Demi Permatang Pauh

Demi Permatang Pauh Demi Permatang Pauh

🔥 Akmal – Hero Kampung No Cap, Tapi Kerja Gali Kuboq UMNO 🔥Akmal weh… mula-mula aku tengok kau macam hero kampung, sekal...
16/08/2025

🔥 Akmal – Hero Kampung No Cap, Tapi Kerja Gali Kuboq UMNO 🔥

Akmal weh… mula-mula aku tengok kau macam hero kampung, sekali bila tengok detail… bro, ni bukan hero… ni kontraktor gali kuboq part time, full time cari content gaduh. 💀 Asal ada isu rasis je kau jadi hero!

Benda kecik → kau merentan macam breaking news CNN.

Benda besar → Skandal 1mdb terus jadi mode silent.

Cina tak gantung bendera → “tak patriotik bro!”.

Cina gantung terbalik, dah minta maaf → “pengkhianat negara!”.

Menteri keluar bajet 4 juta nak ajar anak sekolah kenal bendera → “kerja bodoh lah wehh!”.

Melayu gantung salah → senyap macam kipas siling rosak. 🥶

Yang lagi wild… kes “bos ku” curi duit rakyat,1MDB, tu duit boleh buat 100 sekolah kot. Tapi semua terus jadi admin group WhatsApp — blue tick, no reply.

Padahal PMX tu yang srugle selamatkan UMNO dari kena haram. Dia boleh bagi jawatan kat PKR/Amanah, tapi dia bagi kat korang: Zahid pegang Kemajuan Desa & Wilayah, Asyraf pegang MARA, Shabery pegang FELDA. Semua role boss level, tapi kau balas dengan… mainkan isu stokin, selipar, bendera isu ntah apa apa ntah!

Sekarang kau tengah kasi bola tanggung kat PAS & Bersatu. Dorang dulu tinggal UMNO macam tinggal motor rosak, sekarang kau p**ak yang isi minyak full tank + cuci seat. Bro… that’s not a power move, that’s a clown move. 🤡

Mark my words — kalau UMNO makin nazak nanti, orang takkan salahkan lawan. Orang akan cakap… “Pemuda sendiri yang cabut oksigen, siap pass mic kat lawan suruh nyanyi lagu Innalillah Remix kat tik tok!

😂

Dr Akmal tindakannya memalukan partinya sendiriANWAR CUBA SELAMATKAN UMNO TAPI AKMAL MEMBUNUHNYAAkibat hasutan org polit...
16/08/2025

Dr Akmal tindakannya memalukan partinya sendiri
ANWAR CUBA SELAMATKAN UMNO TAPI AKMAL MEMBUNUHNYA

Akibat hasutan org politik yg membebalkan org Melayu akhirnya kita tertanya tanya… kalian ini mahu apa?

Bila bangsa Cina tidak gantung bendera, kamu tuduh tidak patriotik. Bila bangsa Cina tersilap gantung bendera dan memohon maaf, kamu kata dia pengkhianat.

Bila Menteri hendak semaikan semangat patriotik dan mengenal bendera Malaysia… kamu kata kerja bodoh. Tapi bila bangsa Cina tidak familiar dgn bendera Malaysia, org Melayu maki mereka. Kalian ini mahu apa?

Bila bangsa Melayu di Terengganu jalur gemilangnya tidak sempurna kamu diam. Adakah org Melayu boleh silap gantung bendera? Adakah ini sikap org Melayu atau parti UMNO yg dilihat menzalimi kaum2 yg lain?

Adakah orang Melayu seperti ‘bos ku’ curi duit rakyat boleh didiamkan sahaja walaupun jumlah tersebut kita boleh bina 100 hospital utk rakyat?

Kamu buat negara ini mcm undang2 rimba. Jgn sombong dgn kuasa… ingat Akmal org Melayu telah menolak parti kamu.

Ingat Akmal, apa yg kamu lakukan sebenarnya kamu telah cuba membunuh parti kamu sendiri. Kamu juga telah cuba melemahkan Presiden dan pimpinan tertinggi kamu.

Sedang Perdana Menteri, Anwar Ibrahim yg telah menyelamatkan UMNO dari diharamkan dgn memberi ugutan kpd Mahathir.

Anwar Ibrahim memberi peluang pemimpin UMNO utk bangkit kembali menyakinkan org Melayu dgn memberi portfolio penting.

Zahid Hamidi dilantik Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Asyraf Wajdi dilantik Pengerusi Mara, Shabery Bin Cheek Pengerusi FELDA dan lain2. Jawatan ini penting utk kepentingan org Melayu. Anwar cuba bantu UMNO utk org Melayu kembali yakin dgn parti ini.

Boleh sahaja Anwar berikan kpd pimpinan PKR atau Amanah tetapi Anwar mahu UMNO bangkit seperti zaman kegemilangannya. Tiba2 kamu bertindak utk membunuh UMNO itu sendiri.

Ingat Akmal Bersatu beberapa tahun dahulu yg mahu haramkan UMNO. Ingat beberapa tahun dahulu PAS meninggalkan UMNO utk bersama BERSATU. Tiba2 kamu beri bola tanggung utk BERSATU dilihat hebat.

Ingat Akmal tindakan kamu itu hanya meningkatkan pop**ariti PAS dan BERSATU. Ia hanya melemahkan UMNO dan membunuh parti MCA hanya kerana kepentingan politik peribadi.

Saya sendiri berasa hairan bagaimana seorang Pemuda UMNO hanya memainkan isu rasis dan cara politik keanak anakan atau level lebai di kampung berpolitik.

Mana tidaknya yang kamu mainkan isu bendera, selipar, stokin dan topi. Ini saja idea dlm perjuangan kamu dan UMNO utk menarik pengundi?

Cukup2 lah PAS berpolitik motor pakai minyak diesel, ISO pada individu, nombor ahli PAS masuk syurga, tak sokong PAS masuk neraka… ini semua politik membangangkan org Melayu.

21/05/2025
Sokong je lah Nurul Izzah atau Rafizi selagi tak sentuh isu peribadi.Tapi cuma janganlah bawa naratif yang merendahkan a...
15/05/2025

Sokong je lah Nurul Izzah atau Rafizi selagi tak sentuh isu peribadi.

Tapi cuma janganlah bawa naratif yang merendahkan atau menafikan sumbangan orang lain dalam menaikkan sumbangan calon pilihan kita.

Sebagai contoh, isu sumbangan Rafizi dalam PRU 15. Logik ke nak bandingkan PRN Johor dengan PRU?

1) PRN Johor tu kau nak berkempen pun dalam markas je. Tak boleh lebih 100 orang. Kalau waktu Rafizi bawa trak pun, syaratnya trak tak boleh berhenti. Sebab tu masa tu, Guan Eng (PH) dan Fadhli Shaari (PN) pun tak puas hati.

2) Pengundi cina tak turun undi sebab takut Covid-19.

Selepas SOP kembali normal, jelajah turun padang pertama adalah Jelajah Harapan Selangor. Siapa yang turun? Anwar Ibrahim. Pada Jun 2022 (Rujuk sini: https://x.com/anwaribrahim/status/1540897382854197248?t=DwsjKnky9hHzdhaL1bAMSA&s=19)

Dua bulan selepas itu, barulah trak Ayuh Malaysia mulakan jelajah (Rujuk sini: https://www.facebook.com/share/p/1Hb6dD51iA/)

Ketika kempen PRU p**a, pimpinan PH bergerak dengan Jelajah Harapan setiap hari, Rafizi dan Nurul Izzah bergerak dengan trak Ayuh Malaysia setiap hari.

Rujuk sendiri gambar kempen Jelajah Harapan (tanpa Rafizi) di setiap negeri. Sangat ramai dan masa Jelajah Harapan Selangor di Gombak lah sebenarnya rakyat nampak "Gelombang PH Dah Bermula".

Jelajah Ayuh Malaysia Rafizi & Izzah beri impak. Jelajah Harapan tanpa Rafizi & Izzah pun beri impak. Ini collective effort.

Kalau kerana Rafizi lah PH tiba-tiba tambah kerusi ketimbang PRN Johor, macam mana PN pun boleh tiba-tiba tambah kerusi kalahkan BN ketimbang PRN Johor? Rafizi bantu PN juga ke?

Haha jawapannya sebab SOP SPR dan keadaan Covid-19 semasa PRN Melaka & Johor tak sama ketika PRU15.

Mesej utama, jangan merendahkan sumbangan semua orang menuju PRU 15 hanya untuk mengangkat seorang tokoh.

Akhir kata, berkempenlah dua minggu ni, lepas habis kempen, aku akan tetap sayang Rafizi & Izzah 😍🤣

15/05/2025

Ipoh: Calon Timbalan Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berkata keputusannya bertanding jawatan itu adalah bagi menyatukan semua anggota parti berkenaan di samping ingin wanita jadi penggerak utama.

12/05/2025

Permatang Pauh bersama sama mendokong Nurul Izzah sebagai calon Timbalan Presiden KEADILAN

Semoga berjaya

Amin YarabbalAl'amin

Address

Permatang Pauh

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Demi Permatang Pauh posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share