Bahagian Jaringan Industri & Masyarakat

Bahagian Jaringan Industri & Masyarakat Bahagian Jaringan Industri & Masyarakat, Universiti Sains Malaysia.

πŸš€ Tingkatkan Prestasi SPM Anda Bersama YouTube Channel PAK!Pelbagai video pembelajaran Bahasa Melayu, Sejarah, Matematik...
12/08/2026

πŸš€ Tingkatkan Prestasi SPM Anda Bersama YouTube Channel PAK!

Pelbagai video pembelajaran Bahasa Melayu, Sejarah, Matematik & tip menghadapi peperiksaan kini boleh diakses dengan mudah melalui YouTube Channel PROGRAM ANAK KITA USM.

πŸ”” Subscribe sekarang!
youtube.com@programanakkitausm?si=E5s6XcEcbAls7ujE" rel="ugc" target="_blank">https://youtube.com@programanakkitausm?si=E5s6XcEcbAls7ujE

πŸ“– Ulang kaji bila-bila masa
πŸŽ“ Belajar daripada guru-guru berpengalaman
πŸ“ˆ Bantu tingkatkan pencapaian akademik anda





Program Anak Kita

SME Innovation Day 2026: BJIM USM Pacu Inovasi SME Menerusi Platform AI6 Ogos 2026 - Pejabat Jaringan Industri (BJIM) Un...
10/08/2026

SME Innovation Day 2026: BJIM USM Pacu Inovasi SME Menerusi Platform AI

6 Ogos 2026 - Pejabat Jaringan Industri (BJIM) Universiti Sains Malaysia (USM) dengan kerjasama Pusat Pengajian Siswazah Perniagaan (GSB) telah menganjurkan SME Innovation Day 2026, menghimpunkan lebih 150 peserta daripada 80 perusahaan kecil dan sederhana (SME) serta para penyelidik USM untuk merapatkan jurang antara akademik dan industri.

Diketuai oleh Pengarah Jaringan Industri, Prof. Madya Ts. Dr. Wan Maryam Wan Ahmad Kamil, dan Pengarah Projek, Dr. Jeffrey Cheah Sau Seng, acara flagship di bawah inisiatif Sinergi USM-SME ini menyaksikan pemeteraian 9 Memorandum Persefahaman (MoU), pencapaian kerjasama projek bernilai RM1.2 juta, serta pelancaran Enterprise Innovation Platform (EIP) berkuasa AI bagi memadankan cabaran perniagaan SME secara terus dengan kepakaran pakar serta makmal penyelidikan USM.

πŸ“Έ: Pusat Media & Perhubungan Awam (MPRC) & Bahagian Jaringan Industri & Masyarakat (BJIM)

IET Malaysia Technical Talk Series1st August 2026 - The Director of the Industry Network Office, Assoc. Prof. Ts. Dr. Wa...
07/08/2026

IET Malaysia Technical Talk Series

1st August 2026 - The Director of the Industry Network Office, Assoc. Prof. Ts. Dr. Wan Maryam Wan Ahmad Kamil, was invited as a guest speaker for the IET Malaysia Technical Talk Series, sharing insights on impactful industry-academia collaboration.

The session highlighted USM's successful industry partnerships, key Ministry of Higher Education (KPT) initiative collaborations, and a special focus on the Industry-in-Classroom (IOC) framework. The talk sparked insightful discussions among attendees on how USM can further advance and shape the industrial R&D pipeline.

Setinggi-tinggi Tahniah YBrs. Profesor Ir. Ts. Dr. Mohamad Aizat Bin Abas atas pelantikan sebagai Penyelaras Jaringan In...
07/08/2026

Setinggi-tinggi Tahniah YBrs. Profesor Ir. Ts. Dr. Mohamad Aizat Bin Abas atas pelantikan sebagai Penyelaras Jaringan Industri dan Masyarakat Kampus Kejuruteraan Tuanku Syed Sirajuddin berkuat kuasa 15 Julai 2026 Sehingga 31 Disember 2027.

Ikhlas Daripada Profesor Dato' Dr. Azlan Amran
Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat)
dan Seluruh Warga BJIM USM.

Setinggi-tinggi Tahniah YBrs. Profesor Madya Ts. Dr. Rafidah Binti Zainon atas pelantikan sebagai Penyelaras Jaringan In...
07/08/2026

Setinggi-tinggi Tahniah YBrs. Profesor Madya Ts. Dr. Rafidah Binti Zainon atas pelantikan sebagai Penyelaras Jaringan Industri dan Masyarakat Pusat Kanser Tun Abdullah Ahmad Badawi berkuat kuasa bermula 15 Julai 2026 sehingga 31 Disember 2027.

Ikhlas Daripada Profesor Dato' Dr. Azlan Amran
Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat)
dan Seluruh Warga BJIM USM.

🌟 PROGRAM ANAK KITA: PECUTAN SPM 2026 🌟KELAS PENGUKUHAN PEMAHAMANπŸ“Ί Live Streaming YouTube Program Anak Kita USMπŸ“ŒπŸ“š Subjek...
07/08/2026

🌟 PROGRAM ANAK KITA: PECUTAN SPM 2026 🌟

KELAS PENGUKUHAN PEMAHAMAN
πŸ“Ί Live Streaming YouTube Program Anak Kita USMπŸ“Œ
πŸ“š Subjek: Bahasa Melayu, Sejarah & Matematik πŸ’ͺ

KELAS PENGUKUHAN PEMAHAMAN (KPP 1) - BAHASA MELAYU

πŸ“†Tarikh: 3 OGOS 2026 (ISNIN)
πŸ•£Masa: 3.00pm - 4.30pm

Link Youtube:
⚫ ZON A (Kedah, Kelantan & Terengganu)
πŸ‘©β€πŸ« Cikgu Faridanura binti Abdullah
- https://www.youtube.com/live/CgF68ufT0ZA?si=kYPXaeUB_FnVZUGX

Link Youtube:
πŸ”΅ ZON B (Pulau Pinang & Perak)
πŸ‘©β€πŸ« Cikgu Mohd Norazizi bin Samsudain
- https://www.youtube.com/live/rsrzv4sNbYE?si=Ri-YmfwZy0P2s-13

Link Youtube:
πŸ”΄ ZON C (Pahang & WP Kuala Lumpur)
πŸ‘¨β€πŸ« Cikgu Mohd Faizal Bin Yahya
- https://www.youtube.com/live/ib1kaTi-5ls?si=k5bc9Xu9lnB5iR8N

Link Youtube:
🟑 ZON D (Johor & WP Labuan)
πŸ‘©β€πŸ« Cikgu Mohamad Faizol bin Mohd Zulkeffle
- https://www.youtube.com/live/mb61Hs9R4RQ?si=kCWMSCfyw_vEFB_U

Link Youtube:
⚫ ZON E (Sabah & Sarawak)
πŸ‘©β€πŸ« Cikgu Muhamad Azam Bin Supian
- https://www.youtube.com/live/fTchPLhxiCs?si=GwNr_L72jUMZXS4a

KELAS PENGUKUHAN PEMAHAMAN (KPP 1) - MATEMATIK

πŸ“†Tarikh: 4 OGOS 2026 (SELASA)
πŸ•£Masa: 3.00pm - 4.30pm

Link Youtube:
⚫ ZON A (Kedah, Kelantan & Terengganu)
πŸ‘©β€πŸ« Cikgu Aini Nordiana Binti Khairuddin
- https://www.youtube.com/live/-ee2YclXXnU?si=nu8EJ2nB48nSu1P9

Link Youtube:
πŸ”΅ ZON B (Pulau Pinang & Perak)
πŸ‘©β€πŸ« Cikgu Siti Norhanez Binti Yahaya
- https://www.youtube.com/live/C1YsuVt29fk?si=xmmfEEJ8RQ5hhLCV

Link Youtube:
πŸ”΄ ZON C (Pahang & WP Kuala Lumpur)
πŸ‘¨β€πŸ« Cikgu Norshahera Binti Sallehudin
- https://www.youtube.com/live/6c2W1UUX6BA?si=nDwOSsCabOZnH_o3

Link Youtube:
🟑 ZON D (Johor & WP Labuan)
πŸ‘©β€πŸ« Cikgu Mohd Hafizi Bin Mohd Isa
- https://www.youtube.com/live/Y9kUxxdLmKo?si=cizLJEVSO1WGScpi

Link Youtube:
⚫ ZON E (Sabah & Sarawak)
πŸ‘©β€πŸ« Cikgu Nursuriani Binti Semsudin
- https://www.youtube.com/live/cW9Z3v_SZPU?si=B3A-SNjv4XipljCX

KELAS PENGUKUHAN PEMAHAMAN (KPP 1) - SEJARAH

πŸ“†Tarikh: 2 OGOS 2026 (AHAD)
πŸ•£Masa: 3.00pm - 4.30pm

Link Youtube:
⚫ ZON A (Kedah, Kelantan & Terengganu)
πŸ‘©β€πŸ« Cikgu Nurhashimah Binti Nawawi
- https://www.youtube.com/live/kAd2Ir5Wvto?si=726UGt8CT_26GGLy

Link Youtube:
πŸ”΅ ZON B (Pulau Pinang & Perak)
πŸ‘©β€πŸ« Cikgu Yusuff Bin Ahmad@ Nawawi
- https://www.youtube.com/live/5gG-nOkiE8Q?si=nopxysA4XyEqhRWA

Link Youtube:
πŸ”΄ ZON C (Pahang & WP Kuala Lumpur)
πŸ‘¨β€πŸ« Cikgu Rohaiza Binti Zainal Abidin
- https://www.youtube.com/live/V8CzM1zYuuI?si=d29GSTlR33POgFmS

Link Youtube:
🟑 ZON D (Johor & WP Labuan)
πŸ‘©β€πŸ« Cikgu Khoo Phau Tzen
- https://www.youtube.com/live/8V-T0pbtFvY?si=FWYVIRQSzjUUsDXV

Link Youtube:
⚫ ZON E (Sabah & Sarawak)
πŸ‘©β€πŸ« Cikgu Ayuniza Furzani Binti Saari
- https://www.youtube.com/live/-P-cFoMc8yY?si=17g56IfjYMWSev39




PERKASA KOMUNITI LOKAL MELALUI KURSUS ASAS AI DALAM PEMASARAN DIGITAL PERNIAGAANAYER ITAM, 25 JULAI 2026 – Dalam usaha m...
05/08/2026

PERKASA KOMUNITI LOKAL MELALUI KURSUS ASAS AI DALAM PEMASARAN DIGITAL PERNIAGAAN

AYER ITAM, 25 JULAI 2026 – Dalam usaha memartabatkan sosioekonomi dan daya saing peniaga tempatan menerusi pendedahan teknologi moden, Bahagian Jaringan Industri & Masyarakat (BJIM), Universiti Sains Malaysia (USM) telah menganjurkan Kursus Asas AI dalam Pemasaran Digital Perniagaan bertempat di Dewan Mini, Sekolah Kebangsaan Sri Aman.

Program yang berlangsung seawal jam 12.30 tengah hari hingga 7.00 petang ini dilaksanakan secara khas di bawah inisiatif Program Kampung Angkat Madani, dengan kerjasama rapat Persatuan Rukun Tetangga Kampung Melayu Ayer Hitam. Membawa tema "Belajar AI, Cipta Kandungan, Tingkatkan Jualan!", program ini berjaya menghimpunkan seramai 60 orang peserta yang terdiri daripada belia serta usahawan komuniti Kampung Melayu, Ayer Hitam.

Kursus secara hands-on ini dikendalikan oleh dua orang pakar berpengalaman dari industri kreatif, iaitu En. Mohamad Afif dan Puan Khairu Nisa binti Wazir menerusi slot modul yang disusun khas. Program diakhiri dengan Majlis Penutup dan Penyampaian Sijil Penyertaan yang dirasmikan oleh En. Ahmad Wafi bin Shahedan, Penyelaras Pusat Pembangunan Alumni USM. Dalam ucapan penutupnya, beliau merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak penganjur, rakan strategik, serta para peserta atas komitmen penuh yang ditunjukkan.

Semua peserta berjaya menghasilkan draf bahan pemasaran digital masing-masing sebelum majlis bersurai pada jam 7.00 petang. Inisiatif ini membuktikan komitmen berterusan USM dan Program Kampung Angkat Madani dalam merapatkan jurang digital serta memacu pertumbuhan ekonomi komuniti setempat.

πŸ“’ MEMPERKENALKAN BARISAN GURU TUTOR PROGRAM ANAK KITA: PECUTAN SPM 2026Guru Tutor merupakan tulang belakang pelaksanaan ...
02/08/2026

πŸ“’ MEMPERKENALKAN BARISAN GURU TUTOR PROGRAM ANAK KITA: PECUTAN SPM 2026

Guru Tutor merupakan tulang belakang pelaksanaan program yang berperanan membimbing, memantau dan menyokong perkembangan akademik murid secara berterusan.

Dengan kepakaran dalam bidang masing-masing, mereka komited memastikan setiap murid mendapat peluang yang terbaik untuk mencapai kecemerlangan dan kelayakan sijil SPM.

Bersama-sama kita menghargai usaha dan dedikasi para Guru Tutor yang sentiasa mengutamakan kejayaan murid.





Program Anak Kita

🎯 PROGRAM ANAK KITA: PECUTAN SPM 2026Program Anak Kita: Pecutan SPM 2026 diwujudkan bagi membantu calon SPM meningkatkan...
01/08/2026

🎯 PROGRAM ANAK KITA: PECUTAN SPM 2026

Program Anak Kita: Pecutan SPM 2026 diwujudkan bagi membantu calon SPM meningkatkan pencapaian akademik melalui sokongan pembelajaran tambahan yang komprehensif dan mudah diakses secara dalam talian.

πŸ“š Fokus utama program:
βœ… Pengukuhan Bahasa Melayu
βœ… Pengukuhan Matematik
βœ… Pengukuhan Sejarah

Kami percaya bahawa kejayaan dalam peperiksaan bukan sahaja bergantung kepada kecemerlangan akademik, tetapi juga keyakinan diri, kesejahteraan emosi dan perancangan masa depan yang jelas.

🌟 Bersama-sama kita membina generasi yang lebih bersedia, berdaya tahan dan berkeyakinan untuk melakar kejayaan dalam SPM 2026.




SESI LIBAT URUS KERJASAMA STRATEGIK ANTARA UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (USM) DAN UNIT PENYELARASAN PELAKSANAAN, JABATAN PE...
29/07/2026

SESI LIBAT URUS KERJASAMA STRATEGIK ANTARA UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (USM) DAN UNIT PENYELARASAN PELAKSANAAN, JABATAN PERDANA MENTERI (ICU JPM) NEGERI KEDAH

Alhamdulillah, sesi kunjungan hormat dan libat urus strategik antara Universiti Sains Malaysia (USM) melalui Unit Peneraju Inovasi Sosial & Pemindahan Ilmu (PENERAJU), Bahagian Jaringan Industri dan Masyarakat (BJIM) bersama Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) Negeri Kedah telah berlangsung dengan jayanya.

Sesi perbincangan telah dipengerusikan bersama Dato’ Haji Zepri bin Saad, Pengarah ICU JPM Negeri Kedah, serta turut disertai oleh Mohd Ridzuan bin Ab. Ghapar, Timbalan Pengarah (Pengurusan), dan Raziff bin Yaacob, Ketua Penolong Pengarah, Seksyen Kesejahteraan Rakyat.

Dalam sesi tersebut, pihak USM telah membentangkan pelbagai cadangan projek pembangunan komuniti berimpak tinggi serta berkongsi pengalaman dan kejayaan pelaksanaan projek inovasi sosial, pemindahan ilmu dan pemerkasaan komuniti yang telah memberi manfaat kepada pelbagai kumpulan sasar di seluruh negara.

Pihak ICU JPM Negeri Kedah menyambut baik cadangan yang dikemukakan dan mencadangkan agar pelaksanaan projek memberi tumpuan kepada tujuh (7) kawasan keutamaan di negeri Kedah dengan memfokuskan kepada peserta eKasih, khususnya isi rumah di bawah Paras Garis Kemiskinan (PGK). Pendekatan ini selaras dengan aspirasi Kerajaan MADANI dalam agenda menoktahkan kemiskinan, melalui pelaksanaan program yang mampu meningkatkan pendapatan, memperkukuh daya saing serta memperkasa sosioekonomi komuniti secara inklusif dan mampan.

Selain itu, kedua-dua pihak turut membincangkan potensi kerjasama strategik dalam pelaksanaan projek yang memberi penekanan kepada pembangunan modal insan, pemindahan ilmu dan teknologi, inovasi sosial, keusahawanan, penjanaan pendapatan, pengukuhan jaringan industri dan masyarakat serta pembangunan komuniti yang lestari.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) Negeri Kedah atas kesudian menerima kunjungan hormat daripada pihak USM. Semoga hubungan strategik yang terjalin ini menjadi pemangkin kepada pelaksanaan lebih banyak inisiatif berimpak tinggi yang dapat meningkatkan kesejahteraan rakyat, memperkasa komuniti serta menyokong agenda pembangunan negara yang inklusif dan mampan.

Address

Bahagian Jaringan Industri Dan Masyarakat, Aras 1, Bangunan E42, Universiti Sains Malaysia, Gelugor
Pulau Pinang
11800

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Bahagian Jaringan Industri & Masyarakat posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share