PWB N14 Rawang - 2024/2025

PWB N14 Rawang - 2024/2025 Pusat Wanita Berdaya (PWB) Selangor DUN N14 Rawang

Dirgahayu Tuanku! 🇲🇾Merafak sembah setinggi-tinggi tahniah kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang ...
01/06/2026

Dirgahayu Tuanku! 🇲🇾

Merafak sembah setinggi-tinggi tahniah kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku pada 1 Jun 2026 bersamaan 15 Zulhijjah 1447H.

Sembah takzim daripada
Pusat Wanita Berdaya (PWB) DUN Rawang

08/05/2026

📢 BAKUL MAKANAN PWB DUN RAWANG

Pusat Wanita Berdaya (PWB) DUN Rawang sedang menyelaras agihan bakul makanan kepada asnaf yang benar-benar memerlukan.

Syarat :
‼️Pengundi DUN Rawang

Kategori :
👉🏻 Ibu tunggal yang mempunyai tanggungan anak yang masih bersekolah / universiti
👉🏻 Ibu tunggal yang mempunyai anak oku
👉🏻 Ibu yang suaminya diberhentikan kerja / sakit terlantar (tiada pendapatan)
👉🏻 Wanita yang tidak berkerja dan menjaga ibu bapa uzur
👉🏻 Ibu tinggal (wajib disertakan report polis)

TERHAD KEPADA 30 ORANG PENERIMA SAHAJA‼️

📱Whatsapp +601135304055 (Mawaddah)

NOTA TAMBAHAN: 30 penerima BAKUL MAKANAN ini hendaklah BUKAN daripada PENERIMA BINGKAS.

🔥 KACAU DODOL SAMPAI JADI! 🔥Jom luangkan masa bersama keluarga dan rakan-rakan dalam suasana penuh tradisi, gelak tawa d...
08/05/2026

🔥 KACAU DODOL SAMPAI JADI! 🔥

Jom luangkan masa bersama keluarga dan rakan-rakan dalam suasana penuh tradisi, gelak tawa dan aroma dodol yang memikat! 🍯✨

Anda berpeluang merasai sendiri pengalaman mengacau dodol secara tradisional menggunakan kawah dan sudip kayu bersama komuniti setempat. Dari proses penyediaan hingga siap dimasak — semuanya anda boleh cuba sendiri! 😄

📅 16 Mei 2026
🕘 9.00 pagi sehingga selesai
📍 Open Parking, AEON Mall Rawang

Scan QR di poster untuk daftar!
https://forms.gle/K7r5cLaqTCrjsHYb6

Ayuh bersama-sama kita memeriahkan dan menghidupkan warisan makanan tradisional Malaysia ❤️

✨ BENGKEL DIY PERFUME KOMUNITI: JOM BUAT PERFUME! ✨Jom sertai bengkel menarik khas untuk komuniti! Peluang untuk anda be...
06/04/2026

✨ BENGKEL DIY PERFUME KOMUNITI: JOM BUAT PERFUME! ✨

Jom sertai bengkel menarik khas untuk komuniti! Peluang untuk anda belajar menghasilkan minyak wangi sendiri dengan cara yang mudah, kreatif dan menyeronokkan 🌸

📍 Anjuran: Pusat Wanita Berdaya DUN Rawang
🤝 Kerjasama: JPKK Kampung Kuala Garing Selatan

🗓 19 April 2026 (Ahad)
⏰ 9.30 pagi – 12.30 tengah hari
📌 Tokong Kampung Kuala Garing Selatan

Terbuka kepada komuniti setempat
Tempat TERHAD kepada 30 peserta sahaja!
Penyertaan adalah PERCUMA!

Jangan lepaskan peluang untuk belajar kemahiran baru, berkenalan dengan komuniti dan hasilkan perfume signature anda sendiri!

Untuk pendaftaran:
Imbas kod QR yang disediakan
https://forms.gle/dhap6b1NDNg3dsMr8

📩 Daftar sekarang sebelum tempat penuh!

Salam Aidilfitri buat semua yang meraikan 💚Semoga hari kemenangan ini dipenuhi dengan kegembiraan, kasih sayang dan kena...
20/03/2026

Salam Aidilfitri buat semua yang meraikan 💚

Semoga hari kemenangan ini dipenuhi dengan kegembiraan, kasih sayang dan kenangan terindah bersama keluarga tersayang.

Kalau ada salah dan silap, terkasar bahasa, tersilap kata,
Saya dengan rendah hati memohon maaf 🤍

Selamat Hari Raya Aidilfitri!
Maaf Zahir & Batin 🌸

Ikhlas daripada,
Penyelia PWB DUN Rawang

Salam Ramadan 1447H 🌙✨Alhamdulillah, kita dipertemukan sekali lagi dengan bulan yang penuh keberkatan ini. Semoga Ramada...
18/02/2026

Salam Ramadan 1447H 🌙✨

Alhamdulillah, kita dipertemukan sekali lagi dengan bulan yang penuh keberkatan ini. Semoga Ramadan kali ini membawa sinar rahmat, keampunan dan ketenangan dalam setiap langkah kehidupan kita.

Marilah kita sama-sama memperbanyakkan amal ibadah, mengeratkan silaturahim serta menyemai kasih sayang dan keprihatinan terhadap mereka yang memerlukan. Semoga segala usaha dan pengorbanan kita diterima serta dikurniakan ganjaran yang berlipat ganda.

Selamat menjalani ibadah puasa dan semoga Ramadan 1447H ini menjadi Ramadan yang terbaik buat kita semua. 🤍

✨ WANITA DAN DEMOKRASI: MEMBERDAYA WANITA DALAM DEMOKRASI ✨Mari bersama Pusat Wanita Berdaya DUN Rawang dalam sesi yang ...
06/11/2025

✨ WANITA DAN DEMOKRASI: MEMBERDAYA WANITA DALAM DEMOKRASI ✨

Mari bersama Pusat Wanita Berdaya DUN Rawang dalam sesi yang membuka ruang kepada wanita untuk memahami, menghayati dan mengamalkan prinsip demokrasi dalam kehidupan dan komuniti. 🌸

📅 9 November 2025, Ahad
🕣 8.30 pagi – 2.00 petang
📍 Pusat Khidmat Rakyat DUN Rawang

Tempat terhad kepada 30 orang peserta sahaja
✅ Pendaftaran percuma!
https://forms.gle/LiQMdPHHxfyp5ia5A

Terima kasih✨

Selamat Menyambut Deepavali kepada semua yang meraikannya. Semoga cahaya Deepavali membawa kebahagiaan, kedamaian, dan k...
19/10/2025

Selamat Menyambut Deepavali kepada semua yang meraikannya. Semoga cahaya Deepavali membawa kebahagiaan, kedamaian, dan kejayaan berpanjangan kepada anda dan keluarga.

Selamat Hari Deepavali ✨
Happy Deepavali ✨
இனிய தீபாவளி நல்வாழ்த்துகள் ✨

Ikhlas daripada:
Mawaddah Hanaani,
Penyelia PWB DUN Rawang.

Jemputan Menyertai Bengkel & Pertandingan Membuat Nei Urundai Sempena Perayaan Deepavali 2025!📢Anjuran JKP Zon 16 dengan...
10/10/2025

Jemputan Menyertai Bengkel & Pertandingan Membuat Nei Urundai Sempena Perayaan Deepavali 2025!📢

Anjuran JKP Zon 16 dengan kerjasama Pejabat Parlimen Selayang, Pusat Khidmat DUN Rawang, Ketua Komuniti India Dun Rawang, dan Pusat Wanita Berdaya Dun Rawang.

Ini peluang anda untuk menyerlahkan bakat masakan dan kreativiti anda!

🗓️ Tarikh: 12 Oktober 2025
⏰ Masa: 9:00 Pagi
📍 Tempat: Dewan Kampung Sungai Bakau

BUTIRAN PERTANDINGAN:

- Penyertaan PERCUMA!
- Satu Pasukan: 3 orang.
- Bahan-bahan: Minyak Sapi & Tepung Nei Urundai disediakan oleh Jawatankuasa Penganjur.
- Hadiah: Diberi untuk 3 Kategori – Rasa, Kuantiti & penyampaian.

DAFTAR SEKARANG!
Jangan lepaskan peluang ini! Tempat terhad.

Daftar 👉🏻 +60 11-6500 9851
www.wasap.my/601165009851

✨😋 JOM BUAT CINCAU SENDIRI! 😋✨Pernah terfikir macam mana cincau dibuat? 🌿Kini anda boleh belajar sendiri dalam Bengkel D...
07/10/2025

✨😋 JOM BUAT CINCAU SENDIRI! 😋✨

Pernah terfikir macam mana cincau dibuat? 🌿
Kini anda boleh belajar sendiri dalam Bengkel Demonstrasi Pembuatan Cincau: “Jom Buat Cincau Sendiri!” 🍃

📅 12 Oktober 2025 (Ahad)
🕑 2.30 – 5.30 petang
📍 Kabin KRT Pangsapuri Palma
💥 Penyertaan PERCUMA!

Datang ramai-ramai — belajar, rasa, dan bawa pulang ilmu baru! 🥳
Sesuai untuk semua peringkat umur!

📞 Daftar segera: 011-3530 4055
www.wasap.my/601135304055/kelascincau

Address

E11, Jalan Rawang Mutiara 2, Rawang Mutiara Business Centre
Rawang
48000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PWB N14 Rawang - 2024/2025 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share