GIATMARA Permatang Pauh

GIATMARA Permatang Pauh Memberi makluman tentang aktiviti yang dijalankan di GIATMARA Permatang Pauh

ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ πŒπŽππˆπ‹πˆπ’π€π’πˆ π’π”πŠπ€π‘π„π‹π€π–π€π π‘π€πŠπ€π πŒπ”πƒπ€ πŸπŸŽπŸπŸ”Pada 22 Julai 2026, telah berlangsung Program Mobilisasi Sukarelawan Rakan...
23/07/2026

ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ πŒπŽππˆπ‹πˆπ’π€π’πˆ π’π”πŠπ€π‘π„π‹π€π–π€π π‘π€πŠπ€π πŒπ”πƒπ€ πŸπŸŽπŸπŸ”

Pada 22 Julai 2026, telah berlangsung Program Mobilisasi Sukarelawan Rakan Muda anjuran Pejabat Belia dan Sukan Seberang Perai Tengah bertempat di Dewan Al Banna, bermula pada jam 9.00 pagi.

Program ini bertujuan menyemarakkan semangat kesukarelawanan menghadapi bencana, memupuk nilai kepimpinan serta meningkatkan kesedaran golongan belia tentang kepentingan menyumbang tenaga, masa dan idea kepada masyarakat.

Semoga program seperti ini dapat melahirkan lebih ramai sukarelawan muda yang prihatin, berdisiplin dan sentiasa bersedia berbakti demi kesejahteraan komuniti.

Tahniah dan syabas kepada pihak penganjur serta semua peserta yang telah menjayakan program ini!






See less

Tahniah diucapkan kepada Ketua Pengarah MARA Ybhg. Dato' Seri Zulfikri bin Osman.
16/07/2026

Tahniah diucapkan kepada Ketua Pengarah MARA Ybhg. Dato' Seri Zulfikri bin Osman.

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada YBhg. Dato’ Seri Zulfikri bin Osman, Ketua Pengarah MARA atas pengurniaan Darjah Gemilang Pangkuan Negeri (D.G.P.N) yang membawa gelaran Dato’ Seri sempena Hari Ulang Tahun Ke-85 Tuan Yang Terutama Tun Dato’ Seri Utama Haji Ramli bin Ngah Talib, Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang pada 14 Julai 2026.

Ikhlas daripada Pengerusi, Ahli Lembaga Pengarah serta seluruh warga MATRADE.



16/07/2026
08/07/2026

Tahniah dan Selamat Datang kepada semua Pelatih Baharu GIATMARA bagi Sesi Julai 2026!

Di sinilah impian mula dibentuk, kemahiran diasah dan potensi diterjemahkan menjadi kejayaan. Setiap kelas, setiap latihan dan setiap cabaran adalah peluang untuk membina masa depan yang lebih gemilang.

Teruskan melangkah dengan yakin, berani mencuba dan tidak pernah berhenti belajar. Semoga perjalanan anda di GIATMARA menjadi titik permulaan kepada kerjaya yang cemerlang dan kehidupan yang lebih bermakna.

Belajar Kemahiran, Bina Masa Depan.




24/06/2026

π€π˜π€π‡ 𝐃𝐀𝐍 πˆππ” 𝐉𝐔𝐆𝐀 πŠπˆπ“π€ π‘π€πˆπŠπ€π

Sedikit panduan untuk ayah dan ibu ataupun waris yang akan masuk ke dalam dewan Majlis Graduasi GIATMARA nanti.

Setiap graduan akan diberikan sebanyak 2 'pass' masuk ke dalam dewan. Anda juga turut sama bakal menikmati suasana kejayaan anak anda di majlis gilang gemilang ini.

24/06/2026

π‚π€ππ“πˆπŠ 𝐃𝐀𝐍 π“π€πŒππ€π πƒπˆπ‘π€πˆπŠπ€π πƒπˆ 𝐀𝐓𝐀𝐒 𝐏𝐄𝐍𝐓𝐀𝐒

Pastikan anda mengenakan pakaian terbaik semasa majlis graduasi nanti.

Kami sediakan panduan pakaian yang perlu dipakai oleh bakal graduan agar lebih terserlah di hari graduasi nanti

Hormat itu percuma, tapi nilainya sangat besar 🀝Bila kita saling menghormati β€” rakan sekerja, masa, tugasan dan perbezaa...
04/06/2026

Hormat itu percuma, tapi nilainya sangat besar 🀝
Bila kita saling menghormati β€” rakan sekerja, masa, tugasan dan perbezaan β€” semuanya jadi lebih baik 😊
Jom jadikan budaya hormat menghormati sebagai amalan harian di tempat kerja! πŸ’™

04/06/2026

TAK SEMPAT MOHON ATAU BELUM TERIMA TAWARAN?
Jangan risau, anda masih mempunyai peluang kedua melalui Tempoh Rayuan UP_TVET Perdana! ✨

πŸ—“οΈ Tempoh rayuan dibuka mulai 8 Jun hingga 30 Jun 2026.
Calon boleh membuat permohonan bagi kursus yang masih mempunyai baki kapasiti sahaja.

βœ… Semak kursus yang masih ada baki kapsiti
βœ… Buat pilihan kursus untuk dirayu
βœ… Semak emel jika ditawarkan

Pilih dengan bijak demi masa depan kerjaya anda! πŸš€

Portal Rasmi : https://mohon.tvet.gov.my/
πŸ’‘TVET - Pilihan Utama Kerjaya!

Address

Giatmara Permatang Pauh
Permatang Pauh

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:15
Tuesday 08:00 - 17:15
Wednesday 08:00 - 17:15
Thursday 08:00 - 17:15
Friday 08:00 - 17:15

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when GIATMARA Permatang Pauh posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to GIATMARA Permatang Pauh:

Shortcuts

Share