Jabatan Pengangkutan Jalan Cawangan Kudat

Jabatan Pengangkutan Jalan Cawangan Kudat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Cawangan Kudat adalah W.D.T. 17, 89059 Kudat, Sabah

📢 PEMAKLUMAN PENGOPERASIAN KAUNTER BAGI SEMUA JENIS URUSAN TINGGAL 2 HARI LAGIBagi memudahkan orang ramai membuat permoh...
24/07/2026

📢 PEMAKLUMAN PENGOPERASIAN KAUNTER BAGI SEMUA JENIS URUSAN TINGGAL 2 HARI LAGI

Bagi memudahkan orang ramai membuat permohonan Program BUDI Diesel dan urusan lain, kaunter JPJ akan beroperasi tinggal 2 hari lagi pada minggu ini mengikut ketetapan berikut:

đź—“ Tempoh: 25 Julai 2026 & 26 Julai 2026

⏰ Waktu Operasi:
8.00 pagi – 5.00 petang

📍 Hari Operas Di Negeri Sabah :
• Sabtu & Ahad

📌 Pengoperasian melibatkan:
• Pejabat JPJ Negeri (Kaunter Bahagian Pelesenan Kenderaan)
• Pejabat Cawangan JPJ
• Pejabat UTC (Kecuali UTC Keningau)

Padah Pamer No. Pend. Kenderaan Lain, Kenderaan Disita JPJ Caw. Kudat.Kudat, 07.07.2026 (Selasa) – Tidak membayar ansura...
08/07/2026

Padah Pamer No. Pend. Kenderaan Lain, Kenderaan Disita JPJ Caw. Kudat.

Kudat, 07.07.2026 (Selasa) – Tidak membayar ansuran bulanan dan mengelak kenderaan ditarik oleh pihak syarikat kewangan, seorang pemilik telah mengambil tindakan dengan mempamerkan No. Pend. Kend Lain pada kenderaannya. Taktik ini berjaya dihidu oleh Unit Operasi JPJ Cawangan Kudat setelah menerima aduan dari pemilik kenderaan asal nombor pendaftaran tersebut yang beralamat di Terengganu. Pemandu yang juga pemilik kenderaan ini telah mengaku bahawa tindakan beliau itu adalah untuk mengaburi mata pihak syarikat kewangan tanpa mempedulikan risiko lain yang dihadapinya.

Akibat perbuatan ini, pemandu tersebut telah disaman oleh pihak JPJ atas kesalahan “Mempamerkan Nombor Pendaftaran Kenderaan Lain” yang mana kesalahan di bawah Sek. 108(3)(f) APJ 1987 ini memperuntukkan hukuman denda tidak kurang RM5,000 dan tidak melebihi RM20,000 atau dipenjarakan tidak kurang 1 tahun dan tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya jika disabitkan. Selain itu, pemandu yang merupakan pemilik berdaftar kenderaan ini turut disaman atas kesalahan Tiada Lesen Memandu [ Sek. 26(1) APJ 1987 ], menggunakan kenderaan semasa Cukai Jalan dan Insuran yang tidak berkuatkuasa [ Sek. 23(1) & Sek. 90(1) APJ 1987 ]. Kenderaan telah disita di Depoh Sita JPJ Cawangan Kudat untuk tindakan lanjut pihak pendakwaan.

JPJ Kudat memandang serius kesalahan seperti ini kerana ianya membabitkan pemilik asal yang teraniaya serta memberi kesan kepada pengguna jalanraya yang lain sekiranya berlaku kemalangan. Orang ramai dinasihatkan agar sentiasa mematuhi peraturan jalanraya yang ditetapkan bagi memastikan keselamatan dan keselesaan pengguna jalanraya berada pada tahap yang optimum.






📢 OPS KHAS PEMANDU WARGA ASING (PEWA) & OPS BERSEPADU DADAH KENDERAAN PERDAGANGAN DI DAERAH KUDATKudat, 7 Julai 2026(Sel...
08/07/2026

📢 OPS KHAS PEMANDU WARGA ASING (PEWA) & OPS BERSEPADU DADAH KENDERAAN PERDAGANGAN DI DAERAH KUDAT

Kudat, 7 Julai 2026(Selasa), Bahagian Penguatkuasa JPJ Cawangan Kudat telah melaksanakan OPS KHAS PEMANDU WARGA ASING (PEWA) & OPS BERSEPADU DADAH KENDERAAN PERDAGANGAN.

Operasi ini dilaksanakan secara bersepadu bersama:
• Bahagian Siasatan & Penguatkuasaan Trafik, PDRM IPD Kudat
• Bahagian Penguatkuasa, Jabatan Imigresen Kudat
• Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, PDRM IPD Kudat

Pelaksanaan operasi ini bertujuan untuk mengesan dan mengambil tindakan terhadap individu warga asing yang mengendalikan kenderaan tanpa Dokumen Pengenalan Diri dan Lesen Memandu yang sah. Selain itu, ujian saringan air kencing turut dijalankan ke atas pemandu Kenderaan Perdagangan bagi mengesan penyalahgunaan dadah.

Antara fokus utama operasi adalah:
âś… Pemandu atau penunggang warga asing yang mengendalikan semua kategori Kenderaan Persendirian dan Kenderaan Perdagangan tanpa Dokumen Pengenalan Diri dan Lesen Memandu yang sah.
âś… Ujian Saringan Air Kencing ke atas Pemandu Kenderaan Perdagangan (Kenderaan Barangan dan Kenderaan Perkhidmatan Awam) bagi mengesan penyalahgunaan dadah.
âś… Kesalahan berkaitan pelesenan kenderaan seperti Lesen Kenderaan Motor (LKM) dan perlindungan insurans.
âś… Kesalahan pelesenan pemandu melibatkan Lesen Memandu PDL/CDL dan Lesen Memandu Vokasional (PSV/GDL).
âś… Kesalahan teknikal kenderaan termasuk lampu isyarat atau lampu amaran yang tidak berfungsi serta pengubahsuaian (modifikasi) ekstrem.

PERINGATAN KEPADA PEMILIK KENDERAAN WARGA TEMPATAN

JPJ Cawangan Kudat ingin mengingatkan bahawa pemilik kenderaan warga tempatan di daerah ini yang membenarkan kenderaan mereka digunakan atau dikendalikan oleh warga asing yang tidak memiliki Dokumen Pengenalan Diri dan Lesen Memandu yang sah juga boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Tindakan yang boleh diambil termasuk pengeluaran Notis Saman Kesalahan Tidak Boleh Dikompaun (Denda Mahkamah). Selain itu, kenderaan yang terlibat turut boleh disita dan hanya akan dilepaskan kepada pemilik yang sah selepas kes selesai tindakan pendakwaan di mahkamah serta semua syarat perundangan dipenuhi.

JPJ Cawangan Kudat komited untuk terus memperkasakan penguatkuasaan undang-undang, meningkatkan tahap keselamatan pengguna jalan raya serta memastikan setiap individu yang mengendalikan kenderaan mematuhi peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.

JPJ KUDAT SITA KENDERAAN  PEMANDU WARGA ASING KUDAT,  20 JUN 2026, JPJ Cawangan Kudat terus mempergiat penguatkuasaan te...
21/06/2026

JPJ KUDAT SITA KENDERAAN PEMANDU WARGA ASING

KUDAT, 20 JUN 2026, JPJ Cawangan Kudat terus mempergiat penguatkuasaan terhadap pemandu warga asing melalui Operasi Pemandu Warga Asing (PEWA) bagi memastikan pematuhan undang-undang jalan raya dan keselamatan pengguna jalan raya.

Dalam operasi yang dijalankan, sebuah kenderaan telah disita setelah pemandunya, seorang warga asing, didapati memandu tanpa lesen memandu yang sah.

Denda Mahkamah akan dikenakan terhadap kesalahan utama melibatkan pemandu warga asing seperti:

• Tiada Lesen Memandu Kompeten (CDL) yang sah
• Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh
• Tiada perlindungan insurans yang sah
• Salah guna LKM
• Pemalsuan dokumen
• Ubah suai kenderaan tanpa kebenaran

JPJ tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pemandu warga asing yang melanggar peruntukan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987. Tindakan tegas termasuk pendakwaan di mahkamah akan diambil terhadap pesalah.

Orang ramai turut disaran untuk sentiasa mematuhi undang-undang jalan raya dan memastikan semua dokumen kenderaan serta lesen memandu sentiasa sah dan berkuat kuasa.



09/06/2026

MAKLUMAN GANGGUAN BEKALAN ELEKTRIK

Dimaklumkan bahawa berlaku gangguan bekalan elektrik di JPJ Cawangan Kudat bermula pada jam 3.12 petang (1512 hrs) hari ini.

Segala kesulitan yang dialami amat dikesali dan kerjasama serta pemahaman semua pihak amat dihargai.

Terima kasih.

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Cawangan Kudat

PROGRAM MYLESEN B2 PARLIMEN P167 KUDATKUDAT, 6 Jun 2026 – Ujian Bhgn 2 dan 3 Program MyLesen B2 Daerah Kudat telah berla...
07/06/2026

PROGRAM MYLESEN B2 PARLIMEN P167 KUDAT

KUDAT, 6 Jun 2026 – Ujian Bhgn 2 dan 3 Program MyLesen B2 Daerah Kudat telah berlangsung pada 6 hingga 7 Jun 2026 bertempat di Pusat Memandu Hasil Memandu Utara, melibatkan seramai 100 peserta yang terpilih untuk mengikuti program tersebut.

Ahli Parlimen P167 Kudat, Dato’ Verdon Bahanda dan Ketua Cawangan JPJ Kudat, Tuan Muhd Shamsalsinar bin Mohd Jalaludin turut hadir bagi menyantuni Pegawai & Anggota JPJ yg bertugas sbgi pguji Ujian Bhgn. 2&3 selain meluangkan masa dengan memberi sedikit nasihat dan amanat kpd peserta program berkaitan kmlgn jalanraya yg melibatkan pemandu mabuk.

Program MyLesen B2 merupakan inisiatif kerajaan yang bertujuan membantu golongan yang layak memperoleh Lesen Memandu Malaysia (LMM) kelas B2 secara sah, sekali gus meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan pematuhan undang-undang jalan raya serta aspek keselamatan semasa menunggang motosikal.

Diharapkan program ini dapat memberi manfaat kepada para peserta dan menyumbang kepada usaha melahirkan pengguna jalan raya yang lebih berhemah, berdisiplin serta bertanggungjawab.











Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.Bagi mereka yang menghadapi sebarang masalah berkaitan pengurusan atau pendaftaran M...
03/06/2026

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Bagi mereka yang menghadapi sebarang masalah berkaitan pengurusan atau pendaftaran MyDigital ID, anda boleh hadir ke Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Cawangan Kudat.

Booth MyDigital ID akan beroperasi di sini sehingga hujung minggu ini sahaja, sepanjang waktu pejabat setiap hari.

Pendaftaran dan pengurusan MyDigital ID amat digalakkan kerana ia berfungsi sebagai identiti digital rasmi yang memudahkan urusan dalam talian dengan pelbagai jabatan dan agensi kerajaan.

Jangan lepaskan peluang ini untuk mendapatkan bantuan secara terus daripada petugas yang bertugas.

Terima kasih.

PROGRAM IBADAH KORBAN JPJ CAWANGAN KUDATKUDAT, 28 Mei 2026, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Cawangan Kudat telah melaks...
28/05/2026

PROGRAM IBADAH KORBAN JPJ CAWANGAN KUDAT

KUDAT, 28 Mei 2026, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Cawangan Kudat telah melaksanakan Program Ibadah Korban yang berlangsung dengan penuh semangat kerjasama dan ukhuwah bertempat di pejabat JPJ Kudat.

Program ini telah diketuai oleh Ketua Cawangan JPJ Kudat, Mohd Shamsalsinar bin Mohamed Jalaluddin bersama warga kerja JPJ Kudat serta ahli keluarga yang turut hadir memeriahkan program.

Pelaksanaan program ini bukan sahaja menghayati tuntutan ibadah korban sempena Aidiladha, malah turut mengeratkan hubungan silaturahim antara kakitangan dan keluarga warga jabatan. Tidak dilupakan agihan daging korban juga diberikan kepada 35 asnaf di Kg. Tajau Laut, Kudat.

Setinggi-tinggi ucapan syukur dan terima kasih diucapkan kepada semua kakitangan, ahli keluarga serta pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program ini.

Semoga semangat kebersamaan, pengorbanan dan keikhlasan ini terus dipupuk demi memperkukuhkan perpaduan serta keharmonian dalam organisasi.





Kudat,  26 Mei 2026, Sempena musim perayaan Hari Raya Aidiladha, pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Cawangan Kudat s...
26/05/2026

Kudat, 26 Mei 2026, Sempena musim perayaan Hari Raya Aidiladha, pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Cawangan Kudat sedang melaksanakan operasi penguatkuasaan bagi memastikan keselamatan dan pematuhan undang-undang jalan raya sentiasa dipatuhi.

Sehubungan itu, pengguna jalan raya dinasihatkan agar sentiasa berhati-hati ketika memandu serta memastikan kenderaan berada dalam keadaan baik dan selamat sebelum memulakan perjalanan ke destinasi yang dituju.
Pastikan Lesen Kenderaan Motor (LKM), lesen memandu dan perlindungan insurans masih sah serta lakukan pemeriksaan asas kenderaan seperti tayar, lampu dan sistem brek.

Pemandu juga dinasihatkan supaya berehat secukupnya dan berhenti rehat sekiranya berasa penat atau mengantuk bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.

“Pandu Cermat, Sampai Selamat”





Address

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Cawangan Kudat Adalah W. D. T. 17, 89059 Kudat
Sabah

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Pengangkutan Jalan Cawangan Kudat posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share