Unit Keusahawanan - KPT

Unit Keusahawanan - KPT Laman Rasmi Facebook Unit Keusahawanan, Kementerian Pendidikan Tinggi.

Memaparkan segala aktiviti dan program keusahawanan yang terkini yang dijalankan sama ada diperingkat Kementerian mahupun diperingkat Institusi Pendidikan Tinggi.

LAUNCHX PEMANGKIN STARTUP PELAJAR BERIMPAK TINGGI BERTERASKAN TEKNOLOGIKUALA LUMPUR, 23 April 2026 – Program LaunchX 202...
24/04/2026

LAUNCHX PEMANGKIN STARTUP PELAJAR BERIMPAK TINGGI BERTERASKAN TEKNOLOGI

KUALA LUMPUR, 23 April 2026 – Program LaunchX 2025/2026 anjuran Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dengan kerjasama Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Sunway University telah melabuhkan tirainya hari ini dengan disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Dr. Haji Megat Sany bin Megat Ahmad Supian, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) KPT.

Program LaunchX merupakan platform pemecut startup yang direka khusus untuk memperkukuh kompetensi keusahawanan menerusi bimbingan berstruktur sekali gus melengkapkan peserta dengan kemahiran dan anjakan minda yang diperlukan untuk membangunkan syarikat pemula yang berkualiti. Platform strategik ini menghimpunkan 122 syarikat pemula (startup) melibatkan 282 mahasiswa daripada 33 IPT seluruh negara bagi menyokong aspirasi Malaysia sebagai hab startup utama global menjelang 2030, serta telah berjaya menghasilkan solusi inovatif dalam sektor strategik seperti AI, Agritech, Cleantech dan Fintech. 15 startup terbaik yang terpilih ke peringkat akhir telah membuktikan potensi besar pelajar sebagai problem solver yang mampu menterjemahkan idea kepada produk komersial (market-driven innovation).

Dengan fokus kepada pembangunan bakat berimpak tinggi, LaunchX diharapkan menjadi titik tolak kepada kelahiran lebih banyak syarikat terbitan (spin-off) dan syarikat bertaraf Unicorn yang mampu memacu ekonomi digital serta melonjakkan nama Malaysia di persada dunia.

Sekalung tahniah diucapkan kepada barisan pemenang Launch X:
• Johan – Leaf Eternal Trading (UMK)
• Naib Johan – Homeraven RX (UiTM)
• Tempat Ketiga – Cortexa Labs (Sunway)
• Tempat Keempat – Lettuboost Enterprise (UNIMAS)

Majlis turut dihadiri oleh YBhg. Dato’ Prof. Elizabeth Lee, Ketua Pegawai Eksekutif Kump**an, Sunway Education Group; YBrs. Puan Fazidah binti Mustafa, Setiausaha Bahagian, Bahagian Perancangan Strategik, KPT; Ybrs. Prof. Ts. Dr. Ali bin Selamat, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni), UTM; dan YBrs. Prof. Abhimanyu Veerakumarasivam Provost dan Timbalan Naib Canselor, Sunway University.

24/04/2026
IMInE 2.0 PLATFORM STRATEGIK PROMOSI PRODUK INOVASI KE PERINGKAT ANTARABANGSASHAH ALAM, 14 April 2026 – Program Internat...
15/04/2026

IMInE 2.0 PLATFORM STRATEGIK PROMOSI PRODUK INOVASI KE PERINGKAT ANTARABANGSA

SHAH ALAM, 14 April 2026 – Program International Millennipreneur Innovation & Commercialization Exhibition 2.0 (IMInE 2.0) anjuran Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dengan kerjasama Akademi Pembangunan PKS dan Keusahawanan Malaysia (MASMED), Universiti Teknologi MARA (UiTM) telah melabuhkan tirainya menerusi Majlis Penutup yang disempurnkan oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar), YBrs. Prof. Dr. Hj. Mohd Sazili Shahibi bertempat di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam, Selangor.

IMInE 2.0 merupakan program pertandingan yang memberi peluang kepada pelajar mempamerkan produk berteraskan teknologi dan inovasi di peringkat prototaip dan berpotensi tinggi untuk dipromosi dan dikembangkan ke tahap lebih tinggi. Ia menjadi platform strategik yang menghimpunkan inovasi, idea dan usahawan pelajar IPTA seluruh Malaysia dan beberapa IPT luar negara seperti Filipina dan Indonesia, serta turut memperkenalkan pelaksanaan “Reruai Maya” menerusi teknologi Metaverse yang dipacu AI.

Sepanjang penganjuran, para peserta telah didedahkan dengan kepentingan integrasi teknologi terkini seperti AI, blockchain dan automasi. Selain itu, penekanan turut diberikan kepada aspek pelindungan hasil ciptaan melalui pendaftaran Harta Intelek (IP) bagi memastikan setiap inovasi mahasiswa menjadi aset bernilai pada masa hadapan.

Satu elemen penting yang ditekankan dalam edisi kali ini adalah transformasi kepada "Usahawan Madani" yang berpegang kepada prinsip 3P: Profit (Keuntungan), People (Rakyat) dan Planet (Bumi). Melalui penerapan elemen ESG (Environmental, Social and Governance), usahawan pelajar digesa untuk membina perniagaan yang bukan sahaja mampan dari segi kewangan, malah memberi impak positif kepada masyarakat dan kelestarian alam sekitar.

Sekalung tahniah diucapkan kepada barisan pemenang IMInE 2.0:

1. Pemenang Utama
• Juara Keseluruhan - Acetra Labs (UKM)
• Naib Juara Keseluruhan - Ulurmask Aura Semalu (Kolej Komuniti Taiping)
• Ketiga Keseluruhan - Jauhar Urban Farming: Penanaman Iot Fertigasi Timun (UIAM)

2. Anugerah Khas Keusahawanan
• Anugerah Khas Keusahawanan Kebangsaan - Acetra Labs (UKM)
• Anugerah Khas Keusahawanan Antarabangsa - Grain Cup Café (Eastern Visayas State University)

3. Juara Setiap Kategori
• Kategori Agro/Agriculture - Vortrex Resources (UMPSA)
• Kategori Artificial Intelligence - Jauhar Urban Farming: Penanaman Iot Fertigasi Timun (UIAM)
• Kategori Creative Arts - Rahsa Pusaka (UiTM)
• Kategori Education and Learning - Acetra Labs (UKM)
• Kategori Environment and Sustainability - Nextgen Biomass (UMS)
• Kategori Food Innovation and Security - Grain Cup Café (Eastern Visayas State University)
• Kategori Health and Safety – Sipha (UiTM)
• Kategori Internet of Things - Borneo Agroventures (UNIMAS)
• Kategori Services - Ulurmask Aura Semalu (Kolej Komuniti Taiping)
• Kategori Technology and Innovation - Icon Ideas (UniSZA)

Hadiah turut diberikan kepada IPT yang berjaya memperoleh penilaian tertinggi bagi penghasilan prototaip, ruang pameran dan idea inovasi bagi setiap kategori tersebut.

Majlis turut dihadiri oleh Encik Hazlan bin Abdul Hamid, Timbalan Setiausaha Bahagian, Bahagian Perancangan Strategik, KPT dan YBrs. Prof. Madya Dr. Badrul Isa, Penolong Naib Canselor (Keusahawanan) MASMED, UiTM.

KPT BANGUNKAN PTK-IPT 2026-2030 YANG KOMPREHENSIF DAN BERIMPAK, LIBATKAN PIHAK BERKEPENTINGAN TERMASUK IPT DAN INDUSTRI ...
05/03/2026

KPT BANGUNKAN PTK-IPT 2026-2030 YANG KOMPREHENSIF DAN BERIMPAK, LIBATKAN PIHAK BERKEPENTINGAN TERMASUK IPT DAN INDUSTRI

5 Mac 2026 | Putrajaya

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) hari ini menganjurkan Sesi Town Hall Pelan Tindakan Keusahawanan Institusi Pendidikan Tinggi (PTK-IPT) 2026-2030 bersama pihak berkepentingan merentasi sektor Kerajaan, swasta, akademik dan industri. Majlis yang telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) KPT, YBhg. Dato’ Dr. Haji Megat Sany bin Megat Ahmad Supian ini merupakan platform strategik untuk KPT mendengar dan mendapatkan input, pandangan serta cadangan dalam usaha memastikan pembangunan PTK-IPT baharu yang komprehensif dan berimpak tinggi, sekali gus mencerminkan pendekatan kolaboratif KPT dalam merangka hala tuju keusahawanan sektor pendidikan tinggi negara.

Menurut beliau, matlamat utama PTK-IPT 2026-2030 adalah untuk melonjakkan ekosistem keusahawanan dalam sektor pendidikan tinggi, yang melahirkan pelajar dan graduan yang bersedia menempuh alam pekerjaan setelah tamat pengajian, bukan sahaja sebagai pencari pekerjaan, malah berupaya menjadi pencipta pekerjaan.

Dokumen nasional yang komprehensif ini selari dengan aspirasi Rancangan Pendidikan Tinggi Malaysia (RPTM) 2026-2035 untuk melahirkan pembelajar IPT yang memiliki kemahiran berpaksikan kemanusiaan, inovatif, berciri keusahawanan dan adaptif serta siap siaga masa hadapan, dan akan dijadikan dokumen rujukan sektor pendidikan tinggi bagi tempoh lima (5) tahun akan datang.

Sesi Town Hall ini melibatkan hampir 200 orang jemputan dari pelbagai sektor, dan turut dihadiri oleh Naib-naib Canselor, Timbalan-timbalan Naib Canselor, Pengarah-pengarah Pusat Keusahawanan IPT, Pengarah-pengarah Politeknik dan Kolej Komuniti, Ketua-ketua Pegawai Eksekutif, Wakil IPT, agensi, industri, Majlis Keusahawanan Mahasiswa Malaysia, Majlis Alumni Universiti-Universiti Malaysia dan Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan.

UTHM DINOBAT TECHNOPRENEURSHIP UNIVERSITY OF THE YEAR 🥇✨ Tahniah UTHM sekali lagi membuktikan daya saingnya di pentas As...
22/12/2025

UTHM DINOBAT TECHNOPRENEURSHIP UNIVERSITY OF THE YEAR 🥇

✨ Tahniah UTHM sekali lagi membuktikan daya saingnya di pentas Asia apabila dinobatkan sebagai ‘Technopreneurship University of the Year’ pada Majlis Top Asia Corporate Ball 2025.

UTHM DINOBAT TECHNOPRENEURSHIP UNIVERSITY OF THE YEAR 🥇

✨ UTHM sekali lagi membuktikan daya saingnya di pentas Asia apabila dinobatkan sebagai ‘Technopreneurship University of the Year’ pada Majlis Top Asia Corporate Ball 2025.

Pengiktirafan berprestij ini mengukuhkan hala tuju UTHM sebagai Global Technopreneur University 2030 (GTU2030), hasil kecemerlangan prestasi korporat, inovasi berimpak dan ekosistem keusahawanan yang mampan.

🚀 Melangkah lebih jauh, menawan peringkat global.

Zambry Abd. Kadir
Adam Adli
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia UTHM



NMEPC 3.0 LONJAK EKOSISTEM KEUSAHAWANAN NEGARA BERTERASKAN TEKNOLOGI DAN INOVASI, LAHIRKAN 38 START UP PELAJAR BERPOTENS...
24/11/2025

NMEPC 3.0 LONJAK EKOSISTEM KEUSAHAWANAN NEGARA BERTERASKAN TEKNOLOGI DAN INOVASI, LAHIRKAN 38 START UP PELAJAR BERPOTENSI TINGGI

Melaka, 24 November 2025 - Majlis Perasmian Penutup Program National Micro Enterprise Pitching Competition (NMEPC) 3.0 2025 anjuran Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dengan kerjasama Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) telah berlangsung dengan jayanya dan disempurnakan oleh YBhg Dato' Dr. Haji Megat Sany Megat Ahmad Supian, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar), KPT hari ini. Program peringkat nasional yang turut dilengkapkan dengan sesi bootcamp ini bermatlamat meningkatkan kemahiran pelajar dalam membentangkan idea perniagaan mereka dalam sesi pitching di hadapan pelabur, seterusnya memperkasa pembangunan usahawan muda melalui pembentukan perniagaan mikro berasaskan teknologi digital dan inovasi, kepintaran buatan (AI) serta menyokong penubuhan lebih banyak startups dan pencipta pekerjaan dalam kalangan pelajar Institusi Pendidikan Tinggi (IPT).

Edisi kali ini telah berjaya menghimpunkan peserta dari Universiti Awam, Politeknik, Kolej Komuniti dan Universiti Berkaitan Kerajaan (GLU) yang melibatkan sebanyak 38 kump**an dari empat kategori iaitu Makanan dan Minuman (7 kump**an), Industri Seni dan Kreatif (5 kump**an), Teknologi dan Inovasi (14 kump**an) serta Perkhidmatan (12 kump**an).

Sekalung tahniah diucapkan kepada pemenang NMEPC 3.0 2025:
• Kategori Perkhidmatan:
- Tempat Pertama: OCEANIC ORDER (UMT)
- Tempat Kedua: QYLEX SOLUTION (UiTM)
- Tempat Ketiga: SPLINK SOCIAL (MMU)

• Kategori Makanan dan Minuman:
- Tempat Pertama: SALAQSTIX (UMS)
- Tempat Kedua: HEALTHY BITES (UKM)
- Tempat Ketiga: DANY CHEF TAKO (UiTM)

• Kategori Industri Seni dan Kreatif:
- Tempat Pertama: WAHII ART PRINT (UiTM)
- Tempat Kedua: SCENTIQUE (UIAM)
- Tempat Ketiga: NOKTAH STUDIO (UTHM)

• Kategori Teknologi dan Industri:
- Tempat Pertama: QTUTOR (UM)
- Tempat Kedua: THE CATALYSTS (UNIMAS)
- Tempat Ketiga: CEPERX (UNISZA)

• Anugerah Khas
- Kategori Reruai Terbaik HEALTHYBITE (UKM)
- Kategori Pembentangan Kump**an Terbaik: E@TSCONNECT (USM)
- Kategori Kerjasama Kump**an Terbaik: AGROCENTS (POLITEKNIK PD)
- Kategori Produk Terbaik: CROPFIT COMPOST MAKER (UMPSA)
- Kategori Perkhidmatan Terbaik: VOICEPRO (UMK)

• Best of The Best: QTUTOR (UM)

YBhg. Dato' Dr. Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) dalam ucapannya turut berharap agar program seperti NMEPC 3.0 akan terus diperkasa sebagai platform penting KPT dalam melahirkan usahawan pelajar dan usahawan graduan yang memiliki keupayaan tinggi dalam membentangkan idea perniagaan mereka dalam sesi pitching di hadapan pelabur, seterusnya mampu menjadi antara penyumbang penting kepada lonjakan ekosistem keusahawanan negara berasaskan teknologi dan inovasi, selaras dengan dasar dan perancangan Kerajaan untuk menjadikan pendidikan tinggi sebagai pemangkin pembangunan ekonomi negara.

Majlis turut dihadiri oleh Naib Canselor, UTeM, YBhg. Profesor Datuk Ts. Dr. Massila binti Kamalrudin; Setiausaha Bahagian, Bahagian Perancangan Strategik KPT, YBrs. Puan Fazidah Mustafa; Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa), UTeM, YBrs. Profesor Dr. Mohd Rizal bin Salleh; Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi), UTeM, YBrs. Profesor Dr. Zahriladha bin Zakaria; Penolong Naib Canselor (Strategik & Kelestarian Global), UTeM, YBrs. Profesor Madya Dr. Musthafah bin Mohd Tahir; serta Dr. Johanna binti Abdullah Jaafar, Pengarah Pusat Pembangunan Perusahaan dan Teknousahawan UTeM.

FEAST 2025 Perkukuh Ekosistem Keusahawanan, Fokus Pembangunan Usahawan Muda Dalam Bidang Keterjaminan MakananKuala Nerus...
20/11/2025

FEAST 2025 Perkukuh Ekosistem Keusahawanan, Fokus Pembangunan Usahawan Muda Dalam Bidang Keterjaminan Makanan

Kuala Nerus, Terengganu – Program Future Entrepreneurs in Food Security Convention (FEAST) 2025 melabuhkan tirainya pada 18 November 2025 dengan penuh meriah. Majlis penutup disempurnakan oleh YBrs. Puan Fazidah Mustafa, Setiausaha Bahagian, Bahagian Perancangan Strategik, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT). Program berskala nasional anjuran KPT dengan kerjasama Universiti Malaysia Terengganu (UMT) ini memberi tumpuan kepada pembangunan keusahawanan pelajar dalam bidang keterjaminan makanan, sekali gus menonjolkan kepakaran UMT dalam sains makanan serta pengiktirafan Talentbank melalui Employer’s Choice Award 2024 dan 2025 bagi kluster Sains dan Teknologi Makanan.

FEAST 2025 berlangsung melalui dua komponen utama: New Entrepreneur Innovation Competition (NEIC) dan Konvensyen FEAST, yang menghimpunkan penyertaan pelajar dari universiti awam, politeknik dan kolej komuniti seluruh negara. Sebanyak 25 projek perniagaan pelajar telah diperkasakan dalam kategori makanan & minuman, pertanian, pembuatan dan perkhidmatan — semuanya berasaskan inovasi, teknologi dan elemen ESG. Sepanjang enam bulan penganjuran, peserta telah mengikuti bootcamp, sesi bimbingan mentor, pameran, forum serta melaksanakan projek perniagaan sebenar melalui pembiayaan modal pemula yang disediakan. Program ini turut menyaksikan sokongan teguh daripada rakan industri dan agensi termasuk pendaftaran syarikat bersama SSM, yang secara langsung membantu memperkukuh kemampuan projek dan potensi pengkomersialan produk.

Tahniah kepada para pemenang FEAST 2025:
• Juara : Kump**an Agropro, Universiti Teknologi MARA
• Naib Juara : Kump**an Wafel Api-api, Kolej Komuniti Bandar Darulaman
• Tempat Ketiga : Kump**an Fishcapsule, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia

Saguhati p**a diberikan kepada lima IPTA: Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Universiti Malaysia Terengganu, Universiti Malaysia Kelantan, Kolej Komuniti Kuala Langat dan Universiti Teknologi MARA. Selain itu, lima *Anugerah Khas* turut disampaikan kepada:
• Usahawan Muda Berpotensi – Kump**an The Oasis (Universiti Malaysia Sabah)
• Produk Berdaya Saing – Kump**an CocoSplash (Universiti Putra Malaysia)
• Produk Inovasi Terbaik – Kump**an HarumanisSprits (Universiti Malaysia Perlis)
• Pembentangan Terbaik – Kump**an Guava Glow (Universiti Pendidikan Sultan Idris)
• Pendigitalan Produk Terbaik – Kump**an Sambal Atok (Politeknik Kota Bharu)

Program FEAST 2025 dijangka menjadi antara pemangkin penting kepada peningkatan bilangan usahawan pelajar, pembentukan syarikat pemula serta pembangunan inovasi baharu dalam sektor keterjaminan makanan negara. Turut hadir memeriahkan majlis ialah YBrs. Profesor Dr. Suriyani Muhamad, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) mewakili Naib Canselor UMT, YBrs. Encik Hazlan Abdul Hamid, Timbalan Setiausaha Bahagian, Bahagian Perancangan Strategik KPT, dan YBrs. Prof. Madya Dr. Nor Fazliyana Mohtar, Pengarah UMT-GEM.

SEKALUNG PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH 🌹Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada Encik Muhammad Dehya bin Zainal Azla...
14/11/2025

SEKALUNG PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH 🌹

Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada
Encik Muhammad Dehya bin Zainal Azlan, Penolong Setiausaha Kanan, Unit Keusahawanan, Bahagian Perancangan Strategik, Kementerian Pendidikan Tinggi atas khidmat bakti dan dedikasi yang telah diberikan.💐

Selamat Maju Jaya! ✨

PROGRAM E-MOVE PERKASA KEUSAHAWANAN DALAM BIDANG TEKNOLOGI MOBILITI ELEKTRIKBatu Pahat, Johor, 2025 – Pertandingan Inova...
01/11/2025

PROGRAM E-MOVE PERKASA KEUSAHAWANAN DALAM BIDANG TEKNOLOGI MOBILITI ELEKTRIK

Batu Pahat, Johor, 2025 – Pertandingan Inovasi Teknousahawan Electric Mobile Vehicle (E-MOVE) 2025, anjuran Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dengan kerjasama Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah melabuhkan tirainya pada 30 Oktober 2025, dengan majlis penutup yang disempurnakan oleh YBrs. Puan Fazidah Mustafa, Setiausaha Bahagian, Bahagian Perancangan Strategik, KPT. Program ini merupakan platform pembudayaan keusahawanan yang memfokuskan kepada teknologi mobiliti elektrik dan teknologi hijau, selaras dengan aspirasi Kementerian untuk melahirkan lebih ramai usahawan dan syarikat pemula yang berasaskan teknologi.

Pertandingan ini telah berjaya menghimpunkan penyertaan 310 orang pelajar yang melibatkan 62 pasukan dari 22 Institusi Pendidikan Tinggi seluruh Malaysia, dengan 30 pasukan terbaik mara ke pusingan akhir. Turut membanggakan, terdapat pasukan yang telah berjaya membangunkan produk yang berpotensi tinggi untuk dikomersialkan di mana produk tersebut telah berjaya dijual kepada pelanggan.
Tahiah diucapkan kepada Kump**an Ez Proter dari Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP) yang muncul sebagai juara kategori Utama, serta turut merangkul Anugerah Khas Juri kategori reka bentuk paling kreatif. Kump**an Fastlane Venture dari Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) p**a telah dinobatkan sebagai pemenang tempat kedua, dan turut merangkul Anugerah Khas Juri kategori inovasi paling kreatif. Tempat ketiga diraih oleh Kump**an Palma dari Universiti Teknologi MARA (UiTM), manakala Universiti Malaysia Sabah (UMS) menerima Anugerah Khas Juri kategori reka bentuk kelestarian inovasi.

Kejayaan program ini merupakan hasil usaha keras semua pihak termasuk Pusat Keusahawanan IPT, mentor, tenaga akademik dan pentadbir yang komited dalam menjayakan program ini. Penajaan industri turut memperkukuh ekosistem teknousahawan, antaranya HPN & Techdata System Sdn. Bhd. menaja wang tunai berjumlah RM3,000 dan Cytron Technologies Sdn. Bhd. menaja baucar hadiah utama dan anugerah khas. Program ini diharapkan dapat diteruskan pada masa akan datang dengan penglibatan lebih luas daripada industri dan agensi antarabangsa.

Hadir sama memeriahkan majlis, YBrs. Prof. Ts. Dr. Abdul Rasid Abdul Razzaq Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni); YBrs. Encik Hazlan Abdul Hamid, Timbalan Setiausaha Bahagian, Bahagian Perancangan Strategik, KPT; Dr. Norazmi Alias selaku Ketua Juri merangkap Pengasas Bersama Katapult Asia Sdn. Bhd.; serta Pengarah Pusat Teknousahawan (PTU) UTHM, Prof.Madya Sr. Dr. Nazirah Mohamad Abdullah.

Pemasaran A.I Perkasa Inkubator Keusahawanan POLYCC 2025Kajang, 27 Oktober 2025 – Unit keusahawanan, Bahagian Perancanga...
29/10/2025

Pemasaran A.I Perkasa Inkubator Keusahawanan POLYCC 2025

Kajang, 27 Oktober 2025 – Unit keusahawanan, Bahagian Perancangan Strategik (BPS), Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dengan kerjasama Bahagian Ambilan dan Pembangunan Pelajar (BAPP), Jabatan Pendidikan Politeknik & Kolej Komuniti (JPPKK) telah mengadakan Majlis Penutup Bengkel Pemerkasaan Inkubator Keusahawanan Polycc 2025 Peringkat Kebangsan.

Majlis yang telah dirasmikan oleh YBrs. Puan Fazidah binti Mustafa, Setiausaha Bahagian, Bahagian Perancangan Strategik ini bermatlamat untuk melahirkan pelajar POLYCC yang mampu membangunkan perniagaan berasaskan bidang pengajian, kompeten dalam strategi pemasaran berasaskan kecerdasan buatan (Artificial Intelligent), inovasi produk & pengurusan digital. Fokus dan aspirasi program ini juga adalah untuk memperkasa budaya keusahawanan tvet, melatih pelajar menjadi usahawan beretika, inovatif & berjiwa besar, menerapkan elemen ai & teknologi digital dalam perniagaan. Kemahiran ini diberikan kepada peserta sebagai persediaan untuk mereka menjadi pencipta pekerjaan dan bukan pencari kerja sebagaimana yang dihasratkan di bawah Pelan Tindakan Keusahawanan Institusi Pendidikan Tinggi (PTK IPT 2021-2025)

Program ini telah mendapat sambutan penyertaan yang luar biasa. Seramai 440 orang pelajar daripada 156 buah inkubator keusahawanan aktif dari 95 Kolej Komuniti dan 61 Politeknik yang menyertai Program Bengkel Pemerkasaan Inkubator Keusahawanan POLYCC 2025.

Antara pencapaian menarik yang dicapai oleh peserta Inkubator Keusahawanan POLYCC 2025 iaitu Commerce Mart (Café KOI) dari Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mendapat pendapatan sebanyak RM49,083.75 melalui aktiviti jualan. Selain itu, mereka juga terlibat dalam program di peringkat antarabangsa iaitu Globalpreneur Exchange (GEX) 2025 yang dikelola oleh Politeknik Negeri Batam, Indonesia.

Sekalung tahniah diucapkan kepada Politeknik Metro Kuantan yang berjaya meraih tempat pertama bagi Anugerah Best AI Video Innovation Award. Bagi tempat kedua dimenangi oleh Kolej Komuniti Rembau, manakala tempat ketiga dimenangi oleh Kolej Komuniti Paya Besar.

Turut hadir dalam majlis yang sama adalah Tn. Haji Azirin Abdul Aziz, Pengarah Bahagian Ambilan dan Pembangunan Pelajar, JPPKK, Encik Hazlan Abdul Hamid, Timbalan Setiausaha Bahagian, BPS, Encik Muhammad Ghiyathuddin Abdul Halim, Ketua Penolong Setiausaha Kanan, BPS, dan Encik Suhairi bin Ismail, Timbalan Pengarah Bahagian Ambilan dan Pembangunan Pelajar, JPPKK.

Siswa UMS Bawa Nadi Keusahawanan ke Hati Komuniti Sabah Melalui Inkubator AquapreneurKota Kinabalu Sabah, 25 Oktober 202...
29/10/2025

Siswa UMS Bawa Nadi Keusahawanan ke Hati Komuniti Sabah Melalui Inkubator Aquapreneur

Kota Kinabalu Sabah, 25 Oktober 2025 – Majlis Penutupan Program Inkubator Aquapreneur Siswa 2024 anjuran Unit Keusahawanan, Bahagian Perancangan Strategik, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dengan kerjasama Universiti Malaysia Sabah (UMS) melalui Pusat Pembangunan Kerjaya dan Keusahawanan (CEDeC) serta Institut Penyelidikan Marin Borneo (IPMB) telah diadakan dengan jayanya bertempat di Masjid Nur Iman Likas.

Majlis tersebut telah disempurnakan oleh YB Datuk Ts. Mustapha Sakmud, Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi. Turut hadir sama dalam majlis tersebut Naib Canselor UMS, Prof. Datuk Dr. Kassim Haji Mansor; Timbalan Setiausaha Bahagian, Bahagian Perancangan Strategik KPT, Encik Hazlan Abdul Hamid; Pengarah CEDeC, Prof. Madya Ts. Dr. Sidah Idris; serta wakil komuniti setempat.

Program ini merupakan sebuah platform penting dalam memperkasa ekosistem keusahawanan pelajar melalui inovasi dan kelestarian. Ia juga memberi peluang kepada mahasiswa UMS untuk meneroka bidang keusahawanan akuakultur inovatif yang berpotensi menjana pendapatan serta menyumbang kepada pembangunan komuniti setempat.

Dalam majlis tersebut, YB Datuk Ts. Mustapha Sakmud turut menyaksikan pertukaran dokumen Surat Niat antara UMS bersama rakan industri seperti Bank Islam Malaysia Berhad, Pertubuhan Peruncit, Pembekal dan Peniaga Negeri Sabah (PERPENS) serta Sabah Creative Economy and Innovation Centre (SCENIC).

YB Timbalan Menteri juga dalam ucapannya turut berharap agar lebih ramai anak muda Negeri Sabah bergiat dalam bidang keusahawanan dan menjadikan pengalaman serta ilmu yang dipelajari semasa di Institusi Pendidikan Tinggi dikongsikan bersama komuniti bagi membantu masyarakat di Negeri Sabah menjana pendapatan sampingan sekali gus membantu sosio ekonomi masyarakat setempat.

Beliau turut menyampaikan hadiah kepada lima kump**an yang telah berjaya dalam Program Inkubator Aquapreneur Siswa 2024.

Address

Aras 3, No. 2, Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5
Putrajaya
62200

Opening Hours

Monday 08:00 - 05:00
Tuesday 08:00 - 05:00
Wednesday 08:00 - 05:00
Thursday 08:00 - 05:00
Friday 08:00 - 05:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Unit Keusahawanan - KPT posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share