Sabak Bernam Development Area - SABDA

Sabak Bernam Development Area - SABDA Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Sabak Bernam Development Area - SABDA, Government Organization, Sabak Bernam District.

JELAJAH KEMBARA SABDA 2.0 SIRI KE-6 MINI KARNIVAL @ DATARAN PENGKALAN SABAK 13 JUN 2026Jelajah Kembara SABDA 2.0 Siri Ke...
17/06/2026

JELAJAH KEMBARA SABDA 2.0 SIRI KE-6 MINI KARNIVAL @ DATARAN PENGKALAN SABAK 13 JUN 2026

Jelajah Kembara SABDA 2.0 Siri Ke-6 telah berjaya dilaksanakan menerusi penganjuran Mini Karnival @ Dataran Pengkalan Sabak pada 13 Jun 2026 dengan penyertaan yang amat memberangsangkan daripada penduduk setempat, usahawan, agensi kerajaan, sektor swasta serta pelbagai lapisan masyarakat.

Program ini merupakan salah satu inisiatif SABDA dalam memperkukuh hubungan antara agensi dan komuniti melalui pelaksanaan aktiviti berteraskan pembangunan sosial, ekonomi, budaya dan kesejahteraan rakyat. Penganjuran siri kali ini turut memberi penekanan kepada usaha memelihara warisan budaya tempatan serta memperkasa potensi komuniti sebagai pemangkin pembangunan mampan.

Pelbagai pengisian telah diadakan sepanjang program termasuk Senamrobik Komuniti, Pertandingan Mewarna Kanak-Kanak, Taklimat Tunggu 16 (ONSA) oleh Jabatan Penerangan Malaysia, jualan usahawan tempatan dan pameran agensi, selain aktiviti kebudayaan, pertandingan makanan tradisional, sukan rakyat perpaduan serta Karaoke Bintang SABDA x JAPEN.

Kemuncak program diserikan lagi dengan kehadiran Yang Berhormat Dato’ Haji Rizam bin Haji Ismail, EXCO Kemajuan Desa, Perpaduan dan Pengguna Negeri Selangor merangkap Pengerusi Sabak Bernam Consultative Council (SBCC), bersama Yang Berbahagia Dato’ Ts. Saipolyazan bin M. Yusof, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan), serta barisan kepimpinan daerah dan wakil agensi berkaitan.

Penganjuran program ini membuktikan keberkesanan Jelajah Kembara SABDA sebagai platform yang menyatukan kerajaan, agensi dan komuniti dalam usaha memperkasakan masyarakat secara inklusif dan berdaya tahan.

Selaras dengan aspirasi Kerajaan Negeri Selangor, SABDA akan terus komited melaksanakan program-program berimpak tinggi yang memberi manfaat secara langsung kepada rakyat serta menyokong pembangunan komuniti yang sejahtera dan mampan.

PembangunanKomuniti KomunitiSejahtera

πŸŒ™ Salam Maal Hijrah 1448H πŸŒ™Awal Muharram membuka lembaran baharu. Semoga setiap impian dipermudahkan, setiap usaha diber...
17/06/2026

πŸŒ™ Salam Maal Hijrah 1448H πŸŒ™

Awal Muharram membuka lembaran baharu. Semoga setiap impian dipermudahkan, setiap usaha diberkati, dan setiap langkah membawa kita lebih dekat kepada-Nya.

Selamat Menyambut Maal Hijrah 1448H. Semoga kita semua terus istiqamah dalam memperbaiki diri.

Ikhlas daripada: Sabak Bernam Development Area (SABDA)


πŸ“’ MINI KARNIVAL @ JELAJAH KEMBARA SABDA 2026 SIRI KE-6πŸ“’Ayuh warga Sabak Bernam kita meriahkan Mini Karnival @ Jelajah Ke...
11/06/2026

πŸ“’ MINI KARNIVAL @ JELAJAH KEMBARA SABDA 2026 SIRI KE-6πŸ“’

Ayuh warga Sabak Bernam kita meriahkan Mini Karnival @ Jelajah Kembara SABDA 2026 Siri Ke-6 pada:

πŸ“… 13 Jun 2026 (Sabtu)
⏰ 8.30 Pagi - 5.00 Petang
πŸ“ Dataran Pengkalan Sabak, Sabak Bernam
πŸ‘” Dirasmikan oleh YB Dato’ Haji Rizam bin Haji Ismail ,EXCO Kemajuan Desa, Perpaduan & Pengguna Negeri Selangor Merangkap Pengerusi Majlis Perundingan Sabak Bernam

Antara pengisian dan aktiviti menarik menanti anda:-

βœ…Senamrobik Bersama Coach Bunga Dahlia πŸ‘«
βœ…Pemeriksaan Kesihatan Percuma Oleh HSAAS UPM
βœ…Demonstasi Basic Life Support dan rawatan awal
βœ…Pertandingan Mewarna Kanak-kanak🎨
βœ…Pertandingan Bintang Karaoke SABDA & JAPEN🎀
βœ…Jualan RAHMAH MADANI πŸ›’bermula (jam 2.00 petang hingga 5.00 petang)
βœ…Pertandingan Pakaian Beragam Tradisional πŸ₯»
βœ…Pertandingan Makanan Tradisional Jawa & Banjar🍲
βœ…Sukan Rakyat Perpaduan (Pertandingan congkak, Batu Seremban, Tuju Tin, Lari dalam guni dan Karum🎯)
βœ…Persembahan Kebudayaan (Kompang, Silat, Silambam dan Tarian CinaπŸ’ƒ)
βœ…Pasar Pak Maon πŸŽͺ
βœ…Jualan Makanan oleh usahawan PLATS 🚚
βœ…Pameran Jabatan dan Agensi

Jangan lepaskan peluang hujung minggu ini santai bersama keluarga dan rakan-rakan di Dataran Pengkalan Sabak Bernam.

Semua dijemput hadir!

πƒπˆπ‘π†π€π‡π€π˜π” π“π”π€ππŠπ”Merafak Sembah Ucapan Setinggi-Tinggi TahniahπŠπ„ππ€π–π€π‡ πƒπ”π‹πˆ π˜π€ππ† πŒπ€π‡π€ πŒπ”π‹πˆπ€ π’π„π‘πˆ ππ€πƒπ”πŠπ€ ππ€π†πˆππƒπ€ π˜π€ππ† πƒπˆ-𝐏𝐄...
01/06/2026

πƒπˆπ‘π†π€π‡π€π˜π” π“π”π€ππŠπ”

Merafak Sembah Ucapan Setinggi-Tinggi Tahniah

πŠπ„ππ€π–π€π‡ πƒπ”π‹πˆ π˜π€ππ† πŒπ€π‡π€ πŒπ”π‹πˆπ€ π’π„π‘πˆ ππ€πƒπ”πŠπ€ ππ€π†πˆππƒπ€ π˜π€ππ† πƒπˆ-𝐏𝐄𝐑𝐓𝐔𝐀𝐍 π€π†πŽππ† 𝐒𝐔𝐋𝐓𝐀𝐍 πˆππ‘π€π‡πˆπŒ

Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku

Pada 1 Jun 2026 Bersamaan 15 Zulhijjah 1447H

Sembah Takzim Daripada:

Sabak Bernam Development Area (SABDA)
Menteri Besar Selangor (Incorporation)

Selamat Hari Raya Aidiladha 1447H | 2026 πŸŒ™Sempena sambutan Hari Raya Aidiladha, marilah kita bersama-sama menghayati nil...
26/05/2026

Selamat Hari Raya Aidiladha 1447H | 2026 πŸŒ™

Sempena sambutan Hari Raya Aidiladha, marilah kita bersama-sama menghayati nilai keikhlasan, pengorbanan dan semangat kebersamaan dalam memperkukuh kesejahteraan masyarakat.

Semoga Hari Raya Korban ini membawa keberkatan, mengeratkan silaturahim serta menyemai semangat kebersamaan dalam masyarakat. Moga setiap amal ibadah dan pengorbanan yang dilaksanakan akan diterima oleh Allah SWT serta dipermudahkan segala urusan untuk kita semua.

Ikhlas daripada:
Unit Khas SABDA

Address

Sabak Bernam District
45300

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sabak Bernam Development Area - SABDA posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share