17/11/2025
Sejak anak mula refer ke Hospital Besar untuk appointment, terapi, saya dah kerap menjawab soalan yang panjang berjela ni.
Yang ni tak silap saya adalah untuk bahagian terapi cara kerja buat analysis tentang kelakuan anak berdasarkan pemerhatian ibu bapa.
Set soalan ni lebih kurang sama sebab soalan meliputi pelbagai Aspek. Soalan BM, soalan BI, sama je.
Semalam di 3PK, saya diminta ISI sekali lagi dan rupanya banyak perubahan yang ketara pada anak saya. Yang dulu ada, sekarang semakin bagus.
Patutlah pakar psikiatrik pernah beritahu, simptom anak akan berkurang atau hilang bila meningkat usia tapi akan ada simptom baru p**a muncul.
Semoga rakan-rakan ibu bapa yang mempunyai anak istimewa akan terus tabah dan sentiasa berusaha untuk anak kita.