Institut Kajian Dan Latihan Integrasi Nasional - IKLIN

Institut Kajian Dan Latihan Integrasi Nasional - IKLIN IKLIN adalah pusat kajian, penyelidikan dan latihan dalam bidang Perpaduan dan Integrasi nasional

Keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri yang bermesyuarat pada 15 Disember 2004 telah meluluskan penubuhan Institut Kajian dan Latihan Integrasi Nasional (IKLIN) di bawah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, Jabatan Perdana Menteri. IKLIN ditubuhkan seiring dengan hasrat kerajaan untuk melahirkan Bangsa Malaysia yang bersatu padu. Kenyataan ini bermaksud rakyat Malaysia dari setiap lapisan

masyarakat perlu memahami hasrat murni yang tersirat ini dengan syarat mereka dibekalkan dengan ilmu pengetahuan dalam bidang yang berkaitan.

21/08/2026
BEZA ITU KITA: FAHAM, HORMAT, TERIMA DAN RAIMalaysia kaya dengan kepelbagaian bangsa, budaya, agama, bahasa dan cara hid...
19/08/2026

BEZA ITU KITA: FAHAM, HORMAT, TERIMA DAN RAI

Malaysia kaya dengan kepelbagaian bangsa, budaya, agama, bahasa dan cara hidup. Perbezaan inilah yang membentuk identiti kita sebagai sebuah masyarakat yang unik.

Namun, keharmonian tidak terbina dengan sendirinya.

Ia bermula apabila kita memilih untuk FAHAM, belajar untuk HORMAT, bersedia untuk TERIMA dan akhirnya bersama-sama RAI kepelbagaian yang menjadi kekuatan negara. ๐Ÿค๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Institut Kajian dan Latihan Integrasi Nasional (IKLIN) membawakan:

๐ŸŽ™๏ธ IKLIN EXECUTIVE TALK SERIES (ETS) 6/2026

โ€œBEZA ITU KITA: FAHAM, HORMAT, TERIMA DAN RAIโ€

Bersama panel jemputan:

๐Ÿ”น Prof. Madya Dr. Riswadi bin Azmi
Pengarah, Pusat Ihsan
Universiti Malaysia Terengganu (UMT)

๐Ÿ”น Mohamad Sobri bin Mat Daud
Timbalan Ketua Setiausaha
(Dasar dan Perancangan Strategik)
Kementerian Perpaduan Negara

๐ŸŒŸ UCAPTAMA
Suraya binti Wen
Pengarah
Institut Kajian dan Latihan Integrasi Nasional (IKLIN)
Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN)

๐ŸŽค MODERATOR
Farah Ratuwati binti Ibrahim
Ketua Program
Seksyen Pembangunan Komuniti dan Kejiranan (SPKK)
Bahagian Pembangunan Latihan, IKLIN

๐Ÿ“… 21 Ogos 2026 | Jumaat
โฐ 10.00 pagi โ€“ 12.00 tengah hari
๐Ÿ“ฒ Siaran langsung menerusi Facebook Institut Kajian dan Latihan Integrasi Nasional

๐Ÿ“ Berminat untuk menyertai, lengkapkan maklumat anda di https://forms.gle/e3kNxPg2uEU7Cvfh6

Ayuh bersama-sama kita membuka ruang untuk lebih memahami kepelbagaian, menyuburkan rasa hormat dan memperkukuh keharmonian dalam masyarakat.

โœจ Kerana beza bukan untuk memisahkan kita. Beza itu kita.

FAHAM โ€ข HORMAT โ€ข TERIMA โ€ข RAI

๐Ÿ“ฃ Jangan lupa ikuti, tonton dan kongsikan hebahan ini bersama rakan-rakan anda.








23/07/2026

๐Ÿ“ข IKLIN EXECUTIVE TALK SERIES (ETS) 2026: SIRI #5 ๐Ÿ“ข

BELENGGU BELUM BERPENGHUJUNG
Cabaran Ekonomi Rakyat dalam Era Ketidaktentuan

Peningkatan kos sara hidup, perubahan harga barangan dan ketidaktentuan ekonomi terus memberi kesan kepada kehidupan harian masyarakat. Bagaimanakah rakyat boleh memahami situasi ini dengan lebih jelas serta membuat persediaan yang lebih baik dalam menghadapi cabaran ekonomi semasa?

Ikuti perkongsian dan kupasan bersama:

๐Ÿ‘ค Dr. Umi Hamidaton binti Mohd Soffian Lee
Pensyarah Kanan
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

๐Ÿ—“๏ธ Tarikh: 24 Julai 2026 (Jumaat)
โฐ Masa: 10.00 pagi hingga 12.00 tengah hari
๐Ÿ’ป Platform: Google Meet

Ayuh bersama-sama memahami realiti ekonomi semasa dan meneroka langkah yang lebih praktikal dalam mengurus kewangan serta kehidupan dalam era yang penuh ketidaktentuan.

Jangan lepaskan peluang untuk menyertai ETS Siri #5!

HALA TUJU BAHARU: MEMACU PROFESIONALISME PEGAWAI PERPADUANDemi melahirkan modal insan perpaduan yang kalis masa depan, I...
22/07/2026

HALA TUJU BAHARU: MEMACU PROFESIONALISME PEGAWAI PERPADUAN

Demi melahirkan modal insan perpaduan yang kalis masa depan, IKLIN bakal menganjurkan bengkel strategik bermula Ahad ini.

Bengkel Penyediaan Pelan Pembangunan Profesionalisme Pegawai Pembangunan Masyarakat & Naik Taraf IKLIN Sebagai Pusat Kecemerlangan Perpaduan

๐ŸŽฏ 2 Fokus Utama Bengkel:

Pemerkasaan Pegawai: Merangka pelan kompetensi komprehensifโ€”merangkumi transformasi digital, mediasi sosial, dan pengurusan perpaduan.

Transformasi IKLIN: Menyusun strategi menaik taraf IKLIN sebagai hab data, penyelidikan strategik, dan pusat kepakaran (SME) perpaduan negara.

๐Ÿ“Œ Info Bengkel:

๐Ÿ“… Tarikh: 26 hingga 28 Julai 2026 (Ahad - Selasa)

๐Ÿจ Tempat: Hotel Concorde, Shah Alam, Selangor

Selamat berbengkel buat semua peserta yang terlibat. Bersama kita memacu kecemerlangan perpaduan! ๐Ÿ’ผโœจ

๐Ÿ“ข IKLIN EXECUTIVE TALK SERIES (ETS) 2026: SIRI  #5 ๐Ÿ“ขBELENGGU BELUM BERPENGHUJUNGCabaran Ekonomi Rakyat dalam Era Ketidak...
21/07/2026

๐Ÿ“ข IKLIN EXECUTIVE TALK SERIES (ETS) 2026: SIRI #5 ๐Ÿ“ข

BELENGGU BELUM BERPENGHUJUNG
Cabaran Ekonomi Rakyat dalam Era Ketidaktentuan

Peningkatan kos sara hidup, perubahan harga barangan dan ketidaktentuan ekonomi terus memberi kesan kepada kehidupan harian masyarakat. Bagaimanakah rakyat boleh memahami situasi ini dengan lebih jelas serta membuat persediaan yang lebih baik dalam menghadapi cabaran ekonomi semasa?

Ikuti perkongsian dan kupasan bersama:

๐Ÿ‘ค Dr. Umi Hamidaton binti Mohd Soffian Lee
Pensyarah Kanan
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

๐Ÿ—“๏ธ Tarikh: 24 Julai 2026 (Jumaat)
โฐ Masa: 10.00 pagi hingga 12.00 tengah hari
๐Ÿ’ป Platform: Google Meet
Pautan pendaftaran: https://forms.gle/bhT2CfHafrVxwhPh8

Pautan mesyuarat:
Video call link: https://meet.google.com/sjw-dkpa-ncb

Penyertaan terbuka kepada semua. Imbas kod QR pada poster untuk membuat pendaftaran dan menyertai sesi melalui Google Meet.

Ayuh bersama-sama memahami realiti ekonomi semasa dan meneroka langkah yang lebih praktikal dalam mengurus kewangan serta kehidupan dalam era yang penuh ketidaktentuan.

Jangan lepaskan peluang untuk menyertai ETS Siri #5!









PERBINCANGAN KERJASAMA STRATEGIK JPNINโ€“KRAFTANGAN MALAYSIAPada 10 Julai 2026 (Jumaat), Jabatan Perpaduan Negara dan Inte...
10/07/2026

PERBINCANGAN KERJASAMA STRATEGIK JPNINโ€“KRAFTANGAN MALAYSIA

Pada 10 Julai 2026 (Jumaat), Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) telah mengadakan sesi perbincangan bersama Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia di Kuala Lumpur bagi memperincikan kerjasama pembangunan usahawan kraf Rukun Tetangga Progresif.

Sesi perbincangan ini telah dipengerusikan oleh Pengarah Kanan Bahagian Rekaan dan Penyelidikan, Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia, Encik Khairul Hafizi bin Naharuddin.

Mesyuarat ini turut dihadiri oleh Puan Suraya binti Wen, Pengarah IKLIN, Puan Safidah binti Abu Samah, Pengarah Bahagian Perhubungan Masyarakat dan Kejiranan (BPMK) dan Puan Ruzylawati binti Mustapha Kamar, Timbalan Pengarah Bahagian Pembangunan Latihan IKLIN.

Perbincangan memberi tumpuan kepada usaha meningkatkan kemahiran teknikal, kualiti dan inovasi produk, pembungkusan, penjenamaan serta pemasaran kraftangan yang dihasilkan oleh komuniti RT Progresif. Turut dibincangkan ialah cadangan pelaksanaan latihan berfokus mengikut wilayah bagi memastikan bimbingan dapat disampaikan secara lebih tersusun dan berkesan.

Kerjasama strategik ini diharap dapat memperkukuh keupayaan usahawan komuniti, meningkatkan daya saing produk tempatan serta membuka peluang pasaran yang lebih luas dan mampan.

Bersama Memperkasa Komuniti, Melestarikan Warisan Kraftangan Negara.







MEMPERKASA PRODUK KOMUNITI RT MELALUI ILMU ADITIF MAKANAN BERSAMA MARDISERDANG, 24 Jun 2026 โ€“ Jabatan Perpaduan Negara d...
28/06/2026

MEMPERKASA PRODUK KOMUNITI RT MELALUI ILMU ADITIF MAKANAN BERSAMA MARDI

SERDANG, 24 Jun 2026 โ€“ Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional melalui Institut Kajian dan Latihan Integrasi Nasional (IKLIN) telah melaksanakan Kursus Aditif Makanan Bersama Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) Siri 1 pada 23 hingga 24 Jun 2026 bertempat di Kompleks Latihan MARDI Serdang, Selangor.

Kursus selama dua hari ini dilaksanakan di bawah inisiatif RT Progresif sebagai usaha berterusan memperkukuh kemahiran komuniti Rukun Tetangga dalam pembangunan produk makanan yang lebih berkualiti, selamat dan berdaya saing.

Melalui kursus ini, peserta telah didedahkan dengan pengetahuan berkaitan penggunaan aditif makanan yang betul dan mematuhi piawaian industri, amalan pengilangan baik atau Good Manufacturing Practices (GMP), pelabelan aditif makanan, isu halal dan haram, serta latihan amali penggunaan aditif dalam pemprosesan makanan dan minuman.

Pelaksanaan kursus ini bukan sahaja memberi nilai tambah kepada pengetahuan teknikal peserta, malah turut membuka ruang kepada komuniti Rukun Tetangga untuk meningkatkan mutu produk makanan tempatan, memperkukuh potensi keusahawanan komuniti dan menyokong kebolehpasaran produk secara lebih meluas.

Maklum balas peserta juga menunjukkan penerimaan yang sangat positif, sekali gus mencerminkan manfaat kursus ini dalam membantu peserta memahami penggunaan aditif makanan secara lebih selamat, berkesan dan bersesuaian dengan keperluan produk masing-masing.

JPNIN merakamkan penghargaan kepada MARDI atas kerjasama strategik dan perkongsian kepakaran teknikal dalam menjayakan kursus ini. Semoga ilmu dan kemahiran yang diperoleh dapat dimanfaatkan oleh peserta dalam memperkasa produk komuniti Rukun Tetangga serta menyumbang kepada pembangunan masyarakat yang progresif, inovatif dan berdaya tahan.

20/05/2026

๐ŸŽ™๏ธ IKLIN EXECUTIVE TALK SERIES (ETS) 2026: SIRI #4 ๐ŸŽ™๏ธ

๐Ÿ“Œ Topik: EMPATHY IN LEADERSHIP โ€” CARA MEMIMPIN DENGAN HATI
๐ŸŽค Penceramah : Profesor Madya Ts. Dr. Mohd Nor bin Mamat, Ketua Pusat Pembangunan Penyampaian dan Pembelajaran Inovatif, Jabatan Akademik dan Antarabangsa, Universiti Teknologi MARA (UiTM)

๐Ÿ—“๏ธ Tarikh: 21 Mei 2026 (Khamis)
๐Ÿ• Masa : 10.00 pagi hingga 12.00 tengah hari
๐Ÿ’ป Platform : Cisco Webex

๐Ÿ“‹ Pendaftaran & Pautan Mesyuarat:
Pautan pendaftaran :: https://forms.gle/ebNdQXB1zUR9o4fj8
Pautan Webex : Meeting link:
Meeting link:
https://jpnin.webex.com/jpnin/j.php?MTID=m28df99f9c039d22542c906bf9d1bcbde

โšก Pemimpin yang hebat bukan sekadar mengarah โ€” mereka memahami.

Empati bukan kelemahan; ia adalah teras kepimpinan yang benar-benar berkesan.

Apakah yang membezakan seorang pemimpin yang ditakuti daripada seorang pemimpin yang dihormati?

Sertai kami dalam sesi eksklusif ini untuk mendalami pendekatan kepimpinan berasaskan empati yang mampu mengubah cara anda memimpin, berkomunikasi, dan membina kepercayaan dalam organisasi.

๐ŸŽ™๏ธ IKLIN EXECUTIVE TALK SERIES (ETS) 2026: SIRI  #4 ๐ŸŽ™๏ธ๐Ÿ“Œ Topik: EMPATHY IN LEADERSHIP โ€” CARA MEMIMPIN DENGAN HATI๐ŸŽค Pencer...
19/05/2026

๐ŸŽ™๏ธ IKLIN EXECUTIVE TALK SERIES (ETS) 2026: SIRI #4 ๐ŸŽ™๏ธ

๐Ÿ“Œ Topik: EMPATHY IN LEADERSHIP โ€” CARA MEMIMPIN DENGAN HATI
๐ŸŽค Penceramah : Profesor Madya Ts. Dr. Mohd Nor bin Mamat, Ketua Pusat Pembangunan Penyampaian dan Pembelajaran Inovatif, Jabatan Akademik dan Antarabangsa, Universiti Teknologi MARA (UiTM)

๐Ÿ—“๏ธ Tarikh: 21 Mei 2026 (Khamis)
๐Ÿ• Masa : 10.00 pagi hingga 12.00 tengah hari
๐Ÿ’ป Platform : Cisco Webex

๐Ÿ“‹ Pendaftaran & Pautan Mesyuarat:
Pautan pendaftaran :: https://forms.gle/ebNdQXB1zUR9o4fj8
Pautan Webex : Meeting link:
Meeting link:
https://jpnin.webex.com/jpnin/j.php?MTID=m28df99f9c039d22542c906bf9d1bcbde

โšก Pemimpin yang hebat bukan sekadar mengarah โ€” mereka memahami.

Empati bukan kelemahan; ia adalah teras kepimpinan yang benar-benar berkesan.

Apakah yang membezakan seorang pemimpin yang ditakuti daripada seorang pemimpin yang dihormati?

Sertai kami dalam sesi eksklusif ini untuk mendalami pendekatan kepimpinan berasaskan empati yang mampu mengubah cara anda memimpin, berkomunikasi, dan membina kepercayaan dalam organisasi.

๐Ÿ“ขHebahan : Kursus Pengauditan dan Pensijilan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) JPNIN 2026๐Ÿ“ขUnit Inovasi dan Kualiti (...
22/04/2026

๐Ÿ“ขHebahan : Kursus Pengauditan dan Pensijilan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) JPNIN 2026๐Ÿ“ข

Unit Inovasi dan Kualiti (UNIQ) dengan kerjasama Institut Kajian dan Latihan Integrasi Nasional (IKLIN), Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) akan menganjurkan Kursus Pengauditan dan Pensijilan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) JPNIN 2026 seperti ketetapan berikut:

๐Ÿ“† Tarikh: 28 hingga 30 April 2026
๐Ÿ“ Tempat: Hotel Grand Continental, Kuala Lumpur
๐Ÿ‘ฉโ€๐Ÿ’ป Sasaran: Juruaudit EKSA baharu

Kursus ini memberi penekanan kepada pemantapan pengetahuan, kemahiran pengauditan serta persediaan ke arah pensijilan EKSA di peringkat jabatan.

๐Ÿ–Š๏ธ*Topik utama:*
* Pengenalan kepada Audit dalam EKSA
* Tatacara Pengauditan
* Pemarkahan EKSA
* Laporan Penemuan Audit dalam EKSA

Permohonan boleh dibuat dengan mengimbas kod QR pada poster.
Tarikh akhir permohonan: sebelum 28 April 2026

Address

Aras 7, Blok E2, Kompleks E
Putrajaya
52602

Opening Hours

Monday 07:30 - 17:30
Tuesday 07:30 - 17:30
Wednesday 07:30 - 17:30
Thursday 07:30 - 17:30
Friday 07:30 - 17:30

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Institut Kajian Dan Latihan Integrasi Nasional - IKLIN posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Institut Kajian Dan Latihan Integrasi Nasional - IKLIN:

Shortcuts

Share