Mohd Herman Hassan

Mohd Herman Hassan Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Mohd Herman Hassan, Jalan Seremban, Batu 1,, Port Dickson.

11/03/2026
08/03/2026
07/03/2026

*TARIKH:* 07/03/2026
*HARI:* SABTU
*DESTINASI:* RESTORAN TERAPUNG D'JETTY MEDAN (PORT DICKSON)
*TEMPAT BERKUMPUL:* POS PETRONAS (MIR BRANCO - TUNGGU DI SENDAYAN)
*RV:* 17.00 PETANG
*TAYAR GOLEK:* 17.15 PETANG
*LALUAN:* JIJAN - SENDAYAN - LUKUT - PD (JALAN LAMA)

Dalam satu pakatan syarikat besar, beberapa syarikat bergabung untuk bergerak seiring dalam industri. Setiap syarikat ad...
05/03/2026

Dalam satu pakatan syarikat besar, beberapa syarikat bergabung untuk bergerak seiring dalam industri. Setiap syarikat ada pengurusan sendiri, tetapi mereka sepakat memilih seorang tokoh untuk menjadi suara pakatan dalam mesyuarat dan rundingan besar industri.

Tokoh itu ialah (A).

Dalam syarikatnya sendiri, (A) bukanlah orang nombor satu. Dia sekadar memegang jawatan kanan dalam pengurusan. Namun pengalaman, jaringan dan keupayaannya berunding dengan rakan-rakan syarikat lain membuatkan ramai dalam pakatan lebih selesa melihat (A) bercakap bagi pihak mereka.

Tidak lama kemudian, tercetus pergolakan dalaman dalam syarikat asal (A).

Beberapa pimpinan kanan, khususnya (B) dan (C), mula dilihat semakin tidak sehaluan dengan (A). Ketegangan itu akhirnya memuncak apabila syarikat tersebut membuat keputusan menyingkirkan (A) daripada kedudukannya dalam syarikat.

Mereka mungkin menyangka langkah itu akan sekali gus menamatkan pengaruh (A).

Namun yang berlaku selepas itu agak berbeza.

Ketua-ketua syarikat lain dalam pakatan tampil secara terbuka dan berkali-kali menyatakan sokongan kepada (A). Dalam kenyataan, dalam pertemuan, malah dalam pelbagai kesempatan lain mesej mereka tetap sama: mereka masih yakin kepada kemampuan (A) untuk mewakili pakatan.

Apabila syarikat asal mula memberi tekanan supaya (A) juga melepaskan peranan sebagai suara pakatan, reaksi rakan-rakan syarikat lain agak dingin.

Seolah-olah ada satu mesej yang tidak disebut secara terus, tetapi cukup jelas maksudnya.

Kalau suara sendiri sudah tidak lagi diendahkan oleh rakan-rakan dalam pakatan, itu tanda taring sudah lama hilang. Bising setinggi mana pun, orang lain sudah tidak merasa gentar.

Akhirnya keadaan menjadi sedikit ironi.

Syarikat asal telah menyingkirkan (A), tetapi pakatan syarikat lain masih memilih (A) untuk bercakap bagi pihak mereka.

Dan dari situ orang mula nampak dalam dunia pengaruh, bukan semata-mata jawatan yang menentukan nilai seseorangโ€ฆ tetapi sejauh mana sekutu masih melihat dirinya berguna.

5 Mar 2026@Seremban

25/02/2026

๐Š๐„๐๐˜๐€๐“๐€๐€๐ ๐Œ๐„๐ƒ๐ˆ๐€

Kami merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada YAB Dato' Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar atas pelantikannya sebagai Pengerusi Perikatan Nasional yang baharu, dan kami memberikan sokongan penuh untuk beliau memimpin gabungan ini.

Pelantikan ini merupakan konsolidasi serius bahawa Perikatan Nasional benar-benar bersedia untuk berkhidmat kepada rakyat dan membina negara.

Sebagai Ahli Parlimen, kami terus menyokong Perikatan Nasional yang dipimpin oleh PAS selaku parti tunjangnya.

๐Ÿ. ๐˜๐ ๐ƒ๐š๐ญ๐จ' ๐’๐ž๐ซ๐ข ๐‡๐š๐ฆ๐ณ๐š๐ก ๐™๐š๐ข๐ง๐ฎ๐๐ข๐ง
Ahli Parlimen Larut

๐Ÿ. ๐˜๐ ๐ƒ๐š๐ญ๐จ' ๐’๐ž๐ซ๐ข ๐‘๐จ๐ง๐š๐ฅ๐ ๐Š๐ข๐š๐ง๐๐ž๐ž
Ahli Parlimen Beluran

๐Ÿ‘. ๐˜๐ ๐ƒ๐š๐ญ๐ฎ๐ค ๐–๐ข๐ซ๐š ๐Œ๐š๐ฌ ๐„๐ซ๐ฆ๐ข๐ž๐ฒ๐š๐ญ๐ข ๐’๐š๐ฆ๐ฌ๐ฎ๐๐ข๐ง
Ahli Parlimen Masjid Tanah

๐Ÿ’. ๐˜๐ ๐ƒ๐š๐ญ๐จ' ๐’๐ซ๐ข ๐’๐š๐ข๐Ÿ๐ฎ๐๐๐ข๐ง ๐€๐›๐๐ฎ๐ฅ๐ฅ๐š๐ก
Ahli Parlimen Indera Mahkota

๐Ÿ“. ๐˜๐ ๐ƒ๐š๐ญ๐จ ๐’๐ซ๐ข ๐ˆ๐ค๐ฆ๐š๐ฅ ๐‡๐ข๐ฌ๐ก๐š๐ฆ ๐€๐›๐๐ฎ๐ฅ ๐€๐ณ๐ข๐ณ
Ahli Parlimen Tanah Merah

๐Ÿ”. ๐˜๐ ๐ƒ๐š๐ญ๐จ ๐‘๐จ๐ฌ๐จ๐ฅ ๐–๐š๐ก๐ข๐
Ahli Parlimen Hulu Terengganu

๐Ÿ•. ๐˜๐ ๐ƒ๐š๐ญ๐ฎ๐ค ๐–๐š๐ง ๐’๐š๐ข๐Ÿ๐ฎ๐ฅ ๐–๐š๐ง ๐‰๐š๐ง
Ahli Parlimen Tasek Gelugor

๐Ÿ–. ๐˜๐ ๐ƒ๐š๐ญ๐ฎ๐ค ๐–๐ข๐ซ๐š ๐Š๐ฎ ๐€๐›๐ ๐‘๐š๐ก๐ฆ๐š๐ง ๐Š๐ฎ ๐ˆ๐ฌ๐ฆ๐š๐ข๐ฅ
Ahli Parlimen Kubang Pasu

๐Ÿ—. ๐˜๐ ๐ƒ๐š๐ญ๐ฎ๐ค ๐Œ๐ฎ๐ฌ๐ฅ๐ข๐ฆ๐ข๐ง ๐˜๐š๐ก๐š๐ฒ๐š
Ahli Parlimen Sungai Besar

๐Ÿ๐ŸŽ. ๐˜๐ ๐ƒ๐š๐ญ๐จ' ๐€๐›๐๐ฎ๐ฅ ๐Š๐ก๐š๐ฅ๐ข๐› ๐€๐›๐๐ฎ๐ฅ๐ฅ๐š๐ก
Ahli Parlimen Rompin

๐Ÿ๐Ÿ. ๐˜๐ ๐ƒ๐š๐ญ๐จ' ๐Š๐ก๐ฅ๐ข๐ซ ๐Œ๐จ๐ก๐ ๐๐จ๐ซ
Ahli Parlimen Ketereh

๐Ÿ๐Ÿ. ๐˜๐ ๐–๐š๐ง ๐€๐ก๐ฆ๐š๐ ๐…๐š๐ฒ๐ก๐ฌ๐š๐ฅ ๐–๐š๐ง ๐€๐ก๐ฆ๐š๐ ๐Š๐š๐ฆ๐š๐ฅ
Ahli Parlimen Machang

๐Ÿ๐Ÿ‘. ๐˜๐ ๐™๐š๐ค๐ซ๐ข ๐‡๐š๐ฌ๐ฌ๐š๐ง
Ahli Parlimen Kangar

๐Ÿ๐Ÿ’. ๐˜๐ ๐‘๐จ๐ฌ๐ฅ๐š๐ง ๐‡๐š๐ฌ๐ก๐ข๐ฆ
Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu

๐Ÿ๐Ÿ“. ๐˜๐ ๐…๐š๐ญ๐ก๐ฎ๐ฅ ๐‡๐ฎ๐ณ๐ข๐ซ ๐€๐ฒ๐จ๐›
Ahli Parlimen Gerik

๐Ÿ๐Ÿ”. ๐˜๐ ๐Š๐š๐ฉ๐ญ๐ž๐ง ๐€๐ณ๐š๐ก๐š๐ซ๐ข ๐‡๐š๐ฌ๐ฌ๐š๐ง
Ahli Parlimen Padang Rengas

๐Ÿ๐Ÿ•. ๐˜๐ ๐Š๐จ๐ฆ๐š๐ง๐๐ž๐ซ (๐) ๐๐จ๐ซ๐๐ข๐ง ๐€๐ก๐ฆ๐š๐ ๐ˆ๐ฌ๐ฆ๐š๐ข๐ฅ
Ahli Parlimen Lumut

๐Ÿ๐Ÿ–. ๐˜๐ ๐Š๐š๐ฅ๐š๐ฆ ๐’๐š๐ฅ๐š๐ง
Ahli Parlimen Sabak Bernam

๐Ÿ๐Ÿ—. ๐˜๐ ๐ˆ๐ฌ๐ฅ๐š๐ก๐ฎ๐๐๐ข๐ง ๐€๐›๐›๐š๐ฌ
Ahli Parlimen Mersing

In History 2016 - 2026
24/02/2026

In History 2016 - 2026

19/02/2026
17/01/2026

Assalamualaikum WBT.

Israk Mikraj merupakan antara peristiwa terpenting dalam membuktikan ke-Esaan Allah SWT dan kerasulan kekasih-Nya, Nabi Muhammad SAW, - menerusi perjalanan penuh mukjizat dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa (Israk) dan seterusnya ke Sidratul Muntaha (Mikraj).

Sesungguhnya peristiwa Israk Mikraj ini memberi ibrah yang sangat besar untuk semua kita selaku hamba-Nya, - menghayati makna serta roh, - bagi memperkukuhkan keimanan kepada Allah Tuhan Sekalian Alam, kerana melalui peristiwa inilah solat 5 waktu yang menjadi tiang agama difardukan kepada umat Islam.

Peristiwa agung ini mengajar kita semua, bahawa kemajuan umat lahir daripada keseimbangan antara kekuatan rohani dan kebijaksanaan mengurus realiti kehidupan, - khususnya melalui pensyariatan solat sebagai teras disiplin, amanah dan integriti.

Israk Mikraj juga mendidik kita kepada muhasabah dan pembaharuan diri kerana Islam tidak memisahkan agama daripada urusan dunia.

Semoga kita semua dapat menyemai keinsafan, mengambil pedoman dan memperteguhkan ketakwaan kepada Allah dengan berlumba-lumba dalam melakukan kebaikan dan meninggalkan kemungkaran.

Selamat beribadah.

Address

Jalan Seremban, Batu 1,
Port Dickson
71000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Mohd Herman Hassan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share