13/08/2026
๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐, ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐
YBhg. Datuk Seri Isham bin Ishak, Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) telah mempengerusikan Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan (MBJ) KPKM Bilangan 2 Tahun 2026 di Bilik Gerakan, Wisma Tani pada 11 Ogos 2026.
Pada mesyuarat kali ini, YBhg. Datuk Seri telah membangkitkan beberapa perkara terkini untuk perhatian ahli Mesyuarat MBJ antaranya mengenai Dasar Hari Bekerja Hibrid (HBH) yang berkuat kuasa pada 1 Ogos 2026 dan perubahan landskap pekerjaan yang semakin dinamik didorong oleh kemajuan teknologi, pendigitalan dan kecerdasan buatan (Artificial Intelligence โ AI). Selain itu, YBhg. Datuk Seri turut mengingatkan warga kerja amnya dan ahli Mesyuarat MBJ khususnya untuk terus menjunjung nilai integriti, mematuhi undang-undang, peraturan, pekeliling dan tatakelakuan yang berkuat kuasa serta melaksanakan setiap amanah dengan penuh tanggungjawab, jujur dan berakauntabiliti.
YBhg. Datuk Seri menyatakan penghargaan kepada komitmen warga KPKM yang memikul tugas tambahan di samping melaksanakan tugas-tugas hakiki dalam persiapan menuju MAHA 2026. YBhg. Datuk Seri berharap agar warga KPKM dapat terus mengekalkan momentum, disiplin dan kerjasama bagi memastikan penganjuran MAHA yang sedang berada pada fasa akhir persiapan dapat dilaksanakan dengan jayanya.