Wanita PGRS P.173 Putatan

Wanita PGRS P.173 Putatan Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Wanita PGRS P.173 Putatan, Political organisation, Lot5, Tingkat 1, fasa 2, Taman Jumbo Commercial Centre, Putatan.

๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐–๐€๐๐ˆ๐“๐€ ๐๐„๐ƒ๐”๐‹๐ˆ ๐ƒ๐„๐Š๐€๐“๐ˆ ๐Š๐Ž๐Œ๐”๐๐ˆ๐“๐ˆ, ๐๐„๐‘๐Š๐€๐’๐€ ๐€๐Š๐’๐„๐’ ๐Š๐„๐’๐ˆ๐‡๐€๐“๐€๐  ๐—ฆ๐—”๐—•๐—ง๐—จ | ๐Ÿฎ ๐— ๐—˜๐—œ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐ŸฒPagi tadi saya bersama rakan sejawat, ...
09/05/2026

๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐–๐€๐๐ˆ๐“๐€ ๐๐„๐ƒ๐”๐‹๐ˆ ๐ƒ๐„๐Š๐€๐“๐ˆ ๐Š๐Ž๐Œ๐”๐๐ˆ๐“๐ˆ, ๐๐„๐‘๐Š๐€๐’๐€ ๐€๐Š๐’๐„๐’ ๐Š๐„๐’๐ˆ๐‡๐€๐“๐€๐
๐—ฆ๐—”๐—•๐—ง๐—จ | ๐Ÿฎ ๐— ๐—˜๐—œ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ

Pagi tadi saya bersama rakan sejawat, Datin Belynda, sempat menghadiri Program Wanita Peduli anjuran Wanita Gabungan Rakyat Sabah (GRS) di Kampung Lobou 1, Menggatal.

Kami hadir atas kapasiti Penerangan Wanita GRS, selain memberi sokongan kepada inisiatif yang begitu dekat dengan masyarakat, khususnya golongan wanita.

Menurut Pengerusi Induk, Puan Simi Linggom, program ini bertujuan memudahkan akses perkhidmatan kesihatan kepada komuniti, terutama golongan B40, melalui kerjasama dengan PEKA B40.

Antara yang ditawarkan termasuk saringan kesihatan percuma, bantuan alat perubatan, insentif rawatan kanser serta bantuan pengangkutan . Memang sangat membantu.

Alhamdulillah, sambutan daripada masyarakat setempat juga amat menggalakkan. Jelas program seperti ini sangat diperlukan dan memberi manfaat secara langsung kepada rakyat.

Difahamkan siri jelajah ini akan diteruskan ke daerah-daerah lain. Semoga lebih ramai yang berpeluang mendapat manfaat daripada inisiatif ini.

Akhir kata, tahniah kepada Simi atas usaha ini dalam menyahut aspirasi Ketua Wanita GRS, Datuk Seri Panglima Azizah Mohd Dun, untuk terus memperkasa wanita.

Tidak dilupakan juga kepada pihak PEKA B40 serta semua yang terlibat dalam menjayakan program ini. Teruskan usaha yang baik ini!
โ€œWanita Peduli, Kesihatan Mendekati Komuniti.โ€

๐๐ข๐ฅ๐š ๐ฅ๐š๐ ๐ข? ๐‘๐š๐ค๐ฒ๐š๐ญ ๐’๐š๐›๐š๐ก ๐ฆ๐š๐ก๐ฎ ๐ค๐ž๐ฉ๐š๐ฌ๐ญ๐ข๐š๐ง ๐ก๐š๐ค ๐Ÿ’๐ŸŽ ๐ฉ๐ž๐ซ๐š๐ญ๐ฎ๐ฌ Sekadar berkongsi pandangan peribadi.Kita maklum bahawa Kerajaan P...
09/04/2026

๐๐ข๐ฅ๐š ๐ฅ๐š๐ ๐ข? ๐‘๐š๐ค๐ฒ๐š๐ญ ๐’๐š๐›๐š๐ก ๐ฆ๐š๐ก๐ฎ ๐ค๐ž๐ฉ๐š๐ฌ๐ญ๐ข๐š๐ง ๐ก๐š๐ค ๐Ÿ’๐ŸŽ ๐ฉ๐ž๐ซ๐š๐ญ๐ฎ๐ฌ

Sekadar berkongsi pandangan peribadi.

Kita maklum bahawa Kerajaan Persekutuan tidak memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu pada Oktober 2025 berkaitan hak perlembagaan Sabah ke atas 40 peratus hasil bersih Persekutuan yang dikutip.

Kita juga melihat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berulang kali memberi jaminan bahawa keputusan tersebut akan dihormati.

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor, turut menegaskan bahawa walaupun prosiding mahkamah masih berjalan, rundingan berkaitan tuntutan 40 peratus akan terus dilaksanakan.

Namun, perkembangan pada 6 April 2026 apabila Mahkamah Rayuan membenarkan permohonan Kerajaan Persekutuan untuk menangguhkan pelaksanaan Perintah Mahkamah Tinggi berhubung semakan geran khas bagi Tempoh Terlepas (Lost Years) menimbulkan kebimbangan yang wajar dalam kalangan rakyat Sabah.

Sebagai rakyat Sabah, sukar untuk tidak berasa gusar dengan keputusan ini, walaupun ia melibatkan aspek tertentu berkaitan Tempoh Terlepas atau โ€˜Tahun-Tahun Hilangโ€™ (1974โ€“2021). Perkara tersebut tidak seharusnya menghalang usaha untuk melaksanakan kelayakan 40 peratus bagi tahun-tahun semasa. Kedua-dua perkara ini perlu dilihat secara berasingan dan ditangani dengan pendekatan yang lebih bijaksana dan konstruktif.

Hak 40 peratus ini sudah jelas dan diakui.

Hakikatnya, kerajaan Persekutuan sendiri tidak menafikan bahawa formula 40 peratus terpakai untuk Sabah, malah keperluan semakan turut diiktiraf. Namun apabila pelaksanaan terus tertangguh, ia menimbulkan persoalan besar .

Sejauh mana kesungguhan politik benar-benar wujud untuk merealisasikannya?

Bagi rakyat, ini bukan lagi sekadar isu prosedur atau teknikal. Ini adalah soal kepercayaan.

Kita tidak boleh terus berlindung di sebalik istilah seperti stay of ex*****on untuk melengah-lengahkan sesuatu yang telah lama tertunggak. Penangguhan perintah mahkamah tidak seharusnya menjadi alasan untuk menghentikan rundingan. Jika ada kemahuan politik, pasti ada jalan ke hadapan.

Pandangan Ketua Wanita Gabungan Rakyat Sabah, Datuk Seri Panglima Hajah Azizah Mohd Dun bahawa rundingan perlu diteruskan tanpa henti adalah tepat dan mencerminkan suara hati rakyat di negeri ini.

Seperti yang turut ditegaskan oleh Pemangku Ketua Pemuda Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS), Datuk Azrul Ibrahim, hak 40 peratus bukan bahan tawar-menawar politik. Ia adalah hak berperlembagaan dan hak tidak sepatutnya menunggu.

Rakyat Sabah telah terlalu lama bersabar. Setiap kali harapan disuarakan, ia sering diiringi dengan penjelasan, kajian dan proses , namun akhirnya berakhir dengan penangguhan.

Sampai bila keadaan ini harus berterusan?

Dalam masa yang sama, naratif yang mempertikaikan subsidi diesel kepada Sabah dan Sarawak juga perlu dihentikan. Ini bukan soal layanan istimewa, tetapi soal keadilan. Sumber minyak datang dari bumi Sabah , maka manfaatnya sewajarnya kembali kepada rakyat Sabah.

Lebih penting, realiti Sabah tidak boleh diukur dengan neraca Semenanjung. Kos sara hidup, cabaran logistik serta keluasan geografi negeri ini menuntut pendekatan yang lebih adil dan bersesuaian.

Dalam konteks perwakilan p**a, sudah tiba masanya Sabah diberikan tambahan kerusi Parlimen yang setimpal dengan keluasan negeri dan keperluan rakyatnya. Prinsip keadilan tidak boleh sekadar menjadi slogan . Ia perlu diterjemahkan melalui representasi yang lebih seimbang, termasuk membuka ruang yang lebih luas kepada kepimpinan wanita.

Apa yang rakyat Sabah tuntut hari ini bukanlah sesuatu yang baharu atau luar biasa.

Kami hanya menuntut keadilan.

Kami hanya menuntut kepastian.

Dan yang paling penting , kami menuntut agar hak ini tidak terus ditangguhkan tanpa alasan yang munasabah.

Kerana bagi rakyat Sabah, ini bukan sekadar angka 40 peratus.

Ini adalah maruah, hak dan masa depan negeri kami.

-- J,ABT
7 April 2026

Ucapan tahniah Wakil rakyat Parlimen,P.173 YB Datuk Ir Shahelmey Yahya  kepada PPD Penampang  dan semua sekolah menengah...
09/04/2026

Ucapan tahniah Wakil rakyat Parlimen,P.173 YB Datuk Ir Shahelmey Yahya kepada PPD Penampang dan semua sekolah menengah di atas pencapaian terbaik Gred Purata Sekolah bagi peperiksaam SPM 2025 yang memberangsangkan.


01/04/2026

Terima kasih kepada ribuan rakyat Sabah yang sudi hadir ke Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Kerajaan Negeri Sabah 2026! ๐Ÿ˜„

Address

Lot5, Tingkat 1, Fasa 2, Taman Jumbo Commercial Centre
Putatan
88200

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Wanita PGRS P.173 Putatan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share