Bah. Perundangan dan Kawal Selia Perancangan PLANMalaysia - BPKSP

Bah. Perundangan dan Kawal Selia Perancangan PLANMalaysia - BPKSP Bahagian Perundangan dan Kawal Selia Perancangan, PLANMalaysia

17/08/2026
15/08/2026

๐Ÿšจ TINGGAL 3 HARI LAGI! ๐Ÿšจ | FORUM PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN DESA UNIT PUSAT SETEMPAT (OSC) DAN PENGARAH PERANCANG BANDAR PIHAK BERKUASA TEMPATAN (PBT)

Bandar Ipoh, Perak Darul Ridzuan bakal menjadi lokasi berlangsungnya Forum Pegawai Perancang Bandar dan Desa Unit Pusat Setempat (OSC) dan Pengarah Perancang Bandar Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Forum ini menjadi wadah untuk memperkukuh jaringan profesional, memperkasa perkongsian pengalaman serta mempererat kesepaduan antara PLANMalaysia, PBT dan semua pihak berkepentingan, ke arah sistem perancangan bandar yang lebih cekap, tangkas, responsif dan berkesan. Jangan lupa temu janji seperti berikut :

๐Ÿ—“๏ธ 17 Ogos 2026 (Isnin)
๐Ÿ•˜ 8.30 pagi
๐Ÿ“ Hotel Impiana, Ipoh, Perak

๐Ÿ™๏ธ Membentuk Wacana, Memacu Perancangan Bandar Masa Hadapan

Nantikan pelbagai pengisian menarik, perkongsian ilmu dan perbincangan strategik yang menghimpunkan Pegawai Perancang Bandar OSC serta Pengarah Perancang Bandar PBT dalam satu platform untuk bertukar pandangan, pengalaman dan perspektif.

๐Ÿ’ก Bersama-sama kita memperkasa perancangan, memperkukuh penyampaian dan mencetuskan idea baharu demi pembangunan bandar yang lebih mampan, berdaya tahan dan berorientasikan masa hadapan.

โœจ Jadilah sebahagian daripada wacana yang mencorakkan masa depan perancangan bandar Malaysia.

๐Ÿ“ก Saksikan secara LIVE Upacara Perasmian di Facebook rasmi PLANMalaysia!

Jumpa anda di Ipoh! ๐ŸŒบ๐Ÿ’™

TPr Alias Rameli
PLANMalaysia
Bah. Perundangan dan Kawal Selia Perancangan PLANMalaysia - BPKSP
PLANPerak
Majlis Bandaraya Ipoh





PERBINCANGAN PASUKAN TERAS KAJIAN PENYEDIAAN KAEDAH-KAEDAH DI BAWAH PINDAAN AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA 1976 [AKTA ...
11/08/2026

PERBINCANGAN PASUKAN TERAS KAJIAN PENYEDIAAN KAEDAH-KAEDAH DI BAWAH PINDAAN AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA 1976 [AKTA 172] BAGI KAEDAH-KAEDAH RANCANGAN PEMAJUAN

*Melaka, 10โ€“11 Ogos 2026* โ€“ PLANMalaysia melalui Bahagian Perundangan dan Kawal Selia Perancangan (BPKSP) telah mengadakan Perbincangan Pasukan Teras Kajian Penyediaan Kaedah-Kaedah di Bawah Pindaan Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 [Akta 172] bagi Kaedah-Kaedah Rancangan Pemajuan.

Sesi perbincangan ini telah dipengerusikan oleh TPr Zamirzan bin Puji, Pengarah Bahagian Perundangan dan Kawal Selia Perancangan, dan turut dihadiri oleh ahli-ahli Pasukan Teras yang terdiri daripada wakil-wakil bahagian di PLANMalaysia, wakil PLANMalaysia Negeri Terengganu, wakil-wakil Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), antaranya Majlis Bandaraya Johor Bahru, Majlis Bandaraya Pulau Pinang, Majlis Bandaraya Shah Alam dan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu, serta pasukan perunding yang dilantik bagi melaksanakan kajian tersebut.

Dalam sesi ini, TPr Abdul Halim bin Ali Hassan, Ketua Perunding telah membentangkan dapatan hasil perbincangan serta isu-isu berbangkit berdasarkan sesi Perbincangan Pasukan Teras Kajian yang telah diadakan pada 4 hingga 6 Ogos 2026 yang lalu.

Pembentangan dan perbincangan tersebut memberi tumpuan kepada aspek Rancangan Tempatan bagi mendapatkan pandangan, ulasan dan maklum balas daripada Pejabat Projek Zon Selatan serta ahli-ahli Pasukan Teras. Input yang diperoleh akan digunakan bagi memperhalusi dan memuktamadkan cadangan penyediaan Kaedah-Kaedah Rancangan Pemajuan agar lebih jelas, tersusun dan selaras dengan keperluan semasa perancangan bandar dan desa.

Sesi ini turut menjadi platform penting dalam memperkukuh penyelarasan antara PLANMalaysia, PBT dan pihak berkepentingan, khususnya dalam memastikan penyediaan Kaedah-Kaedah Rancangan Pemajuan dapat dilaksanakan secara lebih seragam, praktikal dan responsif terhadap keperluan perancangan di peringkat negeri dan tempatan.

PLANMalaysia turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Pejabat Projek Zon Selatan, PLANMalaysia atas kesudian menyediakan kemudahan dan tempat bagi menjayakan sesi perbincangan ini.





PERBINCANGAN PASUKAN TERAS KAJIAN PENYEDIAAN KAEDAH-KAEDAH DI BAWAH PINDAAN AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA 1976 [AKTA ...
07/08/2026

PERBINCANGAN PASUKAN TERAS KAJIAN PENYEDIAAN KAEDAH-KAEDAH DI BAWAH PINDAAN AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA 1976 [AKTA 172] BAGI KAEDAH-KAEDAH RANCANGAN PEMAJUAN

KUALA TERENGGANU, 4โ€“6 Ogos 2026 โ€“ PLANMalaysia melalui Bahagian Perundangan dan Kawal Selia Perancangan (BPKSP) telah mengadakan Perbincangan Pasukan Teras Kajian Penyediaan Kaedah-Kaedah di Bawah Pindaan Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 [Akta 172] bagi Kaedah-Kaedah Rancangan Pemajuan.

Sesi perbincangan ini telah dipengerusikan oleh TPr Zamirzan bin Puji, Pengarah Bahagian Perundangan dan Kawal Selia Perancangan. Turut hadir ialah ahli-ahli Pasukan Teras yang terdiri daripada wakil-wakil Bahagian di PLANMalaysia, wakil PLANMalaysia Negeri Pulau Pinang, wakil-wakil Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), antaranya Majlis Bandaraya Johor Bahru, Majlis Bandaraya Pulau Pinang, Majlis Bandaraya Shah Alam, Majlis Bandaraya Kuala Terengganu, Majlis Bandaraya Kuantan dan Majlis Bandaraya Ipoh, serta pasukan perunding yang dilantik bagi melaksanakan kajian tersebut.

Dalam sesi ini, TPr Abdul Halim bin Ali Hassan, selaku Ketua Perunding bersama Encik Mohd Azmir bin Lokman telah membentangkan dapatan hasil Perbincangan Pasukan Teras Kajian Penyediaan Kaedah-Kaedah di Bawah Pindaan Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 [Akta 172] bagi Kaedah-Kaedah Rancangan Pemajuan yang telah diadakan pada 8 hingga 10 Julai 2026. Pembentangan tersebut bertujuan mendapatkan pandangan, ulasan dan maklum balas daripada ahli-ahli Pasukan Teras bagi memperhalusi cadangan penyediaan kaedah-kaedah tersebut.

Perbincangan yang berlangsung secara menyeluruh ini telah memberi ruang kepada semua pihak berkepentingan untuk meneliti dan memperhalusi setiap cadangan agar selaras dengan kehendak perundangan, dasar perancangan semasa serta keperluan pelaksanaan di lapangan. Pendekatan ini penting bagi memastikan kaedah-kaedah yang dibangunkan bersifat komprehensif, praktikal dan dapat dilaksanakan secara berkesan oleh semua pihak yang berkaitan.

Di samping itu, sesi perbincangan ini turut menjadi platform bagi mengenal pasti isu-isu pelaksanaan lebih awal melalui perkongsian pandangan, pengalaman dan amalan semasa daripada ahli-ahli Pasukan Teras. Hasil penelitian tersebut diharap dapat menghasilkan instrumen perundangan yang lebih jelas, mantap dan responsif dalam memenuhi keperluan semasa sistem perancangan bandar dan desa.

Penganjuran sesi ini juga memperkukuh kerjasama strategik antara PLANMalaysia, pihak-pihak berkepentingan dan pasukan perunding dalam usaha memastikan penyediaan kaedah-kaedah di bawah pindaan Akta 172 dapat menyokong pelaksanaan sistem perancangan yang lebih cekap, telus dan berkesan. Hasil perbincangan ini diharapkan menjadi asas yang kukuh ke arah memperkasakan tadbir urus perancangan bandar dan desa, sekali gus menyokong pembangunan negara yang lebih mampan, berdaya tahan dan terancang.

PLANMalaysia turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Pejabat Projek Zon Timur, PLANMalaysia atas kesudian menyediakan kemudahan tempat bagi menjayakan sesi perbincangan ini.





๐ŸŒณ ๐‘ฑ๐‘จ๐‘ต๐‘ฎ๐‘จ๐‘ต ๐‘จ๐‘บ๐‘จ๐‘ณ ๐‘ช๐‘ฏ๐‘ถ๐‘ท! ๐ŸŒณTahukah anda, bukan semua pokok di sekeliling kita boleh ditebang sesuka hati? Jangan sampai niat a...
29/07/2026

๐ŸŒณ ๐‘ฑ๐‘จ๐‘ต๐‘ฎ๐‘จ๐‘ต ๐‘จ๐‘บ๐‘จ๐‘ณ ๐‘ช๐‘ฏ๐‘ถ๐‘ท! ๐ŸŒณ

Tahukah anda, bukan semua pokok di sekeliling kita boleh ditebang sesuka hati? Jangan sampai niat asal nak 'kemaskan' kawasan, berakhir dengan denda puluhan ribu ringgit!

Di bawah Perintah Pemeliharaan Pokok (PPP) oleh PLANMalaysia, khazanah hijau kita dilindungi oleh undang-undang yang sangat ketat demi kelestarian alam sekitar.

Sila semak kriteria penting ini sebelum melakukan sebarang aktiviti penebangan:

๐Ÿ“Œ Kriteria Pokok & Prosedur Kebenaran

Pokok Bawah Perlindungan PPP: Dilarang sama sekali menebang, memotong, mencantas, meracun, atau membakar mana-mana pokok yang tersenarai tanpa kebenaran bertulis Pihak Berkuasa Perancang Tempatan (PBPT).

Pokok Bersaiz Besar (>0.8 Meter Lilitan): Walaupun pokok tersebut tiada dalam senarai PPP, jika lilitannya melebihi 0.8 meter (diukur pada ketinggian 0.5 meter dari permukaan bumi), anda tetap dilarang memotongnya tanpa izin.

Status Lokasi Pokok: Meliputi pokok yang berada diatas tanah milik persendirian dan tanah milik Kerajaan

Ada Pokok Mati atau Berbahaya? Jangan pandai-pandai tebang sendiri. Permohonan rasmi mesti dikemukakan bersama laporan pakar arborikultur menggunakan borang khas:
o ๐Ÿ“„ Borang C (Untuk Pokok PPP)
o ๐Ÿ“„ Borang Q (>0.8m) (Untuk Pokok Bersaiz Besar)
โš ๏ธ Denda & Hukuman Berat Menanti Pesalah!

Undang-undang ini bukan sekadar hiasan ya. Tindakan tegas akan diambil terhadap mereka yang ingkar:

โŒ Merosakkan Pokok PPP: Boleh didenda sehingga RM100,000 atau penjara sehingga 6 bulan, atau kedua-duanya sekali!

๐ŸŒฑ Wajib Tanam Semula: Pesalah wajib menanam semula pokok gantian (Borang I). Jika gagal, PBPT akan melakukan kerja penanaman tersebut dan menuntut kesemua kos perbelanjaan daripada pesalah (Borang o).

๐Ÿค Peranan Anda Sebagai Orang Awam

Kita semua mempunyai hak untuk menjaga alam sekitar. Orang awam dialu-alukan untuk:

Mencalonkan pokok yang mempunyai nilai sejarah, mercu tanda, atau spesies hampir pupus untuk dilindungi oleh PBPT.

Menuntut pampasan jika nilai tanah susut akibat PPP, atau membuat rayuan kepada Lembaga Rayuan dalam tempoh 1 bulan.

Melaporkan kes pemotongan pokok tanpa kebenaran kepada PBPT.

Sama-sama kita jadi komuniti yang prihatin. Sayangi dan lindungi pokok kita untuk generasi masa depan! ๐ŸŒ๐Ÿ’š

Sebarang pertanyaan dan kemusykilan boleh hubungi :

Bahagian Perundangan Dan Kawal Selia Perancangan (BPKSP),
Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa (PLANMalaysia),
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) di talian 03-8091 0006

Disediakan oleh:
Bahagian Perundangan dan Kawal Selia Perancangan (BPKSP)
PLANMalaysia

















MESYUARAT JAWATANKUASA PASUKAN KAJIAN BIL. 2/2026: KAJIAN KAEDAH-KAEDAH DI BAWAH PINDAAN AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DES...
23/07/2026

MESYUARAT JAWATANKUASA PASUKAN KAJIAN BIL. 2/2026: KAJIAN KAEDAH-KAEDAH DI BAWAH PINDAAN AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA [AKTA 172]

PUTRAJAYA, 21 JULAI 2026 โ€“ Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia), melalui Bahagian Perundangan dan Kawal Selia Perancangan (BPKSP), telah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Pasukan Kajian Bil. 2/2026: Kajian Kaedah-Kaedah di Bawah Pindaan Akta Perancangan Bandar dan Desa [Akta 172] yang dipengerusikan oleh Pengarah BPKSP, TPr. Zamirzan bin Puji.
Mesyuarat ini bertujuan untuk meneliti dan memperhalusi Draf Laporan Penemuan Kajian Penyediaan Kaedah-Kaedah di Bawah Pindaan Akta 172 yang telah disediakan oleh pihak perunding, UEP Sdn. Bhd., dengan kerjasama Pasukan Teras daripada Unit Gubalan Teknikal (UGT), PLANMalaysia.
Seramai 37 orang wakil telah menghadiri mesyuarat ini yang terdiri daripada ahli jawatankuasa daripada PLANMalaysia Ibu Pejabat, PLANMalaysia Negeri, Pejabat Projek Zon serta pihak berkuasa tempatan (PBT) terpilih, iaitu Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Majlis Bandaraya Ipoh (MBI), Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT), Majlis Bandaraya Kuantan (MBK), Majlis Perbandaran Selayang (MPS), Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Perbadanan Putrajaya.
Mesyuarat ini turut menjadi platform bagi mendapatkan input, pandangan dan cadangan daripada semua ahli jawatankuasa bagi menambah baik serta memantapkan Draf Laporan Penemuan sebelum dibentangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Bil. 2/2026 yang dijadualkan pada 28 Julai 2026.
Kajian ini merupakan satu inisiatif penting ke arah memperincikan proses dan prosedur melalui penyediaan kaedah-kaedah di bawah Pindaan Akta 172 bagi memperkukuhkan urus tadbir sistem perancangan bandar dan desa yang lebih cekap, telus dan berkesan. Melalui penyediaan kaedah-kaedah ini, sistem perancangan dijangka menjadi lebih mampan, inklusif, berdaya tahan dan berdaya huni dalam mendepani cabaran pembangunan masa hadapan. Di samping itu, kajian ini turut berupaya meningkatkan fleksibiliti, kompetensi serta menggalakkan inovasi dalam proses perancangan bagi menyokong pelaksanaan pembangunan yang lebih dinamik. Hasil kajian ini dijangka memperkukuhkan keyakinan pelabur, meningkatkan ease of doing business serta melonjakkan momentum pertumbuhan ekonomi negara selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.
PLANMalaysia merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua peserta yang telah memberikan komitmen, pandangan serta cadangan yang bernas dalam menjayakan mesyuarat ini.







PERBINCANGAN PASUKAN TERAS KAJIAN PENYEDIAAN KAEDAH-KAEDAH DI BAWAH PINDAAN AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA 1976 [AKTA ...
13/07/2026

PERBINCANGAN PASUKAN TERAS KAJIAN PENYEDIAAN KAEDAH-KAEDAH DI BAWAH PINDAAN AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA 1976 [AKTA 172]

PULAU PINANG, 8โ€“10 Julai 2026 โ€“ PLANMalaysia melalui Bahagian Perundangan dan Kawal Selia Perancangan (BPKSP), telah mengadakan Perbincangan Pasukan Teras Kajian Penyediaan Kaedah-Kaedah di Bawah Pindaan Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 [Akta 172]. Sesi perbincangan ini telah dipengerusikan oleh TPr Zamirzan bin Puji selaku Pengarah Bahagian Perundangan dan Kawal Selia Perancangan. Turut hadir ke sesi perbincangan ini adalah ahli-ahli Pasukan Teras yang terdiri daripada Wakil Pengarah Bahagian PLANMalaysia, Wakil Pengarah PLANMalaysia Negeri Pulau Pinang, Wakil-wakil Pihak Berkuasa Tempatan antaranya Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Majlis Bandaraya Johor Bahru, Majlis Bandaraya Pulau Pinang, Majlis Bandaraya Shah Alam, Majlis Bandaraya Kuantan dan Majlis Bandaraya Ipoh serta Pasukan Perunding yang terlibat dalam penyediaan kajian tersebut.

Dalam sesi ini, TPr Abdul Halim bin Ali Hassan selaku Ketua Perunding, telah membentangkan dapatan hasil Program Verifikasi Dan Focus Group Discussion (FGD) Siri 1 Kajian Penyediaan Kaedah-Kaedah Di Bawah Pindaan Akta 172 yang telah diadakan pada 23 hingga 25 Jun 2026 yang lalu bagi mendapatkan pandangan, ulasan dan maklum balas daripada ahli-ahli Pasukan Teras. Perbincangan yang berlangsung secara menyeluruh ini memberi ruang kepada semua pihak berkepentingan untuk memperhalusi cadangan penyediaan kaedah-kaedah di bawah pindaan Akta 172 agar selaras dengan kehendak perundangan, dasar perancangan semasa dan keperluan pelaksanaan di lapangan.

Penganjuran sesi perbincangan ini merupakan satu langkah penting dalam memastikan setiap cadangan kaedah yang dibangunkan adalah komprehensif, praktikal dan mampu dilaksanakan dengan berkesan oleh semua pihak yang berkaitan. Melalui perkongsian pandangan serta amalan semasa daripada ahli Pasukan Teras, isu-isu pelaksanaan dapat dikenal pasti lebih awal, sekali gus membantu menghasilkan instrumen perundangan yang lebih jelas, mantap dan responsif terhadap cabaran semasa dalam sistem perancangan bandar dan desa.

Selain itu, sesi ini turut memperkukuh kerjasama strategik antara PLANMalaysia, pihak-pihak berkepentingan dan Pasukan Perunding dalam usaha memastikan penyediaan kaedah-kaedah di bawah pindaan Akta 172 dapat menyokong pelaksanaan sistem perancangan yang lebih cekap, telus dan berkesan. Hasil perbincangan ini diharapkan menjadi asas yang kukuh ke arah memperkasakan tadbir urus perancangan bandar dan desa serta menyokong pembangunan negara yang lebih mampan dan terancang.





PERBINCANGAN SEMAKAN DRAF KAEDAH-KAEDAH SKALA FI MINIMUM PERANCANG BANDAR 2026PUTRAJAYA, 1 JULAI 2026 โ€“ Jabatan Perancan...
02/07/2026

PERBINCANGAN SEMAKAN DRAF KAEDAH-KAEDAH SKALA FI MINIMUM PERANCANG BANDAR 2026

PUTRAJAYA, 1 JULAI 2026 โ€“ Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia) melalui Bahagian Perundangan dan Kawal Selia Perancangan (BPKSP) telah mengadakan perbincangan berhubung Semakan Draf Kaedah-Kaedah Skala Fi Minimum Perkhidmatan Perancang Bandar di bawah Akta Perancang Bandar 1995 [Akta 538] bersama Bahagian Undang-Undang, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Perbincangan tersebut telah dipengerusikan oleh YBrs. Puan Roslina Binti Shafawi, Penasihat Undang-Undang, KPKT. Turut hadir ialah Puan Nurfarzana Binti Rosli, Peguam Persekutuan, Unit Gubalan, Bahagian Undang-Undang KPKT, Puan Lilian Tai Yee Chi, Ketua Unit Gubalan Teknikal, Bahagian Perundangan dan Kawal Selia Perancangan (BPKSP) PLANMalaysia; TPr Wan Andery bin Wan Mahmood, Ketua Urus Setia Lembaga Perancang Bandar Malaysia (LPBM); TPr Mohamad Fauzi bin Ahmad, Ahli LPBM; serta TPr Haji Abdul Hamid bin Akub, Timbalan Presiden Malaysian Institute of Planners (MIP).

Perbincangan ini bertujuan untuk memuktamadkan Draf Kaedah-Kaedah Skala Fi Minimum Perkhidmatan Perancangan Bandar yang sedang dirangka di bawah Akta 538. Penyediaan kaedah-kaedah ini merupakan satu langkah penting dalam memperkukuh profesion perancang bandar melalui penetapan kadar fi minimum yang lebih teratur, telus dan selaras dengan skop serta tanggungjawab profesional yang dilaksanakan.

Pelaksanaan kaedah-kaedah ini dijangka dapat memberi manfaat kepada pelbagai pihak, termasuk meningkatkan standard penyampaian perkhidmatan perancangan bandar, memastikan nilai profesionalisme perancang bandar terus dipelihara, menggalakkan persaingan yang sihat dalam industri serta menjamin kualiti hasil kerja perancangan yang lebih mampan dan berimpak tinggi kepada pembangunan negara.

PLANMalaysia komited untuk terus bekerjasama dengan KPKT, LPBM, MIP dan pihak berkepentingan dalam memastikan kerangka perundangan yang dibangunkan sentiasa relevan, berkesan dan mampu menyokong transformasi sistem perancangan bandar dan desa yang lebih berdaya saing, berintegriti dan memenuhi keperluan pembangunan masa hadapan.







MESYUARAT PENDAFTAR LEMBAGA RAYUANPUTRAJAYA, 29 JUN 2026 โ€“ Satu Mesyuarat Pendaftar Lembaga Rayuan telah diadakan secara...
29/06/2026

MESYUARAT PENDAFTAR LEMBAGA RAYUAN

PUTRAJAYA, 29 JUN 2026 โ€“ Satu Mesyuarat Pendaftar Lembaga Rayuan telah diadakan secara hibrid, melibatkan penyertaan secara fizikal dan dalam talian, serta dipengerusikan oleh Puan Lilian Tai Yee Chi, Ketua Unit Gubalan Teknikal, Bahagian Perundangan dan Kawal Selia Perancangan (BPKSP). Mesyuarat ini telah menghimpunkan seramai sebelas (11) orang Pendaftar dan wakil Pendaftar Lembaga Rayuan Negeri bersama pegawai-pegawai BPKSP bagi membincangkan perkara-perkara berkaitan pentadbiran dan pelaksanaan Lembaga Rayuan di peringkat negeri.

Perbincangan tertumpu kepada isu-isu pelaksanaan Lembaga Rayuan, khususnya berkaitan pelantikan Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan Ahli Lembaga Rayuan sebagaimana diperuntukkan di bawah Seksyen 36, Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 [Akta 172]. Sesi ini turut menjadi platform penyelarasan antara negeri bagi memastikan kelancaran tadbir urus, keseragaman pelaksanaan serta keberkesanan fungsi Lembaga Rayuan sebagai mekanisme semak dan imbang dalam sistem perancangan bandar dan desa.

PLANMalaysia merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua Pendaftar, wakil Pendaftar Lembaga Rayuan Negeri dan pegawai yang telah memberikan komitmen, pandangan serta maklum balas yang konstruktif sepanjang sesi perbincangan. Kerjasama erat yang dizahirkan mencerminkan komitmen bersama dalam memperkukuh tadbir urus dan keberkesanan pelaksanaan Lembaga Rayuan demi menjamin sistem perancangan yang lebih cekap, telus dan berintegriti di seluruh negara.





Address

Bahagian Perundangan Dan Kawal Selia Perancangan Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa (PLANMalaysia) Aras 6, Blok F5, Kompleks F, Presint 1, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, PUTRAJAYA Tel : 03-8
Putrajaya
62675

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Bah. Perundangan dan Kawal Selia Perancangan PLANMalaysia - BPKSP posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share