FAMA Daerah Ranau

FAMA Daerah Ranau Pusat Informasi rasmi perkhidmatan dan aktiviti FAMA di Daerah Ranau

29/05/2026

π’π„π‹π€πŒπ€π“ πŒπ„ππ˜π€πŒππ”π“ 𝐏𝐄𝐒𝐓𝐀 πŠπ€π€πŒπ€π“π€π
πŸŒΎπ‘²π’π’•π’π’ƒπ’Šπ’‚π’ 𝑻𝒂𝒅𝒂𝒖 π‘»π’‚π’ˆπ’‚π’›π’ 𝑫𝒐 π‘²π’‚π’‚π’Žπ’‚π’•π’‚π’πŸŒΎ

Selamat Menyambut Pesta Kaamatan kepada seluruh warga Sabah yang menyambutnya. Semoga semangat perpaduan terus diperkukuhkan demi keharmonian generasi akan datang.

"π‘΄π’π’π’ˆπ’π’Žπ’π’• π‘·π’Šπ’”π’π’Žπ’‘π’–π’“π’–π’‚π’, π‘΄π’‚π’Žπ’‚π’“π’‚π’Žπ’‚π’Š π‘·π’Šπ’–π’π’–π’π’ˆπ’‚π’"

"πˆππ“π„π†π‘πˆπ“πˆ 𝐃𝐀𝐍 πˆππŠπ‹π”π’πˆπ•πˆπ“πˆ : ππ„πŒπ€π‚π” πŠπ„π‰π€π˜π€π€π"

Mohamad Sabu
Chan Foong Hin ι™ˆζ³“ηΌ£
Abdul Rashid Bahri
Sebastian Chew
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
Jabatan Perdana Menteri
FAMA Malaysia








ππ„π‘πŠπ„πŒππ€ππ†π€π ππŽπ’πˆπ“πˆπ… 𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀𝐖𝐀𝐍 πŠπ„π‹π”π‹π”π“ π€π†π‘πŽππ‘π„ππ„π”π‘ πŒπ”πƒπ€ πƒπˆ 𝐑𝐀𝐍𝐀𝐔Pegawai FAMA Daerah Ranau, Cik Maria Patrick telah mengad...
22/05/2026

ππ„π‘πŠπ„πŒππ€ππ†π€π ππŽπ’πˆπ“πˆπ… 𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀𝐖𝐀𝐍 πŠπ„π‹π”π‹π”π“ π€π†π‘πŽππ‘π„ππ„π”π‘ πŒπ”πƒπ€ πƒπˆ 𝐑𝐀𝐍𝐀𝐔

Pegawai FAMA Daerah Ranau, Cik Maria Patrick telah mengadakan sesi pemantauan dan tinjauan perkembangan projek ternakan kelulut milik Encik Jason Cletus, penerima Geran Agropreneur Muda, bagi meninjau perkembangan semasa perusahaan yang diusahakan beliau di Kampung Kandawayon, Ranau.

Untuk rekod, Encik Jason Cletus telah menerima Geran Agropreneur Muda sebanyak RM20,000 pada 11 November 2024 yang merangkumi bantuan sebanyak 40 log kelulut.

Hasil lawatan mendapati bahawa projek ternakan beliau menunjukkan perkembangan yang sangat memberangsangkan. Spesies kelulut yang diternak adalah daripada jenis Trigona Itama, iaitu antara spesies kelulut yang mempunyai nilai komersial tinggi serta berpotensi menghasilkan madu berkualiti.

Beliau memulakan perusahaan ternakan dengan hanya 10 log koloni sebelum menerima bantuan Geran Agropreneur Muda. Melalui bantuan yang diterima, beliau berjaya menambah lagi sebanyak 40 log koloni kelulut sekali gus meningkatkan kapasiti pengeluaran madu dan potensi pendapatan perusahaan.

Menurut beliau, setiap pusingan tuaian mampu menghasilkan sekitar 15 hingga 20 kilogram madu kelulut. Sekiranya keadaan cuaca, sumber makanan dan persekitaran berada dalam keadaan baik, proses tuaian boleh dilakukan dalam tempoh sekitar 40 hingga 50 hari bagi setiap kitaran.

Lawatan ini juga memberi peluang kepada pihak FAMA untuk mendapatkan maklum balas secara terus berkaitan cabaran, pengurusan ternakan serta potensi pengembangan industri kelulut dalam kalangan usahawan muda di daerah Ranau.

Semoga kejayaan dan usaha yang ditunjukkan oleh Encik Jason Cletus dapat menjadi inspirasi kepada lebih ramai golongan belia untuk menceburi bidang agropreneur serta memperkukuhkan sektor agromakanan negara selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.

"πˆππ“π„π†π‘πˆπ“πˆ 𝐃𝐀𝐍 πˆππŠπ‹π”π’πˆπ•πˆπ“πˆ : ππ„πŒπ€π‚π” πŠπ„π‰π€π˜π€π€π"








𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 πŠπ„ ππ„ππ†πŠπ„π‹ 𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀𝐖𝐀𝐍 | πŠπ€πŒππ”ππ† π‹πˆππ€ππ†, 𝐑𝐀𝐍𝐀𝐔Lawatan Pegawai FAMA Daerah Ranau, Cik Maria Patrick ke bengkel usaha...
19/05/2026

𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 πŠπ„ ππ„ππ†πŠπ„π‹ 𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀𝐖𝐀𝐍 | πŠπ€πŒππ”ππ† π‹πˆππ€ππ†, 𝐑𝐀𝐍𝐀𝐔

Lawatan Pegawai FAMA Daerah Ranau, Cik Maria Patrick ke bengkel usahawan tempatan, D'DOMPURAN RH ENTERPRISE yang berjaya memperoleh pensijilan HALAL membuktikan bahawa perusahaan makanan berasaskan komuniti luar bandar mampu berkembang sehingga menembusi pasaran lebih luas termasuk ke Semenanjung Malaysia.

Lawatan tersebut turut memberi fokus kepada produk inovasi tempatan jenama D'Dompur seperti serunding kubis, serunding lada putih, serunding kodop, serunding bunga kantan serta serunding bawang putih yang kini semakin dikenali sebagai antara produk unik daerah Ranau.

Usaha penghasilan serunding ini bermula sekitar tahun 2020 ketika tempoh PKP apabila komuniti kampung berdepan lambakan hasil pertanian khususnya kubis di kawasan Kundasang dan Ranau. Daripada situ tercetus idea menghasilkan produk makanan berasaskan sayuran bagi membantu komuniti menjana pendapatan sampingan.

Semasa lawatan tersebut, usahawan terlibat, Puan Rojaliah Hanti berkongsi bahawa perusahaan yang pada awalnya dijalankan secara kecil-kecilan bersama penduduk kampung kini berkembang menjadi produk hiliran bernilai tambah tinggi dan mendapat sambutan baik di pasaran.

Menurut beliau, pengeluaran serunding kubis kini mampu mencapai sekitar 80 kilogram sehari bergantung kepada permintaan. Produk D'Dompur bukan sahaja mendapat sambutan di Sabah malah telah berjaya dipasarkan ke Semenanjung Malaysia. Kejayaan memperoleh sijil HALAL turut meningkatkan keyakinan pengguna serta membuka peluang pasaran yang lebih luas.

Selain itu, FAMA Daerah Ranau turut berhasrat menjemput Puan Rojaliah Hanti dalam masa terdekat bagi mengadakan sesi perkongsian santai bersama usahawan I-MAT di bawah bimbingan FAMA. Perkongsian tersebut diharap dapat memberi inspirasi kepada usahawan tempatan dalam pembangunan produk hiliran, pensijilan HALAL serta strategi memperluaskan pasaran produk tempatan.

Lawatan ini secara tidak langsung memperlihatkan potensi besar perusahaan kecil luar bandar dalam memperkukuh ekonomi komuniti melalui produk hiliran pertanian yang bernilai tambah.

"πˆππ“π„π†π‘πˆπ“πˆ 𝐃𝐀𝐍 πˆππŠπ‹π”π’πˆπ•πˆπ“πˆ : ππ„πŒπ€π‚π” πŠπ„π‰π€π˜π€π€π"








π‡π€π‘πˆ ππ„π‘π“π€πŒπ€ 𝐏𝐄𝐒𝐓𝐀 πŠπ€π€πŒπ€π“π€π ππ„π‘πˆππ†πŠπ€π“ 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐑𝐀𝐍𝐀𝐔 πŸπŸŽπŸπŸ”πŸ“… 08 Mei 2026 | JumaatπŸ“ Dewan Masyarakat RanauHari pertama Pesta ...
08/05/2026

π‡π€π‘πˆ ππ„π‘π“π€πŒπ€ 𝐏𝐄𝐒𝐓𝐀 πŠπ€π€πŒπ€π“π€π ππ„π‘πˆππ†πŠπ€π“ 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐑𝐀𝐍𝐀𝐔 πŸπŸŽπŸπŸ”

πŸ“… 08 Mei 2026 | Jumaat
πŸ“ Dewan Masyarakat Ranau

Hari pertama Pesta Kaamatan Peringkat Daerah Ranau 2026 berlangsung dengan penuh meriah dan mendapat sambutan amat menggalakkan daripada masyarakat setempat serta pengunjung yang hadir.

Sempena program ini, FAMA Daerah Ranau telah melaksanakan Jualan Agro Madani yang menawarkan pelbagai produk pertanian tempatan antaranya set kombo sayur-sayuran segar, produk ikan serta produk Industri Kecil dan Sederhana (IKS) tempatan pada harga berpatutan.

Melalui pelaksanaan Jualan Agro Madani ini, para pengunjung turut menikmati penjimatan dan potongan harga sehingga 30% berbanding harga pasaran semasa, selaras dengan usaha FAMA membantu meringankan kos sara hidup rakyat serta memastikan bekalan makanan sentiasa mencukupi dan mudah diperoleh.

Turut bersama menjayakan program ini ialah usahawan IMAT FAMA yang mengambil bahagian dalam mempromosikan serta memasarkan produk tempatan kepada pengunjung sepanjang berlangsungnya sambutan Pesta Kaamatan Daerah Ranau 2026.

Selain itu, FAMA turut melaksanakan Kempen Makan & Minum Jus Buah-buahan Tempatan bagi menggalakkan masyarakat mengamalkan gaya hidup sihat di samping menyokong pengeluaran hasil buah-buahan tempatan.

Pelaksanaan program ini selaras dengan usaha berterusan FAMA dalam memperkukuh sekuriti makanan negara, membantu meningkatkan pendapatan usahawan tempatan serta memastikan rakyat mendapat akses kepada bekalan makanan yang mencukupi dan berkualiti.

Terima kasih kepada semua pengunjung yang hadir dan memberikan sokongan sepanjang berlangsungnya program pada hari pertama ini.

β€œπˆππ“π„π†π‘πˆπ“πˆ 𝐃𝐀𝐍 πˆππŠπ‹π”π’πˆπ•πˆπ“πˆ : ππ„πŒπ€π‚π” πŠπ„π‰π€π˜π€π€πβ€









𝐉𝐔𝐀𝐋𝐀𝐍 π€π†π‘πŽ πŒπ€πƒπ€ππˆ @ π€πŠπ‘ π’πˆππ”π‘π€πŒππˆ30 April 2026Program Jualan Agro MADANI yang berlangsung hari ini melalui kerjasama st...
30/04/2026

𝐉𝐔𝐀𝐋𝐀𝐍 π€π†π‘πŽ πŒπ€πƒπ€ππˆ @ π€πŠπ‘ π’πˆππ”π‘π€πŒππˆ

30 April 2026

Program Jualan Agro MADANI yang berlangsung hari ini melalui kerjasama strategik bersama AKR Sinurambi Ranau telah menerima sambutan yang amat menggalakkan daripada masyarakat setempat. Kehadiran pengunjung yang memberangsangkan jelas mencerminkan keperluan berterusan terhadap akses kepada barangan asas pada harga yang lebih berpatutan.

Menerusi pelaksanaan program ini, pelbagai barangan keperluan harian telah ditawarkan kepada pengguna dengan potongan harga sehingga 50%. Antara barangan yang disediakan termasuk tepung, gula, garam, mee hoon, mee segera, sardin dan biskut. Inisiatif ini secara langsung membantu meringankan kos sara hidup rakyat di samping memastikan bekalan makanan asas sentiasa mencukupi dan mudah diperoleh oleh komuniti setempat.

Pelaksanaan berterusan program ini mencerminkan komitmen kukuh FAMA dalam memperkukuh keterjaminan makanan negara melalui pendekatan pemasaran yang inklusif, berintegriti serta berimpak tinggi, selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.

β€œπˆππ“π„π†π‘πˆπ“πˆ 𝐃𝐀𝐍 πˆππŠπ‹π”π’πˆπ•πˆπ“πˆ : ππ„πŒπ€π‚π” πŠπ„π‰π€π˜π€π€πβ€








𝐉𝐔𝐀𝐋𝐀𝐍 π€π†π‘πŽ πŒπ€πƒπ€ππˆ @ π“π€ππ€πŠ π“π€πŒπ” πŒπˆππ†π†π”π€π 𝐑𝐀𝐍𝐀𝐔29 April 2026Program Jualan Agro MADANI yang berlangsung hari ini di Tapak...
29/04/2026

𝐉𝐔𝐀𝐋𝐀𝐍 π€π†π‘πŽ πŒπ€πƒπ€ππˆ @ π“π€ππ€πŠ π“π€πŒπ” πŒπˆππ†π†π”π€π 𝐑𝐀𝐍𝐀𝐔

29 April 2026

Program Jualan Agro MADANI yang berlangsung hari ini di Tapak Tamu Mingguan Ranau menerima sambutan amat menggalakkan daripada penduduk setempat, sekali gus membuktikan keyakinan masyarakat terhadap inisiatif kerajaan dalam menyediakan bekalan makanan segar pada harga berpatutan.

Pelbagai barangan keperluan seperti ikan segar, sayur-sayuran dan produk IMAT ditawarkan dengan potongan harga sehingga 30% lebih murah, sekaligus membantu mengurangkan kos sara hidup serta memastikan akses kepada makanan selamat, segar dan mampu milik untuk semua.

Program ini menzahirkan komitmen berterusan FAMA dalam memperkukuh rantaian pemasaran agromakanan secara inklusif dan strategik, selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI dalam menjamin sekuriti makanan negara secara mampan.

β€œπˆππ“π„π†π‘πˆπ“πˆ 𝐃𝐀𝐍 πˆππŠπ‹π”π’πˆπ•πˆπ“πˆ : ππ„πŒπ€π‚π” πŠπ„π‰π€π˜π€π€πβ€








πŸπŸ“ π€ππ‘πˆπ‹ πŸπŸŽπŸπŸ” | 𝐏𝐀𝐒𝐀𝐑 π“π€ππˆ 𝐑𝐀𝐍𝐀𝐔Pasar Tani Ranau terus beroperasi seperti biasa setiap hari Rabu, bermula seawal jam 6.0...
15/04/2026

πŸπŸ“ π€ππ‘πˆπ‹ πŸπŸŽπŸπŸ” | 𝐏𝐀𝐒𝐀𝐑 π“π€ππˆ 𝐑𝐀𝐍𝐀𝐔

Pasar Tani Ranau terus beroperasi seperti biasa setiap hari Rabu, bermula seawal jam 6.00 pagi hingga 2.00 petang, dan kekal sebagai pusat tumpuan utama komuniti setempat dalam mendapatkan bekalan makanan segar secara terus daripada pengeluar.

Pelbagai pilihan produk ditawarkan merangkumi sayur-sayuran segar, buah-buahan tempatan, hasil laut, makanan siap serta produk industri kecil dan sederhana (IKS). Kepelbagaian barangan, suasana yang meriah serta harga yang berpatutan menjadikan pasar ini sebagai destinasi pilihan yang memenuhi keperluan harian pengguna.

Pasar Tani Ranau bukan sahaja berperanan sebagai platform pemasaran hasil pertanian tempatan, malah turut memperkukuh hubungan antara pengeluar dan pengguna, di samping menyokong ekonomi komuniti setempat secara berterusan.

β€œπˆππ“π„π†π‘πˆπ“πˆ 𝐃𝐀𝐍 πˆππŠπ‹π”π’πˆπ•πˆπ“πˆ : ππ„πŒπ€π‚π” πŠπ„π‰π€π˜π€π€πβ€








20/03/2026

πŸŒ™ ✨ π’π„π‹π€πŒπ€π“ π‡π€π‘πˆ π‘π€π˜π€ π€πˆπƒπˆπ‹π…πˆπ“π‘πˆ πŸπŸ’πŸ’πŸ•π‡ βœ¨πŸŒ™

Seluruh warga kerja FAMA Negeri Sabah & WP Labuan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.

Semoga Syawal yang mulia ini membawa keberkatan, kebahagiaan dan mempereratkan lagi hubungan silaturahim antara kita semua.

Dalam kegembiraan menyambut hari kemenangan ini, marilah kita terus memupuk semangat kebersamaan, saling menghargai serta memperkukuh komitmen dalam menyampaikan perkhidmatan terbaik kepada golongan sasar.

"πˆππ“π„π†π‘πˆπ“πˆ 𝐃𝐀𝐍 πˆππŠπ‹π”π’πˆπ•πˆπ“πˆ : ππ„πŒπ€π‚π” πŠπ„π‰π€π˜π€π€π"

Mohamad Sabu
Chan Foong Hin ι™ˆζ³“ηΌ£
Abdul Rashid Bahri
Sebastian Chew
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
Jabatan Perdana Menteri
FAMA Malaysia








ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ 𝐏𝐑𝐀 π’π˜π€π–π€π‹ 𝐉𝐔𝐀𝐋𝐀𝐍 ππ‘πŽπƒπ”πŠ 𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀𝐖𝐀𝐍 πˆπŒπ€π“ 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐑𝐀𝐍𝐀𝐔Pada hari ini, 17 Mac 2026 (Selasa), merupakan hari terakhir ...
17/03/2026

ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ 𝐏𝐑𝐀 π’π˜π€π–π€π‹ 𝐉𝐔𝐀𝐋𝐀𝐍 ππ‘πŽπƒπ”πŠ 𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀𝐖𝐀𝐍 πˆπŒπ€π“ 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐑𝐀𝐍𝐀𝐔

Pada hari ini, 17 Mac 2026 (Selasa), merupakan hari terakhir bagi Program Pra Syawal Jualan Produk Usahawan IMAT Daerah Ranau yang telah berlangsung bermula 8 hingga 17 Mac 2026. Program ini menutup tirainya dengan suasana yang meriah dan penuh bermakna, diserikan dengan kehadiran Pegawai FAMA Daerah Ranau, Cik Maria Patrick, yang telah turun padang meninjau perjalanan program serta menyantuni para usahawan yang terlibat.

Sebagai kemuncak pengisian, majlis penyampaian hadiah penghargaan telah diadakan bagi mengiktiraf usahawan IMAT yang menunjukkan prestasi cemerlang sepanjang tempoh program berlangsung. Anugerah telah disampaikan bagi kategori nilai jualan tertinggi, kedai tercantik, serta gerai pilihan pengunjung, sebagai simbol penghargaan terhadap dedikasi, kreativiti dan daya saing para usahawan tempatan.

Penganugerahan ini bukan sahaja mencerminkan pengiktirafan terhadap pencapaian usahawan, malah berperanan sebagai pemangkin semangat untuk terus meningkatkan kualiti produk, memperkukuh strategi pemasaran serta memperbaiki persembahan gerai agar lebih menarik dan kompetitif pada masa hadapan.

Secara keseluruhannya, penutupan program pada hari ini menandakan kejayaan penganjuran yang bukan sahaja memberi impak positif kepada usahawan IMAT, malah turut menyumbang kepada pengukuhan ekonomi komuniti setempat serta memartabatkan produk tempatan menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri.

"πˆππ“π„π†π‘πˆπ“πˆ 𝐃𝐀𝐍 πˆππŠπ‹π”π’πˆπ•πˆπ“πˆ : ππ„πŒπ€π‚π” πŠπ„π‰π€π˜π€π€π"








ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ 𝐏𝐑𝐀 π’π˜π€π–π€π‹ 𝐉𝐔𝐀𝐋𝐀𝐍 ππ‘πŽπƒπ”πŠ 𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀𝐖𝐀𝐍 πˆπŒπ€π“ 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 π‘π€ππ€π”πŸ“… 8 – 17 Mac 2026πŸ•— 8.00 Pagi – 5.00 PetangπŸ“ Perkarangan Kedai...
10/03/2026

ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ 𝐏𝐑𝐀 π’π˜π€π–π€π‹ 𝐉𝐔𝐀𝐋𝐀𝐍 ππ‘πŽπƒπ”πŠ 𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀𝐖𝐀𝐍 πˆπŒπ€π“ 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐑𝐀𝐍𝐀𝐔

πŸ“… 8 – 17 Mac 2026
πŸ•— 8.00 Pagi – 5.00 Petang
πŸ“ Perkarangan Kedai Kien Hong, Pekan Ranau

Program Pra Syawal Jualan Produk Usahawan IMAT Daerah Ranau diadakan bagi mempromosikan serta memperluaskan pasaran produk IMAT hasil usahawan tempatan kepada masyarakat setempat, khususnya menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Melalui program ini, para pengunjung berpeluang mendapatkan pelbagai produk IMAT yang berkualiti di samping menyokong usaha memperkasa ekonomi komuniti serta pembangunan industri makanan tempatan di daerah Ranau.

Selain menjadi platform jualan, program ini turut berperanan sebagai medium memperkenalkan produk usahawan IMAT kepada pengguna secara lebih meluas, sekali gus menggalakkan masyarakat untuk memilih produk tempatan sebagai pilihan utama bagi persiapan Syawal.

Sehubungan itu, orang ramai dijemput hadir untuk memeriahkan program ini dan mengambil peluang mendapatkan produk IMAT tempatan yang berkualiti untuk persiapan Syawal bersama keluarga.

Datanglah beramai-ramai dan sokong usahawan tempatan!

"πˆππ“π„π†π‘πˆπ“πˆ 𝐃𝐀𝐍 πˆππŠπ‹π”π’πˆπ•πˆπ“πˆ : ππ„πŒπ€π‚π” πŠπ„π‰π€π˜π€π€π"








Address

Tingkat 2, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Ranau
Ranau
89308

Opening Hours

Monday 08:00 - 16:30
Tuesday 08:00 - 16:30
Wednesday 08:00 - 16:30
Thursday 08:00 - 16:30
Friday 08:00 - 16:30

Telephone

+6088876687

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when FAMA Daerah Ranau posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share