Parti Gagasan Rakyat Sabah Kundasang

Parti Gagasan Rakyat Sabah Kundasang Parti Gagasan Rakyat N.36 Kundasang

RANAU – Setiausaha Politik Kementerian Kewangan Sabah merangkap Ketua Bahagian Gagasan Rakyat (PGRS) Kundasang Tuan Joha...
15/02/2026

RANAU – Setiausaha Politik Kementerian Kewangan Sabah merangkap Ketua Bahagian Gagasan Rakyat (PGRS) Kundasang Tuan Johari Joe Johari Suhaimin hari ini turun telah padang bagi menjayakan program walkabout di sekitar Pekan Ranau sempena sambutan Tahun Baru Cina. Kehadiran beliau ke pusat tumpuan pelancong tersebut bertujuan untuk menyantuni para peniaga, penduduk setempat serta pelancong yang sedang bercuti, sekali gus menzahirkan semangat perpaduan dan keharmonian kaum yang menjadi teras kekuatan masyarakat di Sabah.

​Program ini turut memperlihatkan kesepaduan barisan kepimpinan di daerah Ranau dengan kehadiran Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Karanaan, Tuan Haji Suhaimi Manjun dan PPM Kundasang, Tuan Dounis Sani. Selain itu, rombongan turut disertai oleh barisan ahli jawatankuasa bahagian tertinggi daripada tiga sayap PGRS Kundasang serta pemimpin tempatan yang lain.

​Sepanjang walkabout tersebut, barisan pemimpin sempat beramah mesra dan mendengar maklum balas daripada komuniti peniaga mengenai aktiviti ekonomi di pekan tersebut. Aktiviti santai ini bukan sahaja menjadi platform untuk berkongsi kegembiraan musim perayaan, malah mengukuhkan lagi hubungan antara pemimpin dan rakyat di peringkat akar umbi. Kesungguhan para pemimpin dalam menyantuni rakyat tanpa mengira latar belakang agama dan bangsa ini membuktikan komitmen berterusan mereka dalam memastikan kebajikan dan aspirasi masyarakat setempat sentiasa mendapat perhatian sewajarnya.

6.02.2026Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) Bahagian Kundasang telah mengadakan Mesyuarat Ahli Jawatankuasa (AJK) Bahagia...
07/02/2026

6.02.2026

Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) Bahagian Kundasang telah mengadakan Mesyuarat Ahli Jawatankuasa (AJK) Bahagian kali pertama bagi tahun 2026, yang menjadi medan penting dalam mencatur hala tuju politik kawasan tersebut bagi tahun ini.

​Mesyuarat yang berlangsung dalam suasana penuh semangat itu dipengerusikan oleh Ketua Bahagian PGRS Kundasang, Tuan Johari @ Joe Suhaimin, yang juga merupakan Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan Sabah.

​Antara agenda utama yang dibincangkan adalah kupasan mengenai dinamik parti serta menzahirkan rasa syukur atas komitmen padu seluruh jentera pada PRN-17 dahulu.


​Mesyuarat turut memfokuskan kepada penyelarasan takwim parti bagi tahun 2026. Ini termasuklah, penyusunan program turun padang di peringkat cawangan pemantapan kebajikan ahli dan masyarakat setempat dan
​agenda memperkasakan peranan sayap-sayap parti dalam mendepani cabaran politik semasa.

​Solidariti kepimpinan PGRS Kundasang jelas terpapar dengan kehadiran barisan AJK Bahagian tertinggi serta pemimpin-pemimpin daripada Pergerakan Sayap Pemuda, Wanita, dan Beliawanis. Kehadiran ini memperkukuhkan lagi sinergi antara kepimpinan bahagian dan sayap dalam memastikan gerak kerja parti sentiasa selaras dan berkesan.

​Dengan berakhirnya mesyuarat pertama ini, PGRS Kundasang dilihat bersedia sepenuhnya untuk menggerakkan agenda pembangunan dan politik yang lebih agresif demi kesejahteraan rakyat di kawasan Kundasang sepanjang tahun 2026.

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Ketua Pemuda PGRS N.36 Kundasang Encik Sharin Bin Mujin atas lantikan yang dite...
01/02/2026

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Ketua Pemuda PGRS N.36 Kundasang Encik Sharin Bin Mujin atas lantikan yang diterima beliau sebagai Pegawai Khas kepada Menteri Kewangan Sabah. Semoga dapat menjalankan tanggungjawab yang diberikan dengan cemerlang.

Sayap Pemuda PGRS Bahagian Kundasang mengucapkan setinggi tinggi tahniah kepada Ketua Pemuda PGRS Kundasang, Tuan Sharin Mujin atas perlantikan sebagai Pegawai Khas Timbalan Ketua Menteri 2 / Menteri Kewangan Sabah.

Semoga dapat menjalankan tanggungjawab dan amanah dengan baik serta lancar dan dapat menabur bakti kepada masyarakat.

01/02/2026

Amanah yang digalas bukan sekadar jawatan, tetapi tanggungjawab besar yang mesti dilaksanakan dengan penuh keikhlasan
— Datuk Seri Panglima Masidi Manjun

Address

Ranau

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Parti Gagasan Rakyat Sabah Kundasang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share