Polis Trafik Petaling Jaya

Polis Trafik Petaling Jaya Selamat Datang ke Facebook Rasmi BSPT Petaling Jaya. Tuan/puan dapat menerima info dan membantu menyalurkan maklumat Trafik di sekitar Petaling Jaya

Kaunter Aduan Kemalangan

Kes Kemalangan Viral dalam Daerah Petaling Jaya.
14/07/2026

Kes Kemalangan Viral dalam Daerah Petaling Jaya.

Seorang lelaki warga emas didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan memandu berbahaya sehingga menyebabkan kematian terhadap seorang penunggang motosikal pada Mei lalu.

PENUTUPAN DAN LENCONGAN JALAN
14/07/2026

PENUTUPAN DAN LENCONGAN JALAN

12/07/2026

๐‘ฎ๐’๐’๐’… ๐‘ซ๐’†๐’†๐’… ๐‘จ ๐‘ซ๐’‚๐’š..

Petaling Jaya, 12 Julai 2026 (Ahad) - Ketua Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPTD) Petaling Jaya DSP Fazrul Subhi Bin Musa bersama Pegawai dan Anggota Trafik Petaling Jaya telah memberi bantuan awal kepada orang awam yang terlibat kemalangan di Jalan Sg Buloh - Kepong.

DSP Fazrul Subhi Bin Musa bersama ASP Azizul Bin Zahari, KPL 151334 Zulkefli dan Lkpl 212610 Mahfiz semasa dalam perjalanan untuk bersama sepasukan Polis Trafik IPD Petaling Jaya untuk mendirikan Sekatan Jalanraya telah memberi bantuan awal kepada penunggang dan pembonceng sebuah motosikal yang terlibat kemalangan di Jalan Sg Buloh - Kepong. Pegawai bersama anggota tersebut dengan segera memberi bantuan kawalan lalulintas dilokasi dan memastikan keadaan selamat sebelum meninggalkan lokasi kemalangan.

"Kepimpinan Melalui Teladan"
Syabas dan terima kasih diucapkan kepada semua pegawai dan anggota yang terlibat!!

โ€œJazaakumullah Khairan Katsiran Wa Jazaakumullah Ahsanal Jazaโ€ (ุฌูŽุฒูŽุงูƒูู…ู ุงู„ู„ู‡ู ุฎูŽูŠู’ุฑู‹ุง ูƒูŽุซููŠู’ุฑู‹ุง ูˆูŽุฌูŽุฒูŽุงูƒูู…ู ุงู„ู„ู‡ู ุงูŽุญู’ุณูŽู†ูŽ ุงู„ู’ุฌูŽุฒูŽุงุก) โ€œSemoga Allah SWT akan membalas kamu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas kamu dengan balasan yang terbaik.โ€.

07/07/2026

๐‘ฎ๐’๐’๐’… ๐‘ซ๐’†๐’†๐’… ๐‘จ ๐‘ซ๐’‚๐’š..

Petaling Jaya, 03 Julai 2026 (Jumaat) - Anggota BSPT Petaling Jaya telah memberi bantuan kepada sebuah ambulans yang mengalami kerosakan di tengah jalan di kawasan berdekatan lampu isyarat Jejambat Motorola.

KPL 204730 Azri, Lkpl 210348 Akram, L/Kpl 222807 Yuvien, L/Kpl 224022 Hanif, Konst 229868 Dyrell dan Konst 230986 semasa dalam penugasan kawalan lalulintas di lampu isyarat Jejambat Motorola dapati sebuah ambulans berhenti di tengah jalan akibat daripada kerosakan. Anggota-anggota tersebut dengan segera memberi bantuan dengan menolak ambulans ke tempat yang selamat bagi memastikan kelancaran lalulintas dan keselamatan pengguna jalanraya yang lain. Tiada pesakit dalam kecemasan di dalam ambulans semasa kejadian berlaku.

Syabas dan terima kasih diucapkan kepada semua anggota yang terlibat!!

โ€œJazaakumullah Khairan Katsiran Wa Jazaakumullah Ahsanal Jazaโ€ (ุฌูŽุฒูŽุงูƒูู…ู ุงู„ู„ู‡ู ุฎูŽูŠู’ุฑู‹ุง ูƒูŽุซููŠู’ุฑู‹ุง ูˆูŽุฌูŽุฒูŽุงูƒูู…ู ุงู„ู„ู‡ู ุงูŽุญู’ุณูŽู†ูŽ ุงู„ู’ุฌูŽุฒูŽุงุก) โ€œSemoga Allah SWT akan membalas kamu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas kamu dengan balasan yang terbaik.โ€.

03/07/2026

Sepasang suami isteri ditahan selepas terbabit dalam kemalangan yang tular melibatkan sebuah kenderaan Perodua Kembara di Lebuhraya Persekutuan menghala ke Kuala Lumpur, 20 Jun lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shamsudin Mamat berkata, tangkapan ke atas kedua-dua suspek berusia 50-an itu dibuat oleh Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya sekitar jam 9 malam tadi.

โ€œMajistret membenarkan suspek pertama (pemandu) dikenakan reman selama empat hari sehingga 5 Julai manakala suspek kedua (isteri) telah diberikan jaminan polis selepas rakaman percakapan diambil.



Berita lanjut layari www.malaysiagazette.com

30/06/2026
LAWATAN KEBAJIKAN KEATAS BALU ANGGOTA BSPTD PETALING JAYAPetaling Jaya, Pada 25 Jun 2026 (Khamis), telah berlangsung law...
25/06/2026

LAWATAN KEBAJIKAN KEATAS BALU ANGGOTA BSPTD PETALING JAYA

Petaling Jaya, Pada 25 Jun 2026 (Khamis), telah berlangsung lawatan Kebajikan keatas Balu anggota BSPTD IPD Petaling Jaya, SM 113151 Salahuddin bin Sahab bertempat di Kediamannya yang terletak di Taman Desa Baiduri, Cheras Kuala Lumpur.

Lawatan yang diketuai oleh YDH Tuan KBSPT P/DSP Amir bin Che Ya bersama pegawai dan anggota BSPTD IPD Petaling Jaya ini bertujuan menziarahi balu dan keluarga Allahyarham SM 113151 Salahuddin bin Sahab yang telah meninggal dunia pada 04/05/2026.

Selain itu, lawatan ini adalah untuk menyampaikan cenderahati sebagai tanda menghargai jasa dan bakti Allahyarham SM 113151 Salahuddin bin Sahab sepanjang bertugas di Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Petaling Jaya.
Lawatan ini turut menjadi platform untuk mengeratkan hubungan silaturahim serta menunjukkan keprihatinan terhadap kebajikan keluarga Allahyarham SM 113151 Salahuddin bin Sahab.

Semoga Allah swt mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham dan menempatkannya dalam kalangan orang-orang yang beriman serta beramal soleh. Al-Fatihah..





LAWATAN KEBAJIKAN KE ATAS ANAK ANGGOTA BSPTD PETALING JAYAPetaling Jaya, Pada 24 Jun 2026 (Rabu), telah berlangsung Lawa...
24/06/2026

LAWATAN KEBAJIKAN KE ATAS ANAK ANGGOTA BSPTD PETALING JAYA

Petaling Jaya, Pada 24 Jun 2026 (Rabu), telah berlangsung Lawatan Kebajikan ke atas anak anggota BSPTD IPD Petaling Jaya, Sjn 219372 Muhammad Adli Rashidi bin Sukiman@Sukri bertempat di Pusat Perubatan Universiti Malaya.

Lawatan yang diketuai oleh YDH Tuan KBSPT P/DSP Amir bin Che Ya bersama pegawai dan anggota BSPTD IPD Petaling Jaya ini bertujuan menziarahi adik Muhammad Maleeq Nadhif bin Muhammad Adli Rashidi yang menerima rawatan akibat jangkitan Kuman di paru-paru. Selain bertanya khabar dan mengetahui perkembangan kesihatan anak, lawatan ini turut menjadi platform untuk mengeratkan hubungan silaturahim serta menunjukkan keprihatinan terhadap kebajikan anggota dan keluarga.

Turut disampaikan sumbangan kebajikan sebagai tanda sokongan dan bantuan kepada keluarga anggota. Semoga adik Muhammad Maleeq Nadhif cepat sembuh dan dipermudahkan segala urusan serta berada dalam lindungan Allah SWT.





INFO : PENUTUPAN & LENCONGAN JALAN
11/06/2026

INFO : PENUTUPAN & LENCONGAN JALAN

Address

IPD PETALING JAYA
Petaling Jaya
46050

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Polis Trafik Petaling Jaya posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share