbabit jenayah seksual terhadap remaja perempuan 14 tahun.โ Berita Harian. April 28, 2026. https://www.bharian.com.my/berita/kes/2026/04/1539368/3-ditahan-terbabit-jenayah-seksual-terhadap-remaja-perempuan-14-tahun
4. โUstaz madrasah Jeli didakwa amang seksual 2 budak lelakiโฆ Siap hasilkan gambar pornografi mangsa.โ MStar. Mei 25, 2026. https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2026/05/25/ustaz-madrasah-jeli-didakwa-amang-seksual-2-budak-lelaki-siap-hasilkan-gambar-pornografi-mangsa
Baca kenyataan penuh di Sosialis: https://sosialis.net/2026/05/29/gangguan-seksual-di-malaysia-masalah-struktur-kuasa-yang-perlukan-reformasi-menyeluruh/