UMNOSandakan

UMNOSandakan Akaun Rasmi UMNO P186 SANDAKAN Dikendalikan Oleh Bahagian Media, Pejabat UMNO P186 Sandakan



Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu Malaysia Atau UMNO. UMNO Online. Ahli Wanita, Pemuda, Puteri UMNO Malaysia. Bersatu, Bersetia, Berkhidmat. Demi Agama, Bangsa & Negara.
75 Tahun UMNO Pembela Rakyat. UMNO Dahulukan Rakyat. Bersatu Melayu Islam. UMNO Bangkit.

Siapa pun kita, apa pun pekerjaan kita, masing-masing punya jasa dalam membina keluarga dan negara.Selamat Hari Pekerja....
01/05/2023

Siapa pun kita, apa pun pekerjaan kita, masing-masing punya jasa dalam membina keluarga dan negara.

Selamat Hari Pekerja.

Moga tiap keringat dan jasa mendapat sebaik-baik balasan, di dunia mahupun akhirat.

Majlis Rumah Terbuka UMNO Bahagian Sandakan | Ahad 30 April 2023UMNO Bahagian Sandakan menganjurkan rumah terbuka sebaga...
30/04/2023

Majlis Rumah Terbuka UMNO Bahagian Sandakan | Ahad 30 April 2023

UMNO Bahagian Sandakan menganjurkan rumah terbuka sebagai majlis jalinan mesra bersama jemputan UMNO Bahagian Batu Sapi, UMNO Bahagian Beluran dan jemputan khas dari parti kompenan MCA Bahagian Sandakan dan PBRS Sandakan serta pemimpin-pemimpin tempatan.

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN 🌹

Bersatu Bersetia Berkhidmat

Majlis Jalinan Mesra Rumah Terbuka UMNO Bahagian Sandakan | Ahad 29 Mei 2022UMNO Bahagian Sandakan menganjurkan rumah te...
31/05/2022

Majlis Jalinan Mesra Rumah Terbuka UMNO Bahagian Sandakan | Ahad 29 Mei 2022

UMNO Bahagian Sandakan menganjurkan rumah terbuka sebagai majlis jalinan mesra bersama jemputan UMNO Bahagian Batu Sapi, UMNO Bahagian Beluran dan jemputan khas dari parti kompenan MCA Bahagian Sandakan dan PBRS Sandakan.

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI 1443 H, MAAF ZAHIR DAN BATIN 🌹

Bersatu Bersetia Berkhidmat

Majlis Jalinan Mesra Aidil Fitri 1443 H, anjuran UMNO Bahagian Sandakan. Bersatu | Bersetia | Berkhidmat
28/05/2022

Majlis Jalinan Mesra Aidil Fitri 1443 H, anjuran UMNO Bahagian Sandakan.

Bersatu | Bersetia | Berkhidmat

Tahniah kepada Ketua Penerangan UMNO Bahagian Sandakan, puan Asnah Hj Tahlil kerana membawakan suara akar umbi parlimen ...
29/12/2021

Tahniah kepada Ketua Penerangan UMNO Bahagian Sandakan, puan Asnah Hj Tahlil kerana membawakan suara akar umbi parlimen 186.

Oleh YUSOP TEPPO SANDAKAN : UMNO Bahagian Sandakan memohon kepada pucuk pimpinan UMNO dan kerajaan agar memberi jawatan Penyelaras Parlimen Sandakan dan Pengerusi syarikat berkaitan kerajaan (GLC) untuk eksekutif UMNO Bahagian Sandakan. Ketua Penerangan UMNO Bahagian Sandakan Hajah Asnah Haji Tahlil...

Majlis Penyampaian Cenderahati, Ahad 18 Disember 2021Majlis penyampaian cenderahati kepada wakil negeri dan wakil bahagi...
21/12/2021

Majlis Penyampaian Cenderahati, Ahad 18 Disember 2021

Majlis penyampaian cenderahati kepada wakil negeri dan wakil bahagian UMNO Sandakan sebagai pemerhati kelancaran mesyuarat perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri yang disampaikan oleh Ketua Bahagian UMNO Sandakan, Datuk Haji Alipudin Bin Hj Puyon.

Cenderahati juga turut disampaikan kepada Ketua UMNO Bahagian Sandakan selaku perasmi bagi mesyuarat perwakilan sayap-sayap Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri.

Bersatu Bersetia Berkhidmat

Perasmian serentak Mesyuarat Perwakilan Sayap-sayap UMNO Bahagian Sandakan, Wanita, Pemuda dan Puteri, Ahad 18 Disember ...
21/12/2021

Perasmian serentak Mesyuarat Perwakilan Sayap-sayap UMNO Bahagian Sandakan, Wanita, Pemuda dan Puteri, Ahad 18 Disember 2021

Bersatu Bersetia Berkhidmat


Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Sandakan | Sabtu, 18 Disember 2021 Alhamdulillah, segala puji bagi-Nya sekali lagi ba...
20/12/2021

Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Sandakan | Sabtu, 18 Disember 2021

Alhamdulillah, segala puji bagi-Nya sekali lagi bagi tahun ini dapat berhimpun untuk Mesyuarat Perwakilan Bahagian Sandakan.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa, lagu Negaraku serta lagu Sabah Tanahairku. Kemudian ia disusuli lagu parti keramat UMNO, dan juga lagu rasmi sayap-sayap Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri.

Ucapan kata alu-aluan dari Ketua Bahagian UMNO Sandakan, Y.Bhg Datuk Haji Alipudin Puyon. Menyampaikan amanat penting tugasan getir bagi semua ahli yang akan menghadapi pemilihan disemua peringkat dan Pilihan Raya Umum ke-15 tahun mendatang.

Semoga Allah SWT terus memberikan kekuatan dan semangat juang demi agama, bangsa dan negara.

"Bersatu Bersetia Berkhidmat"


16 September. Tarikh bermakna buat kita semua.Perlu diakui, sepanjang 12 bulan lalu, banyak cabaran dan rintangan dihada...
16/09/2021

16 September. Tarikh bermakna buat kita semua.

Perlu diakui, sepanjang 12 bulan lalu, banyak cabaran dan rintangan dihadapi oleh Malaysia.

Namun begitu, jiwa tanah air kita masih utuh dan mulia. Di kala ada yang menderita, dilihat lebih ramai yang menghulurkan tangan memberi bantuan.

Di kala ada yang putus asa, dilihat lebih ramai yang berdiri teguh memberi sokongan.

Selamat Menyambut Hari Malaysia.

22/08/2021
Alhamdulillah UMNO BN Kembali Menerajui Kerajaan" Segalanya Daripada Allah "Tahniah dan Selamat Berkhidmat serta menggal...
20/08/2021

Alhamdulillah

UMNO BN Kembali Menerajui Kerajaan
" Segalanya Daripada Allah "

Tahniah dan Selamat Berkhidmat serta menggalas Amanah Rakyat kepada YAB Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob selaku Perdana Menteri ke-9.

Kepimpinan negara dibawah teraju baharu ini, rakyat khususnya mengharapkan dapat segera menangani Pandemik dan isu-isu melingkari rakyat yang terkesan, susah dan gelisah ketika ini.

Selamat menjalankan Amanah YAB Dato' Sri.
Semoga Allah SWT merahmati ketentuan ini. Amin Ya Rabbal Alamin...

UMNO Dulu, Kini dan Selamanya ....

Ikhlas Dari UMNO Sabah Bahagian P186 Sandakan

Address

Pejabat UMNO Bahagian Sandakan Liberty Parade Tingkat 1, Lot 6, Bandar Kim Fung Batu 4, Jalan Utara Sandakan

90000

Opening Hours

Monday 08:30 - 17:00
Tuesday 08:30 - 17:00
Wednesday 08:30 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:30 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when UMNOSandakan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

  • Want your organization to be the top-listed Government Service?

Share