27/10/2026
KURSUS PENGURUSAN DAN PENYELENGGARAAN MESIN SEMBURAN RACUN THERMAL
📅 Tarikh: 27 Oktober 2026 (Selasa)
⏰ Masa: 8.00 pagi – 1.00 petang
📍 Tempat: Dewan Dahlia, Pejabat Kesihatan Daerah Rompin
Unit Vektor, Pejabat Kesihatan Daerah Rompin dengan kerjasama Syarikat Agrofog Sdn. Bhd. telah menganjurkan kursus pengurusan dan penyelenggaraan mesin semburan racun thermal yang melibatkan anggota Unit Vektor PKD Rompin.
Kursus ini bertujuan meningkatkan pengetahuan teknikal dan kemahiran anggota dalam aspek pengendalian serta penyelenggaraan mesin dengan betul, selamat dan berkesan bagi memastikan kelancaran aktiviti kawalan vektor di lapangan.
Penggunaan mesin thermal fog yang berkesan merupakan salah satu komponen penting dalam usaha kawalan dan pencegahan penularan penyakit denggi.
Sekalung penghargaan kepada Syarikat Agrofog Sdn. Bhd. atas kerjasama dan perkongsian ilmu yang diberikan.
Bersama Memperkasa Kawalan Vektor, Demi Kesihatan Komuniti.