TASKA Pokok Sena

TASKA Pokok Sena MISI : melahirkan generasi berakhlak dan berilmu yang mendokong ajaran ISLAM

15/05/2026

SELAMAT HARI GURU.

Terima kasih buat semua guru yang mendidik dengan ilmu, membimbing dengan hikmah dan menyentuh hati dengan kasih sayang.

Seorang guru bukan hanya mengajar membaca dan mengira, tetapi membina akhlak, membentuk jiwa dan melahirkan generasi yang membawa kebaikan kepada agama, bangsa dan negara.

Rasulullah ﷺ bersabda:
“Sebaik-baik manusia ialah yang paling bermanfaat kepada manusia lain.”

Semoga setiap ilmu yang dicurahkan menjadi amal jariah yang berpanjangan dan asbab lahirnya Malaysia yang lebih sejahtera.

Selamat Hari Guru buat seluruh pendidik yang mendidik sepenuh hati.

“Pendidik Rabbani, Malaysia Sejahtera”




14/05/2026
Terima kasih atas ingatan 🥰
14/05/2026

Terima kasih atas ingatan 🥰

🌷 Selamat Hari Ibu 🌷Kasih ibu tiada galang gantinya.Terima kasih atas setiap pengorbanan, doa, kasih sayang dan didikan ...
10/05/2026

🌷 Selamat Hari Ibu 🌷

Kasih ibu tiada galang gantinya.
Terima kasih atas setiap pengorbanan, doa, kasih sayang dan didikan yang dicurahkan buat anak-anak tanpa mengenal penat dan lelah.

Semoga semua ibu sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, kebahagiaan serta rahmat dan kasih sayang Allah SWT.

Ikhlas daripada :
Tasti Permataku Sejahtera 🤍




Selamat Hari Pekerja🌿Terima kasih kepada semua warga pendidik dan penjaga yang sentiasa berusaha dengan penuh amanah, ka...
30/04/2026

Selamat Hari Pekerja🌿

Terima kasih kepada semua warga pendidik dan penjaga yang sentiasa berusaha dengan penuh amanah, kasih sayang dan keikhlasan dalam membina generasi Rabbani.

“Sesungguhnya Allah menyukai seseorang yang apabila dia melakukan sesuatu pekerjaan, dia melakukannya dengan itqan (bersungguh-sungguh dan terbaik).”

Semoga setiap titik peluh kita dikira sebagai amal soleh dan diberkati oleh Allah SWT.

TASTI Pembina Generasi Rabbani 🤍

14/04/2026

✨✨ Sambutan Hari Raya & Sambutan Hari Lahir (Jan-Apr) di Tasti Permataku Sejahtera.🎂🎊

▪️Hari : Khamis_
▪️Tarikh : 9 April 2026 bersamaan 20 Syawal 1447H
▪️Tempat : Tasti Permataku Sejahtera

💖Alhamdulillah dan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan Terima Kasih kepada waris2 kerana telah menjayakan Majlis Sambutan Hari Raya & Sambutan Hari Lahir.

Jazakumullahu Khairan Kathira 😊

•••••••••••••••••••••••••

TASTI PEMBINA GENERASI RABBANI



https://www.facebook.com/share/18EMx41NXY/
20/03/2026

https://www.facebook.com/share/18EMx41NXY/

SALAM AIDILFITRI 1447H

Di kesempatan yang mulia ini, TASTI Malaysia ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin.

Semoga Syawal kali ini membawa sinar kebahagiaan, keberkatan dan kasih sayang yang berpanjangan buat kita semua.

Allah SWT berfirman:
“Dan hendaklah kamu menyempurnakan bilangan (hari puasa) dan hendaklah kamu membesarkan Allah atas petunjuk-Nya yang diberikan kepadamu, supaya kamu bersyukur.”
(Surah Al-Baqarah: 185)

Raikan kemenangan dengan penuh kesyukuran, perbanyakkan takbir, dan eratkan silaturrahim bersama insan tersayang.

Tulus ikhlas dari
TASTI MALAYSIA


Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir dan Batin🌙Semoga Allah menerima semua ibadah kita. Aamiin✨Tersusun rapi sepulu...
20/03/2026

Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir dan Batin🌙

Semoga Allah menerima semua ibadah kita. Aamiin✨

Tersusun rapi sepuluh jari,
Bunga melur si bunga melati,
Ucapan dihantar pengganti diri,
Mohon maaf setulus hati.

Ikhlas daripada : TASTI Permataku Sejahtera
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

TASTI PEMBINA GENERASI RABBANI




“Anak kecil mungkin belum memahami nilai wang,namun mereka mampu belajar nilai memberi. 💕”TASTI Permataku Sejahtera berb...
17/03/2026

“Anak kecil mungkin belum memahami nilai wang,
namun mereka mampu belajar nilai memberi. 💕”

TASTI Permataku Sejahtera berbesar hati menerima kunjungan serta serahan tabung daripada alumni TASTI, anakanda Nuha Mardhiah Mawaddah binti Mohd Hatim (2021–2024) bersempena 27 Ramadan 1447H.

Kini, anakanda Nuha meneruskan pembelajaran di PASTI Mahmudiyah Pokok Sena (bersebelahan PKWR ADUN Bukit Lada), yang terletak berhadapan jalan ke TASTI Pokok Sena.

Tabung ini merupakan hasil simpanan beliau sejak berusia 1 tahun ketika di TASTI, sehingga kini pada usia 6 tahun. Satu didikan yang membuahkan nilai murni sejak kecil. 🌱

Pihak TASTI Pokok Sena merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas ziarah serta sumbangan yang diberikan.
Semoga anakanda Nuha terus cemerlang di dunia dan akhirat, menjadi generasi yang prihatin, penyayang serta memberi manfaat kepada ummah.

Rasulullah SAW mengajar kita tentang amalan bersedekah, dan didikan itu bermula sejak kecil.
Di TASTI, kami komited menyemai nilai ini agar anak-anak membesar dengan keberkatan dan kasih sayang.

📌 Jom daftarkan anak anda bersama kami hari ini!
Sebarang pertanyaan boleh hubungi:
019-480 4867 (Ustazah Muslihah)
016-269 3437 (Cikgu Aqilah)





Sedikit lagi bakal mengakhiri bulan Ramadan yang mulia. Semoga ibu ayah dapat manfaatkan nikmat & peluang besar bulan Ra...
17/03/2026

Sedikit lagi bakal mengakhiri bulan Ramadan yang mulia. Semoga ibu ayah dapat manfaatkan nikmat & peluang besar bulan Ramadan ini dengan anak-anak sebaiknya. Ambil peluang panjatkan DOA untuk keluarga dan anak-anak Soleh Solehah, semoga sentiasa dalam redho dan perlindungan Allah SWT.

Disamping hidupkan suasana meriah akhir Ramadan dengan contoh-contoh amalan mulia dalam memburu Lailatul Qadar.




17/03/2026

Assalamualaikum ibu ayah 🤗🌈

📆Tarikh : 03/03/2026

👶🏻Umur : 3 - 4 Tahun

📗Aktiviti :Padankan Gambar IbuAyah
Perkembangan: Perkembangan Awal Matematik dan Pemikiran Logik

Kemahiran : Memadankan gambar

✏️Objektif :
1. Kanak-kanak dapat memadankan gambar ibu dan ayah yang sama dengan betul.
2. Kanak-kanak dapat menggunakan kemahiran berfikir secara logik dalam membuat padanan yang tepat.



Address

NO 305, KAMPUNG SUNGAI DURIAN
Pokok Sena
06400

Opening Hours

Monday 06:30 - 18:30
Tuesday 06:30 - 18:30
Wednesday 06:30 - 18:30
Thursday 06:30 - 18:30
Sunday 06:30 - 18:30

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when TASKA Pokok Sena posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to TASKA Pokok Sena:

Share