Amanah Selayang

Amanah Selayang AMANAH PROGRESIF PEDULI

27/05/2026

🌙 Assalamualaikum WBT 🌙

Dengan penuh takzim dan sukacitanya, Pusat Khidmat Masyarakat DUN Taman Templer menjemput anda semua hadir ke:

✨ Program Korban Perdana & Kenduri Rakyat DUN Taman Templer 1447H/2026 ✨

📅 Tarikh: 30 Mei 2026 (Sabtu)
🕗 Masa: Bermula 8.00 pagi
🥘 Kenduri Rakyat : 12:30 tghri - 2:30 ptg
📍 Tempat: Padang Sekolah Kebangsaan Selayang Baru 2

Semoga dengan kehadiran anda akan memeriahkan lagi program ini.

“Bersama Menghayati Erti Pengorbanan” 🕌

Ikhlas daripada,
YB Puan Anfaal Binti Saari
Ahli Dewan Negeri (ADN) Taman Templer
EXCO Pembangunan Wanita & Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor

Salam Aidiladha 1447H / 2026Nabi Ibrahim AS membuktikan bahawa cinta kepada Allah harus mengatasi segala-galanya.Saat di...
27/05/2026

Salam Aidiladha 1447H / 2026

Nabi Ibrahim AS membuktikan bahawa cinta kepada Allah harus mengatasi segala-galanya.
Saat diperintahkan untuk mengorbankan Nabi Ismail AS, baginda taat walaupun hati seorang ayah pasti sangat berat. Dan Nabi Ismail p**a reda demi mencari keredaan Allah.

Daripada kisah itulah lahirnya syariat ibadah korban — bukan sekadar tentang sembelihan, tetapi tentang keikhlasan, ketaatan dan pengorbanan hati.

Ada orang mampu berkorban harta, ada yang berkorban masa, tenaga dan kesenangan demi membantu insan lain. Semua itu adalah jalan untuk lmendekatkan diri kepada Allah.

Dan pada saat daging korban sampai ke tangan mereka yang jarang menikmati kemewahan, di situlah hadirnya rahmat, kasih sayang dan rasa bahawa mereka tidak dilupakan.

Semoga ibadah korban mendidik hati kita menjadi insan yang lebih tawaduk, penyayang dan sentiasa hidup untuk memberi manfaat kepada orang lain.

“Kita berhimpun pada satu waktu yang sangat getir.“Menguji kita pada kesetiaan kepada perjuangan, prinsip dan pegangan k...
17/05/2026

“Kita berhimpun pada satu waktu yang sangat getir.
“Menguji kita pada kesetiaan kepada perjuangan, prinsip dan pegangan kita selama ini,”

Adam Adli Abd Halim mengingatkan anggota Pakatan Harapan supaya tidak leka dengan kuasa dan kemudahan selepas berada dalam kerajaan kerana rakyat kini sedang menilai keikhlasan perjuangan gabungan itu. Berucap selaku Pengerusi PKR Melaka pada Konvensyen Pakatan Harapan 2026, beliau berkata kerajaan....

Beliau berkata pendidikan demokrasi perlu dimulakan lebih awal di sekolah dan tidak hanya apabila pelajar memasuki unive...
17/05/2026

Beliau berkata pendidikan demokrasi perlu dimulakan lebih awal di sekolah dan tidak hanya apabila pelajar memasuki universiti.

Woo Kah Leong menggesa kerajaan supaya tidak menyekat kebebasan mahasiswa dan anak muda untuk bersuara, termasuk melalui demonstrasi serta gerakan aktivisme di kampus. Dalam ucapan penuh bersemangat di Konvensyen Pakatan Harapan, beliau berkata generasi muda hari ini bukan sekadar pewaris masa depan...

“Kalau hari ini PH masih teguh berdiri, wanitalah antara benteng kekuatan PH.“Ketika orang lain berehat di rumah, wanita...
17/05/2026

“Kalau hari ini PH masih teguh berdiri, wanitalah antara benteng kekuatan PH.

“Ketika orang lain berehat di rumah, wanita turun dari rumah ke rumah.

“Ketika fitnah menyerang tanpa henti, wanita mempertahankan perjuangan ini di semua medan termasuk media sosial dan warung kopi,” katanya.

Beliau berkata ramai wanita bergerak tanpa jawatan, tanpa elaun dan tanpa pujian, namun tetap setia kerana percaya bahawa perjuangan reformasi lebih besar daripada kepentingan peribadi.

‘Ingat! Kita baik, tetapi kita tidak bodoh!’ Berulang kali Ketua Wanita Pakatan Harapan (PH), Datuk Aiman Athirah Sabu menegaskan nilai kesetiaan parti-parti komponen PH yang terus mempertahankan semangat kerjasama tidak harus diperlekeh. Beliau menegaskan PH kekal teguh berdiri bukan kerana gab...

Selamat Hari Guru
16/05/2026

Selamat Hari Guru

Imam Al-Ghazali pernah menyebut bahawa tugas mendidik manusia adalah pekerjaan yang paling mulia kerana ia menyempurnakan jiwa insan.

Selamat Hari Guru buat seluruh insan pendidik yang menjadi cahaya ilmu dan pembina masa depan negara.

Terima kasih cikgu atas segala pengorbanan, kesabaran dan kasih sayang dalam mendidik anak bangsa tanpa jemu.

“Guru Bitara, Nadi Negara” ❤️

Ikhlas daripada
Wanita Amanah (AWAN) Kawasan Selayang




12/05/2026

Wanita AMANAH mengingatkan mana-mana pihak termasuk pemimpin politik dan agamawan supaya tidak menggunakan naratif sensasi berkaitan para sahabat Rasulullah SAW sehingga boleh mencetuskan salah faham terhadap Islam. Ketua Wanita AMANAH, Aiman Athirah Al Jundi berkata pihaknya memandang serius penyeb...

12/05/2026

Sejak lahir ke dunia, antara yang terawal menyambut dan menjaga kita adalah para jururawat. Mereka ada tatkala ibu menahan sakit melahirkan kita, ada mendengar tangisan pertama kita, menjaga ketika kita diuji sakit, dan terus setia berkhidmat menjaga hingga ke penghujung usia kita.

Dalam perjalanan hidup, hampir setiap daripada kita pernah merasai sentuhan ihsan seorang jururawat. Menenangkan pesakit yang menahan derita, memujuk anak kecil yang ketakutan, memberi kekuatan kepada keluarga yang cemas, dan dalam banyak keadaan menjadi insan yang paling dekat memahami keadaan pesakit. Pengalaman serta ketelitian mereka juga menjadi tonggak penting membantu doktor memberikan rawatan terbaik.

Jururawat adalah kerjaya mulia yang menuntut pengorbanan, kekuatan jiwa dan ketulusan hati yang luar biasa. Besarnya jasa jururawat sering tidak terungkap dengan kata-kata, namun pengorbanan mereka amat besar nilainya buat rakyat dan negara.

Terima kasih atas segala jasa dan pengorbanan kalian.

Selamat Hari Jururawat Sedunia.



Address

No. 27, Jalan Bandar Rawang 2, Bandar Baru Rawang
Rawang
48000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Amanah Selayang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share