11/11/2022
Mendapat perkhabaran dukacita sebentar tadi bahawa salah seorang Tuan Guru TokSu/ PakSu Mid kesayangan Fya.. Al Allamah Arif Billah Tok Wali Pak Su Mid telah kembali ke rahmatullah pada jam 6.10 ptg td di petang Jumaat penuh berkah. Sepertinya separuh nyawaku hilang.. hilang tiada kembali.
PakSu,kakak tulis nukilan ini. Kakak pasak nukilan di sini. Tetap ada rasa terkilan. Kerana tiada izinNya jg utk bertemu bertentang mata atas kerana faktor kesihatan PakSu yg sudah uzur jg. WaalahiTaala PakSu,jiwa kakak tiba² 'kelam' atas berita kehilangan ini. Ya Allah 😭 Tapi PakSu.. janji kakak. Selagi kakak dipinjamkan nafas.. kakak akan sentiasa ingat pesan PakSu 'Jangan Tinggal Quran. Pedulikan makhluk/ manusia krn bkn mereka yg miliki Neraka & Syurga'.. inshaaAllah PakSu.. segala ilmu² pengajian Quran diberikan mll Tok Guru Walid jg kakak akan teruskan belajar. Demi kebaikan agama & diri kakak sbg bekalan di SANA nanti. Terima kasih utk TARBIYAH yg sgt meninggalkan kesan pd kakak sbg Hamba Allah yg hina,jahil,keji,daif,kotor,bangsat.. Kakak SEDAR DIRI. Terlalu b*k 'dunia' kakak letak sehinggakan lupa NIKMAT CINTA ALLAH,, AGAMA ALLAH itu melebihi segalanya² di Dunia.. Negeri Sementara ini.
Doa kakak,PakSu ditempatkan bersama org² soleh,beriman dan dikurniakan Syurga Tertinggi. Aamiin.
إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون
Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman..
Dibacakan AlFatihah
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم
ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞
مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞امين
Dan dihadiahkan buat beliau dan semua arwah yg telah kembali
semoga mereka di tempatkan ke syurga firdausNya tanpa hisab... aamiin ya Allah..🤲🤍
Serba sedikit info tentang PakSu Mid,Kg.Tembaga..
SIAPAKAH PAKSU MID BUKIT TEMBAGA KEDAH?
Al Allamah Arif Billah Tok Wali Pak Su Mid ( 1926 - Sekarang )
Nama sebenar Pak Su Mid ialah Tuan Guru Haji Abdul Hamid dan dilahirkan di Air Hitam, Jerlun, Kedah . Menurut Pak Su Mid umur sebenar beliau sudahpun menghampiri 100 tahun. Ini kerana orang dahulu sudah biasa mendaftar lambat di Jabatan Pendaftaran.
Beliau telah menuntut ilmu dari beberapa wali Allah . Diantara guru beliau ialah :
1. Syeikh Abu Bakar Palestin
2. Wali Allah Syeikh Abdullah Harun - Stesen Kereta Api Lama Alor Star, Sg. Korok
3. Pak Da Eil Mekah
4. Tuan Guru Haji Abdullah Kecik - Pondok Langgar
Keturunan asal Pak Su berasal dari Banjar, Indonesia. Pak Su mula tinggal di Bukit Tembaga pada tahun 1965 dan beliau berkahwin pada tahun 1973 .
Semasa mudanya beliau bekerja dan berniaga di Pekan Rabu, Alor Setar pada siang harinya. Manakala pada sebelah malamnya beliau akan menadah ilmu bersama guru-guru beliau. Pak Su juga bersahabat baik dengan Tuan Guru Haji Abdul Aziz Pendang.
Antara kitab yang sering menjadi rujukan Pak Su Mid adalah:
1) Hilyatul Auliyak
2) Futuhat Makkiyyah Ibn Arabi
3) Khozinatul Asror
Beliau pernah berkata bahawa , beliau cuma membaca kitab kitab yang pengarangnya seorang Wali Allah sahaja .
Amalan utama Paksu Mid hanya lah al Quran & puasa setiap hari . Setiap kali diminta amalan dan nasihat, maka beliau akan berpesan supaya berdamping dengan al-Quran. Sudah lebih 30 tahun beliau berpuasa sunat.
Ramai ulamak yang berpendapat menyatakan bahawa Pak Su sudah mencapai maqam Wali Allah.
Berkata Syeikh Wan Izzudin Bin Syeikh Wan Ibrahim / Pak Chu Him Pondok Gajah Mati. Ada yang berpendapat bahawa Pak Su Mid telah mencapai maqam wali Abdal. Ini berdasarkan 4 rukun Abdal iaitu salah satunya rajin berpuasa.
Kalam Pak Su Mid mempunyai gaya bahasa yang tinggi dan unsur kiasan yang mendalam. Beliau s**a berkias dalam percakapan.
Diantara nasihat atau kata-kata hikmah Pak Su Mid ialah :
1. Pastikan diri sentiasa berwuduk.
2. Bergelut sungguh-sunguh dengan al-Quran. Pegang al-Quran dan kata: Ya Allah, ini kitab Engkau yang aku beramal. Barangsiapa yg beriman kepada Allah, Allah akan memberikannya hidayah.
3. Malam malam bangun buat tahajud. Menangis atas segala dosa. Ambil air mata tu sapukan satu tubuh badan niat sebagai benteng dari api neraka.
4. Bila ada Istiqomah , baru malaikat turun. Jangan takut jangan sedih. Depa bawa berita gembira kita jadi ahli syurga.
5. Nak cekap dalam agama ni kena kuasai ilmu alat .
6. Sapa tak baca al-Quran, dia benci kepada Allah.
7. Semua ilmu ada dalam Al Quran. Semua penyelesaian hidup ada dalam Al -Quran.
Adap untuk ziarah Pak Su Mid ialah kena pastikan bawa al Quran , pen & kertas dan ikut waktu lawatan tersebut .
Alamat rumah Pak Su Mid - Kampung Kuala Pai , Bukit Tembaga , Kuala Nerang KEDAH
Moga Allah Taala memberi kesihatan yang baik buat beliau . Amin