02/03/2026
HEBAHAN EKSA BPAD : PROGRAM KICK-OFF EKSA DAN PERKONGSIAN KESEDARAN EKSA BAGI TAHUN 2026
Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera.
Tuan/ Puan,
Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas.
2. Dimaklumkan bahawa satu Program Kick-Off EKSA dan Perkongsian Kesedaran EKSA akan diadakan seperti ketetapan berikut dan akan disempurnakan oleh YBrs. Pengarah BPAD.
Tarikh : 03 Mac 2026 (Selasa)
Masa : 9.00 pagi
Lokasi : D'Anjung Aras 6, BPAD
3. Tuan/puan adalah dijemput untuk menyertai program ini. Aturcara majlis seperti di dalam Poster Hebahan. Segala kerjasama dan perhatian tuan/puan dalam perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian, terima kasih.
"MALAYSIA MADANI"
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
"Inovasi Memperkasa Perakaunan Mampan"
Jawatankuasa Promosi
EKSA BPAD