04/02/2026
📢 PENGUMUMAN PENTING
📌 Selaras dengan pengumuman Yang Berhormat Fadlina Sidek, Menteri Pendidikan dalam Majlis Amanat Tahun Baharu 2026, Yayasan Guru Tun Hussein Onn (YGTHO) dengan sukacitanya ingin menawarkan Alat Bantuan Mengajar (ABM) kepada sekolah–sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi menyokong dan memperkasakan sesi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) guru–guru.
🖥️ ABM yang ditawarkan oleh YGTHO adalah SMARTBOARD (SB) dan terhad kepada 100 buah sekolah terawal sahaja.
📝 Syarat-syarat Permohonan ABM YGTHO
✅ Terbuka kepada sekolah–sekolah di bawah Kementerian Pendidkan Malaysia (KPM) sahaja.
✅ Sekolah belum pernah menerima bantuan SB daripada YGTHO atau mana-mana agensi lain.
❌ Sekolah yang telah memiliki SB hasil pembelian sendiri tidak layak memohon.
✅ Permohonan rasmi dibuat oleh pihak sekolah.
✅ Sekolah menyediakan kemudahan asas (elektrik, internet dan ruang yang sesuai).
✅ SB digunakan secara aktif oleh guru–guru dalam PdP.
✅ Satu sekolah hanya layak menerima satu (1) unit SB sahaja.
⚠️ Terhad kepada 100 buah sekolah terawal yang mengemukakan permohonan lengkap.
📄 Dokumen Permohonan ABM YGTHO
📌 Surat rasmi daripada pihak sekolah.
📌 Surat hendaklah menyertakan Kod Sekolah, nama PPD dan JPN.
📌 Surat perlu menyatakan bahawa sekolah tidak pernah memiliki atau menerima SB daripada mana-mana agensi.
📌 Maklumat pegawai yang bertanggungjawab menguruskan SB di sekolah.
⚠️ NOTA PENTING
🚚 SB akan dibekalkan oleh YGTHO.
💰 Kos penghantaran ditanggung sepenuhnya oleh YGTHO
(penghantaran ke satu lokasi yang ditetapkan oleh YGTHO).
📍 Terhad kepada 100 buah sekolah terawal yang mengemukakan maklumat lengkap.
✉️ Surat permohonan hendaklah dialamatkan kepada:
• Ketua Pegawai Eksekutif
Yayasan Guru Tun Hussein Onn
C2-1-01, Ayer@8
Jalan P8G (8C1), Presint 8
62250 Putrajaya
(u.p.: Masrina / Najwa)
📧 Permohonan dihantar melalui emel:
• [email protected]
📞 Sebarang pertanyaan, sila hubungi:
• 03–8890 2825
(Unit Pengurusan Kebajikan YGTHO)
🗓️ Tarikh tutup permohonan:
❗ 15 Mac 2026