MohdHerman

MohdHerman Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from MohdHerman, Jalan Seremban, Batu 1,, Port Dickson.

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE-69 ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ31 Ogos 2026 โ€” genap 69 tahun kita menikmati nikmat kemerdekaanKemerdekaan ...
30/08/2026

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE-69 ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

31 Ogos 2026 โ€” genap 69 tahun kita menikmati nikmat kemerdekaan
Kemerdekaan bukan sekadar bebas daripada penjajahan, tetapi tanggungjawab untuk terus membina sebuah negara yang aman, makmur, bersatu dan dihormati.

Marilah kita bersama-sama menyemarakkan semangat patriotisme, menghargai kepelbagaian dan memperkukuh perpaduan demi masa depan Malaysia yang lebih baik.
Berbeza warna, berbeza latar, kita tetap satu bangsa Malaysia.
๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ Jiwa Merdeka, Negara Harmoni.

Salam Hari Kebangsaan ke-69 daripada saya,
Mohd Herman Bin Hassan
Parti Wawasan Negara Bahagian Seremban

24/08/2026

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Alhamdulillah, esok adalah Maulidul Rasul untuk kita semua memperingati lahirnya Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW dan menambahkan kecintaan kita kepada Rasulullah.

Maulidul Rasul ini bukan sekadar sambutan, tetapi ia adalah ruang untuk kita menelusuri ibrah dengan pengambil pedoman perjuangan suci Rasulullah dalam menegakkan syiar Islam dan bagaimana masyarakat serta peradaban bangsa itu dibina.

Baginda mengubah perpecahan kepada persaudaraan, permusuhan digantikan dengan persefahaman, dan masyarakat jahiliah diubah kepada sebuah ummah yang dipandu oleh iman, nilai serta tujuan yang jelas.

Inilah ibrah besar yang sangat relevan untuk Malaysia. Kepelbagaian adalah kekuatan kita dan semua pihak mesti mencari titik persamaan demi masa depan bersama. Perbezaan bukan alasan untuk berpecah.

Seperti mana ibrah Rasulullah yang berjaya menyatukan ummah melalui iman, nilai serta keyakinan bersama, Malaysia juga memerlukan Konsensus Nasional Baharu yang menyatukan kita atas Matlamat Bersama, Kemakmuran Bersama dan Tadbir Urus Berperikemanusiaan.

Kita perlu bergerak ke hadapan dengan pemikiran serta nurani yang matang melalui jambatan penyatuan. Jambatan yang menghubungkan rakyat berbeza latar belakang, yang menghubungkan antara wilayah dan yang menyatukan kekuatan politik yang selama ini lebih dipisahkan oleh perbezaan.

Insya-Allah jika ibrah ini benar-benar ditelurusi dan diteladani, masa depan negara akan lebih makmur, bermaruah dan dihormati.

Selamat menyambut Maulidur Rasul.

24/08/2026
15/08/2026
15/08/2026

10/08/2026

Mesyuarat khas Parti Wawasan Negara

Address

Jalan Seremban, Batu 1,
Port Dickson
71000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when MohdHerman posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share