AADK Daerah Rembau

  • Home
  • AADK Daerah Rembau

AADK Daerah Rembau Hubungi talian hotline AADK 1-800-22-2235 (AADK) atau Whatsapp 019 626 2233 untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan.

Layari aadk.gov.my untuk ketahui perkhidmatan AADK.

AADK daerah Rembau mengambil inisiatif melaksanakan Program Pesanan Antidadah (PESADA) di sekitar Pekan Kota.Menerusi pr...
04/06/2026

AADK daerah Rembau mengambil inisiatif melaksanakan Program Pesanan Antidadah (PESADA) di sekitar Pekan Kota.

Menerusi program ini, AADK berupaya menyampaikan mesej antidadah secara temu seru bersama masyarakat setempat dan juga mampu meningkatkan rasa keyakinan masyarakat terhadap keselamatan dan kesejahteraan setempat.

Masalah Dadah hubungi talian hotline AADK 1-800-22-2235 (AADK) atau 019-626 2233 atau layari icari.aadk.gov.my untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layari aadk.gov.my untuk mendapatkan informasi lebih lanjut.





Emosi anak yang ceria dan stabil ni memang penting sangat dalam bab nak bentuk perangai dan jati diri. Kalau anak-anak p...
03/06/2026

Emosi anak yang ceria dan stabil ni memang penting sangat dalam bab nak bentuk perangai dan jati diri. Kalau anak-anak pandai kawal rasa, mereka akan jadi lebih berani dan yakin diri.

Bila emosi anak dah bagus dan tak buat hal, mak ayah pun tak payah pening nak uruskan hal harian mereka. Nak siapkan kerja rumah ke, nak keluar beli barang ke, nak bersantai ke, semua jadi mudah dan tak ada drama yang melampau.

Betul tak? Rumah pun jadi tenang, takde la asyik nak marah-marah je. Keluarga pun bahagia je.

Jom kongsi tips didikan yang anda guna kat rumah.

Masalah Dadah hubungi talian hotline AADK 1-800-22-2235 (AADK) atau 019-626 2233 atau layari icari.aadk.gov.my untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layari www.aadk.gov.my untuk mendapatkan informasi lebih lanjut.





Program Gerakan Pemerkasaan Rakyat (GEGAR) SIRI 2/2026 Sempena Jelajah Aspirasi Bebas Dadah (JABD) 2026 AADK Daerah Remb...
01/06/2026

Program Gerakan Pemerkasaan Rakyat (GEGAR) SIRI 2/2026 Sempena Jelajah Aspirasi Bebas Dadah (JABD) 2026 AADK Daerah Rembau
📍 Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Rembau
📅 29.05.2026 (Jumaat)

Alhamdulillah, program telah berlangsung dengan penuh jayanya dengan semangat kebersamaan dan semarak Aidiladha.

Antara pengisian menarik:
-Aktiviti gotong-royong Ibadah Qurban
-Aktiviti Pesanan Antidadah (PESADA) dan Pameran Antidadah sebagai usaha meningkatkan kesedaran komuniti

Program yang telah dilaksanakan ini adalah dengan kerjasama daripada Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Rembau serta sokongan daripada komuniti setempat.

Semoga usaha kolaborasi ini terus dapat memperkukuh semangat perpaduan komuniti serta menyemai kesedaran serta pengetahuan tentang bahaya penyalahgunaan dadah dalam masyarakat.

Masalah Dadah hubungi talian hotline AADK 1-800-22-2235 (AADK) atau 019-626 2233 atau layari icari.aadk.gov.my untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layari www.aadk.gov.my untuk mendapatkan informasi lebih lanjut.





29/05/2026
28/05/2026

Ramai orang berhenti di tengah jalan bukan sebab mereka gagal, tapi sebab mereka tak nampak hasil serta-merta. Dalam dunia yang serba pantas (TikTok, instant delivery, AI yang bagi jawapan dalam sesaat), kita makin hilang sabar dengan proses pertumbuhan diri yang organik.

Bayangkan sebuah kiub ais di dalam bilik yang sejuk (-5°C).
👉🏻 Anda naikkan suhu ke -4°C... tiada apa berlaku.
👉🏻 Naikkan ke -3°C... masih tiada apa berlaku.
👉🏻 Naikkan ke -2°C, kemudian -1°C... kiub ais masih beku.
👉🏻 Tiba-tiba, pada suhu 0°C, ais mula cair.

Adakah kenaikan suhu dari -5°C ke -1°C itu sia-sia? Tidak❌❗. Itu adalah persediaan. Cairnya ais pada 0°C adalah hasil terkumpul (compounded) daripada usaha-usaha kecil yang nampak macam tak jadi apa sebelum ini.

Jangan berhenti hanya sebab anda belum nampak "pencairan" itu lagi.
Percaya pada proses. Teruskan menaikkan "suhu" usaha anda. Bila sampai masanya, semua usaha itu akan meledak sekaligus.

Masalah Dadah hubungi talian hotline AADK 1-800-22-2235 (AADK) atau 019-626 2233 atau layari icari.aadk.gov.my untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layari www.aadk.gov.my untuk mendapatkan informasi lebih lanjut.



21/05/2026

Jadi Hero Komuniti

Ancaman dadah tidak menunggu. Oleh itu, keterlibatan anda sangat diperlukan. Tunjukkan semangat keprihatinan.

Laporkan aktiviti mencurigakan, cegah anak muda dengan ilmu pengetahuan, dan sokong mereka yang sedang berjuang untuk pulih. Tindakan kecil anda untuk bertegur sapa dengan jiran atau menyertai program AADK setempat adalah kuasa luar biasa yang mampu membina benteng kukuh.

Jangan biarkan komuniti anda lemah. Bangkit, bertindak, dan buktikan bahawa Malaysia MADANI adalah masyarakat yang kuat dan bebas daripada ancaman dadah!

Masalah Dadah hubungi talian hotline AADK 1-800-22-2235 (AADK) atau 019-626 2233 atau layari icari.aadk.gov.my untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layari www.aadk.gov.my untuk mendapatkan informasi lebih lanjut.



21/05/2026

Ramai orang tak sedar, media sosial kadang mengawal kita. Apa yang kita rasa, apa yang kita fikir, sampai masa dan tenaga kita habis macam tu je. Tapi sebenarnya kan, kita ada kuasa untuk kawal media sosial dan bukan sebaliknya.

Kita boleh pilih, apa yang nak tengok, berapa lama nak scroll, siapa yang nak follow atau unfollow dan bila nak rehat dari skrin.

Media sosial itu alat je, bukan pengawal hidup kita. Kalau kita bijak gunakan, ia boleh bantu belajar, berkongsi, dan berhubung. Tapi, kalau tak dikawal, ia boleh buang masa, tarik emosi, dan buat kita stress.

Jadi, gunakan sosial media dengan bijak. Jangan sampai diri kita yang dikendalikan, ok?

Masalah Dadah hubungi talian hotline AADK 1-800-22-2235 (AADK) atau 019-626 2233 atau layari icari.aadk.gov.my untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layari www.aadk.gov.my untuk mendapatkan informasi lebih lanjut.



Unit Pencegahan dan Kesedaran Awam AADK Daerah Rembau telah dijemput bagi menjalankan  Pameran Antidadah kepada  pelajar...
19/05/2026

Unit Pencegahan dan Kesedaran Awam AADK Daerah Rembau telah dijemput bagi menjalankan Pameran Antidadah kepada pelajar di SMK Pedas sempena MEd-Explorace 2026: Jelajah Kesihatan Digital Malaysia- Indonesia Kelab Doktor Muda Peringkat Negeri Sembilan 2026.

Kami mengucapkan ribuan penghargaan terima kasih dan tahniah kepada pihak SMK Pedas kerana telah mengambil inisatif bagi menjemput pihak AADK dalam menjayakan program ini bersama bagi merealisasikan hasrat Institusi Pendidikan Bebas Dadah dapat dicapai.

Masalah Dadah hubungi talian hotline AADK 1-800-22-2235 (AADK) atau 019-626 2233 atau layari icari.aadk.gov.my untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layari aadk.gov.my untuk mendapatkan informasi lebih lanjut.





12 MEI 2026 | PROGRAM i-PULIH LATIHAN KEMAHIRAN VOKASIONAL (LKV) SIRI 1AADK Daerah Rembau telah melaksanakan Program i-P...
14/05/2026

12 MEI 2026 | PROGRAM i-PULIH LATIHAN KEMAHIRAN VOKASIONAL (LKV) SIRI 1

AADK Daerah Rembau telah melaksanakan Program i-Pulih Latihan Kemahiran Vokasional (LKV) siri 1, Program yang bertajuk Kursus Asas Pengenalan Racun bertempat di Pusat Latihan Pertanian Ulu Sepri, Rembau.

Program ini melibatkan seramai 23 orang klien dan 10 orang urusetia dengan kerjasama Pejabat Pertanian Daerah Rembau dan ahli Jawatankuasa Pemulihan Dadah (JKPD) Daerah Rembau seramai 2 orang turut hadir pada kursus ini. Objektif program hari ini adalah :

1. Meningkatkan kemahiran, pengetahuan individu dan nilai tambah diri klien dalam bidang yang dipelajari.
2. ⁠Memupuk minat klien terhadap bidang pertanian sebagai salah satu alternatif kerjaya yang berpotensi.
3. ⁠Membuka peluang kepada klien untuk menjana pendapatan melalui hasil pertanian.

Semoga program ini menjadi titik permulaan kepada para klien untuk terus maju, berdikari dan membina masa depan yang lebih baik melalui kemahiran yang telah dipelajari.

Hubungi talian hotline AADK 1-800-22-2235 (AADK) atau 019-626 2233 untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layari adk.gov.my untuk mendapatkan informasi lebih lanjut.





Unit Pencegahan dan Kesedaran Awam AADK Daerah Rembau telah dijemput Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Rembau bagi menjalan...
14/05/2026

Unit Pencegahan dan Kesedaran Awam AADK Daerah Rembau telah dijemput Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Rembau bagi menjalankan Pameran Antidadah sempena program semarak belia@hari belia negara bertempat di SMK Dato' Sedia Raja, Rembau.

Kami mengucapkan ribuan penghargaan terima kasih dan tahniah kepada pihak Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Rembau kerana telah mengambil inisatif bagi menjemput pihak AADK dalam menjayakan program ini bersama bagi merealisasikan hasrat belia Bebas Dadah dapat dicapai.

Masalah Dadah hubungi talian hotline AADK 1-800-22-2235 (AADK) atau 019-626 2233 atau layari icari.aadk.gov.my untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layari aadk.gov.my untuk mendapatkan informasi lebih lanjut.






Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Rembau

Address


Opening Hours

Monday 08:30 - 04:30
Tuesday 08:30 - 04:30
Wednesday 08:30 - 04:30
Thursday 08:30 - 04:30
Friday 08:30 - 04:30

Telephone

+6066851791

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when AADK Daerah Rembau posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

  • Want your organization to be the top-listed Government Service?

Share