Balai Polis Bombalai

Balai Polis Bombalai Polis dan Masyarakat berpisah tiada

PANGGIL NAMA (ROLLCALL) BALAI POLIS BOMBALAI, IPD TAWAUTawau - Pada 27 Februari 2026 jam 0900 hrs, satu sesi panggil nam...
27/02/2026

PANGGIL NAMA (ROLLCALL) BALAI POLIS BOMBALAI, IPD TAWAU

Tawau - Pada 27 Februari 2026 jam 0900 hrs, satu sesi panggil nama telah diadakan oleh Ketua Polis Balai di garaj kenderaan Balai Polis Bombalai.

Sesi panggil nama tersebut telah diketuai oleh Ketua Polis Balai SM Fredolen Biin dan dihadiri oleh semua anggota balai termasuk anggota PP Merotai, PP Brumas, kaunter aduan, rondaan cegah jenayah, penyiasatan dan pentadbiran yang bertugas pada hari berkenaan.

Dalam sesi tersebut, Ketua Polis Balai telah :

1. Membuat pemeriksaan kekuatan anggota bertugas.

2. Menyampaikan amanat berkaitan disiplin, integriti dan pematuhan tatacara kerja.

3. Menegaskan kepentingan pematuhan SOP serta arahan semasa daripada pihak atasan.

4. Memberi penekanan terhadap kesiapsiagaan anggota dalam menghadapi sebarang kejadian kecemasan.

5. Mengingatkan anggota agar sentiasa peka dan menjaga imej pasukan serta mengutamakan keselamatan diri ketika menjalankan tugas.

Sesi panggil nama tamat pada jam 1000 hrs dalam keadaan terkawal dan semua anggota telah diarahkan untuk meneruskan penugasan masing-masing seperti yang telah ditetapkan.





LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN (LDP)GEMPARAN API PERINGKAT BALAI POLIS BOMBALAITawau, 16 Februari 2026 – Balai Polis Bombala...
16/02/2026

LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN (LDP)
GEMPARAN API PERINGKAT BALAI POLIS BOMBALAI

Tawau, 16 Februari 2026 – Balai Polis Bombalai telah melaksanakan Latihan Gemparan Api melibatkan anggota Balai Polis Bombalai serta penghuni kuarters sebagai langkah meningkatkan tahap kesiapsiagaan dan pematuhan terhadap Prosedur Operasi Standard (SOP) keselamatan kebakaran.

Latihan dimulakan pada jam 1000 hrs dengan simulasi kebakaran di luar kawasan pejabat pentadbiran Balai Polis Bombalai. Sejurus loceng kecemasan dibunyikan, semua warga balai dan penghuni kuarters telah bertindak mengosongkan bangunan secara teratur melalui laluan kecemasan yang ditetapkan dan berkumpul di kawasan selamat bagi tujuan semakan kehadiran.

Turut diadakan sesi taklimat keselamatan serta demonstrasi penggunaan alat pemadam api oleh pihak sukarelawan Bomba dan Penyelamat Merotai, bagi memberi pendedahan praktikal kepada semua yang terlibat.

Pelaksanaan latihan ini adalah selaras dengan komitmen Polis Diraja Malaysia dalam memastikan tahap keselamatan premis / bangunan sentiasa berada pada tahap optimum serta memperkukuh budaya kerja berdisiplin dan responsif terhadap situasi kecemasan.

Latihan gemparan api peringkat Balai Polis Bombalai dan kuarters telah berjalan dengan lancar dan terkawal.






Address

Balai Polis Bombalai
Sabak
91007

Telephone

+6089768730

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Balai Polis Bombalai posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Balai Polis Bombalai:

Shortcuts

Share