Kanny Chew Ly Choi adamz

Kanny Chew Ly Choi adamz Wadah politik anak muda yang penentu masa depan rakyat.

Perjumpaan semalam penuh makna Alhamdulillah, ternyata ramai hadir untuk bertemu dan menyatakan sokongan kepada Perikata...
30/09/2025

Perjumpaan semalam penuh makna
Alhamdulillah, ternyata ramai hadir untuk bertemu dan menyatakan sokongan kepada Perikatan Nasional di DUN Tanjung Keramat.

Banyak keluhan dan rintihan rakyat yang saya dengar semuanya menuju kepada satu matlamat yang sama mereka mahukan perubahan.

Terima kasih kepada warga Kg Lembising, Kg Duvanson, PPR Serigai, Lokawi, Dumpil dan Tombovo yang bersama dalam perjuangan ini. InsyaAllah, suara rakyat akan terus saya perjuangkan.


21/09/2025

Ceramah kelompok di Teratak Petagas bagi kawasan DUN N.24 Tanjung Keramat. Program ini menjadi satu gelombang perubahan yang bakal mencorakkan masa depan anak muda. InsyaAllah.

Saya amat menghargai kehadiran para hadirin yang begitu memberangsangkan. Sokongan ini adalah isyarat jelas bahawa rakyat semakin celik dalam menilai kepimpinan dan pentadbiran, baik yang lalu mahupun pada masa kini.

Kita akan terus mengangkat perubahan yang sering kita laungkan, iaitu , agar menjadi satu arus besar di negeri ini. InsyaAllah.

Hari ini kita memperingati sejarah agung penyatuan yang membentuk Malaysia sebagai sebuah negara berdaulat. Selamat Hari...
16/09/2025

Hari ini kita memperingati sejarah agung penyatuan yang membentuk Malaysia sebagai sebuah negara berdaulat. Selamat Hari Malaysia!

Tarikh keramat ini mengingatkan kita tentang pentingnya mengekalkan nilai perpaduan, persefahaman serta semangat kebersamaan yang menjadi tunjang kekuatan negara.

Semoga Malaysia terus melangkah maju dengan penuh kestabilan, kemakmuran dan kejayaan, serta kekal aman dan sejahtera di bawah panji Jalur Gemilang. 🇲🇾


14/09/2025

13 September 2025Menghadiri majlis pemimpin bersama rakyat P.180 keningau yang di hadiri oleh Ketua Badan Pimpinan Bersatu Negeri Sabah Yb Datuk Ronald Kiandee sokongan dari penduduk keningau yang sangat memberansangkan.

Diharapkan sokongan ini berterusan dan dapat direalisasikan melalui kemenangan pada PRN 17 nanti, Insyallah




Alhamdulillah, malam tadi saya bersama belia dan penduduk Kampung Pasir Putih di Warung Haji Wasli.Anak muda adalah tena...
11/09/2025

Alhamdulillah, malam tadi saya bersama belia dan penduduk Kampung Pasir Putih di Warung Haji Wasli.

Anak muda adalah tenaga perubahan! Suara kalian bukan sekadar pendapat, tetapi nadi yang bakal menentukan arah masa depan Sabah. Bila belia bersatu, komuniti jadi lebih kuat, perpaduan semakin kukuh, dan perubahan pasti berlaku.

Ayuh anak muda — masa depan milik kita untuk dibentuk bersama! 💪✨


saya ingin mengucapkan selamat bersidang kepada semua perwakilan seluruh Malaysia khususnya di negeri Sabah. Persidangan...
06/09/2025

saya ingin mengucapkan selamat bersidang kepada semua perwakilan seluruh Malaysia khususnya di negeri Sabah.

Persidangan kali ini bawalah usul suara akar umbi demi memperkasakan parti kesayangan kita ini. Perjuangan ini bukan sekadar disini. Salam perjuangan demia kebaikan Agama Bangsa & Negara.

Bersempena dengan Maulidur Rasul, marilah kita bersama-sama memperingati kelahiran insan agung, Nabi Muhammad SAW, yang ...
05/09/2025

Bersempena dengan Maulidur Rasul, marilah kita bersama-sama memperingati kelahiran insan agung, Nabi Muhammad SAW, yang membawa cahaya keimanan dan petunjuk kepada umat manusia.

Semoga kita semua terus diberi kekuatan untuk meneladani sunnah Rasulullah SAW dan menjadikan Baginda sebagai panduan dalam membentuk masyarakat yang berakhlak, berilmu, dan berkasih sayang.

Jangan lupa selawat ✨
‎اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدِ


Petang tadi saya menerima undang daripada Tuan Haji Saidul ke majlis perkahwinan anaknya Noor Sahirah dan pasangannya Mu...
31/08/2025

Petang tadi saya menerima undang daripada Tuan Haji Saidul ke majlis perkahwinan anaknya Noor Sahirah dan pasangannya Muhammad Alif Azwan bertempat Dewan Sri Putatan.

Saya mendoakan agar kedua mempelai membina sebuah ikatan Mawaddahtan Warahmatan sehingga ke akhir hayat. InsyaAllah


Tanggal 31 Ogos ini adalah hari yang cukup bersejarah bagi kita sebagai rakyat Malaysia.Terima kasih kepada pejuang - pe...
31/08/2025

Tanggal 31 Ogos ini adalah hari yang cukup bersejarah bagi kita sebagai rakyat Malaysia.

Terima kasih kepada pejuang - pejuang negara kita dahulu yang kini kita dapat merasai kenikmatan kebebasan di dalam negara kita.

Kenikmatan itu dirasai setiap rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama, namun begitu hendaklah kita menjaga dan mempertahankan kedaulatan negara kita.

Matlamat kita perlu jelas dan nyata berasaskan keadilan dan penuh berintegriti agar kita menjadi sebuah negara dan negeri bangsa yang bermaruah.

Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Kebangsaan dan Hari Sabah kepada seluruh rakyat Malaysia khususnya di Negeri sabah.



Hari ini berkesempatan melawat kilang papan untuk kita meneruskan berkongsi rezeki kepada penduduk Kampung dimana jambat...
24/08/2025

Hari ini berkesempatan melawat kilang papan untuk kita meneruskan berkongsi rezeki kepada penduduk Kampung dimana jambatan mereka masanya sudah tiba sampai untuk ditukar ganti. InsyaAllah



Address

Putatan
88200

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kanny Chew Ly Choi adamz posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Kanny Chew Ly Choi adamz:

Share