Pemuda PAS Kepala Batas

Pemuda PAS Kepala Batas ✅Dewan Pemuda PAS Kawasan Kepala Batas Pulau Pinang

✅Dakwah | Tarbiah | Siasah

✅Pemuda Cintakan Islam

30/05/2026
30/05/2026

𝗔𝗥-𝗥𝗜𝗦𝗔𝗟𝗔𝗛 𝗞𝗘-41
𝗣𝗘𝗡𝗚𝗢𝗥𝗕𝗔𝗡𝗔𝗡 𝗗𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗦𝗔𝗕𝗔𝗥𝗔𝗡

Setiap tahun umat Islam diingatkan supaya menghayati sebuah pengorbanan besar Nabi Allah Ibrahim as. Bergelar Abu Al Anbia, iaitu bapa para Nabi Nabi, keluarga Baginda menjadi keluarga pilihan. Firman Allah:

{ ۞ إِنَّ ٱللَّهَ ٱصۡطَفَىٰۤ ءَادَمَ وَنُوحࣰا وَءَالَ إِبۡرَ ٰ⁠هِیمَ وَءَالَ عِمۡرَ ٰ⁠نَ عَلَى ٱلۡعَـٰلَمِینَ }
[Surah Āli-ʿImrān: 33]

Maksudnya: Sesungguhnya Allah telah memilih Nabi Adam, dan Nabi Nuh, dan juga keluarga Nabi Ibrahim dan keluarga Imran, melebihi segala umat (yang ada pada zaman mereka masing-masing).

Keluarga contoh dalam kehidupan beragama. Kisah Nabi Ibrahim as yang sentiasa patuh kepada perintah Allah. Bahkan ketika diperintahkan untuk berkhatan, tika itu umur Nabi Ibrahim as 80 tahun, Baginda melaksanakan tanpa beralasan. Sabda Nabi saw:

اختتن إبراهيم حين بلغ ثمانين سنة ، واختتن بقدوم

Maksudnya: Nabi Ibrahim berkhatan ketika mencapai usia lapan puluh tahun, dan beliau berkhatan menggunakan qadum (sejenis kapak kecil).”

𝗣𝗲𝗻𝗴𝗼𝗿𝗯𝗮𝗻𝗮𝗻

Terlalu banyak pengorbanan yang menjadi teladan untuk kita dari kisah kehidupan Baginda, antaranya adalah meninggalkan Isteri dan anak yang masih kecil di tengah padang pasir yang kering kontang. Baginda hanya bertawakkal kepada Allah dengan berdoa, Firman Allah taala:

{ رَّبَّنَاۤ إِنِّیۤ أَسۡكَنتُ مِن ذُرِّیَّتِی بِوَادٍ غَیۡرِ ذِی زَرۡعٍ عِندَ بَیۡتِكَ ٱلۡمُحَرَّمِ رَبَّنَا لِیُقِیمُوا۟ ٱلصَّلَوٰةَ فَٱجۡعَلۡ أَفۡـِٔدَةࣰ مِّنَ ٱلنَّاسِ تَهۡوِیۤ إِلَیۡهِمۡ وَٱرۡزُقۡهُم مِّنَ ٱلثَّمَرَ ٰ⁠تِ لَعَلَّهُمۡ یَشۡكُرُونَ }
[Surah Ibrāhīm: 37]

Maksudnya: "Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya aku telah menempatkan sebahagian dari zuriat keturunanku di sebuah lembah (Tanah Suci Makkah) yang tidak tanaman padanya, di sisi rumahMu yang diharamkan mencerobohinya. Wahai Tuhan kami, (mereka ditempatkan di situ) supaya mereka mendirikan sembahyang (dan memakmurkannya dengan ibadat). Oleh itu, jadikanlah hati sebahagian dari manusia tertarik gemar kepada mereka, (supaya datang beramai-ramai ke situ), dan kurniakanlah rezeki kepada mereka dari berbagai jenis buah-buahan dan hasil tanaman, semoga mereka bersyukur.

Bahkan Isteri Baginda adalah isteri seorang pejuang yang luar biasa. Ibn Al Abbas menceritakan:

جاء إبراهيم صلى الله عليه وسلم بأم إسماعيل وبابنها إسماعيل وهي ترضعه حتى وضعها عند البيت عند دوحة فوق زمزم في أعلى المسجد وليس بمكة يومئذ أحد وليس بها ماء، فوضعهما هناك، ووضع عندهما جرابا فيه تمر، وسقاء فيه ماء، ثم قفى إبراهيم منطلقا، فتبعته أم إسماعيل فقالت : يا إبراهيم، أين تذهب وتتركنا بهذا الوادي الذي ليس فيه أنيس ولا شيء ؟ فقالت له ذلك مرارا وجعل لا يلتفت إليها ، قالت له : آلله أمرك بهذا ؟ قال : نعم . قالت : إذا لا يضيعنا ، ثم رجعت، فانطلق إبراهيم صلى الله عليه وسلم حتى إذا كان عند الثنية حيث لا يرونه، استقبل بوجهه البيت ثم دعا بهؤلاء الدعوات

Maksudnya: “ Nabi Ibrahim datang membawa ibu Ismail bersama putranya, Ismail, yang saat itu masih disusuinya, hingga beliau menempatkan keduanya di dekat Baitullah, di bawah sebuah pohon besar di atas Zamzam, di bagian atas masjid. Pada waktu itu tidak ada seorang pun di Makkah dan tidak p**a ada air di sana.
Beliau meninggalkan keduanya di tempat itu, serta meletakkan di sisi mereka sebuah kantong berisi kurma dan kantong air. Kemudian Ibrahim berbalik pergi. Lalu ibu Ismail mengikuti beliau dan berkata: ‘Wahai Ibrahim, ke manakah engkau pergi meninggalkan kami di lembah yang tidak ada seorang manusia pun dan tidak ada apa-apa di dalamnya?’
Ia mengucapkan itu berulang kali, sementara Ibrahim tidak menoleh kepadanya.
Kemudian ia berkata: ‘Apakah Allah memerintahkanmu melakukan ini?’
Ibrahim menjawab: ‘Ya.’
Ia berkata: ‘Kalau begitu, Dia tidak akan menyia-nyiakan kami.’
Kemudian ia kembali, sedangkan Ibrahim terus berjalan hingga ketika sampai di sebuah tanjakan, tempat mereka sudah tidak dapat melihatnya lagi, beliau menghadapkan wajahnya ke arah Baitullah lalu berdoa dengan doa-doa ini.”

𝗞𝗲𝘀𝗮𝗯𝗮𝗿𝗮𝗻

Kemuncaknya, Baginda diuji dengan perintah menyembelih anak kesayangannya. Firman Allah:

{ فَلَمَّا بَلَغَ مَعَهُ ٱلسَّعۡیَ قَالَ یَـٰبُنَیَّ إِنِّیۤ أَرَىٰ فِی ٱلۡمَنَامِ أَنِّیۤ أَذۡبَحُكَ فَٱنظُرۡ مَاذَا تَرَىٰۚ قَالَ یَـٰۤأَبَتِ ٱفۡعَلۡ مَا تُؤۡمَرُۖ سَتَجِدُنِیۤ إِن شَاۤءَ ٱللَّهُ مِنَ ٱلصَّـٰبِرِینَ }
[Surah Aṣ-Ṣāffāt: 102]

Maksudnya: Maka ketika anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: "Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu; maka fikirkanlah apa pendapatmu?". Anaknya menjawab: "Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu; Insya Allah, ayah akan mendapati daku dari orang-orang yang sabar".

Keluarga Nabi Ibrahim as adalah contoh buat para pejuang. Firman Allah:

{ ثُمَّ أَوۡحَیۡنَاۤ إِلَیۡكَ أَنِ ٱتَّبِعۡ مِلَّةَ إِبۡرَ ٰ⁠هِیمَ حَنِیفࣰاۖ وَمَا كَانَ مِنَ ٱلۡمُشۡرِكِینَ }
[Surah An-Naḥl: 123]

Maksudnya: Kemudian Kami wahyukan kepadamu (wahai Muhammad): Hendaklah engkau menurut ugama Nabi Ibrahim, yang berdiri teguh di atas jalan yang benar; dan tiadalah ia dari orang-orang musyrik.

Bersempena dengan musim haji ini, semoga Allah menganugerahkan kita nilai pengorbanan dalam perjuangan serta kesabaran dalam menegakkan syariat.

Akhukum min Makkah,
Sekian.

TERUS MEMIMPIN
KEMBALI KEPADA PENYELESAIAN ISLAM

𝗜𝗯𝗿𝗮𝗵𝗶𝗺 𝗕𝗶𝗻 𝗔𝗻𝗶
𝗞𝗲𝘁𝘂𝗮 𝗣𝗲𝗺𝘂𝗱𝗮
𝗗𝗲𝘄𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗺𝘂𝗱𝗮 𝗣𝗔𝗦 𝗣𝘂𝗹𝗮𝘂 𝗣𝗶𝗻𝗮𝗻𝗴

30/05/2026
KENYATAAN MEDIA DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA23 MEI 2026 | 6 ZULHIJJAH 1447HPEMUDA PAS BERSAMA KEPUTUSAN TUAN GURU PRESIDEN ...
23/05/2026

KENYATAAN MEDIA DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA

23 MEI 2026 | 6 ZULHIJJAH 1447H

PEMUDA PAS BERSAMA KEPUTUSAN TUAN GURU PRESIDEN DAN PARTI

Pemuda PAS Malaysia menyatakan sokongan penuh terhadap kenyataan yang dibuat oleh Presiden PAS, Abdul Hadi Awang dalam sidang media pagi tadi berhubung isu penarikan sokongan dan SD melibatkan Bersatu Negeri Sembilan serta perkembangan isu politik semasa yang turut melibatkan hubungan kerjasama dalam Perikatan Nasional.

Pemuda PAS berpandangan bahawa dalam membina sebuah kesefahaman politik yang kukuh dan berprinsip, setiap keputusan serta tindakan perlu dilihat dalam kerangka yang lebih besar, iaitu berasaskan perbincangan bersama dan hala tuju kolektif antara semua parti komponen dalam Perikatan Nasional.

Kenyataan Presiden PAS yang menegaskan keperluan untuk mengkaji semula bentuk kerjasama dan hubungan politik dengan Bersatu merupakan satu pendirian yang wajar diberi perhatian serius oleh semua pihak. Ia penting bagi memastikan agenda perjuangan Perikatan Nasional terus diperkukuh dengan disiplin, kejelasan arah dan semangat kebersamaan yang tinggi.

Pemuda PAS juga menegaskan bahawa keutamaan utama pada ketika ini ialah memperkukuhkan peranan Perikatan Nasional sebagai semak imbang paling kuat terhadap kerajaan yang semakin gagal menangani pelbagai isu rakyat termasuk kos sara hidup, tekanan ekonomi dan ketidakstabilan pentadbiran negara.

Justeru, tumpuan seluruh pimpinan dan jentera parti seharusnya diberikan secara kolektif kepada usaha memperkukuhkan muafakat pembangkang serta menyusun strategi menghadapi cabaran politik mendatang, bukannya membuka ruang kepada polemik yang boleh melemahkan keyakinan rakyat terhadap Perikatan Nasional.

Pemuda PAS menyeru seluruh saf kepimpinan dan anak muda parti agar terus mendukung ketegasan serta kebijaksanaan Presiden PAS dalam mengurus isu ini, di samping bersedia menerima sebarang keputusan lanjut hasil penelitian dan kajian yang akan diputuskan oleh parti demi maslahat perjuangan dan kestabilan gabungan.

Pemuda PAS turut menegaskan komitmen untuk terus mempertahankan kebersamaan dalam Perikatan Nasional serta menyokong segala usaha memperkukuhkan kerjasama strategik antara PAS dan Bersatu demi menghadapi Pilihan Raya Umum dan Pilihan Raya Negeri yang bakal menjelang.

“Kita Memimpin”

YB Afnan Hamimi bin Dato’ Taib Azamudden
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia
Ahli Parlimen Alor Setar

"Saya menyokong penuh kenyataan Presiden PAS Tan Sri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang berkenaan Bersatu"
23/05/2026

"Saya menyokong penuh kenyataan Presiden PAS Tan Sri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang berkenaan Bersatu"

22/05/2026

𝗔𝗥-𝗥𝗜𝗦𝗔𝗟𝗔𝗛 𝗞𝗘-40
𝗧𝗘𝗚𝗨𝗛 𝗗𝗔𝗟𝗔𝗠 𝗣𝗘𝗥𝗝𝗨𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡

Jihad dan perjuangan telah disebut oleh para ulama terbahagi kepada dua bahagian, samaada medan ma'rakah al qitaliah atau muwajahah silmiah. Ijtihad di negara kita yang mengamalkan sistem demokrasi berparlimen telah memilih muwajah silmiah sebagai satu wadah perjuangan.

Walaupun dilihat situasinya berbeza, namun asas prinsipnya adalah sama. Ketika perjuangan muwajahah silmiah berada di kemuncak, iaitu dalam konteks semasa adalah pilihanraya, maka perlulah teguh tanpa beralasan.

Perkara ini boleh diambil dari kisah perang Tabuk. Ketika mana jihad telah dilaungkan, maka penduduk Madinah ada yang terus menyahut seruan tersebut, dan ada juga yang mula beralasan.

𝗚𝗼𝗹𝗼𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗠𝘂𝗸𝗺𝗶𝗻

Golongan mukmin terus menerima tanpa banyak karenah. Firman Allah:

{ لَا یَسۡتَـٔۡذِنُكَ ٱلَّذِینَ یُؤۡمِنُونَ بِٱللَّهِ وَٱلۡیَوۡمِ ٱلۡـَٔاخِرِ أَن یُجَـٰهِدُوا۟ بِأَمۡوَ ٰ⁠لِهِمۡ وَأَنفُسِهِمۡۗ وَٱللَّهُ عَلِیمُۢ بِٱلۡمُتَّقِینَ }
[Surah At-Tawbah: 44]

Maksudnya: Orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, tidak akan meminta izin kepadamu untuk (tidak turut) berjihad dengan harta benda dan jiwa mereka. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui akan orang-orang yang bertaqwa.

Jelas sifat orang beriman, terus menerima apa jua arahan demi Islam dan kerana Allah.

𝗚𝗼𝗹𝗼𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗠𝘂𝗻𝗮𝗳𝗶𝗸

Manakala bagi golongan munafik p**a, mereka akan cuba meminta izin dengan alasan yang pelbagai. Firman Allah:

{ إِنَّمَا یَسۡتَـٔۡذِنُكَ ٱلَّذِینَ لَا یُؤۡمِنُونَ بِٱللَّهِ وَٱلۡیَوۡمِ ٱلۡـَٔاخِرِ وَٱرۡتَابَتۡ قُلُوبُهُمۡ فَهُمۡ فِی رَیۡبِهِمۡ یَتَرَدَّدُونَ }
[Surah At-Tawbah: 45]

Maksudnya: Sesungguhnya yang akan meminta izin kepadamu hanyalah orang-orang yang tidak beriman kepada Allah dan hari akhirat, dan yang hati mereka (sangat) ragu-ragu. Oleh itu mereka sentiasa bingung teragak-agak dalam keraguannya.

Begitulah perjuangan akan menzahirkan nilai iman di dada. Firman Allah taala:

{ وَلَنَبۡلُوَنَّكُمۡ حَتَّىٰ نَعۡلَمَ ٱلۡمُجَـٰهِدِینَ مِنكُمۡ وَٱلصَّـٰبِرِینَ وَنَبۡلُوَا۟ أَخۡبَارَكُمۡ }
[Surah Muḥammad: 31]

Maksudnya: Dan demi sesungguhnya! Kami tetap menguji kamu (wahai orang-orang yang mengaku beriman) sehingga ternyata pengetahuan Kami tentang adanya orang-orang yang berjuang dari kalangan kamu dan orang-orang yang sabar (dalam menjalankan perintah Kami); dan (sehingga) Kami dapat mengesahkan (benar atau tidaknya) berita-berita tentang keadaan kamu.

𝗞𝗲𝘀𝗶𝗺𝗽𝘂𝗹𝗮𝗻

Perjuangan membela Islam menuntut para pejuang untuk memahami bilakah perlu teguh tanpa undur dan bilakah diizinkan untuk meminta izin. Jalan yang panjang namun menuntut kesabaran dan kefahaman yang jelas. Tempoh pilihanraya sebagai wadah muwajahah silmiah semakin hampir, semoga Allah memberikan kemenangan kepada Islam dan umat Islam.

Sekian.

TERUS MEMIMPIN
KEMBALI KEPADA PENYELESAIAN ISLAM

𝗜𝗯𝗿𝗮𝗵𝗶𝗺 𝗕𝗶𝗻 𝗔𝗻𝗶
𝗞𝗲𝘁𝘂𝗮 𝗣𝗲𝗺𝘂𝗱𝗮
𝗗𝗲𝘄𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗺𝘂𝗱𝗮 𝗣𝗔𝗦 𝗣𝘂𝗹𝗮𝘂 𝗣𝗶𝗻𝗮𝗻𝗴

“ Kita Tak Kecewa, Tapi Kita Sabar… Sabar Ada Batasnya ” Pesanan penuh hikmah daripada Tuan Guru Dato’ Seri Abdul Hadi A...
22/05/2026

“ Kita Tak Kecewa, Tapi Kita Sabar… Sabar Ada Batasnya ”

Pesanan penuh hikmah daripada Tuan Guru Dato’ Seri Abdul Hadi Awang buat seluruh ahli dan penyokong perjuangan Islam.





22/05/2026
🎙️*Jom Baru Mula... PODCAST “Hangpa Tanya, YB Jawab” 3.0 Kembali Bersiaran!*📢📢📢📢📢📢Jangan lepaskan peluang mengikuti perb...
22/05/2026

🎙️*Jom Baru Mula... PODCAST “Hangpa Tanya, YB Jawab” 3.0 Kembali Bersiaran!*
📢📢📢📢📢📢

Jangan lepaskan peluang mengikuti perbincangan santai tetapi padat dengan isu semasa bersama YB Haji Bukhori Ghazali. Pelbagai topik hangat rakyat akan dikupas secara terbuka dan terus kepada rakyat.

📌 Antara isu yang akan dibincangkan:
▪️ UEC
▪️ Kos Sara Hidup
▪️ PRU16
▪️ Isu DUN Pinang Tunggal

🗓 22 Mei 2026 (Jumaat)
⏰ 9.30 Malam
📍 LIVE di TikTok: https://www.tiktok.com/?_r=1&_t=ZS-96YfrVohE0e

🎤 Ahli Panel: YB Haji Bukhori Ghazali
🎙 Moderator: Dr Zaki Ibrahim
💬 Ada soalan, pandangan atau isu rakyat?

Tinggalkan di ruangan komen dan sertai siaran secara langsung!






Check out YB Haji Bukhori Ghazali's LIVE streams on TikTok! Watch, follow, and discover the latest content from YB Haji Bukhori Ghazali.

Gotong-Royong PrihatinJabatan AMAL, Dewan Pemuda PAS dan Lajnah Kebajikan PAS Kawasan Kepala Batas bersama pasukan Ahli ...
17/02/2026

Gotong-Royong Prihatin

Jabatan AMAL, Dewan Pemuda PAS dan Lajnah Kebajikan PAS Kawasan Kepala Batas bersama pasukan Ahli Parlimen Kepala Batas telah menganjurkan program gotong-royong di kediaman seorang warga emas di Kuala Muda, Penaga.

Program yang bermula seawal jam 8.30 pagi itu melibatkan kerja-kerja pembersihan di bahagian luar dan dalam rumah bagi memastikan persekitaran yang lebih selesa, bersih dan selamat untuk didiami.

Mudah-mudahan usaha kecil ini menjadi asbab kebaikan, sekali gus membawa sinar dan semangat baharu kepada tuan rumah dalam menyambut ketibaan Ramadan yang bakal menjelang.





Address

Kepala Batas
Pulau Pinang

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pemuda PAS Kepala Batas posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share