Sabak Bernam Development Area - SABDA

Sabak Bernam Development Area - SABDA Sabak Bernam Development Area (SABDA)
Pemacu pembangunan dan peluang ekonomi
Sabak Bernam, Selangor

25/08/2026
Salam Maulidur Rasul 1448H / 2026M πŸŒ™Selamat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, insan mulia yang membaw...
25/08/2026

Salam Maulidur Rasul 1448H / 2026M πŸŒ™

Selamat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, insan mulia yang membawa rahmat, kasih sayang dan petunjuk kepada seluruh umat Islam.

Semoga sambutan Maulidur Rasul ini menjadi ruang untuk kita memperingati perjuangan Baginda serta menghayati dan mengamalkan sunnahnya dalam kehidupan seharian.Mari kita memperbanyakkan selawat dan menyemarakkan cinta kepada Rasulullah SAW.

β€œSesungguhnya, telah ada pada diri Rasulullah SAW itu teladan yang baik bagimu iaitu bagi orang yang mengharapkan rahmat Allah dan (kedatangan) hari Kiamat serta yang banyak mengingati Allah” - (Surah Al-Ahzaab: 33:21).

Ikhlas daripada: Sabak Bernam Development Area (SABDA)

Salam Rabiulawal 1448H | 2026Bersempena bulan yang penuh keberkatan ini, marilah kita bersama-sama menghayati sirah dan ...
14/08/2026

Salam Rabiulawal 1448H | 2026

Bersempena bulan yang penuh keberkatan ini, marilah kita bersama-sama menghayati sirah dan akhlak mulia junjungan besar Nabi Muhammad SAW sebagai pedoman dalam kehidupan.

Semoga Rabiulawal kali ini menjadi ruang untuk kita memperkukuh kecintaan kepada Rasulullah SAW, memperbanyakkan selawat serta mengamalkan sunnah Baginda dalam kehidupan seharian, serta sentiasa berada dalam rahmat dan keberkatan-Nya.

β€œSesungguhnya pada diri Rasulullah SAW itu terdapat contoh teladan yang terbaik.”
β€” Surah al-Ahzab: 21

Ikhlas daripada: Sabak Bernam Development Area (SABDA)

JELAJAH KEMBARA SABDA 2.0 SIRI KE-6 MINI KARNIVAL @ DATARAN PENGKALAN SABAK 13 JUN 2026Jelajah Kembara SABDA 2.0 Siri Ke...
17/06/2026

JELAJAH KEMBARA SABDA 2.0 SIRI KE-6 MINI KARNIVAL @ DATARAN PENGKALAN SABAK 13 JUN 2026

Jelajah Kembara SABDA 2.0 Siri Ke-6 telah berjaya dilaksanakan menerusi penganjuran Mini Karnival @ Dataran Pengkalan Sabak pada 13 Jun 2026 dengan penyertaan yang amat memberangsangkan daripada penduduk setempat, usahawan, agensi kerajaan, sektor swasta serta pelbagai lapisan masyarakat.

Program ini merupakan salah satu inisiatif SABDA dalam memperkukuh hubungan antara agensi dan komuniti melalui pelaksanaan aktiviti berteraskan pembangunan sosial, ekonomi, budaya dan kesejahteraan rakyat. Penganjuran siri kali ini turut memberi penekanan kepada usaha memelihara warisan budaya tempatan serta memperkasa potensi komuniti sebagai pemangkin pembangunan mampan.

Pelbagai pengisian telah diadakan sepanjang program termasuk Senamrobik Komuniti, Pertandingan Mewarna Kanak-Kanak, Taklimat Tunggu 16 (ONSA) oleh Jabatan Penerangan Malaysia, jualan usahawan tempatan dan pameran agensi, selain aktiviti kebudayaan, pertandingan makanan tradisional, sukan rakyat perpaduan serta Karaoke Bintang SABDA x JAPEN.

Kemuncak program diserikan lagi dengan kehadiran Yang Berhormat Dato’ Haji Rizam bin Haji Ismail, EXCO Kemajuan Desa, Perpaduan dan Pengguna Negeri Selangor merangkap Pengerusi Sabak Bernam Consultative Council (SBCC), bersama Yang Berbahagia Dato’ Ts. Saipolyazan bin M. Yusof, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan), serta barisan kepimpinan daerah dan wakil agensi berkaitan.

Penganjuran program ini membuktikan keberkesanan Jelajah Kembara SABDA sebagai platform yang menyatukan kerajaan, agensi dan komuniti dalam usaha memperkasakan masyarakat secara inklusif dan berdaya tahan.

Selaras dengan aspirasi Kerajaan Negeri Selangor, SABDA akan terus komited melaksanakan program-program berimpak tinggi yang memberi manfaat secara langsung kepada rakyat serta menyokong pembangunan komuniti yang sejahtera dan mampan.

πŸŒ™ Salam Maal Hijrah 1448H πŸŒ™Awal Muharram membuka lembaran baharu. Semoga setiap impian dipermudahkan, setiap usaha diber...
17/06/2026

πŸŒ™ Salam Maal Hijrah 1448H πŸŒ™

Awal Muharram membuka lembaran baharu. Semoga setiap impian dipermudahkan, setiap usaha diberkati, dan setiap langkah membawa kita lebih dekat kepada-Nya.

Selamat Menyambut Maal Hijrah 1448H. Semoga kita semua terus istiqamah dalam memperbaiki diri.

Ikhlas daripada: Sabak Bernam Development Area (SABDA)


πŸ“’ REQUEST FOR PROPOSAL (RFP)MBI Selangor invites experienced and capable companies to participate in the Request for Pro...
14/06/2026

πŸ“’ REQUEST FOR PROPOSAL (RFP)

MBI Selangor invites experienced and capable companies to participate in the Request for Proposal (RFP) for the appointment of an Event Manager for Karnival Ban Canal 2026.

This appointment seeks a strategic delivery partner with the expertise to plan, manage and execute a high-impact event that supports community development, local economic growth and tourism promotion.

Interested companies are required to register as an MBI Selangor vendor via the MBI Vendor Registration Platform by 18 June 2026 (Thursday). Only registered vendors will receive the official invitation to attend the RFP Briefing Session.

πŸ”— https://ep.mbiselangor.com.my/E-procurement/index.php/home

We welcome participation from companies with a proven track record in event management and a commitment to delivering impactful and innovative programmes.

11/06/2026
πƒπˆπ‘π†π€π‡π€π˜π” π“π”π€ππŠπ”Merafak Sembah Ucapan Setinggi-Tinggi TahniahπŠπ„ππ€π–π€π‡ πƒπ”π‹πˆ π˜π€ππ† πŒπ€π‡π€ πŒπ”π‹πˆπ€ π’π„π‘πˆ ππ€πƒπ”πŠπ€ ππ€π†πˆππƒπ€ π˜π€ππ† πƒπˆ-𝐏𝐄...
01/06/2026

πƒπˆπ‘π†π€π‡π€π˜π” π“π”π€ππŠπ”

Merafak Sembah Ucapan Setinggi-Tinggi Tahniah

πŠπ„ππ€π–π€π‡ πƒπ”π‹πˆ π˜π€ππ† πŒπ€π‡π€ πŒπ”π‹πˆπ€ π’π„π‘πˆ ππ€πƒπ”πŠπ€ ππ€π†πˆππƒπ€ π˜π€ππ† πƒπˆ-𝐏𝐄𝐑𝐓𝐔𝐀𝐍 π€π†πŽππ† 𝐒𝐔𝐋𝐓𝐀𝐍 πˆππ‘π€π‡πˆπŒ

Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku

Pada 1 Jun 2026 Bersamaan 15 Zulhijjah 1447H

Sembah Takzim Daripada:

Sabak Bernam Development Area (SABDA)
Menteri Besar Selangor (Incorporation)

Selamat Hari Ibu 2026.Terima kasih untuk setiap doa, pengorbanan, kasih sayang dan pelukan yang tak pernah kurang walau ...
10/05/2026

Selamat Hari Ibu 2026.

Terima kasih untuk setiap doa, pengorbanan, kasih sayang dan pelukan yang tak pernah kurang walau penat macam mana sekalipun.

Ibu adalah rumah pertama, cinta pertama dan kekuatan terbesar dalam hidup.

Semoga Allah sentiasa melindungi dan membahagiakan semua ibu di dunia.



Ikhlas daripada:
Unit Khas SABDA

πŸŒ™ Salam Jumaat daripada SABDA πŸŒ™Semoga penghulu segala hari ini membawa keberkatan, ketenangan dan rahmat buat kita semua...
08/05/2026

πŸŒ™ Salam Jumaat daripada SABDA πŸŒ™

Semoga penghulu segala hari ini membawa keberkatan, ketenangan dan rahmat buat kita semua.

Marilah kita memperbanyakkan amal ibadah serta menyemai nilai kasih sayang, keikhlasan dan kebersamaan dalam kehidupan bermasyarakat.

Antara amalan yang digalakkan pada hari Jumaat:
β€’ Membaca Surah Al-Kahfi
β€’ Memperbanyakkan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW
β€’ Menjaga solat Jumaat dan hadir awal ke masjid
β€’ Memperbanyakkan doa dan istighfar
β€’ Bersedekah serta melakukan kebaikan sesama insan

β€œSesungguhnya hari Jumaat adalah penghulu segala hari.”

Ikhlas daripada:
Unit Khas SABDA

Address

Sabak Bernam District

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sabak Bernam Development Area - SABDA posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share