26/05/2026
PROGRAM JUSTICE ON WHEELS (JOW) JABATAN BANTUAN GUAMAN NEGERI SARAWAK DAN JABATAN BANTUAN GUAMAN CAWANGAN MIRI SEMPENA PROGRAM SARAWAK KU SAYANG DI BINTULU 22-24 MEI 2026
22-24 MEI 2026, Tapak Lapangan Terbang Lama Bintulu β Jabatan Bantuan Guaman (JBG) Cawangan Miri di bawah seliaan Pengarah JBG Negeri Sarawak, Puan Zubaidah binti Sharkawi dan diketuai oleh Penolong Pengarah JBG Cawangan Miri, Tuan David Bakit Anak Nuing telah menganjurkan Program Justice On Wheels (JOW) sempena Program Sarawakku Sayang di Bintulu Sarawak.
Penganjuran ini bertujuan memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai hak-hak perundangan, memperkukuh jaringan sokongan sosial serta menyediakan saluran bantuan guaman kepada mereka yang memerlukan.
Sepanjang program, khidmat nasihat guaman turut diberikan meliputi kes kekeluargaan (sivil & syariah), kes sivil, kes jenayah, dan khidmat pendamping guaman. Selain itu, kuiz interaktif βAnda Kenal JBG?β telah menarik penyertaan pengunjung untuk memeriahkan suasana.
JBG Cawangan Miri amat berbesar hati menerima kunjungan daripada Yang Arif Dato Sri Saferi Bin Ali, Peguam Besar Negeri Sarawak, Yang Berhormat Datuk Haji Len Talif Salleh, Timbalan Menteri Perancang Bandar Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Kementerian Sumber Asli dan Pembangunan Bandar, Sarawak serta Yang Berhormat Datuk Hajah Rosey Bt Haji Yunus, Timbalan Menteri Wanita, Keluarga, Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti dan Pembangunan Kanak-Kanak Sarawak. Ucapan setinggi-tinggi penghargaan di atas kunjungan barisan dif-dif kehormat yang singgah ke kaunter perkhidmatan JBG Cawangan Miri semasa program berlangsung.
Kehadiran seramai 328 orang pengunjung sepanjang tiga hari penganjuran membuktikan sambutan yang amat menggalakkan daripada masyarakat setempat.
JBG Cawangan Miri merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan program ini terutama kepada pihak Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Masyarakat Sarawak atas kerjasama menjemput JBG Cawangan Miri menyertai program ini.
Inisiatif sebegini akan terus diperkasakan bagi meningkatkan kesedaran undang-undang dan menyampaikan mesej bahawa akses kepada keadilan adalah hak semua, selaras dengan slogan JBG:
βYang Jauh Didekati, Yang Sulit Disantuni.β