25/05/2020
INNALILLAHHIWAINNA ILAIHIRAJIUN
Allahyarhamah Seniwati Latifah Omar
atau nama sebenarnya Fatimah Omar 74,
telah membeli kain kafan serta menyediakan sejumlah wang sebagai persediaan untuk urusan pengebumiannya jika beliau meninggal dunia. Perkara itu di dedahkan oleh pelakon veteran Mariani Ismail 80, yang merupakan teman baik allahyarhamah.
Mariani berkata allahyarhamah telah memberitahunya mengenai hal itu kerana tidak mahu menyusahkan sesiapa sekirannya beliau meninggal dunia.
“Perkara itu di lakukan oleh allahyarhamah
ketika beliau sakit selain merasakan usianya
juga sudah tidak panjang. Beliau juga sudah
bersedia untuk pergi kerana tidak tahan lagi
dengan berbagai suntikan dan pembedahan
yang perlu di buat. Saya pun tak sanggup
melihat beliau keluar masuk hospital pada
ketika itu”, katanya kepada mStar Online
ketika di temui di Tanah Perkuburan Islam
As-Sobirin AU4, Keramat.
Allahyarhamah menghembuskan nafasnya
di Unit Rawatan Rapi (ICU), Pusat Perubatan
Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM)
pada jam 6:19 petang 9 Jun 2013 bersamaan hari Ahad akibat komplikasi berbagai penyakit termasuk usus. Jenazahnya telah di sembahyangkan di Masjid Al-Khairiah AU3, Taman Keramat.
Berkongsi sedikit cerita mengenai arwah,
Mariani mengimbas semula kenangan bersama dengan arwah dan allahyarhamah Saloma semasa menetap serumah di Studio Jalan Ampas, Singapura.
Suatu ketika dahulu antara detik yang tak boleh di lupakan ialah mereka bertiga pernah di gelar sebagai The Three Naughty Lady of Kim Kat Lane sebabnya kerana mereka bertiga gemar berjalan-jalan di luar kawasan studio.
“Ketika kami menjadi pelakon di Studio Jalan
Ampas dahulu, kami tidak di benarkan keluar
dari kawasan studio tetapi saya, Saloma dan
arwah degil. Kami tetap mahu keluar nak
berjalan-jalan. Sehinggakan orang di sekitar
studio memanggil kami dengan gelaran itu.
Arwah Latifah juga seorang yang
cukup jelita sehingga membuatkan ramai
lelaki di luar sana mudah cair”, selorohnya.
Sementara itu, Datin Rosnani Jamil
atau “Mak Nani” yang juga merupakan teman seangkatan allahyarhamah berkata,
Latifah seorang yang kuat semangat dalam melawan penyakitnya.
“Dari dahulu sehinggalah sekarang kami
melalui hidup susah senang bersama.
Dalam keadaan dia bersemangat mahu
melawan penyakitnya itu, dia juga sudah
bersedia untuk ‘pergi’ bila-bila masa.
Kata arwah, dia sudah tidak larat untuk
keluar masuk hospital apabila melihat
keadaan kesihatannya semakin teruk.
Apa-apa pun bagi saya, arwah adalah
seorang manusia yang cukup sempurna
di mana dia memiliki sifat-sifat baik dalam
diri”, ujar Mak Nani.
Datin Umi Kalthum p**a menyifatkan pemergian Latifah adalah satu kehilangan besar buat industri filem tempatan kerana bakat lakonannya yang amat mengkagumkan.
Katanya lagi, pemergian arwah membuatkan dia terkenang kembali detik cemas di saat bersama ketika menghadiri sebuah festival filem di Taiping, Perak di mana ketika itu mereka terlibat dalam kemalangan keretapi.
“Masa tu kami saling berpelukan kerana
risau akan ‘pergi’ pada bila-bila masa
sahaja”, katanya.
Latifah yang sering di gandingkan dengan Nordin Ahmad membintangi sebanyak 23 buah filem antaranya J***t, Jalak Lenteng, Gurindam Jiwa, Bawang Putih Bawang Merah,
Laila Majnun, Putus Sudah Kasih Sayang,
Che Mamat Parang Tumpul dan terakhir
Hati Batu pada 1973.
A L F A T E H A H