PAS Cawangan Parit Gabis Atas - Baru

PAS Cawangan Parit Gabis Atas - Baru Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from PAS Cawangan Parit Gabis Atas - Baru, Political organisation, Markas PAS caw, Parit Gabis Atas, 34300, Bagan Serai, Perak.

04/11/2025
🔥 CERAMAH POLITIK ISU SEMASA 🔥UNTUNG RUGI ISLAM BILA UMNO BERSAMA DAP❗📅 Selasa | 12 Ogos 2025🕘 9.00 malam📍 Markas PAS Ca...
10/08/2025

🔥 CERAMAH POLITIK ISU SEMASA 🔥
UNTUNG RUGI ISLAM BILA UMNO BERSAMA DAP❗
📅 Selasa | 12 Ogos 2025
🕘 9.00 malam
📍 Markas PAS Cawangan Parit Gabis Atas
https://maps.app.goo.gl/ngGmdEk19P1Akaq57?g_st=aw
(Berhampiran surau Al-Falah)
🎙 Barisan Penceramah Hebat:

Ustaz Dr. Ahmad Dasuki Abd Rani
(Presiden NGO Geng Ustaz)

YB Tn Hj Razman Zakaria
(ADUN Gunung Semanggol)

YB Ustaz Salehuddin Abdullah
(ADUN Selinsing)

YB Khalil Yahya
(ADUN Kubu Gajah)

💬 Isu panas, kupasan padat, fakta jelas, pendedahan berani!
💚 Semua rakyat dijemput hadir, bawa keluarga & rakan.
📢 Jangan lepaskan peluang - Maklumat yang media arus perdana takkan siar !

(copy & paste)*AMARAN & PERINGATAN!!!**Malaysia sedang memasuki fasa* “slow erosion” — penghakisan kuasa politik, ekonom...
03/06/2025

(copy & paste)
*AMARAN & PERINGATAN!!!*

*Malaysia sedang memasuki fasa* “slow erosion” — penghakisan kuasa politik, ekonomi dan sosial Melayu *secara perlahan tapi konsisten.*

Dalam *20 tahun akan datang*, tanpa strategi bertahan dan kesedaran kolektif, *Melayu akan mengalami nasib* seperti di Singapura :
*• Kuasa politik menjadi simbolik sahaja* (sekadar menghias).
*• Tanah, hartanah dan perniagaan jatuh ke tangan asing atau bukan Melayu.*
*• Pendidikan anak Melayu semakin terpinggir oleh sistem yang berat sebelah.*
*• Budaya dan agama semakin diketepikan atas nama *"kesamarataan palsu”.*
*• Melayu sendiri dipecah-pecahkan dengan ideologi liberal, sekular dan materialistik.*

Ingat, *kejatuhan sesuatu bangsa tidak berlaku dalam sehari.* Ia bermula dengan:
*• Perpecahan sesama sendiri.*
*• Buta sejarah dan leka dengan hiburan.*
*• Pemimpin rakus kuasa, rakyat malas berfikir.*
*• Menggadai prinsip demi sedikit habuan dunia.*

Jika tiada perubahan serius, dalam 20 tahun:
*• Melayu hanya menjadi penyewa di tanah air sendiri.*
*• Anak cucu kita merempat, bergantung ehsan kepada sistem yang dikuasai bangsa asing.*
*• Masjid-masjid mungkin kosong, suara adzan tenggelam dalam lautan liberalisme.*

Oleh itu, *WAJIB* sekarang:
*• Didik generasi muda tentang perjuangan, harga diri, dan jatidiri Islam.*
*• Bangunkan ekonomi Melayu dengan kekuatan dalaman (kooperasi, perniagaan, pelaburan sendiri).*
*• Bersatu atas nama agama, bukan sekadar bangsa.*
*• Tekun bina ketamadunan sendiri, bukan tunggu belas kasihan orang lain.*

Nasihat ikhlas:

*Bangkitlah sekarang atau bersedialah untuk menangis kemudian.*

Allah telah janji dalam Al-Quran:

*“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum, sehingga mereka mengubah apa yang ada dalam diri mereka sendiri.”*
(Surah Ar-Ra’d: 11)

03/06/2025

Along Rohani, seorang warga emas yang tinggal sebatang kara di kampung Parit Gabis Atas tidak mampu menahan sebak apabila menerima sumbangan daripada pihak Surau Al-Falah hasil derma ikhlas ahli kariah setempat.

Beberapa hari lalu, rumah pusaka yang didiaminya sendirian dilanda angin kencang, menyebabkan bumbung bahagian dapur diterbangkan ribut.
Melihat penderitaan itu, pihak surau tampil menghulurkan bantuan bagi meringankan beban yang ditanggung.

Dalam satu kunjungan, Paksu Abu telah menyerahkan sumbangan tunai kepada Along Rohani hasil derma ahli jemaah.

Bantuan kecil ini diharap mampu membawa sedikit sinar dalam hidup Along Rohani, di saat beliau amat memerlukan sokongan moral dan kewangan daripada masyarakat sekeliling.

______________________

Keterangan gambar:
Paksu Abu menyerahkan sumbangan tunai berjumlah RM500 kepada Puan Rohani Man. Turut hadir, Sabirin Napiah dan Norli Hasbie.

18/05/2025

Sebab itulah undang-undang Islam mesti didaulatkan...., insyaallah maksiat terkawal dan seterusnya akan memulihkan sistem kehidupan merangkumi politik ekonomi sosial dan sebagainya....
Itulah perjuangan kita.

Kita tak marah kalau orang buat pilihan politik. Tapi bila pilihan itu mengkhianati harapan rakyat, itu yang menyedihkan...
18/04/2025

Kita tak marah kalau orang buat pilihan politik. Tapi bila pilihan itu mengkhianati harapan rakyat, itu yang menyedihkan.

UMNO dulu laung kuat-kuat dalam perhimpunan “No DAP, No Anwar”. Sampai ada yang bersumpah dengan nama Allah takkan bersama mereka. Ramai rakyat percaya… Ramai pengundi sanggup keluar undi demi pertahankan janji itu.

Tapi hari ini? Bukan saja janji dimungkiri. Sumpah pun dilanggar. Yang paling pedih… bila rakyat yang jadi mangsa permainan ini.

PAS pernah bersama DAP dulu, ya. Tapi bukan dengan janji palsu. Bukan dengan sumpah. Dan bila DAP mula menentang prinsip Islam dan Melayu, PAS berundur. Rela hilang kuasa, asal jangan hilang maruah.

Tapi UMNO hari ini… bila DAP makin galak sentuh isu-isu Melayu, makin lantang cabar kedudukan Islam pun mereka masih diam. Masih selesa. Masih membela.

Rakyat di bawah ni, ada yang makan tak cukup, hidup makin sempit, tapi pemimpin main kuasa macam tiada dosa.

Kami di pihak PAS bukan maksum. Tapi kami cuba jaga amanah. Kami lawan sebab kami tak sanggup tengok masa depan anak bangsa dikorbankan demi kerakusan politik.

Jadi kalau nak bersama DAP sangat, silakan. Tapi jangan heret nama kami, jangan rosakkan imej perjuangan kami yang ikhlas dari bawah. Kami mungkin tak mewah, tapi kami jaga maruah.

Address

Markas PAS Caw, Parit Gabis Atas, 34300, Bagan Serai
Perak

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PAS Cawangan Parit Gabis Atas - Baru posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share