Puteri Setiu Official

Puteri Setiu Official Pergerakan Puteri Setiu

8 Ogos 2026 | Dun Permaisuri Alhamdulillah, berkesempatan menziarahi sahabat Puteri umno yang baru sahaja menerima cahay...
11/08/2026

8 Ogos 2026 | Dun Permaisuri

Alhamdulillah, berkesempatan menziarahi sahabat Puteri umno yang baru sahaja menerima cahaya mata. ๐Ÿฅฐ๐Ÿ‘ถ๐Ÿป

Tahniah buat ibu dan ayah atas kehadiran insan kecil yang begitu bermakna. Semoga ibu diberikan kesihatan dan kekuatan sepanjang tempoh berpantang, manakala baby membesar dengan sihat, sempurna dan sentiasa dalam lindungan Allah SWT.

Selamat berpantang dan semoga keluarga kecil ini terus dilimpahkan kebahagiaan serta keberkatan ๐Ÿ’™

Semoga Allah SWT memberikan kesembuhan buat PSU salbiah dan ibu mentua kepada  Tuan NKB, Hj Mohd Iskandar bin Jaafar yan...
10/08/2026

Semoga Allah SWT memberikan kesembuhan buat PSU salbiah dan ibu mentua kepada Tuan NKB, Hj Mohd Iskandar bin Jaafar yang sedang diuji dengan kesakitan.

Semoga dipermudahkan segala urusan, diangkat segala sakit dan diberikan kesihatan seperti sediakala. Insya-Allah, setiap kesakitan menjadi penghapus dosa dan tanda kasih sayang Allah SWT ๐Ÿ’™

6 Ogos 2026 | Dun Batu RakitAlhamdulillah, kami berkesempatan menziarahi ibu yang baru selamat melahirkan cahaya mata di...
07/08/2026

6 Ogos 2026 | Dun Batu Rakit

Alhamdulillah, kami berkesempatan menziarahi ibu yang baru selamat melahirkan cahaya mata di Cawangan Telaga Dua dan Cawangan Wakaf Tengah

Kami mendoakan agar ibu sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, dipermudahkan segala urusan dalam berpantang, serta bayi membesar dengan sihat, soleh/solehah dan menjadi penyejuk hati kedua-dua ibu bapa.

Tahniah atas kehadiran ahli keluarga baharu. Semoga ikatan silaturahim antara kita terus terjalin. โค๏ธ

๐—ฆ๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—บ๐—ฎ๐˜ ๐—จ๐—น๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—ง๐—ฎ๐—ต๐˜‚๐—ป ๐—ž๐—ฒ-๐Ÿฎ๐Ÿฑ ๐—ฃ๐˜‚๐˜๐—ฒ๐—ฟ๐—ถ ๐—จ๐— ๐—ก๐—ข! ๐ŸŽ‰๐Ÿฎ๐Ÿฑ ๐˜๐—ฎ๐—ต๐˜‚๐—ป ๐—บ๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ๐—ฟ ๐—ฝ๐—ฒ๐—ฟ๐—ท๐˜‚๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป,๐Ÿฎ๐Ÿฑ ๐˜๐—ฎ๐—ต๐˜‚๐—ป ๐—บ๐—ฒ๐—ป๐—ฐ๐—ถ๐—ฝ๐˜๐—ฎ ๐—ถ๐—ป๐˜€๐—ฝ๐—ถ๐—ฟ๐—ฎ๐˜€๐—ถ,๐Ÿฎ๐Ÿฑ ๐˜๐—ฎ๐—ต๐˜‚๐—ป ๐—บ๐—ฒ๐—บ๐—ฏ๐—ถ๐—ป๐—ฎ ๐—ธ๐—ฒ๐—ฝ๐—ถ๐—บ๐—ฝ๐—ถ...
02/08/2026

๐—ฆ๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—บ๐—ฎ๐˜ ๐—จ๐—น๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—ง๐—ฎ๐—ต๐˜‚๐—ป ๐—ž๐—ฒ-๐Ÿฎ๐Ÿฑ ๐—ฃ๐˜‚๐˜๐—ฒ๐—ฟ๐—ถ ๐—จ๐— ๐—ก๐—ข! ๐ŸŽ‰

๐Ÿฎ๐Ÿฑ ๐˜๐—ฎ๐—ต๐˜‚๐—ป ๐—บ๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ๐—ฟ ๐—ฝ๐—ฒ๐—ฟ๐—ท๐˜‚๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป,
๐Ÿฎ๐Ÿฑ ๐˜๐—ฎ๐—ต๐˜‚๐—ป ๐—บ๐—ฒ๐—ป๐—ฐ๐—ถ๐—ฝ๐˜๐—ฎ ๐—ถ๐—ป๐˜€๐—ฝ๐—ถ๐—ฟ๐—ฎ๐˜€๐—ถ,
๐Ÿฎ๐Ÿฑ ๐˜๐—ฎ๐—ต๐˜‚๐—ป ๐—บ๐—ฒ๐—บ๐—ฏ๐—ถ๐—ป๐—ฎ ๐—ธ๐—ฒ๐—ฝ๐—ถ๐—บ๐—ฝ๐—ถ๐—ป๐—ฎ๐—ป ๐˜„๐—ฎ๐—ป๐—ถ๐˜๐—ฎ ๐—บ๐˜‚๐—ฑ๐—ฎ.

๐—๐—ผ๐—บ ๐˜€๐—ฒ๐—บ๐˜‚๐—ฎ ๐˜„๐—ฎ๐—ป๐—ถ๐˜๐—ฎ ๐—บ๐˜‚๐—ฑ๐—ฎ ๐˜€๐—ฒ๐—ฟ๐˜๐—ฎ๐—ถ ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐˜๐—ฒ๐—ฟ๐˜‚๐˜€ ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ๐˜€๐—ฎ๐—บ๐—ฎ ๐—ฃ๐˜‚๐˜๐—ฒ๐—ฟ๐—ถ ๐—จ๐— ๐—ก๐—ข.

๐—•๐—ฒ๐—ฟ๐˜€๐—ฎ๐—บ๐—ฎ ๐—ธ๐—ถ๐˜๐—ฎ ๐—บ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—ธ๐—ฎ๐˜ ๐˜€๐˜‚๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ ๐˜„๐—ฎ๐—ป๐—ถ๐˜๐—ฎ ๐—บ๐˜‚๐—ฑ๐—ฎ, ๐—บ๐—ฒ๐—บ๐—ฝ๐—ฒ๐—ฟ๐—ท๐˜‚๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ธ๐—ฒ๐—ฏ๐—ฎ๐—ท๐—ถ๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐—บ๐—ฒ๐—ป๐—ฐ๐—ถ๐—ฝ๐˜๐—ฎ ๐—น๐—ฒ๐—ฏ๐—ถ๐—ต ๐—ฏ๐—ฎ๐—ป๐˜†๐—ฎ๐—ธ ๐—ฝ๐—ฒ๐—น๐˜‚๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐˜‚๐—ป๐˜๐˜‚๐—ธ ๐—ด๐—ฒ๐—ป๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐˜€๐—ถ ๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ฑ๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐—ป๐—ด.

๐™Ž๐™–๐™ก๐™–๐™ข ๐™Ž๐™–๐™ฎ๐™–๐™ฃ๐™œ!
๐˜พ๐™๐™š ๐™ƒ๐™–๐™›๐™ž๐™ฏ๐™–๐™ ๐˜พ๐™๐™š ๐™ˆ๐™ช๐™™
๐™†๐™š๐™ฉ๐™ช๐™– ๐™‹๐™ช๐™ฉ๐™š๐™ง๐™ž
๐™™๐™–๐™ฃ ๐™จ๐™š๐™ก๐™ช๐™ง๐™ช๐™ ๐˜ผ๐™…๐™† ๐™‹๐™๐™๐™€๐™๐™„ ๐™๐™ˆ๐™‰๐™Š ๐˜ฝ๐˜ผ๐™ƒ๐˜ผ๐™‚๐™„๐˜ผ๐™‰ ๐™Ž๐™€๐™๐™„๐™

#๐™ž๐™ฃ๐™ž๐™ฏ๐™–๐™ข๐™–๐™ฃ๐™ ๐™ž๐™ฉ๐™–
#๐™†๐™–๐™ข๐™ž๐™‹๐™ช๐™ฉ๐™š๐™ง๐™ž๐™๐™ˆ๐™‰๐™Š
#๐™‹๐™š๐™ง๐™ ๐™–๐™จ๐™–๐™‹๐™ช๐™ฉ๐™š๐™ง๐™ž๐™‹๐™š๐™ข๐™–๐™ฃ๐™œ๐™ ๐™ž๐™ฃ๐™‹๐™š๐™ง๐™ช๐™—๐™–๐™๐™–๐™ฃ

ASSALAMUALAIKUM W.B.T. & SALAM SEJAHTERA  YBhg. Ketua-Ketua Pergerakan Puteri UMNO Cawangan Bahagian Setiu ,Dengan segal...
13/07/2026

ASSALAMUALAIKUM W.B.T. & SALAM SEJAHTERA

YBhg. Ketua-Ketua Pergerakan Puteri UMNO Cawangan Bahagian Setiu ,

Dengan segala hormatnya, dijemput hadir ke:

๐Ÿ’— MESYUARAT PERWAKILAN PERGERAKAN PUTERI UMNO BAHAGIAN SETIU 2026

๐Ÿ—“๏ธ Tarikh: 17 Julai 2026 (Jumaat)
๐Ÿ•— Masa: 8.00 Pagi
๐Ÿ“ Tempat: Dewan Nelayan Resort, Kampung Rhu Sepuluh
( https://maps.app.goo.gl/cMoCh9thXXk27Hcs8?g_st=iwb )
๐Ÿ‘š Pakaian: Pakaian Rasmi Sayap / Bersesuaian (Tema Pink)

Perasmian oleh:
YBhg. Tuan Haji Mohd Iskandar bin Jaafar
Naib Ketua UMNO Bahagian Setiu

Turut bersama:

๐ŸŒธ Nur Izati Md Nadzir
Ketua Pergerakan Puteri UMNO Negeri Terengganu

๐ŸŒธ Che Hafizah Che Mud
Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Setiu

๐ŸŽ Pelbagai cabutan bertuah menanti anda!
โœจ GRAND PRIZE: GOLD BAR! โœจ

Mohon kerjasama semua Ketua Puteri Cawangan untuk memaklumkan dan membawa seramai mungkin perwakilan serta ahli Puteri cawangan masing-masing bagi sama-sama memeriahkan mesyuarat tahunan kita.

Kehadiran semua amatlah dihargai. Jumpa pada 17 Julai nanti! ๐Ÿ’–

Hari ini kami berkesempatan menziarahi Puan Aziera yang sedang kurang sihat. Semoga kehadiran kami sedikit sebanyak dapa...
12/07/2026

Hari ini kami berkesempatan menziarahi Puan Aziera yang sedang kurang sihat. Semoga kehadiran kami sedikit sebanyak dapat memberi semangat.

Kami mendoakan agar Allah SWT mengurniakan kesembuhan yang sempurna, mengangkat segala kesakitan, mempermudahkan segala urusan, serta memberikan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi ujian ini.

Semoga Puan Ziera diberikan kesihatan yang baik dan dapat kembali menjalani aktiviti seperti biasa. Aamiin.

Salam takziah buat Puan Nurul dan seluruh keluarga atas kehilangan suami tercinta. Semoga Puan Nurul diberikan kekuatan,...
12/07/2026

Salam takziah buat Puan Nurul dan seluruh keluarga atas kehilangan suami tercinta.

Semoga Puan Nurul diberikan kekuatan, ketabahan serta kesabaran dalam menghadapi ujian yang berat ini.

Semoga Allah SWT mengampunkan segala dosa arwah Ujie (PP Pemuda Dun Batu Rakit) melapangkan kuburnya, mengurniakan rahmat-Nya, dan menempatkan arwah dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

Alfatihah

Sambutan Maal Hijrah dengan tazkirah bertajuk, ketenangan hati sebenar. Terima kasih di ucapkan kepada Cik Fatihah, Ketu...
03/07/2026

Sambutan Maal Hijrah dengan tazkirah bertajuk, ketenangan hati sebenar. Terima kasih di ucapkan kepada Cik Fatihah, Ketua Penerangan Puteri UMNO Kemaman atas kesudian berkongsi ilmu.

Program ini diserikan lagi dengan kehadiran Ybhg Dato Sabri Mohd Noor, Ketua Umno Bahagian Setiu bersama isteri Datin Roha.

Diselitkan juga jamuan pulut durian dan โ€˜bonding timeโ€™ bersama Ketua Puteri Cawangan di Bahagian Setiu. Moga dapat merapatkan lagi silaturrahim sesama kita. Insyaallah.

Assalamualaikum WBT & Salam SejahteraSemua Ketua Puteri Cawangan serta Puteri-Puteri UMNO Cawangan di Bahagian Setiu dij...
29/06/2026

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Semua Ketua Puteri Cawangan serta Puteri-Puteri UMNO Cawangan di Bahagian Setiu dijemput hadir memeriahkan Program Jom Makan Pulut Durian.

Kehadiran sahabat-sahabat Puteri amat dialu-alukan bagi mengeratkan silaturahim dan bersama-sama menikmati juadah yang disediakan.

Mohon jasa baik semua untuk mengesahkan kehadiran di Google Form bagi penyediaan makan minum.

๐Ÿ“Œ Sila daftar di sini: https://forms.gle/tomj2MQoEN27jqR69

๐Ÿ“Lokasi : https://maps.google.com/?q=5.574290,102.850838

Tema Pakaian: Putih + Pink
**Sila bawa kerusi healing masing2 Jika ada ๐Ÿ˜๐Ÿ˜˜

Dun Permaisuri Ziarah bukan sekadar hadir membawa sesuatu tetapi membawa kasih sayang, semangat dan harapan. Moga setiap...
28/06/2026

Dun Permaisuri

Ziarah bukan sekadar hadir membawa sesuatu tetapi membawa kasih sayang, semangat dan harapan.

Moga setiap langkah kita menziarahi mereka yang memerlukan menjadi asbab keberkatan dan mengeratkan ukhuwah sesama insan.

Tahniah juga kepada puteri yang menimang cahaya mata ๐Ÿฅฐ

Address

Bandar Permaisuri
Permaisuri
22100

Telephone

+60139996121

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Puteri Setiu Official posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Puteri Setiu Official:

Shortcuts

Share